Thursday, July 17, 2014

Faktor Khalid Ibrahim

1. Masa sembang teh tarik dengan beberapa sahabat di Selangor, salah seorang dikalangan kami yang bekerja sebagai pegawai tinggi kerajaan bertanyakan soalan, siapakah dikalangan pemimpin Malaysia hari ini yang difikir paling layak pegang portfolio Menteri Kewangan?

2. Ada dikalangan kami yang sebut Mukhriz, ada yang sebut Mustapa Mohamed, ada juga yang sebut Mohamad Hasan, dan tak kurang juga menyebut Daim Zainuddin perlu dibawa masuk semula ke kebinet sebagai Menteri Kewangan.

3. Sahabat kami itu menggeleng sambil beralasan Mukhriz masih belum buktikan kebolehan, Mustapa pula ikut telunjuk Amerika dalam isu TPPA, Mohamad Hasan terpalit dengan skandal RM10 juta dan adik beradiknya, manakala Daim sudah 'out of the picture'.

4. Seterusnya sahabat kami itu menegaskan orang yang paling layak terajui Kementerian Kewangan hari ini tak lain tak bukan ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.

5. Khalid Ibrahim bukan orang politik, apatah lagi nak bergelumang dalam dunia politik kotor tajaan DAP dan Pkr. Mungkin ramai maklum yang Khalid Ibrahim adalah ahli perniagaan, ahli ekonomi yang pernah diberi pelbagai anugerah antaranya CEO Malaysia Terbaik 1997 dari majalah Business Times, Anugerah International Alumnus dari Universiti Queensland 2001, anugerah "AAAB Captain of Industry Award 2002" serta pernah menjadi pensyarah pelawat di Oxford Centre of Islamic Studies, Universiti Oxford. Jadi jelaslah Khalid Ibrahim mungkin hancus dalam bab politik, tetapi tidak begitu hancus dalam bab pengurusan ekonomi dan kewangan.

6. Khalid bernasib baik sebab menang di DUN Ijok pada 2008 disebabkan sentimen rakyat yang benci dengan kepimpinan Paklah dan Menantu walaupun sebelumnya pernah kalah di DUN yang sama di PRK 2007; dan disebabkan tiada pilihan berwibawa di kalangan komplot pembangkang, maka Khalid Ibrahim dipilih untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

7. Sebagai Menteri Besar yang tak pandai berpolitik, tugas politik di Selangor diserahkan kepada rakan sekomplot mereka iaitu DAP dan Pas; lagipun itu memang kelebihan DAP dan Pas selain Pkr yang hanya tahu berpolitik, tapi bab buat kerja hampeh. Jadi Khalid hanya menumpukan kepada urus tadbir Selangor. Malas nak cerita apa yang Khalid dah buat di Selangor, anda boleh semak sendiri, tapi perancangannya tampak membuahkan hasil. Mungkin itu antara sebab utama rakyat Selangor kekal menolak BN di PRU-13 iaitu "Faktor Khalid Ibrahim".

8. Ramai mengatakan sejak di PNB dan Kumpulan Guhtrie Bhd, Khalid memang jenis kedekut. Malah selepas jadi Menteri Besar Selangor pun, Khalid tetap 'maintain' sikap kedekut yang beliau sendiri pernah akui. Kedekut ini bermaksud, Khalid secara lurus bendulnya mengurus dana rakyat secara berhemah dan bijak berlandaskan prinsip ketelusan dan mengikut tata tertib undang-undang; malah mampu pula bawa ekonomi Selangor selangkah lebih berdaya saing berbanding di zaman Khir Toyo. Inilah sebab utama mengapa komplot pembangkang terutamanya ADUN DAP dan Pkr menyampah dengan Khalid disebabkan Khalid terlalu 'jujur' dalam mentadbir Selangor yang sangat kontra dengan sikap sebahagian besar pemimpin komplot pembangkang yang penuh dengan korupsi dan skandal.

9. Jelas bahawa agenda komplot pembangkang untuk menyingkirkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tak lain tak bukan sebab ADUN DAP dan Pkr serta sebahagian kecil ADUN Pas tak dapat nak memenuhkan poket dan tembolok memasing. Itu saja!! Segalanya sebab WANG dan HARTA dunia, dan Khalid Ibrahim adalah penghalang kepada cita-cita sekelompok manusia haloba yang berhasrat untuk menjahanamkan rizab dan ekonomi Selangor.

10. Khalid Ibrahim mungkin tidak pandai berpolitik, tetapi dia adalah jenis orang yang ada 'otak' dan berkebolehan terutama dalam pembangunan ekonomi kewangan. Orang seperti Khalid inilah yang sepatutnya di tarik masuk ke dalam UMNO, bukannya macam Ezam atau Lokman Adam etc. yang buek habih bogheh sesajo.

11. Sepertimana arwah Azizan Razak, Khalid Ibrahim tidak pernah menjadi fokus kritikan Dr Mahathir. Mengapa agaknya?

15 comments:

  1. Najib is the worst mof ever..

    ReplyDelete
  2. Saya tidak setuju orang yang ada hutang 66 juta dengan Bank Islam memegang apa apa jawatan kerajaan sebenarnya apatah lagi bab duit. Kerana kita semua insan biasa WALAU SIAPA pun kita. Kita semua tidak KEBAL, itu saja.

    ReplyDelete
  3. Si peliwat dn si penyamun nk jatuhkn si penyangak. Same aje derang ni..

