Tuesday, November 25, 2014

Yang menarik di PWTC sempena PAU 2014

Pembahas akan cakap berdegar2 pasal Akta Hasutan, ISA, Melayu, Islam, pegang anjing, pondan, plat keta, puji-pujian, bodek-bodekan, kipas-kipasan, buat lawak, gelak2, ketawa berdekah2..bla..bla..bla..

TAPI takde sorang pun yang akan kritik Presiden atau cakap pasal hutang 1MDB atau tanya kenapa Presiden suka bodek Cina atau soal kenapa Presiden lembik bab pertahan Melayu dan Islam atau soal kenapa laporan ekonomi memanjang bagus tapi kehidupan rakyat masih terhimpit, atau kenapa Presiden gila pujian Amerika dan barat, atau tanya kenapa Rosmah gila glamor etc.

Panel2 di Awani, RTM dan TV3 akan buat ulasan yang rakyat meluat dan menyampah nak dengar..

Utusan dan BH pulak keluar gambar2 orang meniaga di booth, gamba puteri yang cun, gamba wanita tersenyum lebar, dan gambar pemuda bergaya metroseksual..serta gambar2 pembahas yang konon bahas isu 'sensitif' la sangat..

Diakhiri dengan ucapan penggulungan Presiden yang berapi2..semua orang laung "HIDUP MELAYU"..tepuk tangan ramai2 dan lepas tu perwakilan lelaki cepat2 bersurai sebab nak hisap rokok sambil usya booth Puteri UMNO kat luar dewan..

Balik kawasan masing2, semuanya kembali seperti sediakala..

Harga petrol tetap mahal..

Harga barang masih meningkat..

Harga rumah makin naik..

Kos hidup tetap tinggi..

Nilai matawang tak menentu..

Pendapatan kekal rendah..

Yang kaya bertambah kaya..

Yang miskin dapat BR1M..

Golongan pertengahan dok melopong..

Sempadan masih diceroboh..

PATI makin ramai..

Nyawa rakyat dan keselamatan negara dipertaruhkan..

Islam tetap kena hina..

Melayu masih kena pinggir..

PM ikut cakap pembangkang..

Dan Cina tak berhenti ketawa..

Sekianlah adanya..

Wal hasil balik asal..macam tahun2 sebelumnya..

Yelah tuuu..

8 comments:

  1. Bro paneh tetinggal 1, lepas laung hidup melayu nyanyi lagu anak kecil main api..tebakar hati sebab gst..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha..ado sambungan lagi brader..air mata darah bercampur keringat..kono senggol depan orang ramai (nyanyi ikut melodi yo)..

      Delete
  2. Apa kata semua blogger Pro UMNO meng'grayscale' kan blog masing-masing sepanjang PAU ini sebagai tanda protes!

    ReplyDelete
  3. Warigh,
    Tak payah bersungut lah,habihkan bores jo,sekulumjpit jo yang raso macam warigh,yang lain tu masih tersongeh sokong,camno nak buek lai,bilo PRU diadokan masih monangkan parti yan warigh perli,nak kato kito sumo bangang.marah lak nanti,den cadang warigh duduk untukx,tutup tv,tutup telingo,dan tak usahn baco paper 3/4 hari ini semaso PAU ni,apo cam ok tak,tak payah jadi batu ronson,tak ado buek doso koring ,mano kito tau kadangx apo yg kito komen itu bukan bondo botul tapi donga cakap orang dan spekulasi ajo,dan ini fitnah namo nyo.

    ReplyDelete
  4. Alah hai seperti biasalah .Betul jugak apa yg Paneh Miang ni cakap .gila gila org nak ambik gambar bersama pemimpin dia.Ada tu pemimpin muda inbox pun tak nak balas mungkin tak cantik kot kita ni.nak mintak sokong ye .Bukan mintak duit pun.macam macam manusia pemimpin Hari ini.Ada org cakap isu Hasutan ni saje je PM diam kan sehingga lah sampailah ke persidangan UMNO .Baru lah meletup isu ni.Hero lah PM kita.Tak da Isu nak bawak masa PAU kan.Kesian orang Kg .Aku tengok bergegeh gegeh turun kat PWTC entah ada duit ke tidak .Berduyun duyun tengok kain lelong Rm 10.00 sian . Kalau ada bahagian tu saje je aku tanya .Sedondon je baju mereka .Mereka cakap KUB bagi siap sediakan tempat tidur .Bahagian ni belah utara .Untung lah depa KUB ambik tahu.ada 200 bahagian lain.yg 1 ni memang hebatlah.Tepat betul tekaan aku.KUB dia jaga dgn baik.Tak merasalah org muda nanti.Macam macam ragam semasa PAU ni.Hidup perlu diteruskan.UMNO itu hebat .Yang tak hebatnya Pemimpin yang bermasaalah .Sekian

    ReplyDelete
  5. ...



    PENTING:

    Anak2 Muda Yang Saya Kasihi Sekalian.... Harap Kalian Tidak Percaya Dengan 'Janji2 Manis' Mereka ( PAU 2014 )...

    Itu Hanya 'Perangkap' Untuk Menarik Sokongan Anak Muda Yang Sudah Tiada Terutama Di Bandar....

    Anak2 Muda Di Dalam Parti Mereka Sendiri Pun Sudah Meragui Parti Mereka.... Cuma Yang Berucap Di Atas Pentas Itu Sahaja Yang 'Syok Sendiri'...



    Jadi.. Berhentilah berjuang untuk UMNO...

    Jika Kalian Tidak Percayakan Saya....
    Kita Tunggu PAU 2015 pada NOV/DEC 2015....
    Mereka Akan 'Menyalak' Perkara yang sama.... ( Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke USUS )


    Harap Maklum.. TKasih :-D



    MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

    MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

    MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

    ReplyDelete
  6. Apo yang kau meroyan ni Jang.Kalau sayang tak payahlah menghasut,,,,,dah biol agaknyo,bueklah demo,golekx kan badan atas jalan jadi barua DAP dan keldai PKR.Bukan sumo oranh mudo otak macam kau dan Adam Adli...Satu ajo ayat untuk orang macam kau ni...BANGANG.

    ReplyDelete