Monday, August 4, 2014

PERISIK dalam Agensi Kerajaan

1. Sekarang makin menjadi-jadi pula provokasi orang bukan Melayu terhadap bangsa Melayu seperti di bawah ni;


2. Lepas satu..satu provokasi seumpamanya berleluasa terutama di alam maya. Seolah ada satu gerakan tersusun yang direncanakan oleh sekumpulan individu atau organisasi tertentu bagi mengeruhkan hubungan antara kaum di negara ini. 

3. Keadaan menjadi lebih buruk apabila pihak berkuasa seperti KDN, Peguam Negara (AG), PDRM dan SKMM yang sepatutnya bertanggungjawab menangani krisis antara kaum ini daripada merebak, hanya mengambil sikap sambil lewa - hanya setakat berjanji akan melakukan siasatan, memberi amaran, tetapi tiada tindakan pun yang diambil.

4. Tapi jika provokasi itu dilakukan oleh MELAYU...cepat saja tindakan pihak berkuasa, tanpa perlu pun laporan polis, seperti yang berlaku pada 'Kiki Steering Lock'. Dalam masa kurang seminggu, Kiki dihadapkan ke mahkamah dan diperintah membayar denda RM5,000 serta diarah melakukan khidmat masyarakat - ATAS KESALAHAN MEROSAKKAN HARTA PERIBADI CINAPEK TUA!! PELIKNYA beratus laporan terhadap samseng BERSIH yang merosakkan harta benda awam termasuk memusnahkan kereta polis - TIADA PULA TINDAKAN. 


5. Berbanding sekian banyak laporan polis yang dibuat terhadap orang bukan Melayu yang terbukti sengaja menghina bangsa Melayu dan Islam secara melampau di alam maya, tidak pula diendahkan oleh KDN, AG, PDRM dan SKMM. Seolah wujud TANGAN-TANGAN GHAIB dalam agensi itu yang sengaja mahukan krisis ini berlarutan. Tampak ADA YANG CUBA MENGHALANG tindakan diambil terhadap provocateur-provocateur yang sengaja ingin menanam dendam berpanjangan bangsa Melayu dan Islam terhadap kaum lain.

6. Sumber kami mendedahkan anggota polis sendiri kini pening dengan SOP PDRM dalam menangani kes-kes seperti ini. Malah anggota PDRM sendiri mengesyaki TANGAN-TANGAN GHAIB dalam KDN, AG, PDRM dan SKMM adalah terdiri daripada perisik-perisik (spy) antarabangsa yang cuba untuk memporak-perandakan keharmonian antara kaum sebagai persediaan ke arah mewujudkan krisis dalaman yang lebih besar dalam negara. 

7. Agenda mereka ialah menanam sentimen benci dalam diri bangsa Melayu terhadap kerajaan dan pihak berkuasa Malaysia yang tampak berat sebelah dalam menangani krisis antara kaum; serta mewujudkan perasaan tidak percaya antara kaum supaya ia kekal menjadi dendam yang tidak berkesudahan. Apabila rakyat terutama bangsa Melayu yang merupakan penduduk majoriti Malaysia sudah hilang kepercayaan terhadap pemerintah, maka senanglah kerajaan sedia ada digulingkan. Sentimen benci dan dendam tak berkesudahan dikalangan rakyat ini adalah agenda jangka panjang yang dirancang sebegitu licik tanpa disedari.

8. Sumber kami memaklumkan, ketika wujudnya ISA, hampir setiap bulan SB dan MIO akan menangkap perisik-perisik luar yang cuba untuk menggangu-gugat keselamatan dan keharmonian negara. Tetapi semenjak pemansuhan ISA, tiada lagi perisik atau musuh dalam selimut yang ditangkap. Adakah perisik-perisik baru yang tidak lagi menjadi sasaran SB dan MIO, kini sudah berjaya meresapi KDN, AG, PDRM termasuk Jabatan Perdana Menteri bagi merealisasikan rancangan memusnahkan Malaysia dari dalam sebelum agenda PERANG YANG LEBIH BESAR MELANDA NEGARA?

9. Baru-baru ini Najib dipuji seantero dunia kerana kononnya berjaya berunding dengan puak pemisah bagi mendapatkan kembali kotak oren (black box) MH17; walaupun tindakan Najib itu akhirnya anti-klimak apabila kotak hitam itu diserah pula ke England untuk dianalisis. Heh! Bertalu pujian yang diterima Najib termasuk daripada ahli kongres Amerika walhal satu dunia tahu bahawa Amerika adalah sekutu kamceng Israel. Bahkan ahli kongres Amerika Syarikat semuanya menyokong Israel.

