Sunday, April 13, 2008

Masa Untuk Perubahan

Dipetik daripada kata-kata Muhyiddin Yasin, Naib Presiden UMNO dalam Mingguan Malaysia - 13/04/2008

"Saya lihat dengan jelas perasaan tidak senang hati terhadap kepimpinan parti. Saya sebut ini bukan saya cakap tetapi berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul. Dalam percakapan mereka yang dilakukan secara terbuka dan ikhlas tanpa 'digagahi' oleh mana-mana pihak, satu perkara pokok yang disebut ialah soal kepimpinan. Di luar parti pun ada yang bercakap perkara yang sama, dikaitkan dengan masalah keluarga dan sistem yang diamalkan".

"Saya fikir ada satu perasaan membuak-buak di peringkat bawah iaitu perasaan tidak puas hati yang ketara. Oleh itu saya berpendapat, kalau tidak berlaku perubahan dalam UMNO maka banyak perkara tidak baik akan terjadi. Justeru saya takut jika saya tidak bercakap dengan benar, ia akhirnya boleh membawa bencana kepada orang Melayu dan UMNO".

"Jadi saya serah kepada kebijaksanaan Presiden parti, beliau yang cakap (untuk serah kepada pengganti), saya rasa dalam hati Perdana Menteri dan Presiden parti beliau akan bersedia dan sedang memikirkan soal ini. Saya berdoa kepada Allah membuka pintu hati Pak Lah untuk berfikir dengan semasak-masaknya".

"Ini satu proses demokrasi yang harus digunakan sebaik-baiknya untuk meremajakan UMNO, menyuntik semangat baru, membariskan kepimpinan bertenaga dan berwibawa yang boleh memberi kekuatan baru kepada parti agar UMNO terus relevan".

PERSOALAN: Adakah orang-orang UMNO masih tak faham-faham lagi? Bertindaklah. Bercakap jo pun tak guno!

4 comments:

  1. Baguih tukaq je Paklah tu. Ganti dengan Isa Samad pun lagi bagus. Daripado Najib yang kuek beromen je kojo eh tu.

    ReplyDelete
  2. bukan setakat bagus...lebih daripada wajib dah hukum nya tu ha...walaupun saya ni bukan mufti untuk kuarkan hukum, tp pak lah sudah gagal...empat tahun sudah cukup..alasan dia hanya baru satu penggal memerintah tidak relevan lagi sebagai justifikasi untuk kekal memerintah...melayu terancam...ekonomi negara makin goyah...kepercayaan komuniti antarabangsa semakin suram...SEDARLAH LAH...TURUNLAH

    ReplyDelete
  3. Pergh power giler ayat si sojuk nih. Apo2 pun den sokong ko sojuk!

    ReplyDelete
  4. botul kato muhyidin tu.... rakyat sumo dah polak ngan perangai Pak Lah yang semakin menjadi-jadi ni..
    cukupLAH.. sudahLAH... pakLAH... undurLAH... turunLAH.. teringat puisi paklah tu... damai abadi..

    Paklah..
    bukan carik roto bekoyan-koyan
    bukan cari kawan untuk nak berfoya-foya
    yang nak dibongkar rahsio kitab suci
    paklah poiela carik damai abadi..

    wei kj suruh la abah mentuo kau ni sudah... dio donga cakap kau yo....

    p/s
    turun tanggo elok-elok yo.. kang kok kono tolak jatuh tejarap...

    duduk kl tp jiwo masih negori..

    ReplyDelete