Monday, May 19, 2008

RACIST vs RIGHTS

Assalamualaikum...

Dewasa ini perkataan racist bukan lagi asing, samada di peringkat tempatan mahupun global...Isu racist sudah lama bertapak, bukan di negara kita, tetapi di Barat...Mudahnya racism ialah situasi apabila berlakunya penafian hak yang dilakukan oleh satu kaum terhadap kaum yang lain

1. Masih ingat kah lagi anda kepada dasar Apartheid yang membelenggu kaum kulit hitam di Afrika Selatan sekian lama dari tahun 1948-1994. Semuanya kerana kolonisme British dan Belanda. Dasar penjajah, memang begitu demi mengaut keuntungan untuk negara mereka, apa saja cara pastinya halal demi mencapai matlamat...dalam konteks ini hak rakyat Afrika Selatan dinafikan walaupun mereka sebenarnya adalah Tuan tanah

2. Di Amerika Syarikat mereka juga mengamalkan racism apabila penduduk kulit hitam tidak diberi hak yang samarata walaupun mereka juga warganegara yang sah. Hak pendidikan, kuasa politik, kedudukan sosial, penguasaan ekonomi...semuanya dinafikan. Kaum kulit hitam yang juga dikenali sebagai Afro-Amerika terpaksa berhempas pulas demi memastikan survival mereka sebagai rakyat Amerika...dulunya mereka hanyalah hamba kepada kaum kulit putih. Apabila Martin Luther King bangkit dengan gerakan civil rights di Amerika dan menyemarakkan semangat kaum kulit hitam dengan ucapan beliau 'I have a dream', tidak lama kemudian beliau di bunuh...Pada hari ini, walaupun kaum kulit hitam sudah mampu mencipta kejayaan tersendiri, malah sudah ada calon presiden berkulit hitam, namun jika kita kaji dan selidiki, racism masih wujud, konsep equality atau kesamarataan hanyalah di atas kertas...hakikatnya beribu2 lagi rakyat kulit hitam di Amerika yang masih tidak mendapat pendidikan sebagaimana kaum kulit putih...Ini belum lagi termasuk golongan2 yang berasal dari Amerika Latin...paparan keadaan sebenar di Amerika ini banyak ditonjolkan melalui rancangan TV dan layar perak Hollywood,seperti Oprah, filem2 Hollywood, malah dalam drama bersiri yang agak poyo CSI Miami...

3. Di peringkat global, isu racism menjadi isu antarabangsa selepas berlakunya serangan 911...Kerana serangan tragis yang kononnya dilakukan oleh pejuang berani mati Taliban di bawah pimpinan Osama bin Laden (yg pd saya hanya momokan US sebagai sebahagian daripada agenda mereka menguasai dunia dan menghalalkan peperangan yang pastinya menguntungkan mereka melalui pembekalan dan penjualan senjata2 canggih) Muslim dan Islam dilabel sebagai pengganas...Di mana2 negara Barat dan sekutunya termasuk di Asia pasifik iaitu Australia dan New Zealand, majoritinya memandang Islam dan Muslim sebagai racist...Sebenarnya yang racist bukan Muslim tetapi Barat...Orang Islam dinafikan hak untuk mengamalkan ajaran Islam.Di Perancis yang melarang pemakaian tudung malah melakukan pemulauan senyap terhadap penganut Islam..Hak kebebasan beragama telah dinafikan...Namun mereka mengatakan kita (Islam) racist kerana mengamalkan kepercayaan kita..Sehinggakan si keparat Belanda sanggup menghina Rasulullah...Pernah kah kita orang Islam menghina Jesus mereka? Tidak, sebaliknya yang menghina Jesus mereka tidak lain mereka sendiri melalui filem kontroversi the Da Vinci Code...

4. Di Malaysia, selepas PRU12, apabila undi orang Melayu telah banyak berpindah ke parti lawan, pemimpin UMNO mula resah...Spesifiknya parti PAK LAH mula gelisah dalam memberikan justifikasi kepada rakyat atas kegagalan beliau..Apatah lagi apabila beliau didesak dan diasak secara berterusan oleh pemimpin bijaksana seperti TUN MAHATHIR...Untuk menjelaskan 'kekalahan' BN dalam mempertahankan 2/3 majoriti, juga kelemahan UMNO untuk mempertahankan kedudukan sebagai parti favorite Melayu, maka mereka menyalahkan orang Melayu. Dikatakan bahawa Melayu telah berpecah kerana tidak mengundi UMNO sebaliknya mengundi PKR yang pastinya bukan parti yang memperjuangkan Melayu...Bermula dari situ, isu kesetiaan Melayu, ketuanan Melayu dan Hak Istimewa Melayu mula dipersoalkan. Khairy Jamaluddin cuba menjadi hero dengan mengeluarkan pernyataan2 mengatakan UMNO tidak racist dan sebagainya... Lebih memburukkan keadaan, situasi ini dilihat sebagai peluang keemasan untuk beberapa pihak memanipulasi dan mengelirukan minda rakyat dan mereka mula bangkitkan isu Racist...Kononnya Melayu racist kerana cuba mempertahankan hak yang telah sekian lama dipersetujui bersama dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan...Kononnya Melayu racist kerana mempertahankan hak Melayu.

