Tuesday, May 20, 2008

Agenda Asing - Part I

Banyak perkara bermain di fikiran aku sekarang. Aku cuba memahami tindakan Che Det keluar dari UMNO dan memberi kata dua sama ada Paklah letak jawatan dan barulah dia akan kembali kepada UMNO. Aku faham kekecewaan Che Det dan ini mungkin jalan terakhir yang diambil oleh beliau untuk membetulkan keadaan. Walaupun Musa Hitam kata keluarnya Che Det umpama keluarnya duri dalam daging, tapi Nik Aziz pula menghargai kebijaksanaan Che Det yang diiktiraf seluruh dunia. Bila press tanya mahukah PAS ajak Che Det join parti, maka Nik Aziz jawab, baguslah kerana PAS boleh menumpang tuah dia. Orang PAS boleh hargai Che Det, tapi orang UMNO???

Banyak perkara lagi yang aku tak berapa nak faham. Antaranya aku tak faham apa kaitan Anwar dengan organisasi Yahudi yang dibualkan orang sebelum ni? Apa kaitan dia dengan NED yang ditubuhkan sejak zaman Ronald Reagan dengan tujuan menguasai negara2 Islam atas alasan demokrasi. Jika rakyat sudah tidak percaya dengan kerajaan yang diwar-warkan korup, kronisme dan sebagainya maka senanglah organisasi ni masuk jarum seperti propaganda di Iraq? Kenapa orang Yahudi berminat dengan Malaysia? Adakah kerana Malaysia negara Islam yang pesat membangun dan menjadi suara kepada negara-negara Islam lain dan negara-negara dunia ketiga? Sebab itukah Perhimpunan Agong UMNO sering dipantau Israel melalui satelit? Kenapa pengarah CIA Asia fasih berbahasa Melayu? Kenapa beliau mampu bertutur dalam semua loghat dan bahasa yang terdapat di Malaysia ni? Adakah semua agen mereka mampu buat perkara yang sama?

Apa kaitan Anwar dengan Jim Welfenson, William S. Cohen dan Elliot Abrams yang berbangsa Yahudi ni? Kenapa Al-Gore pengerusi yayasan yahudi tu menjadi sahabat Anwar? Kenapa Anwar mengaku mereka semua adalah sahabat dia? Bila ditanya, Anwar kata itu satu fitnah untuk menjatuhkan dia. Tapi dia tak pernah pulak jelaskan kaitan dirinya dengan orang2 dan organisasi2 itu. Dia tak pernah pulak menafikan. Kenapa Anwar tidak mahu menjunjung Quran serta bersumpah mengatakan dia bukanlah peliwat dan tidak ada kaitan dengan Yahudi dan CIA? Benarkah Wan Azizah pernah menulis surat pada Che Det pada 1990an untuk meminta Che Det memujuk Anwar menceraikan beliau? Kenapa Wan Azizah nak minta cerai? Kenapa Anwar dijemput menjadi pensyarah di universiti yang ditubuhkan oleh kumpulan yahudi di Amerika? Kenapa Anwar kata "we must take IFC" iaitu sebuah pertubuhan yang mahu menyamaratakan semua agama di Malaysia termasuk agama Islam. Bukankah ia bertentangan dengan perkara 11(1) dan perkara 11(4) dlm perlembagaan? Siapa disebalik IFC ni?

Mana datang duit keAdilan yang banyak itu? Benarkah duit beratus juta USD untuk parti keAdilan itu ada dalam sebuah bank di Singapura? Apa tujuan Open Dialogue Centre Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat consultant democracy? Perlukah ada syarikat konsultan untuk mengamalkan demokrasi di Malaysia ni? Kenapa pekerja syarikat tu dibayar dalam USD sedangkan mereka rakyat Malaysia? Kenapa perhimpunan Bersih dibuat di kota London? Kenapa Malaysian For Free & Fair Election yang ditubuhkan pada 1999 untuk tujuan memantau perjalanan pilihanraya di Malaysia akhir-akhir ini adalah sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar? Kenapa SPR akur dengan pertubuhan tidak berdaftar ini?