10. Namun tidakkah kita terfikir kemungkinan Najib dibantu oleh TANGAN-TANGAN GHAIB bagi mengalihkan fokus rakyat terhadap sentimen kaum yang semakin parah dalam negara, disamping cuba mengangkat Najib sebagai 'Hero Malaya' semata-mata untuk menutup kelemahannya menangani krisis antara kaum di negara ini? Tidakkah kita terfikir TANGAN-TANGAN GHAIB ini memang berkehendakkan Najib yang 'baik-hati', 'lembut', LEMAH dan 'sayangkan Cina' ini kekal sebagai Perdana Menteri bagi menjamin kebencian dan dendam berterusan bangsa Melayu terhadap kerajaan?

11. Kerajaan Malaysia hari ini kelihatan SANGAT LEMAH terutama dalam menangani isu yang melibatkan keselamatan negara - pencerobohan sempadan, konflik antara kaum dan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi. Jika polis (KLIK) pun dah mula bergaduh sesama mereka - habis nasib rakyat ni camno?

12. Malaysia sedang diambang kemusnahan dan pentadbirannya kini 'diserang' luar dan dalam. Sama ada Israel/Barat akan menyerang kita, ATAU kita akan musnah dulu disebabkan rakyat pelbagai kaum berperang sesama sendiri; pilihan kini atas siapa?

10 comments:

  1. Artikel yg. BERNAS Paneh Miang! Sebenaqnya PERISIK utama juga, selain dari DAPBANGKAI-ANJING/PKRSODOM, ialah disyaki dari puak LIBERAL Islam/Melayu - yg. disyaki ditaja BERJUTA atau diBLACKMAIL (termasuk anak bini mereka)! Ini MO biasa si Barat-ZIONIS! Bahkan lihatlah bagaimana si mamat-nazri sampai BERPELUKAN dgn. JIJIK; mcm. si puak SODOM dgn. jantan-guan eng-SIAL DAPBANGKAI-ANJING tu!

    Si AG-LIBERAL tu pula - memang patut DIGANTI! SUNGGUH MENCURIGAkan perangai dia ni - tapi kita rakyat biasa dari umat Islam/Melayu tak dak HAK nampaknya utk. minta dia ni sendiri diSIASAT! Perangai seolah semcm. DIKTATOR - seolah dia lebih berkuasa dari DYMM YDPA-MAIN/Mahkamah Syariah mahupun K'jaan di dlm. isu berkaitan ISLAM/umatnya!

    Aku sentiasa berdoa setiap pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENAKUT/PENGKHIANAT dihukum ALLAH SWT! Kalau nak jadi PENGKHIANAT/PENAKUT kat PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL si MUSUH ISLAM/umatnya, tak payahlah jadi pemimpin kat NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kami ni - mcm mana mereka tidoq lena pun dan makan kenyang, aku tak tahu!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Kesultanan Melayu (yg. berjuang demi ISLAM/umatnya yg. miskin-tertindas), Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat ISLAM, dan bangsa dan hak Bumiputera (BUMIPUTERA juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation peoples/Tribal peoples).


    ReplyDelete
  2. Rasanya kurang logik untuk menuduh perisik dan sebagainya,,ia dapat ditangani once for all jika ada green light atau amaran keras kpd peguam negara, ketua polis negara, pdrm dan lain agensi terlibat secara terus dari zahed dan najib.

    Itulah dalang dan pengkhianat sebenar. Depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. spy ni mana kita nak tau siapa. mungkin penulis ucapan najib. mungkin dalam cirlcle zahid. mungkin orang kanan igp. dalam sejarah keruntuhan soviet spy duduk sebagai penasihat presiden. jabatan perdana menteri zaman dr mahathir thn 80an dulu pun pernah ada spy, siap jadi pegawai kanan lagi. nasib baik cepat sedar dan tangkap bwh isa.

      aku cenderung untuk setuju dengan paneh ada tangan2 ghaib buat semua ni. malaysia ni jadi sasaran sbb negara islam contoh. model negara islam seperti malaysia perlu dihancurkan kalo yahudi dan nasrani nak capai matlamat.

      kalau tengok cerita 24...sesapa pun kita xkn sangka jadi spy..

      Delete
  3. Apalah korang ni,..SPY TERBESAR IALAH NAJIB DAN KJ. Proksi Amerika dua ekoq tuh. Kalau nak jahanamkan negara ni dua ekoq tu la orangnya.

    Tapi walaupun dua malaun tu spy..tapi mesti ada pihak yang merancang AGENDA. Spy ni catur je..

    ReplyDelete
  4. Ni lah sindrom pelampau kanan kat UMNO tajaan Mamakutty.

    Menghuru-harakan keadaan supaya senang nak jatuhkan pemerintahan sedia ada.

    Dah jelas lagi nyata.

    ReplyDelete
  5. OI anon 4.51pm, lu jgn. nak MENYAMAQlah!

    Nampaknya makin ramai si ekoq-ekoq PENGGANAS Red Bean yg. ditaja puak SYAITAN Barat-ZIONIS dan DAPBANGKAI, termasuk MENYAMAQ guna nama Melayu/Islam, pakaian & bahasa Islam (sebut Kalimah ALLAH SWT cthnya), sedg. MENGAMOK mcm. ANJING KURAP GILA! Mereka ni yg. nak sgt. si LIBERAL terus kuasai UMNO supaya hak BUMIPUTERA Islam/Melayu terus TERGADAI!