    ReplyDelete
  4. Warigh,
    Den raso dio ni pun samo ajo,tak pandai main politik..taik kucing.Bukak mato sikit,kes air yang buek orang Sgor sakit pinggang tu bukan ko political in nature.Sumo orang politik boleh jadi Finance Minister sobab yang buek kojo bukan dio orang tapi k/tangan MOF.Orang yang bangang dalam ekonomi pun macam Rear Admiral tu ponah jadi montori keewangan,lopeh tu jadi punisihat ekonomi nogori termaju di Msia....he.he.. buek lawak lak Den bulan puaso ni.

    ReplyDelete
  5. Lebih baik TS Wahid yg dah pun jadi menteri,buat apa nak ambil TS Khalid.

    ReplyDelete
  6. Yang memanggil penyak itu ariff ke selok belok dan sebab TanSri Khalid dipaksa pinjam dari Bank Islam, sila siasat sebelum cakap merapu!

    ReplyDelete
  7. Aku rasa secara sinisnya penulis bukan nak up khalid ibrahim pun, cuma nak nyatakan secara tersirat yang najib sangat teruk sebagai menteri kewangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan juga nak bagitau betapa tamak dan korupnya pemimpin pkr, dap, pas. Bukan nak berbakti pd rakyat sgt pun. Lebih nak penuh nafsu masing2.

      Delete
  8. Betapa tamak korupnya pkr dap pas, haloba lagi pemimpin2 umnobn sampai bankrap negara skrg 50thn lbh makan duit rakyat..TSKI adalah jugak track rekod baik berbanding pemimpin2 umnobn haprak tau nak menyonglap jer..

    ReplyDelete
  9. Apo lak kau merepek bulan puaso ni Jang,bilo lak negaro kito bankrap.Apo nak buek dah 50 tahun lobih rakyat nak Bn perintah sobab efektif,orang macam kau jo tak sodar diri ,tak bersyukur dan berterimo kasih,tu sobab hati kau tak tonang dan merapu manjang.Den harap di bulan baiknya berhijrahlah dan gunokan akal fikiran yang di anugerah kepada kau tu dengan rasional....

    ReplyDelete
  10. Mukriz jadi mof ? Kayo rayolah puako keliling dio sok tu ..mukriz ni overrated ..kalau bin dio bukan mahathir ..lamo dah kono kunyah dio ni ..ramai lagi org yg corodik dari dio ...
    Patutnya jawatan mof ni takleh dibagi kek sorang atau duo org ..mesti ado group of people well expose dan pengalaman luas ..bukan bebudak mudo yg taktau apo pun pasal ekonomi ..ikut buku yg dio baco kek sekolah marin yo ..

    ReplyDelete
  11. maaflah paneh tp aku masih tak lupa 3 bulan air kena catu betapa siksanya nak mandi dan lebih2 lagi bila nak memerut. sampai bila pagi-pagi tu sanggup aku tahan perut bawak keta pegi ofis untuk melabur sebab nak jimat air punya pasal bila sampai hari kena catu. nasib baik aku dok rumah bertanah, kalau kawan2 yang dok kat bangunan tinggi tu macam mana lg azabnya. dan ini terjadi masa zaman kalid. aku rasa seteruk2 MB yang penah berkuasa kat mana2 negeri kat Malaysia ni, takde lg kot yg biar rakyat smp hampir 3 bulan bercatu air. semuanya sebab ego py pasal. jadi mmg kalid ni pun main politik jugak la tp mcm ko kata tak berapa pandai sebab backfire bila dia x mau sign loji Langat 2 awal2 dulu.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi masa zaman abu hasan jadi mb tahun 97 dulu aku & kengkawan sengsara jugak masalah air masa duduk di seri kembangan. aku ingat lagi masa tu bukan setakat 3 bulan becatu air tapi ada gak dekat 2 tahun - 97 ngan 98. masa tu bn perintah. Allah sajalah yang tau betapa seksanya aku dan kengkawan yang menyewa di sg besi indah masa tu nak mandi, membasuh, memerut. sampai tepaksa pegi stesen minyak dan kompleks mines yang masa tu baru siap dibina tuk mandi dan melabur hampir setiap hari. lagi jahanam masa tu punya seksa. setakat 3 bulan catu zaman khalid ni apa ada hal. lagi teruk masa bn perintah. tu sebab telebih pandai politik pun tak beguna jugak.

      Delete
    2. Setuju bang. Aku pun duduk apartment seri jasa masa tu. Punyalah siksa. Smpi the Mines pun pam air lombong masa tu. Bab air ni bn ke pr ke sama je lembabnya.

      Delete
  12. anon 7.52, bodoh la ko ni. mungkin ko duduk kat setinggan sbb tu x dpt air sbb ko x bayar bil. nak membohong pun agak2 la. aku bukan hidup sehari dua. aku pun hidup zaman tu. seingat aku tahun 97 - 98 x penah pun aku mandi tercatu. mcm biasa je. dok rumah yg sama jugak kat subang jaya. wpun mungkin tempoh catuannya lama tp damage controlnya mantop. xde mcm skrg 1 hari mandi, 1 hari x mandi. yg penting pengguna dapat bekalan air berterusan wpun mungkin dia main tang pressure air. lgpun dah diramal tahun ni akan ada masalah air tp nak main politik jugak. bila kantoi pakai air lombong. mmg pr ni singkat akal betul bila bab selesaikan masalah. bab air ni jgn buat main2.

    jentayu

    ReplyDelete