Monday, April 28, 2008

ISLAM HADHARI DAN PAS ABAI KEBAJIKAN MUSLIM?


Assalamualaikum...

Kali ni saya ingin mengajak kita semua terutama yang beragama Islam untuk sama2 merenung isu kebajikan saudara kita yang kurang diberi perhatian serius...berikut adalah petikan berita yang dilaporkan di dalam NST 28/4/2008...

The Malaysian Chinese Muslim Association (MCMA) Ipoh branch has identified a piece of land for the mosque for which the previous state government had pledged RM100,000 towards its construction.

"Currently, Chinese Muslims go to the mosques to pray, but those who cannot understand Bahasa Malaysia face difficulties in understanding the sermon."

"There are about 60,000 Chinese Muslims in the country. It is time that the authorities look into the matter," he said.
The association will be using the three-day Chinese Muslim Missionary Gathering, which started yesterday, as a platform to raise the issue.

Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin who officiated at the association's 14th annual general meeting yesterday, said the government would look at their request.

He said it would not be easy to approve as Pakatan Rakyat does not have an overwhelming mandate to rule the state.

Persoalannya;
1. Kalau benar penubuhan PAS adalah untuk memperjuangkan ISLAM, kenapa MB Perak memberi pernyataan yang bersifat teragak2 dalam membantu orang Islam??...Adakah kerana mereka tidak berkulit sawo matang, tidak makan budu, bahasa mereka berbeza, gaya hidup berbeza, MAKA tidak perlu untuk bersungguh2 membantu saudara2 baru kita ini?....Atau mungkin PAS sudah tahu yang sebenarnya sekutu mereka DAP dan PKR tidak akan membantu dalam pembangunan ISLAM??? (Maka nak 'play safe' defend la awal2 dengan isu mandat yang tak besar yg mereka miliki...Apa mereka ingat yang tahu perjuangkan ISLAM ni orang PAS je ke?)

2. Kerajaan pimpinan PAK LAH yang kononnya berkonsepkan ISLAM HADHARI takkan senyap je? Kalau zaman Rasulullah dahulu, golongan inilah yang akan diberi prioriti dan perhatian yang serius, kerana ini adalah tanggungjawab pemimpin...Atau mungkin ISLAM HADHARI PAK LAH ertinya pembinaan MASJID KRISTAL BERJUTA RINGGIT, koridor2 ekonomi yang kononnya membantu rakyat (tapi lihatlah apa terjadi di Johor,pembangunan iskandariah)....


p/s: Untuk org2 PAS, kalau sebelum ni Kerajaan BN da pun menjanjikan RM 100,000 untuk pembinaan masjid tersebut, salahkah kalau diteruskan perjuangan yg dah di mulakan oleh UMNO?



jadilah kita saudara yang prihatin, marilah kita sama2 mempraktikkan konsep persaudaraan sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah melalui peristiwa Hijrah, bersatunya Kaum Aus dan Khazraj, mulianya penduduk Madinah berkorban untuk saudara yang baru datang dari Kota Suci Mekah...Usah kita jadi golongan yang kononnya memperjuangkan ISLAM tapi hanya untuk kepentingan politik dan kuasa peribadi....

Malaysia dipandang tinggi oleh masyarakat dunia terutamanya negara2 Islam sehingga diberi mandat mengetuai OIC dek kerana kebijaksanaan AYAHANDA TUN...tanpa perlu kepada konsep ISLAM HADHARI PAK LAH mahupun ISLAMIC STATE PAS!!!