Benarkah polis sudah berpecah dua antara BN dan PR? Benarkah seorang ahli parlimen di Sabah dan Sarawak di bayar RM50juta untuk melompat parti? Benarkah mereka tidak mahu mengaku melompat? Benarkah Paklah sudah mula menerima idea yang parti berasaskan perkauman sudah tidak relevan? Benarkah Paklah sudah mula menyokong perjuangan PKR? Benarkah ahli2 UMNO pengecut? Kenapa Khairy yang takde bin tu menghantar pasport pada Anwar? Betulkah Khairy yang sepatutnya kahwin dengan Nurul Izzah tapi dihantar untuk kahwin dengan Nory untuk memperalatkan Paklah? Betulkah Khairy diperalatkan Yahudi? Kenapa Kalimullah disahkan polis pada tahun 1980an sebagai perisik tetapi kini menjadi orang kepercayaan Khairy? Kenapa Khairy bergaduh dengan Menteri Besar NSDK?

Benarkah PUTIK merupakan hadiah Gebenor USA kepada PAS melalui Kuwait? Siapa sebenarnya Oversea Chinese Association? Benarkah harta mereka USD 4 trillion untuk membantu orang-orang cina yang duduk luar negara China termasuk di Malaysia? Siapa pula nak bantu orang2 Melayu yang masih tak dapat capai ekuiti ekonomi di Malaysia ni? Adakah parti perkauman masih relevan? Terjaminkah hak istimewa orang Melayu? Relevankah orang Melayu diberikan "tongkat" yang baru berusia 51 tahun ni? Sedangkan British dah bagi "tongkat" pada kaum cina sejak kurun ke 18 lagi. Tanah rizab melayu pada 1947 ialah sebanyak 2,432,789 ekar dan pada 1970 hanya tinggal 1,752,293 ekar sahaja. Adakah semua dah disapu oleh kaum lain di Malaysia? Adakah sebab itu berlakunya peristiwa 13 Mei? Adakah British dan OCA membantu mereka mendapatkan tanah2 milik Melayu ni?

Pening aku memikirkan semua ni. Banyak benda lagi yang aku kena kaji dan perlukan jawapan. Ada orang berkata pada aku, buat apa takut dengan Yahudi dan Nasrani ni sebab kita orang berilmu, mesti kita boleh melawannya. Aku kata pada dia yang aku tak takut pada orang Yahudi dan Nasrani, tapi aku cuma berhati2. Mesti ada sebab Allah bagi amaran tentang dua bangsa ni dalam Al-Quran. Allah Maha Mengetahui. Lagipun bangsa mereka dah lama maju, sedangkan bangsa aku baru nak bertatih tapi dah rasa dirinya hebat. Sedangkan mereka dapat ilmu pun sebab menuntut dengan orang2 barat. Entahlah. Tunggu episod seterusnya Agenda Asing - Part II.

Suspicion is one of the best defences.

23 comments:

  1. apo yang ko pikir banyak sangat ni jang???....ko ni memang takdo kojo ko??? mikir pasal negaro yo...tapi sebonar eh...den pun mikir bbondo yang samo yoo...hai...apolah nak jadi kek negarho kito nih...poning...poning...engkau negohri engkau masih lagi tok mat yang perintah...negorhi den lagi la...dalam tok det baru 2 1/2 tahun memerintah dah dapek kek tok guru...tok guru hj azizan...eh..nakk samo lak ngan namo bapak kawan den kek taman tunku kursiah tu...jom pi kedah...mSa..

    ReplyDelete
  2. salam..

    saya sarankan posting ni di buat sebagai satu surat terbuka di mana penokong2 anwar dan pkr wajib menjawabnya..

    jika terdapat penyokong2 anwar yang membaca posting ni tolong jawab persoalan yang berkaitan dengan anwar...

    p/s
    paklah+KJ bawak2lah sudah.. atau korang ada agenda lain???

