Sunday, April 27, 2008

KHAS UNTUK PAK LAH DAN SELURUH MELAYU

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya

Tergadai Seluruh Harta Benda

Akibat Sengketa Sesamalah Kita

Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri


Masa Depan Sungguh Kelam

Kan Lenyap Peristiwa Semalam

Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang



Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa

Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri


Kita Sudah Tiada Masa

Majulah Dengan Gagah Perkasa

Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara



P/S; PAK LAH...JANGAN KAU JADI PEMUSNAH BANGSA...U SHOULD KNOW THIS SONG MORE THAN WE DO!!!!

16 comments:

  1. sodih...isk...isk!

    ReplyDelete
  2. dah lama x dgr lagu ni.....skrg masa yg sgt sesuai layan lagu ni balik....

    ReplyDelete
  3. Ah... tak abih-abih nak nyanyi lagu. Sedih sikit nyanyi sedih sikit nyanyi. Tapi itulah orang Melayu.Bila musibah datang nyanyi sampai nangis.Masa senang lupa. Lupa nak daftar sebagai pengundi la, lupa nak pergi mengundi la. Akibat tindakan itu musibah datang.Apa nak buat lagi? NYANYILAH RAMAI2! Kampung hampir tergadai dah ni!

    ReplyDelete
  4. saper yang suruh nyanyi? Takder saper pun....yang di suruh ialah hayati maksud tersirat lagu tu...dan fahami mesej yang nak disampaikan...ko ni 8387...emos tak tentu pasal naper...ko punya sumbangan dah hebat sangat ke???Kalau stakat nak salahkan sumer org kecuali PAK LAH yg dah jelas SALAH, baik TAK PAYAH LAH...

    ReplyDelete
  5. Tapi betul jugak 8387 cakap pasal fakta tak register mengundi tu! Tak leh nak tolak fakta tu. Tp fakta2 yang lain aku serahkan kepada kebijaksanaan tukang2 komen di PANEH ni.

    ReplyDelete
  6. saya setuju ngan anonymous...yang diharapkan oleh neracakeadilan tu rasanya supaya kita hayati pesanan dalam lagu tu...apepun, saya tgk anonymous byk bg komen dlm artikel2 lain...tak nak guna nama yg lebih unik ker?

    Buat 8387, janganlah kita jadi pengikut yang hanya mengikut membuta tuli...kalau dah salah kena la mengaku salah...jangan la dok menghasut jadi pencacai kat sini...tapi takpe jugak lah, mungkin kewujudan hang ni boleh jadi check and balance...

    ReplyDelete
  7. yup den sokong. kesedarang org Melayu tentang daftar pemilih dan kluar mengundi sgt kurang berbanding kaum lain. mereka suka membiarkan org lain memilih menentukan masa depan mereka. tapi kalo nak pakai apa hari ni tau plak hak sendiri.

    ReplyDelete
  8. wahai sahabat2...saya kira kata2 ayahanda TUN masih relevan..perjuangan kiata belum selesai...jadi, kita yang sedar akan kepentingan memperkasa bangsa kita, janganlah bertelagah...Sama2 kita perbetulkan kesilapan yang ada sekarang..sebab tu saya tuju lagu ni bukan hanya untuk PAK LAH,tapi untuk seluruh MELAYU agar sedar akan kedudukan kita yang semakin terancam...Kuasa yang ader sekarang pun sudah semakin goyah dek perbalahan dan gila kuasa sesetengah pihak...ambillah pengajaran daripada sejarah...kalau bukan kerana ketamakan pemimpin dulu, kita mungkin tidak di jajah...tapi sebagai rakyat yang diajar oleh TUN untuk sentiasa muhasabah diri dan mengambil iktibar daripada sejarah, kita harus bangkit...

    p/s:Berkatalah benar kepada diri sendiri dan berkatalah benar walaupun ianya pahit

    ReplyDelete
  9. Dua belas tahun yang lalu semasa pulang bercuti Semester I Tahun Empat, saya ada singgah untuk minum di sebuah Kedai Kopi sebuah kampung di Perak. Semasa singgah saya lihat ada seorang Pak Cik sedang marah-marah sambil menepuk meja sehingga menggerunkan orang kampung yang sedang minum di Kedai Kopi itu. Mungkin Pak Cik ni orang yang dihormati di kampung itu, mungkin juga Ketua Kampung.

    HIDUP MELAYU!!!!

