Friday, April 25, 2008

Inflasi negara rendah - APO?

KUALA LUMPUR 23 April – Inflasi di negara ini masih berada pada kadar yang rendah berbanding negara-negara jiran apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh Januari hingga Mac 2008 hanya meningkat sebanyak 2.6 peratus.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, indeks bagi tempoh itu ialah 107.8 berbanding 105.1 dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. IHP ialah ukuran perubahan purata harga kumpulan barangan dan perkhidmatan terpilih dalam satu tempoh tertentu. Menurut jabatan itu, indeks bulan Mac pula meningkat sebanyak 2.8 peratus kepada 107.9 berbanding bulan yang sama tahun lalu. Jabatan itu berkata, bagaimanapun IHP bagi bulan Mac kekal tidak berubah pada 107.9 dibandingkan dengan bulan Februari lalu.

*Ini persoalan drpd kajian rambang sebelum PRU 12....Apa kena mengena Indeks Komposit dengan mereka? Apa makna Bursa Saham mencecah 500 mata? Apa gunanya Indeks Harga Pengguna Rendah bagi mereka? Apa kesan pada rakyat jika KDNK meningkat 7 peratus?
Kesimpulannya mereka tak faham. Bukan orang luar bandar saja yg tak faham, kakitangan kerajaan pun ramai yang tak faham. Golongan terpelajar pun ramai dok geleng kepala bila ditanya.
Apa yang mereka faham ialah pendapatan benar mereka susut. Nak beli susu anak dah mahal, beli beras dah mahal, harga gula dan tepung naik, belanja sekolah naik, minyak naik, tapi pendapatan dok takuk tu je. Pemimpin suruh mereka berjimat, atas alasan ia dituntut Islam. Kita perlu berkorban, kata pemimpin. Lepas tu pemimpin dok makan di hotel, hayun bola golf dan tayang muka gembira di media. Apa semua ni?
Che Det kata kepimpinan melalui teladan. Lu pikir la sendiri.

P/S: Media mainstream kena berhenti buat cerita2 statistik yg abstrak mcm ni. Rakyat meluat. Ini post mortem benar lepas PRU 12.

16 comments:

  1. Apolah paneh,Paneh memanjang je!Bukan semua pembaca,penonton atau pendengar tak tau. Ada orang yang tau dan mahukan data macam tu. Jangan letakkan nilai dan tahap pendidikan kita sama kepada semua orang.Kita tak faham jadi kita ingat semua orang lain tak faham?Kalau nak faham, sendiri kena baca la!Takan nak samakan pemimpin dengan rakyat biasa. Tanggungjawab pun berbeza. Ingat semua rakyat boleh memimpin ke. Baca statistik pun tak tau.

    ReplyDelete
  2. den ngaso bukan paneh nak samokan pemimpin dengan rakyat biaso la. dio mosti tau bukan smua org tak faham. tapi kebanyakannyo bukan tau pun. nak suruh tok sedaro jiran den baco statistik tu? ngonti'an la dio nak paham. kok ko handal na, ko torangkan la kek org2 tuo atau org yg tak berpendidikan tinggi cam ko said. tgk brapa ramai yg paham. mmg bukan smuo bole memimpin, tapi kito smua Tuhan pilih sebagai khalifah ado la sobab eh. rakyat tak bole memimpin tapi mereka yg pilih pemimpin.

    ReplyDelete
  3. oi 8387...sebab tahap pendidikan berbeza, tanggungjawab berbeza lah org yang konon pandai kena pandai menerangkan statistik tuh...kalau tak itu termasok dalam golongan pandai tak boleh tumpang bodoh tak boleh ajar!!! Mungkin ko ni gaji sebulan 10k...tapi ko kena ingat kat malaysia ni yg gaji mencecah angka tu bukan nya ramai pun...ko memang la tak rasa tapi rakyat kebanyakan dok merasa sengsara nya nak teruskan hidup ni..lain lah macam Dolah anak ust badawi tuh...balik2 tunjuk adegan romantik ngan bini dia, cerita bini terseliuh kaki pun nak masuk buletin utama...cerita rakyat yg nak mati kebuluran kenapa tak nak tunjuk????

    ReplyDelete
  4. ha... ini topik memang rakyat suko..

    kebenaran adolah sesuatu yang payah nak diterimo oleh orang yang kuat berbohong...

    yang benar kito lihat sekarang ni adolah rakyat sekarang dihimpit dengan kos sara hidup yang amat tinggi..kalau di kl ni pendapatan keluarga sebulan 3k pun tak cukup untuk sara suami isteri dan dua orang anak untuk hidup selesa. (petrol+keperluan asas+susu+sewo rumah+keto+PTPTN+macam2 laie)

    yang bohong pulak "lu pikir la sendiri.."

    p/s
    nak pinjam along takut pulak...

