Wednesday, April 16, 2014

Save water, drink beer?!

1. Seorang sahabat yang menetap di Petaling Jaya mengatakan kini tajuk lagu Chris Young agak popular dikalangan rakyat Selangor, "Save water, drink beer".

2. Bila ditanya apakah maksudnya, sahabat itu mengatakan bahawa hujan turun hampir setiap hari di Selangor, tapi Sungai Langat masih dipenuhi ammonia, manakala paras simpanan air mentah masih rendah di empangan Sungai Selangor dan empangan Klang Gates hingga memaksa SYABAS dan SPAN melanjutkan catuan air di Selangor hingga kini.

3. Jadi apa kena mengena dengan minum beer? Sahabat itu beralasan berdasarkan statistik Majlis Keselamatan Negara, di Selangor kini ada lebih 4,000 premis hiburan yang kebanyakannya menghidangkan arak (berbanding hanya 700 premis hiburan semasa BN mentadbir Selangor). Dikala kerajaan Selangor cuba nak jimatkan air bersih, namun pada masa sama seolah menggalakkan pula rakyatnya minum arak di pusat hiburan yang semakin bercambah setiap bulan!!


4. Hujan turun hampir setiap hari di Selangor, tetapi rakyat Selangor masih tidak dapat merasai nikmat hujan hingga bekalan air terpaksa dicatu. Adakah hujan di Selangor itu hanya untuk manfaat haiwan dan tumbuhan semata tanpa melibatkan manusia yang menjadi rakyat Selangor?

5. Adakah hujan di Selangor itu suatu Rahmat atau Bencana? Mungkinkah air hujan di Selangor hanya menguntungkan makhluk Allah SWT yang lain, namun sebaliknya merugikan manusia di Selangor itu sendiri? Apakah mesej tersirat yang ingin Allah SWT ilhamkan untuk kita fikir, atau dengan lebih tepatnya untuk rakyat Selangor fikir? Jika orang muda di Selangor tak mampu nak fikir, eloklah biarkan si tua saja yang berfikir.

6. "Dan kami telah meniupkan angin untuk mengahwinkan, dan Kami turunkan hujan dari langit, lalu kami turunkan dengan air itu, dan sekali-kali bukanlah kamu yang menyimpannya." - (QS. Al Hijir : 22). "Dialah yang menurunkan air dari langit untuk minum dan menyuburkan tumbuh-tumbuhan untuk makan ternakmu. Ia menumbuhkan untukmu berbagai tanaman, zaitun, kurma, dan anggur, dan berbagai macam-macam buah-buahan. Sesungguhnya dalam kejadian itu terdapat bukti bagi orang yang berfikir." - (QS. An Nahal :10-11).

7. Oh ya..sejak Nik Aziz tak jadi MB, tiada pula masalah banjir besar di Kelantan tahun lepas. Mengapa agaknya? Adakah nasib Kelantan akan kekal sama juga tahun ini? Sesamolah kito pikir!!

7 comments:

  1. Hanya di selangor peliwat diagongkan dan parti islam jadi boneka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org melayu di selangor bijak belaka maka tu PR memerintah.

      Delete
  2. Warigh,
    Padan muko orang Melayu Sgor,dah kono tipu hidup hidup beberapa kali masih sokong lai,...kadangx kesian pun ado,hujong minggu balik ke Sbn bawa baju seminggu tak basoh,merungut,syukur jugo mano yang ado hati porut tinggakan duit sikit bayar duit letrik washing machine.Tengoklah sidang DUN Sgor ADUNx mata sepet hayun MB Melayu dan yang sodih ni ado pulak ADUN Melayu yang bungkor dan bangang sokong lak tu....susah kalau dah fikir terlalu cerdik ni dan pandai mengato orang kampong terutama Orangx FELDA bodoh ketinggalan zaman,macam dio orang town jo pandai.Orang FELDA tak lak raso den sakit pinggang angkut air kerumah dan berator.
    ,

    ReplyDelete
  3. kena tnggu pru14..itu pn klu timbul kesedaran..

    ReplyDelete
  4. Habis yang buat hujan turun tu dengan sembur air garam dan pakai bomoh hujan tu semua setan ke?

    Dah tua semakin bercelaru otak, tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Den tak paham la bhai. Apo point ekau pasal bomoh hujan?

      Delete
  5. Jang,
    Yang di atas kau tu otak pencacai PKR lah tu,miong dah sobab selalu bonar disondol dek Rear Admiral.....tak dapek nak tolong dah

    ReplyDelete