    Pak Cik itu sedang marah kepada PAS yang bekerjasama dengan DAP untuk menghadapi pilihanraya umum ke 10. Antara yang saya dengar katanya, "PAS ni tak guna dok kawan dengan DAP parti Cina komunis", "Depa ni tak dak kerja nak hapus hak istimewa orang Melayu" Semua orang dalam Kedai Kopi tu diam, tak kata apa. Hanya dengar saja Pak Cik tu bercakap hentam PAS dan DAP.

    Saya yang dengar rasa nak marah juga, tetapi sabar dan fikir macam mana nak buat dengan Pak Cik ni. Akhirnya saya ambil cawan kopi yang baru dihantar oleh tuan kedai duduk di meja Pak Cik tadi. Saya bersalam dengan dia dan orang kampung yang sama duduk di meja tu.

    Saya menggunakan suara lembut tanda hormat pada orang tua bertanya kepada Pak Cik tadi. " Tadi saya dengar Pak Cik cakap fasal hak istimewa orang Melayu, Pak Cik tahu ka apa dia hak istimewa orang Melayu ?. Pak Cik tadi tergamam dengan soalan saya, mungkin dia tak tahu jawapannya, tetapi dia cuba jawab, " ha hak istimewa orang Melayu la". Saya tanya lagi " ya la hak istimewa orang Melayu,tapi apa dia ?. Lepas tu dia diam, mungkin dok fikir nak cari jawapan. Orang kampung lain dalam kedai kopi tu bertumpu kepada kami.

    Oleh kerana lambat beri jawapan, saya kata kepada Pak Cik tu, " Askar Melayu, Keretapi Tanah Melayu ka?". Pak Cik cepat-cepat sambut, " ha ya la tu, yang tu saya nak cakap tadi ". Saya pun beritahu yang jawapan dia salah. Saya bagi tahu saya belajar di Universiti dan saya belajar tentang hak istimewa orang Melayu. Saya pun terang kepada orang kampung dalam kedai itu beberapa perkara berkaitan hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

    Pak Cik tadi tersipu-sipu tetapi tak dapat terima penjelasan saya tentang hak istimewa orang Melayu. Katanya, " tak dengar pun kat tv apa yang hang cakap, Perdana Menteri pun tak cerita macam hang cerita, di universiti tu lain tu." Saya senyum saja dan minta diri, bersalam dengan mereka. Saya puas sebab dapat beri kefahaman kepada orang kampung di kedai tu, apa dia hak istimewa orang Melayu?. Pak Cik tadi yang tak dapat terima, biarlah kat dia kerana saya tahu dia mesti orang kuat umno.

    Kesimpulan dari pengalaman saya ini dapat menjelaskan tentang kefahaman orang umno berkaitan hak istimewa orang Melayu. Apabila orang umno berdemontrasi di hadapan Komtar menentang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang membuat kenyataan mahu menghapuskan DEB. Saya dapat katakan bahawa orang umno yang pergi berdemontrasi itu kalau ditanya tentang hak istimewa orang Melayu dan DEB. Mereka pasti tak tahu jawapannya, mereka sebenarnya diperbodohkan oleh pemimpin umno Pulau Pinang yang hilang kuasa.

    Sebaliknya, kalau ditanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tentang tentang hak istimewa orang Melayu dan DEB, saya yakin beliau akan memberi jawapan yang tepat tentang hak istimewa orang Melayu dan DEB. Beliau sudah membuat kajian tentang perkara ini sebelum membuat kenyataan.

    Sebab itulah apabila didapati berlaku isu penyelewengan tanah bernilai jutaan ringgit oleh pemimpin umno semasa mereka memerintah. Sampai hari ini bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dato' Rashid bin Abdullah tidak berani bersemuka dengan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng walaupun dipelawa beberapa kali.

    Orang-orang Melayu terutamanya umno sebenarnya ditipu oleh pemimpin mereka yang kononnya memperjuangkan hak istimewa orang Melayu. Oleh kerana tak tahu bahawa sebenarnya pemimpin umnolah yang mengurangkan hak istimewa orang Melayu, maka keputusan pilihanraya ke 12 menunjukkan umno masih menang di kerusi majoriti Melayu.

    Justeru, sebagai tanda sayang kepada orang Melayu dalam umno supaya tidak menjadi mangsa penipuan pemimpin umno sampai mati. Saya mencadangkan PAS dan PKR memberi penerangan kepada orang Melayu tentang hak istimewa orang Melayu kepada semua orang Melayu termasuk orang PAS dan PKR. Jangan harapkan umno nak bagi penerangan tentang hak istimewa orang Melayu kepada orang umno, kerana mereka tahu kalau orang umno tahu apa dia hak istimewa orang Melayu. Orang umno sendiri akan keluar dari umno yang selama ini menipu mereka.

