Tuesday, May 12, 2015

A picture never lies..


"Saya telah berjumpa dengan beliau (Muhyiddin) dari hati ke hati pagi tadi (Isnin). Saya telah beri pengakuan bahawa kita akan selalu bincang dari hati ke hati untuk pastikan bahawa kepimpinan Umno di peringkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tidak ada pihak yang memecah belahkan parti kita terutama sekali saya dan timbalan," kata Najib Razak. 

"Dengan keputusan itu, maka MT (UMNO) juga kata kalau ada isu berbangkit, MT harap mereka diberi peluang untuk menyumbang idea bernas dan positif supaya sebarang isu berbangkit boleh ditangani dan diberi penyelesaian yang sewajarnya," tambah Najib Razak.

p/s: Tampak seolah Ah Jib dah kena 'sound' ngan MT. Kalo Ah Jib dan Kak Ros masih tak berubah lagi lopeh ni..camno?

13 comments:

  1. Dari cakap najib ni nampak sangat selama ni dia buat keputusan tak rujuk mt dan kabinet. Agaknya buat keputusan sendiri asik dok dengar nasihat ros, arwah jj, idris jala dan penasihat british dia tu. Kita dah lama merdeka rupanya najib masih belum merdeka.

    ReplyDelete
  2. Dia nak kemudi kapal layar ke kapal sauh bugis ke, tenggelam lah sendiri bersama pemuji-pemuja dia, jangan di heret rakyat yang tak rela lagi tak redha dengan dari Silent Arrogance bertukar kepada Loud Arrogance!

    MT dan Ahli UMNO kena sedar dari mimpi ngeri yang akan menjadi kenyataan bila mana orang melayu-muslim-bumiputera jadi dagang merempat di bumi sendiri!

    ReplyDelete
  3. Najib terlalu bangga dengan keturunan Bugisnya. Pada aku eloklah Najib bersiap siap kerana tak lama lagi dia akan di paksa untuk kosongkan opisnye di Putrajaya dan bolehlah Najib ke Makassar untuk jadi ketua kampung di sana nnt.

    ReplyDelete
  4. Penat letih rakyat takda pemimpin UMNO nak amik kisah. Kita nk PM baru pun MT UMNO tak layan tuntutan rakyat. MT UMNO xtau berapa ramai rakyat yg jd pengundi atas pagar dah tak nak big boss diaorg. Rasa2 nya mungkin betul teori RAHMAN. Keadaan skrg jadi lagi teruk dr tahun 2007-2008. Masa tu saya ingat lagi. Pg makan tomyam kt sg petani. Tukang masak sambil masak dok kutuk Tun Abdullah. Semua yg lapar tgu dia masak semua dgr dia kutuk sambil komplen pasal kerajaan. Dtg PRU 12 mmg terkejut tgok results. Rasanya PRU14 nanti keadaan mungkin lagi teruk. Sbb skrg bukan tukang masak tomyam ja komplen psl PM. Penjawat awam pun pakat komplen. Org ramai sembang di kedai kopi pun komplen pasal PM. Semua rakyat tak puas hati. Tersangat2 marah pd PM. Rasanya UMNO memang tak kisah parti depa tumbang PRU14. Klu ada yg menang, bukan sbb parti. Tp sebab kekuatan individu tu sendiri. Sbb imej UMNO dimata rakyat nmpk sgt teruk. Org cakap parti hak milik sorang2. Xda org boleh tegur atau boleh nasihat. Semua pakat simpan dendam dlm hati. Sbb rakyat tak boleh buat tunjuk perasaan. Nti kena tangkap. Jd semua tgu masa PRU14. Rakyat cakap pemimpin UMNO tak sambut. Takda perubahan. Jumpa PM ja semua sokong. Kali ni nmpak mmg UMNO akan bungkus. Maklumbalas dari kwn2 bila kita sembang masa mnum pg. Makan tghri. Semua tak puas hati. Semua marah isu 1MDB. Kesan 1MDB buat semua org ingat duit GST untuk bayar hutang kerajaan dan 1MDB. Tapi MT UMNO masih lagi sokong dan rapatkan barisan tanpa ambik kira hati rakyat. Lps ni jangan disalahkan rakyat untuk tidak memangkah UMNO masa PRU14. Orang berbudi. Kita berbahasa.

