Friday, July 11, 2014

Kesian Kak Mah..

"Saya tidur 4 jam sehari dalam bulan puasa"

Mengakui umurnya semakin meningkat dan berasa letih, isteri perdana menteri Rosmah Mansor mengakui beliau hanya tidur selama empat jam sehari dalam bulan Ramadan demi kepentingan rakyat serta negara.

Sehubungan itu, presiden Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) itu menepis cakap-cakap umum bahawa menjadi isteri seorang pemimpin akan berdepan dengan kesenangan.

"Saya telah pernah pun datang ke bahagian Cheras ini tiap-tiap tahun selama enam tahun."

"Saya tak jemu-jemu datang ke majlis ini. Tapi walaupun tak jemu sebab umur dah meningkat enam tahun lagi, rasa letihlah jugak."

"Jadi bulan puasa ini, saya cakap terang-terang, saya tidur pun tak cukup. Saya hanya tidur empat jam satu hari. Jadi itulah, bukan senang untuk menjadi isteri seorang pemimpin."

"Kita terpaksa berkorban demi untuk rakyat serta negara. Jadi siapa-siapa kata, jadi isteri pemimpin negara senang, saya cakap hari ini tak senang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan dalam majlis menyampaikan bantuan hari raya anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di Jalan Peel. - MKini.

*********

Baguslah tu Kak Mah. Umat Islam yang tawadduk tidurnya lagi singkat daripada tu. Kalau setakat 4 jam Kak Mah dapat tidur sehari tu kira alhamdulillah.

Tapi Kak Mah kena hati-hati, sebab bila tak cukup tidur ni memang akan rasa takde mood, penat dan senang nak marah-marah. Kurang tidur juga akan beri kesan kepada ingatan, kehidupan seks, kesihatan, rupa paras dan lain-lain.

Berikut antara 10 kesan yang mungkin berlaku pada seseorang yang kurang tidur berdasarkan laman WebMD.

1. Kemalangan

Kemalangan jalan raya paling kerap berlaku di musim perayaan terutamanya apabila pemandu tidak cukup tidur kerana memandu jauh atau terlalu lama terperangkap dalam kesesakan trafik. Kajian juga membuktikan pekerja yang kurang tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti antara faktor utama berlakunya kemalangan di tempat kerja.

Tapi disebabkan Kak Mah tidak memandu sendiri dan ramai pula orang yang melakukan kerja untuk Kak Mah, jadi Kak Mah tak perlu risau akan terlibat dalam kemalangan.

2. Jadi Semakin Bodoh

Tidur memainkan peranan penting dalam proses pemikiran dan pembelajaran manusia. Bila kurang tidur kita sukar nak beri perhatian, tidak peka kepada keadaan sekeliling dan menjadi kurang fokus. Semasa tidur, kitaran tidur yang sempurna akan membolehkan otak mengumpul dan menyimpan memori manusia. Tetapi jika kurang tidur, kitaran ini akan terganggu dan berkemungkinan kita tidak akan dapat mengingati apa yang kita belajar atau alami di siang hari.

Tapi kami pasti Kak Mah tak bodoh...jangan risau!!

3. Kebarangkalian untuk menghidap penyakit kronik berikut adalah tinggi;

Heart disease / Sakit Jantung
Heart attack / Serangan Jantung
Heart failure / Kegagalan fungsi jantung
Irregular heartbeat / Denyutan jantung tidak menentu
High blood pressure / Darah Tinggi
Stroke
Diabetes

Rasanya Kak Mah tiada penyakit-penyakit yang disebut tu kan..kan??

4. Mengendurkan Nafsu Seks

Pakar mengatakan lelaki dan wanita yang kurang tidur didapati kurang bernafsu atau tidak berminat terhadap seks. Antara puncanya disebabkan kurang tenaga, mengantuk, dan tertekan. Kajian lain pula mendapati ketidakpuasan seks antara penyebab utama berlakunya kecurangan.

Err...bab ni segan pulak nak tanya Kak Mah...

5. Kemurungan

America Sleep Poll pada 2005 mendapati seseorang yang mengalami kemurungan (depression or anxiety) dilaporkan tidur kurang dari 6 jam sehari.

Tapi rasanya Kak Mah tak pernah rasa murung. Kalau murung jugak boleh la Kak Mah bawak-bawak bertadarus selain karaoke.

6. Nampak Lebih Tua

Seseorang yang kurang tidur biasanya akan kelihatan pucat dan ada kesan 'panda ayes'. Tapi jika kurang tidur yang berterusan akan menyebabkan kulit menjadi kusam dan lebam di bawah mata (eye bag). Bila kurang tidur, badan akan mengeluarkan lebih banyak stress hormones kortisol. Kortisol yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya 'break down skin collagen'.

Rasanya Kak Mah tak perlu risau sebab ramai kata Kak Mah nampak muda sentiasa dan mata Kak Mah pun tak macam Xing Xing dan Liang Liang walaupun kurang tidur.

7. Pelupa

Bab pelupa ni kalau melibatkan perkara-perkara kecil takpe lagi. Tapi risau juga kalau terlupa tutup suis, terlupa tutup gas masak, terlupa tutup paip air, terlupa gear kereta tak neutral lagi etc. yang semuanya boleh membahayakan kesihatan dan nyawa.

Jangan pulak Kak Mah buat-buat lupa apa yang Kak Mah dah buat ya!!

8. Bertambah Berat Badan

Kurang tidur akan menyebabkan kita lebih cepat lapar dan bertambah selera makan. Mereka yang tidur kurang daripada 6 jam sehari adalah 30% lebih besar kemungkinan untuk menjadi gemuk.

Patutlah berat badan Kak Mah tak berubah! Hmmm...

9. Meningkatkan Risiko Kematian

Kajian Whitehall II pada 2007, mendapati pekerja yang tidur kurang daripada 5 jam sehari akan mengalami risiko 2 kali ganda kematian disebabkan pelbagai penyakit. Kurang tidur juga adalah punca berlakunya risiko kematian disebabkan penyakit kardiovaskular.

InsyaAllah Kak Mah akan panjang umur dan berpeluang main badminton lagi lepas ni...

10. Merosakkan Pertimbangan

Kurang tidur akan memberi kesan bagaimana kita menganalisa sesuatu perkara. Ia akan menyebabkan kita membuat keputusan kurang bijak.

Risau juga kalau Kak Mah sering terbuat keputusan kurang bijak macam suaminya, kerana yang jadi mangsa pastilah rakyat jelata.

P/S: Errr...agak-agak Wan Azizah tidur berapa jam sehari?

5 comments:

  1. Bhahahaha...terhibur sey baco posting ni potang2 jemaat ni. Ilang ponek sey.

    ReplyDelete
  2. Sis lu ni puji ke sindir rosmah? Confuse ni. Ada sesapa yg peduli ke rosmah cukup tido ke tak?

    ReplyDelete
  3. tak payah la banding banding dengan wan azizah. hangpa bukannya ikhlas pun menulis tentang rosmah. yang aku nak sebut, sapa lebih hipokrit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bleh tau orang ikhlas ke tak...tinggi makam lu bhai..

      Delete
  4. Ada ke rakyat peduli..? Yg rakyat peduli tak lama lg minyak naik, gst nak hempap kepala dll...

    ReplyDelete