    PI BERAMBOS lu punya ekoq kat KANDANG si PENDATANG KAPIRDAJAL PKRSODOM/DAPBANGKAI-si-PORNORASIS-no-1!

    ReplyDelete
  6. Hallo bro bro sumo..buat apa kita nak tuduh orang itu orang ini sebagai spy.
    Yang paling utama kenapa kita yg terkenal sebagai sebuah negara yg mempunyai pelbagai undang undang baik.jenayah..sosial dan juga mengenai keagamaan..tetapi pernah tak kita persoalkan kenapa kita mengalami keadaan begini..dimanakah penguatkuasaannya..siapa yg harus menguatkuasakan...yg utamanya siapa menteri dlm negeri..jantan kah beliau? ..siapakah peguam negara...jantan kah beliau?...siapa KPN ...jantan kah beliau..undang undang kita hanya tinggal undang undang dlm buku saja..zero penguatkuasaan kita..

    ReplyDelete
  7. PM Mahathir tak pernah bertolak ansur dengan aktiviti risikan. Benar. Pegawai Kanan beliau sendiri, yang anat rapat dari segi kerja dengan beliau, ditangkap suatu masa dahulu - caught red handed jadi agen risikan asing.

    Tapi PM selepas itu - tutup sebelah mata segala aktiviti risikan asing. Sebab rahsia kekurangan diri atau 'keluarga terdekat' semua dalam poket Singapura, Israel dan Amerika. Bukan sahaja PM begitu, begitu juga dengan Menteri, pegawai kanan dan diplomat Malaysia. Semua kelemahan dan skandal mereka ditutup dari pengetahuan rakyat Malaysia - tapi diketahui secara terperinci oleh ajen risikan asing. Direkodkan secara sistematik sekali.

    Adalah kot Menteri yang bersih, atau pegawai kerajaan atau diplomat yang sedar diri. Tapi mereka ini seperti golongan minoriti.

    Secara langsung atau tak langsung, bertebaranlah ajen risikan asing dalam Kerajaan. Agen dengan kaedah multiple layers. Macam MLM. Matlamat golongan majoriti yang menguasai Malaysia ini hanyalah untuk berkuasa, tak mengapa sekiranya tanahair ini hancur sekalipun.

    Matlamat itu juga dikongsi DAP dan PKR terutamanya. Yang sekiranya Malaysia mempunyai gerbang seperti Kota Melaka, mereka akan bukakan pintu Kota itu, supaya UMNO hancur. Bagi mereka UMNO adalah segala punca kesialan, dan hancurnya UMNO disambut doa kesyukuran - tanpa menyedari yang musnah adalah tanahair sendiri yang tiada duanya ini!

    Sememangnya jika demikian halnya, kesinambungan Malaysia sebagai sebuah negara sedang menuju kenhancuran!

    ReplyDelete
  8. Dear Uncle Paneh,
    Thank you for the article. It is a very good article. If it is true that the enemies have their people in the government to become double agents, then it is very serious. People are now blaming the government for not doing much to protect the Malays and Islam. So they won't vote for the government. They vote for the opposition parties who are actually the ones who are against Islam and the Malays. Look at the comments in Malaysian Insider and Malaysiakini.
    Now the opposition leaders including PAS's Mujahid want to replace the Akta Hasutan with RUU Harmoni. RUU Harmoni even recognise the rights of LGBT which is against Islam. We abolished ISA after oppositions' agent COMANGO complained to the Human Rights committee of the UN in Geneva. These people use COMANGO to pressure the country by complaining to the United Nations. They are fighting very hard against Article 3 (1), 11 (4), 121 (1A), 153, 160 of the Federal Constitution. We have to stop them and let the people know who are the real enemies. We must not fight among ourselves. Every body must do their part to save our country.
    I do not want to see the Malays got so angry that they'll take the laws into their own hands. Maybe that is what our enemies want.

    ReplyDelete
  9. perisik tak main depan2 , perisik dia main belakang tabir , apa yg berlaku dalam kerajaan sekarang bukan permainan perisik 100% , tetapi adalah berpunca daripada sikap dan gaya pentadbiran Najib sendiri sebagai ketua kerajaan .
    terlalu dalam segala hal, terlalu lembut, terlalu toleran, terlalu ikut cakap pembangkang, terlalu diplomasi , akhirnya apa jadi ? si rakus semakain berani dan semakin gagah ..

    ada menteri KDN , amaran 500 kali ..itu saja dia mampu

    perisik tidak akan tonjolkan diri , biasanya mereka gunakan proksi yg akan menjalankan agenda mereka ,,
    di malaysia , proksi perisikan asing ialah para NGo , para pendemo , para perusuh, para pensimpati LGBT, para penyokong liberalisma, para YB pembangkang, Bar council dan orang dalaman kerajaan yang hatinya pada pihak lain .

    ReplyDelete