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  5. apa yg saya faham tentang apa yg cuba disampaikan oleh paneh ialah, wlpn statistik menunjukkan peningkatan atau ekonomi kita masih stabil tapi rakyat tidak menerima kesannya. statistik ekonomi ok, tapi rakyat rasa sengsara nak hidup. maknanya statistik yg dikeluarkan oleh kerajaan berbanding dengan keadaan semasa rakyat malaysia tidak berjalan seiring. saya pun turut rasa susah sejak akhir2 ni. kadang-kadang soru pun miss. mgkn org yg gaji besar mcm said tak rasa. tapi org mcm saya ni.....

    entahlah...masa gawat zaman tun mahathir dulu pun takde rasa susah mcm ni. skrg takde la pulak diisytiharkan gawat dan statistik ekonomi semua baik, tapi susahnya rasa nak hidup.

    ReplyDelete
  6. bak kata abafahim....menarik...menarik...!

    p/s: longhat menunjukkan lorat

    ReplyDelete
  7. Akum cik sojuk. Boleh dapatkan fakta secara statistik atau sebaliknya ORANG KAT MALAYSIA NI MATI KEBULURAN?Kalau mati terlebih makan saya percaya ada!Boleh bagi fakta orang Malaysia ni jadi susah sebab Pak Lah?Secara statistik atau sebaliknya.Boleh bagi fakta Malaysia ini huru hara sebab ekonomi?Kalau tak de fakta tok sah cakap lah.Rasa susah sikit nak hentam Pak lah.Mungkin cik sojuk ni hidup tak pernah susah.Bile rasa susah sikit nak hentam.Tidak kah kita perlu rasa bersyukur atau cik sojuk ni tak pernah di ajar untuk rasa bersyukur? Yalah panggil orang pun pakai OI saja.

    ReplyDelete
  8. saya rasa la, memang 8387 ni tak lain kecuali pengadu domba yang telah di latih oleh anwar ibrahim...khusus untuk lawan kat blog ni...

    ReplyDelete
  9. BAIKLAH TUAN 8387...TAPIKAN...KALAU TUAN NI PANDAI MEMBACA, RASANYA SAYA TULIS KAT ATAS TU BUKAN MATI KEBULURAN...TAPI NAK MATI...TAKKAN ITU PUN TAK BOLEH BEZA KOT!!!!!!ISH ISH ISH....KESIAN....INI KE PRODUK YANG PAK DOLAH KESAYANGAN DIA HASILKAN...TAHU MEMBACA YANG TERSURAT JE...TAPI AKAI TARAK...YE LAH...DIA PUN PENYOKONG SETIA NAZRI...EMAMNG LA...BAK KATA PUAKA DESA...OTAK KAT MANA???KAT KEPALA LUTUT.....

    ReplyDelete
  10. tau la blog ni namo paneh, tapi korg ni nak paneh memanjang jo. si paneh sendiri pun tak paneh cam korang. hehehe...! semua pndpt den suko. barulah kito copek maju. berbezo pdpt, tapi matlamat kito totap satu iaitu melihat bangsa sendiri maju.

    p/s: loghat menujukkan lorat

    ReplyDelete
  11. salam..
    nak kato mati kebuluran tu memang tak ado la...

    saudara 8387.. bertenang.. fikir dengan waras.. isu sekarang ni bukan kito tak buleh hidup susah...
    tapi kekayaan Malaysia tu di agihkan secara tidak betul...

    sejak paklah perintah harga petrol berapa kali naik?... harga barang keperluan asas (beras, tepung, gula dan lain-lain) naik... kito sumo faham mungkin ekonomi dunio mendesak paklah berbuat begitu...

    tp maso zaman kepimpinan Ayahanda Tun Mahathir dulu krisis ekonomi 1998 tak do lak harga barang naik... harga petrol naik..

    di situ la kito nilai kecekapan seseorang pemimpin tu...

    p/s
    MISC nak down dulu dato' Mukhriz la selamatkan...