    Malulah kita orang Melayu yang ada hak istimewa tetapi tak tahu apa dia hak istimewa tu. Saya yakin Pakatan Rakyat dapat menembusi kubu-kubu umno, sekiranya orang Melayu umno tahu bahawa selama ini yang menyelewengkan hak-hak orang Melayu adalah pemimpin umno. Masa akan semakin dekat, orang umno semakin kuat umnonya, apabila ditiup semangat perkauman oleh pemimpin mereka.

    Orang Cina dan India mungkin kekal menyokong Pakatan Rakyat kerana tembelang perkauman umno sudah pecah selepas kalah pilihanraya. Kita tidak boleh membiarkan orang Melayu hanyut dengan sentimen perkauman umno. Tindakan untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada orang Melayu perlu dimulakan mulai sekarang. Sokongan orang Melayu juga penting bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  10. salam..

    kadang2 sey tak faham akan asas penubuhan DAP itu untuk apo... asas penubuhan PKR ini untuk apo..
    asas penubuhan PAS pulak untuk apo..

    DAP- menyarankan hak sama rata... malaysia-malaysian

    PAS- hukum hudud.. tuhan samseng.. nak kato baik.. ado gak pemipin dio yang kono tangkap khalwat..

    PKR- Anwar Ibrahim.. Kalau Ayahanda Tun Mahathir dulu tak pecat dio.. ado tak dio kluar parti dan cakap macam2 pasal UMNO..
    tak bukan..

    itulah dio...

    buek saudara anonymous yang bercerito pasal hak keistimewaan orang melayu ni fahamkan dulu perlembagaan dan perjuangan sesebuah parti itu ditubuhkan baco sejarah balik... jangan lupo sejarah.. sapo yang berbincang dengan kerajaan BRITISH pasal Kontrak sosial.. saudara tentu faham pasal kontrak sosial tu apo bukan..siapa yang memperjuangkan kontrak sosial ni... UMNO BUKAN

    UMNO sebuah parti yang memperjuangkan segala-galanya.. yang tak elok ialah pemimpin dio.. jadi bukan UMNO yang salah.. yang salah pemimpin dio.. orang yang di dalam UMNO..

    jadi kesimpulannya buanglah pemimpin yang tak berguno ni... supayo kito kembali ke perjuangan sebenar... Perjuangan UMNO belum selesai.. kito ni la bangso melayu perlu bersatu...

    sedikit pasal kontrak sosial buek orang yang tak faham...

    KONTRAK SOSIAL ni adalah syarat utama yang dikenakan oleh BRITISH masa nak bagi kito merdeka dulu… maknanya kalau tak dipatuhi maka BRITISH tak nak bagi kito merdeka… KONTRAK SOSIAL adalah persetujuan anjuran BRITISH yang perlu dicapai oleh ke semua kaum di Persekutuan Tanah Melayu…

    terbahagi kepada 2 bahagian utamo…
    BAHAGIAN PERTAMA - Keperluan Orang Melayu Yang Perlu Diakui Oleh Orang Bukan Melayu. Ianya terdiri daripada :
    1. Hak Istimewa Orang Melayu
    2. Raja - Raja Melayu Sebagai Ketua Negeri dan Negara
    3. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan
    4. Islam sebagai agama rasmi negeri dan negara
    5. Rejimen Askar Melayu DiRaja perlu kekal dan hanya untuk orang Melayu sahaja. Kaum lain kalau nak masuk tentera darat hanya boleh masuk ke Kor atau Rejimen Renjer DiRaja yang juga diterajui oleh orang Melayu…

    BAHAGIAN 2 - Keperluan Orang Bukan Melayu Yang Perlu Diakui Oleh Orang Melayu…
    1. Pemberian taraf warganegara kepada semua orang bukan Melayu dan keturunan mereka yang lahir di dalam Persekutuan Tanah Melayu…

    ini semua yang perikatan perjuangkan.. sekarang ni BN la...

    p/s
    jangan la marahkan nyamuk kelambu dibakar....

    duduk kl tp masih jiwo negori..

