Monday, August 11, 2008

SEMANGAT TUO

KEK SINI ATUK NAK MENGUCAPKAN TAHNIAH DAN SYABAS KEPADO CUCU-CUCU ATUK YANG DAH MULO SODAR BAHAWO ISLAM DAN MELAYU DAH MULO DI INJAK-INJAK OLEH MANUSIO YANG TAK SODARKAN DIRI. YANG SELAMO INI KITO BORI MONUMPANG DI BUMI NENEK MOYANG KITO. PONAH KO NENEK MOYANG KITO JOMPUT NENEK MOYANG MEREKO DULU DATANG KO BUMI BOTUAH KITO NI? ATUK KOPADO ATUK DULU BOSUSAH PAYAH MENJAGO BUMI KITO NI. MENJAGO MARUAH ISLAM. SAMPAIKAN MAYAT TOK JANGGUT DI GANTUNG SELAMO DUA HARI DI BUMI KELANTAN. GITU SEKALI KITO PONAH DI HINO OLEH PENJAJAH.

MAKO HARI INI ORANG YANG TAK SODAR DIRI NI YANG KONONNYA TOPOLAJAR DAH MULO MENGINJAK KOPALO KITO. INGAT POKARO 121 (1A) ABAH DIO ORANG KO YANG PUNYO.

APO YANG ATUK NAK SAMPAIKAN DI SINI IALAH ADO ANTARO DARI MEREKO TU ADALAH AHLI PKR. KALAU MACAM NI LAH POMIKIRAN MEREKO, APO KAN JADI KALAU BRADER ANUAR BIN IBRAHIM DAPEK MENJADI PM? DIO PONAH MENGAKU BAHAWO DIO TU ADALAH SEORANG YANG "LIBERAL" DALAM AGAMO! JADI SAPOLAH YANG NAK MEMBELO NASIB ORANG MELAYU, NASIB ORANG ISLAM SEDANGKAN ORANG YANG BERAGAMA ISLAM DAN MELAYU DALAM AJK TERTINGGI PKR TU CUMO DUO TIGO KOREK JO. APOKAH ORANG MELAYU AKAN MENJADI MACAM ISLAM DI FILIPINA TU. NAMO JO ADO NOGARO TAPI NAK TOKONCING PUN MINTAK KEBENARAN KEK ARROYO.

JADI, CUCU-CUCU SOKOLIAN, BANGUNLAH! TUNJUKKAN SEMANGAT MAT KILAU MACAM CUCU-CUCU TUNJUKKAN KEK MAJLIS PEGUAM TU. TUNJUKKAN MELAYU MASIH GAGAH, MELAYU MASIH BERTARING BUKAN EH MELAYU YANG MENYURUK BAWAH KETIAK BINI, TAK BERANI NAK BOTANDING KEK TOMPEK LAIN. TUNJUKKAN MELAYU MASIH SAYANGKAN TANAH MELAYU NI.

5 comments:

  1. betul tu tok...
    pasal pembabitan PKR ni, den raso pun memang bona dia orang ni terlibat sama. maklum ajo lah, Si Nuar Sodomi tu kan suko bona kalau Amerika datang campur tangan dalam hal negaro kito...Kalau diperhatikan, apabila isu ni timbul yang melibatkan orang melayu dan ISLAM, mana ado si nuar cucuk b----- ni menyuarakan pendirian dio pun sebagai orang Melayu dan ISLAM...nampak sangat dia tu menyokong gerakan2 seumpamo itu supayo lobih sonang sekutu2 amerika dio tu masok menjajah negaro kito...maklum lah, dio kan ISLAM LIBERAL...ontah ajaran sapo den pun tak tahu la..Rasulullah datang dongan ISLAM ajo...tak do pun ISLAM LIBERAL ni...

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Nak mintak Paneh ulas sedikit pasal tulisan ini:

    Piawaian BPR berbeza antara PAS dan Umno? : Shirzad Lifeboat

    Sekiranya falfasah memulakan penyiasatan penyalahgunaan kuasa seperti digunakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) turut dikongsi oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (Corrupt Practices Investigation Bureau, CPIB) Republik Singapura, nampaknya tentulah Menteri Kanan Lee Kuan Yew ketika menjadi Perdana Menteri telah disiasat oleh badan tersebut kerana melantik anaknya Lee Hsien Long (Perdana Menteri Singapura kini) menjadi menteri kabinet.

    Namun amalan seperti itu tidak dilakukan oleh CPIB. Di republik yang taraf hidup rakyatnya jauh lebih rendah dari rakyat Malaysia satu ketika dulu tetapi kini muncul sebagai sebuah negara maju di dunia, amalan dan undang-undang rasuah mempunyai takrif dan hukuman yang berbeza.