Berdasarkan analisa dan beberapa fakta di atas, saya ingin mengajak anda berfikir sejenak dan cubalah membuat pertimbangan yang wajar;

a. Pernah kaum Cina dan India di Malaysia di tindas di bawah pentadbiran Kerajaan yang didokong oleh BN yang merupakan pakatan campuran seluruh kaum yang ada di Malaysia?

b. Pernahkah kaum bukan Melayu atau bukan Bumiputera dinafikan peluang untuk menikmati kemewahan, kesenangan dan kemudahan samada dari aspek sosial, politik, ekonomi, pendidikan dsb?

c. Pernahkah hak asasi mana2 individu dinafikan selama ini? Perlu diingat, hak asasi bukanlah 'hak mutlak', maka apabila wujud sekatan2 yang berupa peruntukan undang2, itu adalah demi kepentingan umum...Dalam keadaan2 tertentu, pemerintah berhak mengambil hak ini daripada individu sekiranya ia mengancam kepentingan dan keselamatan awam.

d. Apabila Melayu, yang termaktub dalam sejarah dan diberi pengiktirafan oleh penjajah2 (bermula daripada Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris semula) sebagai pemilik Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai MALAYsia, diberi hak keistimewaan dan kini ingin terus mempertahankan hak mereka, adakah ini racist? Adakah Cina, India dan golongan bukan Bumiputera lain tidak mendapat hak mereka? Adakah Melayu merampas mana2 hak mereka dalam usaha mempertahankan hak sebagai Tuan Tanah? Sesungguhnya hak yang kami pertahankan ini adalah menifestasi pengiktirafan British kepada Melayu sebagai tuan asal bumi ini...

Pembaca sekalian, saya sangat berharap, dengan taraf pendidikan yang kita kecapi dan juga tahap kemajuan bangsa Malaysia yang pelbagai kaum ini, jangan lah kita mudah terpedaya...Jika anda pernah membaca bahan2 yang berkaitan agenda dan modus operandi Yahudi dalam menguasai dunia, ini adalah antara senjata berbisa mereka..."silent weapon"...dan pastinya senjata ini akan digunakan secara halus dan bijaksana tanpa kita sedari, kerana mereka amat memahami keadaan di Malaysia yang bersifat berbilang kaum...Jangan kita lupa, nikmat yang kita kecapi hari ini tidak lain kerana kekuatan kita sebagai sebuah negara bangsa yang begitu menghargai dan meraikan kepelbagaian...kepelbagaian kaum, agama, adat resam dan budaya...

Namun, kita juga tidak harus alpa, bahawa ada mata2 yang mengintai peluang, menjadikan kekuatan kita sebagai senjata mereka melemahkan dan akhirnya menjatuhkan negara ini...Kerana itu, kita harus berhati2 dan jangan sekali membenarkan emosi menguasai rasional...takut2 peristiwa 13 Mei berulang kembali...

p/s: Jika ada pemimpin UMNO yang membaca artikel ini, muhasabah lah diri anda...jangan menjadi pengkhianat bangsa dan negara...Jangan terlalu asyik dengan kegemilangan UMNO sebagai sebuah parti yang memperjuangkan bangsa, kerana parti ini tidak akan membawa apa2 erti jika bukan kerana pemimpin2nya yang berwibawa...BAGI ABDULLAH AHMAD BADAWI DAN KONCO2NYA, sedarlah betapa engkau sebenarnya DURI DALAM DAGING...dan menantu mu itu API DALAM SEKAM...

8 comments:

  1. Anwar + Yahudi = KJ + Noori = Paklah???

    ReplyDelete
  2. Orang Cina dan India diiktiraf imigran kerana mereka pendatang dari alam budaya yang berbeza. Mereka menyeberang dan melepasi sempadan dan meninggalkan alam budaya mereka. Orang Cina tinggalkan negara China dan India tinggalkan negara India dengan berhijrah dan tinggal di alam budaya Melayu. Orang Melayu bukan imigran kerana mereka hanya berhijrah dan berpindah di dalam alam budaya yang sama: Nusantara (Malay Archipelagos) iaitu di alam Budaya Hak Asasi mereka (Orang Melayu). Tambahan pula sebelum merdeka, British hanya mengiktiraf orang Melayu sebagai rakyat Tanah Melayu dan kaum cina dan india hanyalah dilayan seperti pendatang.