    ReplyDelete
  11. hmm...panas sungguh la blog ni...ni la anonimus, maap la, ceq tak tau nak panggil hang apa, ceq teringin jugak nak tau apa sebenaqnya yang hang habaq kat pakcik tu pasai hak istimewa oghang melayu...bukan apa, saja la ceq nak tau, sama ka tak fahamn ceq ni dgn hang...kot kalu kita semua ni dok kena tipu...boleh ka hang ceghita sikit?

    ReplyDelete
  12. kepada anonymous no.1 sebab tak hayati lagu ni le tanah orang Melayu hampir tergadai.Lagu ni dah lama sejak tahun 80an lagi tapi jelas orang Melayu gagal hayati maksud lagu ni.Mengapa tanya apa sumbangan saya? Fikirkan sendiri apa yang boleh kita sumbang untuk keutuhan Melayu di negara ini. Bila dah jadi macam ni baru tau bukan suma orang Melayu mahu menyumbang kepada keutuhan orang Melayu.Mereka kini sanggup mengundi DAP,lanjutan dari parti PAP yang amat menentang keistimewaan orang Melayu.Dah bertahun lagu tu ada dah orang kta masih tidak sedar.Hayatlah sebanyak mana pun kalau tidak bertindak untuk keutuhan orang Melayu pun tak guna. Kepada anonymous no.2 nak jugak dengar versi keistimewaan orang Melayu yang dicakapkan semasa dia belajar Semester 1 tahun 4? Saya nak tau jugak kononnya Lim Guan Eng buat kajian sebelum kenyataan dibuat tu sama tak dasarnya dengan bapaknya Lim Kit Siang bahaskan dalam Parlimen menentang perlanjutan DEB tahun 1988 dulu? Bagi tau lah saya. Kalau sama jelas tuan anonymous sendiri keliru dengan konsep keistimewaan orang Melayu. Please anonymous No.2 I want to hear from you

    ReplyDelete
  13. saya pun tertanya2 jugak nih...aper yang anonymous no.2 faham tentang hak istimewa orang Melayu? Risau jugak kalau2 salah fahaman yang telah saya dapat selama ni berdasarkan pembacaan daripada perlembagaan persekutuan dan penjelasan pemimpin2 kita terdahulu...Boleh jelaskan lebih lanjut tak Anonymous?

    ReplyDelete
  14. Neraca Keadilan yang atuk kasihi. Semangat yang ditunjukkan itu sungguh bernas tetapi atuk nak ingatkan nyanyian itu adalah pesan dan amaran sebenarnya. Sejak mula atuk bersama BTN lagi, Atuk dah nyanyikannya kepada anak-anak buah yang sekarang ini semua mereka dah jadi orang orang besar belaka. Misalnya Anuar Musa, Jamaludin Jarjis, Zahid Hamidi, Ali Rustam mereka semuanya pandai nyanyikan lagu ini sampai nangis-nangis. Tetapi bila mereka dah duduk di atas, mereka tak nangis lagi. Mereka ejek-ejekkan siapa yang nyanyikannya.Oleh kerana sesiapa saja yang cemuh dan ejek-ejek nasihat Atuk itu, padan muka dalam PRU12 yang lalu apa dah jadi? Ha ketawakan lagi. Ejek lagi, baru tahu penangan pembangkang. Tahukah kalian siapa sebenarnya yang membangkang itu? Tak lain tak bukan ialah mereka yang gemar, cinta dan sayangkan lagu Anak Kecil Main Api, tahu? Jadi, Atuk nasihatkan, lagu ini punya hikmahnya yang tinggi. Tak lama lagi apa yang disebutkan itu semuanya akan berlaku. Misalnya kita sudah tiada masa lagi...bersedia sahajalah menunggu npadahnya. Sudah lama benar rakyat bersabar, tetapi pucuk pimpinan buat tak tahu saja. Pada hal lagu ini kita buat semasa Pak Lah jadi tokeh BTN lagi. Tak percaya tanya Pak Din yang ciptanya. Atuk sekarang sudah batuk-batuk keras, tak berdaya hendak nyanyikannya lagi. Tapi Atuk hanya mampu nangis kerl;uarkan air mata darah sahaja.... Wak Semar

    ReplyDelete
  15. apesal senyap jer anonymous yang ari tu berdegar2 citer pasal pakcik kat perak tuh? Naper sampai ari ni aku tak dapat pun lagi explanation dia pasal hak istimewa org Melayu...ke dia nak gi tanya Anwar Ibrahim dulu?

    ReplyDelete
  16. Saya bersetuju seratus peratus dengan apa yang wak semar cakap tu..by the way, bukalah blog dia..agak menarik jugak....http://mymassa.com

    ReplyDelete