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  12. Akum Cik Sojuk. Kalau cik sojuk masih nak main pusing kan ayat,berikanlah data orang "nak mati kebuluran" di Malaysia ni! Biar orang yang otaknya ada kat lutut ni tengok. Dan kepada M. Firdaus harga minyak dunia zaman Mahathir dulu stabil sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun (1990-2000)dalam julat USD 30++ setong.Masa Paklah mendadak hingga cecah lebih USD 100 setong.Takleh nak bandingkan macam tu. Tak leh nak tutuh subsidi aje nak stabilkan harga. Dalam keadaan sekarang mungkin cadangan Dtk Shahrir Samad ada bernasnya.Oh ya pasal MISC tu faktanya it was clearly a government bail out.Tak Baik untuk duit rakyat tetapi baik untuk negara.

    ReplyDelete
  13. Pasal subsidi minyak ni, kalau nak buat perbandingan betapa pentingnya ia kepada rakyat Malaysia, sama macam kepentingan National Health Service bg org British kat UK...Persoalannya kepada rakyat ialah, kita sebagai antara negara pengeksport minyak kepada dunia, seperti jugak brunei dan sebagainya, dimana pendapatan tu dapat kat kerajaan, takkan lah tak boleh nak subsidi? Apa yang kerajaan buat dengan duit tu? Kata keuntungan Petronas berpuluh bilion ringgit...Memang la zaman tun dulu harga minyak dunia lebih stabil berbanding sekarang, tapi kedudukan kewangan negara pada masa tu sangat lemah, kenapa masih mampu bagi subsidi?....Susahla ader pengikut fanatik macam ni...Bukan lu sendiri ke yang kata kita sumer ni nak kena bersatu...ape kes babe????

    p/s:lenkali baca tu jangan satu sumber je...pastu bula nak buat analisis, jangan satu layer jer...kesian.....

    ReplyDelete
  14. salam..
    saudara 8387.. mintak maaf kalau tulisan saya mengganggu sokongan saudara ke atas paklah...

    saya tidak mengatakan paklah salah dalam menaikkan harga petrol.. mungkin ekonomi dunia mendesak dia dalam mengawal harga petrol...

    mungkin zaman Tun Mahathir tidak mengalami masalah seperti ini..

    setiap zaman masa berubah.. cabaran pemerintahan pun berubah.. lain tahun lain cabarannya... akan tetapi sejauh mana kecekapan seseorang pemimpin itu menangani setiap masalah yang di hadapi..

    kita lihat zaman pemerintahan Tun Mahathir walaupun dilanda masalah, setiap masalah akan diatasi dengan baik... dengan dasar-dasar yang relevan pada masa itu.. dengan lantikan team menteri yang kuat..

    kita lihat sejarah balik.. dari zaman Tunku Abd Rahman hingga ke zaman Tun Mahathir kesinambungan pemerintahan...

    Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan, Membebaskan Malaya dari cengkaman penjajah.. terbukti 31 0ogos 1957

    Tun Abdul Razak, Bapa Pembangunan, Mengendalikan ketaksamaan ekonomi dan sosial.. terbukti dengan adanya felda dan DEB..

    Tun Hussein Onn, Bapa Perpaduan, Berjuang untuk mencapai perpaduan kaum.. terbukti peristiwa 16 mei Tun Hussien yang selesaikan.

    Tun Dr. Mahathir Mohammad, Bapa Pemodenan, Menjadikan Malaysia sebuah negara moden dan makmur..
    Terbukti proton,KLCC,Putrajaya, KLIA, SIC dan banyak lagi...

    Pak Lah = apa??
    Islam Hadhari?? kenapa perlu ada terjemahan islam lain.. abih selama ni kita pakai islam apo??
    pencegahan rasuah??
    tak nampak pun... ntah-ntah dio sendiri yang rasuah.. salah guna kuasa..
    ekonomi?? fikir-fikirkanlah..

    Nampak tak setiap pemimpin terdahulu hadir pada masanya... lepas merdeka kita susun ekonomi lepastu kita satukan kaum membentuk perpaduan lepastu kita modenkan..

    bukan nak kondem paklah tp.. kita kena bercakap benar.. paklah terlalu lemah cukuplah empat tahun..

    p/s
    saya sayangkan MALAYSIA... tanah tempat lahirku..

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  15. Sebut pasal minyak ni saya rasa elok kita baca balik tulisan paneh tajuk minyak @ emas hitam. Mungkin dapat manfaat. Good info.

    ReplyDelete
  16. den setuju dengan penyataan setiap pemimpin ado cabaran eh. cabaran zaman paklah ni ialah siri bercakap dengan jin atau kenangan bermalam bersama jin.

    cabaran paling mencabar paklah ialah diisytiharkan sebagai Bapa Mertua Mithali Malaysia (BM3)series...

    ReplyDelete