    Orang Melayu merupakan rakyat di Tanah Melayu. Manakala orang bukan melayu boleh menjadi rakyat di Tanah Melayu semasa merdeka dengan syarat mereka menerima beberapa peruntukan dlm perlembagaan khususnya yang menyentuh hak-hak asasi manusia Melayu iaitu Perkara 3, Perkara 32, Perkara 152 dan Perkara 153. Orang bukan melayu yang sudah menjadi rakyat Tanah Melayu dan Malaysia tidak boleh mempersoalkan hak-hak asasi orang Melayu kerana itu adalah asas Perjanjian Kerakyatan (Perkara 14) negara ini. Ekstrimis bukan melayu yg mempersoalkan hak-hak asasi Melayu ini sebenarnya secara langsung telah mempersoalkan asas kerakyatan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  3. bersama lah keluar dari umno..Hidup Chedet...Pemimpin yang ada sudah tidak relevan lagi bagi UMNO..Semuanya lebuh pada perjuangan perut...Bye Bye UMNO..

    ReplyDelete
  4. salam..

    orang cina + india tak perlu takut dengan sifat perkauman orang melayu... selama melayu memerintah apa bukti yang mereka kaum cina + india ditindas??

    kenapa??

    sekarang ni kaum cina dan india nak sama rata pulak??

    lepas tu besok nak cina + india pulak puyai hak keistimewaan...

    lepastu pulak nak halau je orang melayu ni dari tanah melayu??

    TOLONGLAH.... kalau dah diberi menumpang jangan pula kaduk naik junjung... dah beri betis nak peha...

    ReplyDelete
  5. Isu perkauman adalah isu sensitif yang perlu difahami oleh semua kaum. Isu ini tidak boleh disimpan begitu saja tanpa dibincangkan secara positif.

    Mungkin BN telah gagal untuk membincangkannya dari masa ke semasa kerana terlampau percaya formula UMNO+MCA+MIC+parti komponen yg lain adalah boleh diguna pakai pada setiap masa.

    Formulanya betul cuma berkemungkinan besar implementasinya salah kerana bantuan menerusi DEB kepada kaum melayu telah dikaut oleh segelintir melayu sahaja.

    keadaan yang sama juga mungkin berlaku kepada kaum cina dan india di mana hanya mereka yang "geng" dengan pemimpin MCA dan MIC yang dapat enjoy bahagian ekonomi masing-masing.

    Golongan melayu, cina dan india yang betul betul memerlukan bantuan tidak dapat merasai hak mereka. Ini adalah salah satu punca sebenar kegagalan formula BN

    Sekiranya kita dilahirkan di UK sebagai contohnya? adalah kita mempunyai hak yang sama dengan hak mat saleh british? Inilah yang menjadi ketidakpuasan hati sesetengah kaum cina dan india. Ini tidak boleh didiamkan kerana ini adalah isu hak sebagai warga negara. Untuk ini, kerajaan perlu memperbetulkan implementasi formula parti "Perikatan" supaya ianya boleh digunapakai untuk abad ini.

    ReplyDelete
  6. den setuju bonar ahmadalbab.......dri thun 1957 org melayu meminpin tak pernah kto abai kan @ menindas org bangsa asing...hanya kter tak dapak nak bg hak samo rato sobab diorng nie umpamo kaduk naik junjung blo bg kuaso...diorang nie copek naik lomak rrrr....sok kok den suh mkn julap biar kurang ckit lomak 2

    ReplyDelete
  7. Kalau nak kata racist, aku rasa orang cina dan india lagi racist.

    Tak caya tanya rakan-rakan Melayu yang jadi cikgu. Tanya pengalaman mereka berhadapan dengan majoriti pelajar-pelajar China dan India. Phooooh!!!!!!!

    Sejak akhir-akhir ni budak-budak india lagi teruk, tak boleh tegur sikit.

    Kadang-kadang aku tertanya-tanya siapa yang ajar mereka jadi macam tu????? Aku cakap ni sebab aku jadi cikgu dulu, Phoooooh????? Tak boleh tahan lalu aku berhenti.

    ReplyDelete
  8. menyampah baca artikel mcm nie..mentedarah2 jugak,bila berkuasa... punya nak cover..buka isu mcm nie utk mengaburi mata rakyat konon2nya perjuang bangsa,akaunbiliti,integriti,kompeten,wasatiah,muhasabah diri..mcm iya2 jer..cerita yahudi ikut musim..abis pilihanraya semuanya lebuh,kembali perangai lama..

    ReplyDelete