    ReplyDelete
  5. Tuan,
    Langkah pertama untuk berubah ialah sack semua penasihat dan konsultan dia.
    Langkah kedua ambik hati orang melayu balik... semua ini mesti buat dalam tempoh seminggu, kalau tak nampak sangat mkt umnu dan semua orang dah kena tipu...

    ReplyDelete
  6. RAKYAT DAH BOSAN.....RAKYAT DAH BOSAN!!!!

    Buatlah mcm maner sekalipun utk mengembalikan keyakinan rakyat...berjanjilah nak bagi bulan bintang sekalipun....malangnya rakyat dah TAK MINAT....TAK SUKA.....TAK SUKA!!!! 1000% SURE.... NO VOTE FOR BN FROM ME & FAMILY if this guy still around for PRU 14!!! Sangat menyedihkan kerana tiada apa yg boleh diharapkan dari TSMY dan MT. Teori RAHMAN pasti terjawab kebenarannya kelak....

    ReplyDelete
  7. katalah apapun ...insyaallah Najib akan diizinkan Allah memenangi pru 14 ni dgn jayanya....Insyaallah.

    ReplyDelete
  8. Sekira telah tertulis ini penyudahnya kuasa UMNO di bumi Melayu ini, maka redhalah kita dengan takdir tersebut.

    Sekiranya telah tersurat, ini penyudahnya nasib bangsa Melayu yang akan merempat di bumi sendiri, maka pasrahlah juga kita akan ketentuan itu.

    Namun sebelum qadar menjadi qada', wajarlah kita sebagai bangsa Melayu, sekiranya boleh merasa dengan gerak hati yang tulus ikhlas, bahawa itulah kesudahannya sekiranya kepentingan jawatan peribadi terus ingin dipertahankan, maka wajarlah kita, berlandaskan usaha dan tawakkal, moga bumi Melayu ini dijauhi dari kemusnahan tersebut, semata-mata kerana kepentingan peribadi untuk mempertahankan jawatan dan enggan mengundur diri!

    Bersyukur jugalah kita kerana Tun M, tidak memilih untuk berdiam diri kerana jika beliau berdiam diri, sudah pastinya juak-juak Bugis akan menjulang beliau, dengan kata pujian melangit.

    Namun itulah pengorbanan negarawan Tun M, rela membangkitkan perkara yang biarpun dicela dihina, sedangkan masih ramai yang tersemat di sudut hati akan marahnya kepada Penghulu Bugis dan Minang yang bermaharajalela, namun sekadar tersenyum simpul di majlis penjulangan juak Bugis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PETALING JAYA: Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pemilihan UMNO pada 1987.
      Bekas Menteri Penerangan itu sebaliknya mendakwa, Najib menyokong Tengku Razaleigh Hamzah bagi merebut jawatan Presiden UMNO.
      Sehubungan itu, Zam mendakwa Najib berbohong apabila membuat pengakuan beliau menyokong Tun M dalam Pemilihan UMNO 1987.
      “Saya tahu kerana saya adalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu masa itu yang mendapat maklumat yang sah daripada wartawan yang bertugas di lapangan. Jika tidak kerana tekanan Anwar Ibrahim, Najib takkan sokong Mahathir,” tulisnya di blog zamkata.blogspot.com.
      Zam berkata, beliau kembali ingat fakta itu selepas mendapat mesej daripada kenalan yang juga bekas pegawai tinggi UMNO.
      “Dia bohong sokong Dr Mahathir 1987. Dia mula sokong TR (Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan AI (Anwar Ibrahim). AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup. ‘He is really desperate’ (dia benar-benar terdesak). Dr M menang dengan 44 undi . ‘He didn’t campaign at all. He is playing safe’ (dia tak berkempen langsung, dia ambil jalan selamat),” tulis Zam memetik pesanan bekas pegawai berkenaan.
      Zam berkata, bekas pemimpin UMNO itu menghantar mesej kepadanya selepas Najib berucap di Tawau dan mendakwa menyokong Dr Mahathir dalam persaingan pucuk pimpinan 1987.
      Zam berkata, memang benar Dr Mahathir tidak berundur walaupun hanya mendapat sokongan 50 peratus dalam parti, namun keadaan dan situasi mereka berbeza.
      “Hakikatnya pada masa itu walaupun parti berpecah belah tetapi Mahathir berani bertahan kerana sokongan rakyat kepadanya di luar parti terutamanya Melayu di samping Cina dan India adalah kuat dan kedudukan BN dalam Parlimen teguh tetapi sekarang orang Cina dan India tidak menyokong Najib kecuali “I Love You Palsu”,katanya.
      Malah, apa yang berlaku ketika zaman transformasi Najib, rakyat sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinannya baik dari segi, agama mahupun bangsa.
      Zam sekali lagi menyarankan supaya Majlis Tertinggi UMNO berani menyuarakan perkara sebenar bahawa sokongan Ketua-ketua UMNO Bahagian dan rakyat yang dinyata sebelum ini hanyalah palsu belaka.
      Katanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Khairy Jamaluddin perlu berani dan tidak hanya berjuang untuk menyelamatkan diri serta kedudukan semata-mata sedangkan rakyat menaruh harapan penuh kepada mereka.
      “Tan Sri Muhyiddin Yassin dan juga Khairy Jamaluddin tidak sewajarnya ‘hanya berani di luar tetapi kecut di dalam’.
      “Apa gunanya berjuang kalau sekadar untuk menyelamatkan diri ketika rakyat tergugat dan menaruh harapan yang sangat tinggi .
      “Inikah sikap seorang pemimpin sejati atau sekadar untuk mengekalkan jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri?”, soal Zam.

