Friday, September 5, 2014

Fakta ISA sejak 2004

Sejak 2004, lebih kurang 100 orang telah dikenakan Perintah Tahanan dibawah Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Pecahan jumlah tahanan mengikut kesalahan bagi tempoh tersebut adalah seperti berikut;

Pemalsuan Dokumen: 29 orang
Pemalsuan Wang Syilling RM1: 17 orang
Penyeludupan Pendatang Tanpa Izin: 1 orang
Kumpulan Haram Hindraf: 5 orang
Pembekal Komponen Nuklear: 1 orang
Gerakan Pemisah Selatan Thailand: 3 orang
Agen Perisikan Asing: 7 orang
Kumpulan Militan Malaysia KMM: 1 orang
Penulisan Menghina Kesucian Islam: 1 orang
Kumpulan Darul Islam: 17 orang
Kumpulan Jemaah Islamiah: 18 orang

Namun kesemua tahanan tersebut telahpun dibebaskan selepas Najib mengumumkan pada September 2011 akan pemansuhan ISA beserta Akta Buang Negeri 1959, Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Bayangkan betapa besarnya ancaman keselamatan terhadap Malaysia apabila 7 orang agen perisikan asing aka spy dan pembekal komponen nuklear dibebaskan sewenangnya oleh kerajaan Najib! Termasuk 17 orang pakar pemalsuan Ringgit Malaysia yang mampu melumpuhkan ekonomi negara ini turut dilepaskan kerajaan Najib!! Ditambah dengan pelepasan ketua-ketua geng yang menyebabkan kadar jenayah di Malaysia semakin berleluasa akhir-akhir ini.

Hanya pembangkang saja yang selalu spin ISA ni konon diguna untuk sekat politik mereka. Tipikal pembangkang di Malaysia mana peduli pun keselamatan rakyat dan negara.

Kata Dr. Mahathir, ISA perlu diperkenalkan untuk mengawal tindakan kumpulan kecil pelampau yang menjejaskan kestabilan negara - (10 Januari 2014).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pula berkata, ISA memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara. "Kalau ada ISA lagi bagus. Saya sebagai penguatkuasa masih mengharapkan undang-undang yang dapat membantu memastikan negara aman dan damai. Kita akan memastikan keselamatan dan keselamatan rakyat kita lebih baik, tunggu la kalau ada esok kita tengok la kita tak boleh banding-banding tapi kalau ada nanti kita tau la apa nak buat," katanya - (11 Januari 2014).

6 comments:

  1. Eleh..suma org tau najib hapus isa sblm pru13 sebab takut pr guna isa utk tangkap pemimpin bn kalo bn kalah pru13 hari tu. Takyah nak borak la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, pr nak guna ISA lak ke?? O camtu kalo, tarak cakap serupa bikin la pemimpin-pemimpin pr ni ye?

      Delete
  2. anon 257,
    so pr ni menipu la bila kata nak mansuh isa? sebab nak mansuh kerana bukan mereka yg memerintah Malaysia. agaknya lepas pembangkang sekarang dpt kuasa memerintah dah tentu ISA tu dibagi kuasa yang lg besar dari sekarang. atas alas an untuk tegak keadilan dan banteras krooni, nepotisme korupsi umno. krooni dan korupsi kami takpe tak tertakluk bawah ISA gitu? silap2 dia bagi nama baru iaitu BISA yang lagi dahsyat dari sekarang.

    jentayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. I like your komen... bagi orang PiRahh tu guna otak sket... bebal sangat..

      Delete
  3. Selepas ini guarantee Malaysia jadi syurga bagi terrorists. Sedarkah kita bahawa ISA adalah salah satu faktor penghalang selama ini?

    Thanks to Najib for making Malaysia a haven for terrorists, LGBT and liberalists (KJ from Rembau included) :-(

    ReplyDelete
  4. Lepas ni Najib nak hapuskan Akta Hasutan pula. Makin hancur la negara ni.

    Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi pendirian pentadbirannya mahu memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional, lapor Bernama.

    Bagaimanapun kata Perdana Menteri perkara berkaitan agama dan bangsa tidak akan diabaikan dalam akta baru itu nanti.

    Ini kerana kerajaan tidak akan membenarkan kebebasan tanpa tanggungjawab terutama dalam soal agama yang dianuti oleh semua rakyat, hak istimewa orang Melayu serta kedudukan raja-raja Melayu.

    "Kita mesti pertahankan... bukan kata ada (undang-undang) yang baharu ini, semua kita ketepikan... tetapi kita akan masukkan peruntukan-peruntukan yang lebih sesuai," katanya seperti dipetik oleh Bernama.

    Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu di Jerlun, Kedah.

    Menurut Najib, setiap kebebasan dan keterbukaan ada batasnya dan terikat kepada prinsip kebertanggungjawaban sebagai asas pertimbangan yang matang termasuk di media sosial.

    Katanya, kerajaan memberi ruang kepada rakyat untuk bersuara termasuk menegur pemimpin tetapi harus ada batas, jangan sampai merosakkan keamanan dan keharmonian negara.

    "Saya nak beri amaran, sesiapa cuba menggugat keamanan, undang-undang sedia ada akan digunakan. Perkara ini memang dikuatkuasakan," katanya.

    ReplyDelete