Tuesday, July 22, 2014

Orang N9 KAYA-RAYA rupanya..

Kok besanda an pado borang pemohonan "Bantuan Fakir Miskin" yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) di bawah ni, kompom rakyat Negori 9 sumo eyy kayo...


Mano tak eyy, tafsiran "Fakir" dalam borang tu ialah "Sebuah keluarga yang mempunyai 5 orang isi rumah atau lebih yang mana pendapatan bulanan kesemua isi rumah tersebut adalah tidak lebih dari RM150.00."

Tafsiran "Miskin" pulak, "Sebuah keluarga yang mempunyai 5 orang isi rumah atau lebih yang mana pendapatan bulanan kesemua isi rumah tersebut adalah tidak lebih RM300.00."

Kok camtu punyo tafsiran, memang takdo la fakir miskin kek Nismilan nih...

Patutlah MAINS banyak duit sampai bulih buek bangunan behargo RM59 juta...

Patutlah Pusat Zakat Negeri Sembilan bulih simpan bepuluh juta duit kutipan zakat setiap tahun...

Rupo eyy sobab takdo sapo yang layak dikategorikan fakir miskin di Negori 9 untuk di bantu...

Sojuk hati den kok botul oghang Nismilan ni kayo-rayo...satu pencapaian maha hebat nih...kalah negori lain!!

Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan aka Mohamad Hasan pun musti tumpang banggo. Heh!

11 comments:

  1. Rocky de Dildo Hardo el Biggo says: waaaa... tak sangko tahap miskin urang nismilan RM300 yo?... kek tompek kami di Ulan Bhatoor Mongolia ni tahap miskin pon baru naek dari RM1,780 ko RM2,500.00; Nak dapek burang bantuan tu pon kono lopeh 5 tahap ujian kecergasan, kesiuman, matematik, bertulih & intabiu di PPZ Mongolia... fuh susah jadi rakyat Mongolia nih

    ReplyDelete
  2. Nogori ea ado 9 tu pasal la kayo kayo org MAINS... Hahaha org MAINS tau bukan org nismilan...

    ReplyDelete
  3. kau dok kutuk MAINS. apo kau dah buek tolong org susah. borapo ramai orang kau tolong ambik an borang. tu lda deh kojo manjang kutuk org

    ReplyDelete
  4. Penjelasan MAINS - Borang berkenaan adalah borang lama wbp MUNGKIN masih digunakan dan diedarkan bagi mengelakkan pembaziran.....LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun borang lama, had tu still tak masuk dek akal. Ada ke orang dulu had fakir 150 - miskin 300. Apa maksud borang lama? Sejak tahun bila guna borang tu? Borang baru simpan opis ka?

      Delete
  5. Isunya di sini orang mains banyak yang lolap la sampai burang lamo pun masih diedarkan. Kok mains efisien tak jadi camni doh.

    ReplyDelete
  6. si bangang mano yang buwek tafsiran songsang ni...?

    ReplyDelete
  7. Mano tak kayo orang n9 sebab orang luar nak ambil orang n9 buat bini kena masuk suku dulu. Itu syaratnya. Mana boleh masuk suku je; lepas kawin mesti masuk penuh punya... Langar syarat semua harta kena bagi bini...itu orang n9 ni kayo kayo...

    ReplyDelete
  8. Salam, saya peminat dan pembaca blog Paneh Miang, anak jati Negeri Sembilan, tinggal di Seremban dan keluarga berasal dari Kg. Pantai.

    Berbanding blog lain. Paneh Miang begitu hampir dengan diri saya lebih-lebih lagi bila berbicara berkenaan politik di Negeri Sembilan.

    Namun tulisan kali ini, saya rasa begitu kecewa, satu tulisan yang tidak adil dan saya yakin gambar borang diatas diperoleh pihak paneh miang hasil sebaran sama ada di FB mahupun di sistem Whatsaap.

    Penjelasan juga telah diberikan oleh MAINS, malah penjelasan itu datang dari seorang individu yang begitu komited dengan tugasnya dan banyak meletakkan kepentingan ummah di Negeri Sembilan lebih dari segalanya.

    Kecewa.

    --Wartawan Utusan Malaysia

    ReplyDelete
  9. mesti ada rombakan dari segi kelayakan fakir dan miskin ini perlu dikaji.... zaman sekarang gaji 600 tapi still tidak mampu dan itu dikira miskin

    ReplyDelete
  10. Najib kata pendapatan RM 3000 ke bawah sudah boleh dikira miskin .ada setuju?

    ReplyDelete