8 comments:

  1. Akum NeracaKeadilan-Dah agak pemimpin PAS bila sebut pasal bina Masjid diaorang reluctant sebab selama 18 tahun perintah Kelantan pun tak de satu Masjid pun diaorang bina. Apa yang dia tau guna Masjid untuk hentam Kerajaan.Dalam mentaliti mereka biarlah Kerajaan BN buat diaorang pakai.Mentaliti ni jangan guna sangat sebab puas Kerajaan buat yang terbaik untuk orang Islam pengundi bangsa sendiri bagi orang lain pakai. Tapi camnapun janganlah salahkan Islam Hadhari. Islam Hadhari bukan hanya cerita buat Masjid. Islam Hadhari itu konsep yang diunjurkan untuk dipraktikkan oleh semua warganegara yang mahukan kebaikan di dunia dan tidak mahukan kemusnahan. buat masjid kristal tu selain dari dpat beribadat dapat menunjukkan bahawa arkitek kita tidak ketandusan kemahiran untuk bersaing diperingkat global.Diperingkat global kita menyangkal pendapat dunia bahawa islam ini bawa kemusnahan dan keganasan. Bila konsep Islam Hadhari dipraktikkan secara menyeluruh barulah dunia tahu bahawa Islam ni bukan hanya agama keganasan tetapi membawa kepada kemajuan dan kemakmuran.Janganlah salahkan PakLah. Salahkan diri kita kerana kadang-kadang kita tidak mahu menghalusi apa yang diunjurkannya.

    ReplyDelete
  2. 8387...whatever d concept that you are telling us, has been long promoted and acknowledged by Malaysia...Way before Islam Hadhari was proposed by PAK LAH...Problem is, we dont see what the hell is ISLAM HADHARI that he was trying to propagate...From what i know, the way TUN led this country was way more HADHARI than PAK DOLAH's way...How can he promote ISLAM HADHARI if he himself is not practicing it??? Shame on him!!!

    ReplyDelete
  3. Ketua bahagian Umno Seremban akan menemui Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan salah guna kuasa menteri besar Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Hassan dalam pelantikan adik-beradiknya sebagai ahli pihak berkuasa tempatan.

    Datuk Ishak Ismail akan membuat laporan tersebut di pejabat BPR negeri di Seremban kira-kira jam 8.30 pagi esok.

    "Ia membabitkan kes Datuk Azman dan Datuk Abdul Ghani yang dilantik sebagai ahli majlis Majlis Perbandaran Nilai (MPN) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) pada 2004 dalam satu mesyuarat exco kerajaan negeri yang dipengerusikan Mohamad.

    "Saya yang hadir sama sebagai salah seorang exco terkejut kerana Mohamad yang mempengerusikan mesyuarat tersebut, yang antara lain untuk melantik abang dan adiknya menjadi ahli majlis MPN dan MPS.

    "Sepatutnya beliau sebagai menteri besar tidak boleh berada dalam mesyuarat itu kerana ia membabitkan kepentingan adik-beradiknya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

    Bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng itu berkata, pada 2004, Mohamad telah mempengerusikan satu mesyuarat exco untuk menyokong pelantikan Azman dan Abdul Ghani.

    Ishak digugurkan daripada mempertahankan kerusi negeri itu dalam pilihanraya umum lalu setelah tiga penggal menjadi wakil rakyat.

    Ketua bahagian itu seterusnya mendakwa, laporan BPR terhadap Mohamad mengenai perkara tersebut telah dibuat oleh pihak lain tetapi, dakwanya lagi, BPR telah menutup kes tersebut atas arahan Pejabat Peguam Negara.

    "Jadi saya mahu BPR siasat adakah benar dakwaan Pejabat Peguam Negara yang mengarahkan BPR menutup kes tersebut," katanya.

    Ishak menambah, beliau mahu kes ini dibuka semula supaya orang ramai dapat mengetahui kedudukan sebenar perkara tersebut

    petikan Malaysiakini 29/4/2008.

    Bagusla tu..UMNO memang dah rosak!!!!!!

    ReplyDelete
  4. pasal apo, sikamat, paroi dan ampangangan UMNO kalah?

    jawabnyo org melayu somban memang dah muak dongan pemimpin UMNO n9, yagn banyak memontingkan porut dan hipokrit, asyik cari kesalah org jo!!!!!!

    Buek paneh lobih baik ekau botulkan UMNO sobolum nak botulkan org lain!!!!!!!