      Delete
    2. salam,
      memang ahjibgor berbohong bab sokongan yang 50% kepada tdm. fakta yang disembunyikan. faktanya, hampir 90% bahagian umno mencalonkan tdm sebagai presiden dan ghaffar sebagai timbalan. tetapi para pewakilan tidak membawa hasrat bahagian ini ke peti undi. sebab itu lah setiap percalonan dari bahagian akan mendapat 10 undi kerana membawa undi bahagian. tujuan untuk elak pewakilan dirasuah dan minta rasuah. ahjibgor hanya umumkan sokongan disaat akhir sebelum pau. bermasalah ke, kalu ada yang menentang presiden. hanya yang berani sahaja akan melawan. harap penyokong umno yang muda mencari maklumat dan jangan la tertipu dengan maklumat sebelah pihak. fikir dan fikir, itulah cara umno yang sejati.

      Delete
  9. Betul kata Dr.M . Najib sudah terlalu 'rapat' dengan Barat. Beliau ahli Fan-Club MU. Amat teruja tengok EPL. Langsong tiada perasaan malu, sebagai seorang pemimpin sebuah negara bekas-jajahan Omputih, siap berjersi dan berselempang, terkinja-kinja bila MU menjaringkan gol. Apa yang dibanggakan pun saya tak faham. Dah jadi Anglophile kot?

    Penasihat pun guna Omputih. Boleh percaya ke? Nak bela Melayu macam mana, jika ikut nasihat omputih.

    Banyak rhetoric, anak bangsawan ni. Langsung tak boleh percaya, apa yang keluar dari mulutnya.

    ReplyDelete
  10. Antan dgn antan takleh fighting. Nanti ayam DAP yg konyang. Tingat kato2 ungkapan tu. Nijam ayam makan mano tunggu org berlago. Diburu eh boreh tu, dlm tempayan kau pun dio sanggup masuk. Ko kono kona dio tu asal kominih dah beso duk hutan. Pandai menipu, licik sanggup buek apo sajo. 
    Dio takleh makan kau time pilihanrayo dio makan lah bos2 ateh kau. Umpan pakai duit. Bos ko pun bingai poie makan wek po? Ko tak baco ko kitab suntze eh keep ur fren close enemy closer. Don Corleone pun makai istilah tu. 
    Patut yg duk MT ni kono la berpikir berpuluh langkah ko dopan dr org beso2 ni. Kuan yew maghin nampak cam baik kai songkok bagai , kesudah eh disapu eh sg tu. Apo sobab 1mdb tu hold duit kek sano? Duit, tolo sumo kono pegang kek org.
    Bongkar la sikit. Baco sejarah. Pandang maso dopan cucu tu baik2 sambil2 nimang eh tuh. 

    ReplyDelete
  11. Kalau nak letak jwtn pun kak ros bg ke ?

    ReplyDelete