    ReplyDelete
  3. Saya cuba nak print artikel ini untuk disebarluaskan tapi tak boleh. Jadi cadangan saya sama seperti cadangan ahmadalbab. Pos satu pada saya pun tak palah, nanti saya akan print banyak-banyak. Sebab dari mula lagi saya memang tak pernah percaya walau sehalus kuman pun si Anwar Ibrahim ni.

    ReplyDelete
  4. kami cadangkan elok artikel ini disalin ke dalam word dan diprint semula. persoalan2 yg sangat menarik dan perlu disebar luaskan utk mencari kebenaran. good job paneh.

    p/s: tu pasal kami suka contributor kat sini. kali pertama masuk dah tertarik dengan mereka. teruskan perjuangan.

    ReplyDelete
  5. Betul, posting ini sangat menarik. Kalau la semua penyokong PKR boleh membacanya, alangkah baik.

    ReplyDelete
  6. Segala maklumat artikel anda mengenai DATUK SERi ANWAR IBRAHIM adalah tidak BENAR sama sekali. Saudara diseru mengemukakan bukti yang sahih jika beliau adalah agen asing. RAKYAT telah semakin PINTAR dan CERDIK untuk menilai dan menimbang maklumat yang palsu dan benar.. RAKYAT sudah serik ditipu oleh media arus perdana..
    KEMENANGAN DI DUN AMPANGAN adalah salah satu buktinya.. INSYA ALLAH, PAKATAN RAKYAT bakal membentuk KERAJAAN PUSAT sedikit masa lagi..
    Saudara ANWAR bakal diangkat oleh RAKYAT utk menjadi PERDANA MENTERI.. Wait N see bRO...

    ReplyDelete
  7. PKR tidak pernah mempunyai kekuatan dari segi kewangan,pelawaan pangkat mahupun media.
    KEKUATAN sebenar mereka terletak pada dokongan IKHLAS dari"RAKYAT",DOA,SOLAT DAN MUNAJAT IKHLAS DARI RAkYAT.. RAKYAT memberikan derma ikhlas mereka melalui ceramah2. KEMENANGAN mereka di 6 negeri adalah atas dokongan RAkyat bawahan yg tidak mengejar pangkat,jawatan dan kepentingan....

    ReplyDelete
  8. GeLombang PERUBAHAN dan pemBAHARUan sedang melanda negara..
    Anak MuDa sekitar Ampangan amat gembira dengan perkembangan terbaru ini.
    Impian utk memperTUANkan RAKYAT semakin hampir...
    Mudah-mudahan ada perubahan kearah kebaikan..
    "Apabila telah datang KEBENARAN maka akan LENYAPLah keBATILan,sesungguhnya keBATILan itu adalah sesuatu yang akan tetap LENYAP.."

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Sdra,

    Saya tertarik dgn posting Sdra ini. Teruskan menulis secara ilmiah begini.

    Dan saya setuju dgn saranan ahmadalbab agar isu yg berbangkit dlm posting ini dijawab oleh pihak berkenaan.

    Dgn cara ini, kita akan dapat memperhalusi kebenaran.

    Benar, ada ketikanya kita tidak perlu menjawab. Tapi, isu2 yg dibangkitkan dlm posting tersebut memang menuntut kpd jwpn. Ini adlh krn isu2 ini bersandarkan bbrp fakta, bualan ramai, logik di akal.

    Justru itu, saya berharap akan ada yg tampil memberi jwpn, bukan mengelak menjawab.

    Jika tidak, jgnlah dipersoal sekiranya andaian demi andaian dibuat oleh orgramai. Ini krn masyarakat kini semakin berfikir.

    Tkasih.

    ReplyDelete
  10. Brader,

    Adalah menjadi fakta bahawa cita-cita Anwar ialah untuk menjadi PM

    Juga, adalah menjadi fakta bahawa PKR ditubuhkan agar Anwar mencapai cita-citanya melalui agenda memperjuangkan keadilan kepada rakyat kerana kerajaan pimpinan UMNO adalah korup dsb

    Anwar telah menjalin persahabatan dengan individu serta pertubuhan yahudi kerana mereka mempunyai dana yang banyak. Of course, mereka ini tidak akan memberi dana hanya untuk "demokrasi". Ada pepatah mat salleh yg mengatakan "I scratch your back, you scratch mine".