    -budak SOMBAN

    ReplyDelete
  5. saya rasa kalau nak cerita pasal perlantikan kronism ni bukan berlaku di dalam UMNO sahaja...dalam parti pakatan rakyat pun pengamalan kronism sangat berleluasa...tengok sahaja lah dalam mana2 parti sekali pun...PAS?PKR?DAP? Rasanya yang dipilih memegang jawatan dan dipilih bertanding tak lain anak beranak mereka jugak...jadi ape masalahnya...Dato' Ishak adalah contoh pemimpin Melayu yang busuk hati...dulu masa jadi EXCO negeri, takde pulak bising...sekarang dah tak jadi calon, tak jadi wakil rakyat, baru nak kecoh...samalah dengan ANWAR IBRAHIM dan sekutu2 dia tuh...masa berada dalam UMNO dulu wah....semuanya bagus belaka...tapi apabila dah tak ader interest, wah....segalanya busuk belaka....Yang salah bukan UMNO...UMNO tetap unggul dalam mempertahankan hak kita dan kedudukan kita...Nak harapkan PAS dan PKR????

    ReplyDelete
  6. salam..
    Bersatu kita bersatu.. dengan setia berganding bahu... jiwa teguh bepadu kita rumpun MELAYU...

    saudara 8387.. niat menghalalkan cara... tak salah bina masjid..tapi keperluan tu ada tak.. disisi Allah swt sama sahaja.. pengisiannya yang penting.. kalau masjid jutaan ringgit tak ada pengisian saya rasa lebih baik masjid papan tapi padat dengan pengisian...

    adat manusia.. jika sesuatu kesalahan itu telah dilakukan, kita akan mencari seberapa banyak alasan bagi menutup keslahan itu.. siapa nak mengaku berak tepi jalan kan..

    saudara boleh cakap itu untuk pembangunan arkitek la... kalau betul manusia arkitek tu zuhud dan redha kejalan Allah, kenapa nilai masjid ni jutaan ringgit...

    Jadi kesimpulannya sudah tentu perniagaan bukan.. untung dari pembinaan masjid ni berapa juta agaknya....

    kalau kita salurkan duit ni untuk pembangunan belia2 untuk lebih memahami apa itu ISLAM.. apa itu IHSAN.. fardhu kifayah.. fardhu ain..macam mana..saya rasa lebih baik....

    sekadar pendapat.. kalau salah tunjuk2kan.. bersama kita berkongsi pendapat..

    p/s
    susah jadi pemimpin ni... tanggungjawab dunia akhirat..

    duduk kl tp maish jiwo negori..

    ReplyDelete
  7. Orang yahudi dan nasrani tidak peduli sama ada kita ni sunni or syiah, mahupun umno atau pas. bagi mereka orang Islam semua sama...pengganas, nafsu buas dan lemah. buek budak somban sesamolah kito membetulkan umno, yg dikatakan keramat tu. sejarah membuktikan walau siapa pun yg keluar umno tidak akan berjaya. contohnya Ku Li, Rais Yatim...ah maleh la nak taip panjang naa plk. korg pun tau sapo laie. akhirnya mereka terpakso masuk blk umno. pemimpin dtg dan pergi tetapi umno tetap ditempatnya kerana yg kuat itu akar umbi dan teruslah bersatu, bersetia dan berkhidmat.

    loghat menunjukkan lorat

    ReplyDelete
  8. Aku cik sojuk.. Saya rasa cik sojuk tak tengok perancangan dibawah RMK9. kalau tengok perancangan RMK9 baru kita tahu konsep Islam Hadhari tersebut telah dimasukkan. Sebenarnya konsep Islam Hadhari ni bukan zaman Mahathir aje tapi sejak Negara ini ada dibawah pemerintahan UMNO. Ambil salah satu konsep Islam Hadhari iaitu menguasai ilmu. Zaman Tun Razak aje dah buat groundwork hingga dia berjaya membuatkan seramai 3 juta rakyat Malaysia yag buta huruf dapat membaca melalui Kelas Dewasa sahaja. Alah macam cerita P.Ramlee tu. Dengan membaca rakyat dapat menimba dan menguasai ilmu.Dan ini diteruskan pada zaman Pak lah. Nak cakap Pak lah tak praktikkannya tak betul.Pak Lah memperkasakannya lagi.

    ReplyDelete