Tuesday, August 12, 2008

Tak Sedar Dek Untung...

Aku betul-betul bengang bila dengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Azman Hashim, Pengerusi Syarikat Bolton bahawa kerajaan harus memberikan kelonggaran bagi syarikat-syarikat bumiputera menjual rumah-rumah di bawah kuota bumiputera kepada bukan bumiputera kerana rumah-rumah tersebut tidak laku.

Bodoh ke bangang mamat sekor ni? Engkau sedar tak bahawa engkau duduk sebagai pengerusi Bolton tu pun sebab kuota bumiputera. Engkau paham tak yang kau belajar tinggi-tinggi tu pun atas kuota bumiputera. Sepatutnya, sebagai orang Melayu engkau kena fikirkan macam mana nak melonggarkan syarat-syarat pembelian rumah bagi kuota bumiputera tu untuk kepentingan bangsa kau sendiri bukannya mengambil jalan mudah menjualnya kepada orang yang bukan bumiputera.

Inilah salah satu contoh orang Melayu yang kononnya berpelajaran tinggi tapi otak letak kat bontot. Aku pun tak paham apasal mamat yang tak sedar diuntung ni boleh dianugerahkan pangkat Datuk kalau dalam hal menjaga kepentingan bangsa sendiri pun macam hampas. Jangan la nak pikir untung je biol oiii....lu pikir laa sendiri....!

13 comments:

  1. nilah masalahnya kalo ada 2 kepala. dia bukan fikir pakai kepala atas tapi pakai kepala bawah!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Paneh,

    Memang dia orang dia orang ini nak 'short cut' dalam segala permasalahan mereka.
    Kalau semua macam ni, habis tergadailah segalanya.

    Yang sorang lagi di Selangor ini, MB nya Khalid Ibrahim pulak, cadangkan supaya diberi 10%quota kepada bukan Melayu walaupun orang bukan Melayu tak mintak pun!!

    Dia saja terhegeh-hegeh nak offer dia orang!! Bayangkanlah, sampai macam ni sekali baiknya 'orang-orang besar' Melayu sekarang!

    Dulu dulu orang Melayu memperjuangkan kita kehadapan sekarang ni gostan kebelakang.

    ReplyDelete
  3. Aku tak pikir perkara ni datang dr YAB MB Selangor... Sejak awal lagi iaitu sejak pengisytiharan negeri Selangor Darul Khinzir, kemudian hak mendirikan rumah ibadat bukan Islam tanpa had (alhamdulillah tak jadi) dan sekarang kuota UITM kepada bukan melayu. Pada pandangan aku memang inilah perancangan Pakatan Rakyat di Selangor khususnya DAP dan amnya PKR, yg majoritinya adalah bukan Islam.

    Masa masih panjang, baru 4 bulan sejak Pakatan Rakyat menawan 5 negeri di Malaysia... Ada 4-5 tahun lg sebelum pilihanraya akan datang.

    MB Melayu, tp semua dasar tidak menguntungkan malah merugikan bangsa sendiri... Cuma janji2 'keadilan' khususnya pembahagian kontrak dan subsidi air percuma (20liter) kepada semua kaum. Memang perjuang keadilan sejati.

    p/s: Inilah akibatnya kalau telur dah dipegang.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Sebelum ini negeri-negeri ni pernah diperintah (read: diratah) oleh Melayu jugak. Tapi tak obvious sangat pun keuntungan yg diperolehi oleh orang Melayu....

    Memang la dapat kek orang Melayu...tetapi Melayu yg dua tiga kerat tu jer lah.

    ReplyDelete
  5. Keuntungan kepada bangsa Melayu? Peluang di dalam MARA termasuk pinjaman, JPA, DEB, peluang pekerjaan di dalam GLC seperti Proton, Petronas, UEM, etc.

    Apa yg menyakitkan hati ttg pimpinan Pakatan Rakyat sekarang terutamanya PKR mereka telah menghapuskan keistimewaan tersebut atas alasan KEADILAN kpd semua, knp ianya harus berlaku?

    Aku tk nafikan bhw ada ahli2 UMNO yg korup, ttp bilangannya kecil dan tindakan telah diambil terhadap sbhg mereke. Pimpinan Mr Clean utk menghapuskan rasuah ke tahap maksima mmg patut dipuji, walaupun pd satu sudut lain beliau kelihatan lemah dlm pentadbiran dan perhitungan.

    UMNO masih relevan dlm perjuangan bagsa Melayu dan memelihara kesucian Islam, itu tak dpt dinafikan oleh manar pihak.

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Mungkin betul kalau ano kata UMNO berjuang untuk bangsa Melayu....tapi masih ragu untuk mengatakan bahawa UMNO berjuang untuk memartabatkan Islam.

    Tak pernah lagi aku tengok PM-PM kita yg isteri & anak-anaknya bertudung! Tu benda paling basic dalam Islam...ahli keluarga adalah "rakyat" yg paling rapat dengan seseorang yg bergelar "suami/lelaki". Kalau keluarga pun terang-terang tak mengamalkan basic Islamic teachings....agak meragukan untuk memepercayai bahawa mereka berjuang untuk Islam.

    Saya bukannya nak pandang serong...tapi cubalah kita berfikir dgn hati yg tenang...berlandaskan ajaran Islam yg hakiki.

    ReplyDelete
  7. habis pemimpin2 PAS /PKR yang bini2 depa tu bertudung ader ke berjuang untuk umat islam? Atau hanya berjuang untuk parti mereka je? Sudah la...hipokrit punya pembangkang!!!

    ReplyDelete
  8. Adakah kalau iteri2 pemimpin2 UMNO sekarang bertudung, semua penyokong PAS akan masuk UMNO? Aku tak yakin mcm tu...

    -M6

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Susah berhujjah dgn orang yg berfikiran dangkal macam you all nih.

    ReplyDelete
  10. sapo yang dangkal ano 6.16pm?

    ReplyDelete
  11. Salam...

    Dituju kepada umum, kepada dacing, kepada bulan penuh dan juga kepada bulan sabit!!!

    Dangkal lah fikirannya bagi sesiapa yg tidak boleh berfikir dgn fikiran yg berlandaskan syariat Islam yg dipimpin oleh Al-Quran & Sunnah Ar-Rasul SAW.

    Kadang-kadang, berfikir dgn akal fikiran yg mementingkan logik semata-mata adalah tidak memadai...kita mesti juga berfikir dgn hati yg disirami oleh benih-benih syariah yg sebenarnya.

    Tetapi nak berfikir dgn hati ini memang susah. Kalau hati rosak, rosaklah buah fikiran kita nanti...begitu juga sebaliknya.

    Rasullullah SAW ada bersabda yg lebih kurang maknanya; jika hati ini elok...maka akan eloklah segala amal & perbuatan yg lahir dari tubuh badan seseorang, tetapi jika hati sudah rosak & alpa, maka akan rosaklah segala-galanya

    Berfikirlan betul-betul sebelum berhujjah & berdalil wahai adik-adik serta sahabat-sahabat sekelian. InsyaAllah...kita selamat dunia & akhirat.

    ReplyDelete
  12. hujah dan dalil yang mana dikatakan dangkal itu wahai ano 12.06am? cuba habaq mai.

    ReplyDelete
  13. entahnya...nak main retorik pulak...hampeh betul...kalo nak berhujah, kasi direct la...ni zaman da maju...

    ReplyDelete