    Semestinya sahabat-sahabat Anwar diluar negara akan mendapat pulangan daripada sokongan yg diberikan. bentuknya? mungkin US dapat mengawal Malaysia drp menjadi sebuah neraga yg vokal dlm menentang kezaliman US kepada ISlam, mungkin US dapat mengawal Malaysia drp menjadi ancaman ekonomi dsb kepada sekutu US di rantau ini seperti Singapura

    Adalah Anwar transparent kepada kita tentang ini? Sudahkah Anwar berbuat demikian?....

    Semua orang mempunyai hak untuk menyokong pemimpin masing-masing. Tapi, pada masa yg sama, kita perlu selidik agenda sebenar. Ramai yang terus percaya kepada emel dan berita SMS tanpa usul periksa. Agak menyedihkan apabila ramai orang islam malaysia yg terima bulat bulat tomahan melalui emel dan SMS. Hairan ya! kalau hadis Nabi, kita periksa kesahihan orang yg meriwayatkannya tetapi kalau dapat emel dan SMS terus percaya, siap forwardkan lagi tanpa periksa..senangnye tambah dosa!

    Sentiasa selidik dan periksa...

    ReplyDelete
  11. Ada satu lagi soalan...
    Masa ekonomi gawat 1998 dulu ada satu menteri sudah sign kebenaran bagi mengeluarkan kira2 200 bilion RM ke luar negara. Ada sapa2 boleh dapatkan maklumat nama menteri tu?
    p.s: tolong check sama, ada tak penyata yang boleh membuktikan hal ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Anonymous

    1. Tunjukkan diri jangan asyik sembunyi

    2. Anda saya rasa paling layak jawab kemusykilan paneh. Setakat nak nafi, budak kecil pun boleh buat keja tu, jika tidak SHUT UP!

    ReplyDelete
  13. kepada demang lebar daun

    kalau soalan menteri 1998 yg melibatkan pengeluaran wang RM 2200billion tu mestilah menteri kewangan masa tu. sapa la agaknya...

    ReplyDelete
  14. bro,

    Tak perlu pikir hal national and apatah lagi global. Kita ada problem depan mata dan semua orang dah meluat tengok keluarga Hassan yang terlalu kurang ajar. Dia dah buat negeri ni macam mak ayah dia punya ...habis semua family dia nak kaut ...Azman makin biadap walaupun aku dengar hari tu macam dah nak mampus ..kita selesai dulu hal tempat kita ..pkr is non existence kat negeri ..menang pun pasal orang UMNO yang meluat tengok pilihan Mat Hassan ..easy does it brother ..dahlah kita kena sumpah pasal KJ orang negeri ..selesaikan dulu bala depan mata ..

    ReplyDelete
  15. Betullah acardia,
    My Ketua Bahagian orang Negeri
    KJ orang Negeri
    What a co incident, both are equally greedy. Nasib u orang negeri kurang baik dek disebabkan orang2 macam ni.Kerana nila setitik rosak susu sebelangan. Kami disini sedang berhempas pulas dan bertungkus lumus nak tegolek anjingkan KB kami.

    But the rest of orang negeri are ok, handsome and beautiful, kebetulan my beautiful girl friend come from negeri too.

    Jom kita sama2 kempen menghapuskan si cetak rompak dalam UMNO tak kira negeri, but the most wanted on the list is Penang.