    Walaupun peruntukan untuk kesalahan rasuah di republik tersebut adalah penjara lima tahun atau denda SGD100,000 (RM237,000) atau kedua-duanya sekali tetapi sekiranya pesalah terbabit melibatkan kontrak kerajaan atau Ahli Parlimen atau anggota badan awam, maka hukuman penjara boleh dikenakan sehingga tujuh tahun.

    Selain daripada itu, menerusi sebuah Akta lain yang diluluskan pada tahun 1989, mahkamah juga boleh memerintahkan harta pesalah dirampas.

    Namun bagi memulakan sesuatu penyiasatan berkenaan rasuah di Singapura bukti yang kukuh serta prima facie yang boleh diterima diperlukan.

    Tentulah tidak profesional bagi badan itu memulakan penyiasatan semata-mata di atas kekuatan surat layang.

    Dan barangkali atas dasar inilah banyak aduan-aduan berupa surat layang mengenai penglibatan orang tertentu dalam kerajaan tidak pernah diendahkan walau betapa besar sekali kes yang diadukan dan melibatkan wang awam dalam kiraan bilion ringgit.

    Namun piawian yang serupa nampaknya tidak digunapakai dalam proses memulakan penyiasatan ke atas negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS apabila menantu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat disiasat kerana telah dilantik selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

    Apakah BRP sebenarnya mahu memberitahu rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang bahawa kelayakan profesional seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dalam sektor awam dengan sendirinya luput sekiranya bapa, bapa mertua, ibu, datuk, nenek mereka adalah Menteri Besar negeri berkenaan?

    Akta yang mana agaknya memperuntukkan larangan sedemikian? Jika akta tersebut memang wujud apakah ada peruntukan yang mengecualikan peruntukan tersebut dipakai terhadap negeri-negeri termasuk kerajaan pusat yang dikuasai Umno-BN.

    Lagipun sejarah penyiasatan/tindakan membabitkan apa sahaja mengenai kerajaan Umno-BN menunjukkan BPR tidak memulakan siasatan hanya kerana sekeping surat layang, malah tidak juga setelah prima facie penyalagunaan kuasa dapat dibuktikan oleh pihak lain.

    Apakah ada piawaian berbeza di antara amalan memulakan siasatan terhadap kerajaan PAS berbanding kerajaan Umno?

    ReplyDelete
  3. Aku setuju bahawa BPR perlu telus dalam menyiasat aduan atau ada bukti kukuh tuduhan terhadap seseorang. BPR tidak seharusnya bersikap memilih, tidak kira siapa atau apa jua partinya. Namun aku yakin BPR di negara ini masih kelihatan telus. Ini terbukti apabila ramai pemimpin2 besar negara pernah menerima hukuman tidak kira jawatan. Contohnya bekas orang no 2 negara ini dulupun pernah menerima hukuman atas salah gunakuasa dan rasuah. Menteri2 pun ramai yang kena. Baru2 ni pun MB terengganu terlibat dalam siasatan. Pengarah Imigresen pun tak terlepas. Namun BPR kini telah mengambil langkah awal apabila menyiasat sesuatu kes berdasarkan laporan media semata2. Perkara ini ada pro dan kons. Namun jika ia dapat membersihkan nama orang yang dituduh, maka usaha ini patut disokong. Langkah BPR memulakan siasatan juga merupakan satu langkah mengumpulkan bukti kukuh dan memastikan wujud prima facie dalam kes yang disiasat.

    Kalau kita kaji sejarah, amalan rasuah dan salah guna kuasa ni sudah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Ia dapat dilihat apabila pedagang2 dari China dan India pasti akan memberi buah tangan atau hadiah kepada pegawai2 Melaka seperti Temenggung, Shahbandar dan Laksamana untuk memperoleh kebenaran dan memudahkan kerja perdagangan mereka di Melaka. Kita sudah lihat kesannya dengan kejatuhan Melaka itu sendiri. Justeru kita kena berhati2 dengan bangsa pemberi rasuah ini. Amalan pemberian ufti juga dimulakan oleh bangsa ini. Rasuah harus dibenteras tidak kira siapapun mereka sama ada pihak kerajaan atau pembangkang. BPR perlu telus dan adil terhadap semua pihak dan menyiasat aduan dengan penuh intergriti demi survival bangsa dan negara Malaysia.

    p/s: Teringin nak tengok BPR siasat MAIKA Holdings.

    ReplyDelete
  4. Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selagi yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran"

    -kumpulan sajak Usman Awang-

    ReplyDelete
  5. biar semangat tuo jangan semangat luntur.

    ReplyDelete