    ReplyDelete
  16. Salam perpaduan,
    Saya tergerak hati untuk memberi komen terhadap posting yang telah ditulis. Pelbagai respon yang dapat dilihat.
    Secara kebetulan, saya baru sahaja duduk semeja dengan mantan ketua penerangan Parti Keadilan parlimen Wangsa Maju. Beliau pernah dikhabarkan untuk menjadi calon PKR bagi menentang Datuk Zul di Parlimen Wangsa Maju. Tujuan saya berjumpa beliau adalah ingin mendapat gambaran jelas mengenai DSAI.Kerana beliau adalah antara orang yang rapat dengan Wan Azizah ketika anwar di penjara. Beliau bersama Gobala Krishnan menubuhkan PKR di wangsa maju. Banyak cerita serta luahan yang ingin disampaikan mengenai anwar.Saya melihat insan ini bercakap secara telus dari hatinya demi kepentingan anak melayu akan datang.Dalam kepetahannya bercakap, terkeluar ayat yang mengejutkan saya " kalau anwar jadi PM, saya dapat rasa 1hari nanti anak cucu kita akan datang meludah di kubur kita sebab mereka akan kata mak bapak dan datuk nenek aku telah memperjudikan maruah negara..".Kata-kata ini membuatkan saya berasa insan ini bercakap serius sambil menahan perasaan marah dan emosi di depan awam.
    Dalam perjalan pulang sehingga ke pagi hari esoknya, saya membuat konklusi terhadap perbualan kami.
    Banyak perkara yang saya melihat hari ini anwar bijak bermain dengan kata-kata.Apabila saya menghadiri ceramah anwar di bandar Tun Razak,saya hanya mampu bergenang air mata dan bertanyakan mengapa anwar begitu zalim untuk menipu rakyat? Kata-kata anwar menusuk hati.Saya teringat kembali zaman perjuangan bonda saya yang berjuang di kuala lumpur sehingga hari ini ramai peniaga melayu gah di jalan masjid india.Perjuangan beliau tidak mengharapkan apa-apa balasan.Tetapi mengapa bonda saya menjadi mangsa politik anwar ketika itu yang menawarkan wang habuan RM5000 pada tahun 96 kepadanya selepas enggan menerima suapan itu. Akhirnya dimana bonda saya ketika itu? Anwar serta kroni melabelkannya sebagai musuh Umno.Mengapa ini terjadi pada seorang wanita yang memperjuangkan nasib anak bangsa yang hari ini megah berniaga di jalan masjid india.Pernahkan rakyat tahu apa yang anwar buat dalam Umno, Gpms dan BTN di era zaman nya? Saya menangis melihat seorang pengkhianat bangsa ini berdakwah caranya.Ingatlah, siapa yang menasihat Dr M ketika negara diambang kegawatan ekonomi untuk mengambil Bank Dunia ketika 98? Siapa yang merancang untuk menjual nilai matawang di eropah dengan mendagangkan nilai RM di pasaran gelap hanya untuk menjatuhkan mahathir ketika itu?
    Sebagai insan yang melihat soal bangsa, saya mendoakan agar rakyat sedar tentang anwar sebelum nasi menjadi bubur.Insyaallah jika ada kelapangan saya akan berkongsi pengalaman dan cerita dengan anda semua.
    salam perpaduan
    -anak hangtuah-

    ReplyDelete
  17. salam..

    saudara ano... @anak hang tuah..
    saya sambut salam saudara... salam perpaduan..

    tapi kalau boleh saudara nyatakan siapa yang saudara jumpa... boleh kita cerita panjang...

    salam perjuangan..

    ReplyDelete
  18. isu keluarga hasan perlu diberi perhatian serius seperti isu keluarga badawi. kedua2nya patut isytihar keluar umno dan bukannya mahathir.

    p/s: teringat bagaimana adik beradik hasan menaikkan bendera pembangkang di rumah mereka dulu dan kini mereka nak bercakap pasal umno dan org melayu. belambus la!

    ReplyDelete
  19. Brader Anonymous,

    Baguslah anda telah menggunakan akal rasional anda tentang Anwar.

    I was amongst IIU early batches of students. Hang nak tau apa dia dah buat?

    Time kami jadi senior, kami kena take care 1st year students welfare. Ada laaaa sorang hamba Allah melayu 1st year student nie. Naik sebak dada kami terdengar kata-kata bapak budak nie.."Nah ambik RM300 nie, untuk belanja nak beli buku, makan minum satu semester..". Setelah kami tanya student nie, bapak dia seorang petani dan tidak berpendapatan tinggi. Dah mintak scholarship dari macam-macam dah...tapi tak dapat. lalu kami bawak student nie pi Student Affairs Division...tanya sama ada scholarship IIU available ke tak. Tergejut dog kami..scholarship IIU dah habis quota...sebab diberikan kepada foreign student. Kami check lagi...Ramai student foreign nie anak anak diplomat & orang berada dari luar negeri! Hang agak, sapa punya kerja nie??....

    Nie laaa keja Anwar, student foreign countires dapat scholar IIU, budak local yg miskin tak dapat!

    Last-last kami usaha thru come contacts, kami dapat jumpa Pak Lah...Time tu dia Menteri Luar negeri, kalau tak salah...dia yg recommend budak nie utk dapat scholarship Jabatan pelajaran.

    Slow-slow Pak Lah pun, dia ada jugak bela nasib anak bangsa.

    Wallahualam!

    ReplyDelete
  20. Salam...

    Tak salah kalu kita dok pikirkan negara ni.. Sapa lagi nak pikirkan... kalu bukan orang macam kita.. iyo tak...

    Daripada citer Tun keluar parti sampailah citer pasal Anwar Ibrahim... Sangat menarik dengan pandang-pandangan yang telah korang lemparkan.. Macam2 yang diperkatakan termasuklah azmin kena tipu dan nak nipu rakyat...

    Citer pasal Tun tadi.. aku rasa korang tau.. Dia adalah seorang yang suka mencetuskan konflik dan dalam konflik yang dia buat, dia akan pastikan yang dia menang. Bukan bermula dari dia sebagai PM, tetapi sejak dulu lagi, sejak dia sebagai student perubatan di Univeristi di Singapura dan masa tu pun dia bujang... Surat terbuka Tun kepada Almarhum Tunku Abdul Rahman bertarikh 17 Jun 1969 yang mana dia banyak mengkritik cara pentadbiran dibawah TUnku yang membawa Tun keluar daripada UMNO... Tetapi dipujuk semula oleh Tun Abdul Razak untuk menyertai semula UMNO beberapa tahun kemudian.. itu membuktikan bahawa beliau sememangnya dilahirkan sebagai seorang pejuang dan sentiasa bersuara tanpa mengira nasibnya... Itulah TUN..

    Ada pro dan kontra bila Tun buat tindakan yang sedemikian.. Yang tak bagusnya... Pengaruh Tun masih kuat dalam UMNO.. sememangnya masih ramai penyokong.. dan adalah satu keputusan yang sangat merbahaya ditambah dengan keadaan dalaman UMNO yang tidak stabil...
    Terdapat macam2 pandangan yang kita dengar daripada pelbagai pihak.. Tapi kita kena ingat juga kenapa TUN letak jawatan.. ini berlaku dalam program di Kedah apabila salah seorang pesertanya mencabar Tun untuk bertindak dalam memperjuangkan UMNO.. Ini adalah tindakan Tun.. dan negeri Kedah tewas ditangan pembangkang juga adalah kerana rakyatnya yang sudah tidak mempercayai UMNO... Tetapi itulah pengorbanan yang diperlu dibayar oleh mereka kerana memilih pembangkang sebagai kerajaan..

    Dari segi Pro nya plak.. yang pertama aku suka sangat dengar komen Tok Guru Nik Aziz.. Mahathir adalah seorang yang berwibawa, berfikiran tajam dan mengalu2kan beliau untuk menyertai PAS.. Kalau tak silap aku, dulu dia panggil mahathir ni Mahafiraun... kalau jejak kaki, tapaknya tu kena samak.. macam2 lagilah.. kalau dulu nak tengok Mahathir bercakap di Pentas PAS.. susah sangat.. tapi hari ni kita tengok, mereka teruja apabila Tun bercakap dalam pentas PAS.. secara tidak langsung ini membuktikan siapa PAS yang sebenarnya..

    Yang kedua... Kita boleh lihat dalam sejauh mana Pak Lah sebagai Presiden UMNO... Kita boleh duga sebanyak mana Penyokog Pak Lah.. Penyokong yang sentiasa berdiri di belakang beliau.. Pejuang atau cari peluang... berkepentingan atau tidak...

    Apapun harus diingat... UMNO zaman hari ni tak sama dengan UMNO zaman menuntut kemerdekaan dulu.. Berbeza kerana yang lahir ketika itu memang adalah seorang Pejuang... Jika Onn Jaafar keluar dari UMNO kerana tidak berpuashati disebabkan cadangan beliau membuka keahlian kepada bukan Melayu ditolak, maka ramai pengikutnya yang mengikut jejak langkahnya ketika itu.. UMNO berpakat dan kembali memujuk beliau untuk terus bersama UMNO agar UMNO tidak hilang punca...

    Tetapi hari ini... wujud lagikah dengan situasi yang sebegitu.. berapa ramai plak yang telus dalam memperjuangkan nasib rakyat.. atau adakah hari ini UMNO adalah Lubok EMAS yang sememangnya digilai kedudukannya oleh orang2 UMNO sendiri.. Bagaimana dengan parti lain... Adakah mereka pejuang atau sekadar mahukan kuasa dan mengkayakan diri mereka...

    Sedih tul mengenangkan negara kita ini.. aku sendiri tak tahu siapa yang lebih layak untuk jadi PM... Layak ke Najib.. Layak ke Anwar.. Layak ke Muhyidin, Layak ke Wan Azizah.. Layak ke Hadi awang... Siapa yang layak sebenarnya aku pun tak tahu.. Harap rakyat tahu siapa mereka dan sebab akibat keputusan mereka......

    Komen aku pasal Anwar ada dalam artikel paneh agenda asing part 2.
    tq

    ReplyDelete
  21. I beg to diferr Si buta mengenai Tun..Tun quit UMNO coz he has reasons that only Tun knows..I am a person who admires Tun a lot...by the way, paneh has done a very meticulous research and a very good article indeed. Congrats paenh and I bet cacing merah has more to add, in this case facts. To all the contributors to this blog, keep on writing facts and do not fear anybody except Allah.

    ReplyDelete
  22. Banyak bona theory conspiracy kau ni jang. Den boleh jo buek satu teori konspirasi dan kontroversi. Betul ke anak-anak NS yang duduk di pilah, rombau, jompol sumo tu keturunan minang? Orang Minang cakap "gadang" korang sobut "godang"?. "Ameh" (mas) korang sobut "Omeh"?. Minang panggil diri "denai, den" korang paggil "dan, deyen"?.
    Ponah menyusur Sg. Siak tak? Tengok rumah2 di sinun dan dongar percakapan diorang. Rumah tak ubah rumah orang Ulu Melaka termasuk Lubuk Chino. "Pagar, ular" jugo disobut "Pagau, Ulau". Tak malu ko orang NS panggil diri dio 'anak minang'? Korang bukan keturunan Minangkabau tapi keturunan orang 'OCU' Sumatra Timur. Dongarlah lagu yang den bori link ini,

    http://dinsmann.diinoweb.com/files/

    Bandingkan 2 lagu tu. Satu lagu Minang dan satu lagi lagu OCU. Orang minang mano ada 'tumbuk kalang' dan 'bongai' yang lebih mirip kebudayaan orang asli.
    Minta maaflah den mulokan kontroversi ni, sebab den pecayo kek Abang Nuar tu. HiduP PR!!!

    Ambo manyusun jari nan sapuluoh, sabaleh jo kapalo, minto banalah ka maafan dunsanak kasadonyo.

    Anak Rang Agam dari Sipisang (Lenggeng, Jelebu, Kajang, Ulu Langat dan tak dilupai jua yang dari Tg Karang jo Port Dickson)

    ReplyDelete
  23. yang cikgu din sakura ni dah takde idea sangat ke??? Ini je komen yang org PKR boleh bagi??? Balik bela kobau ajo la...

    Kek posting yang lai satu pon ini jugak komen nya ha...

    Ish2...ketandusan betol la!!!

    ReplyDelete