Sunday, October 19, 2008

Anwar: Auta atau Putaq?

Berikut adalah sedikit penjelasan dari Anwar Ibrahim berhubung dakwaan beliau tunduk kepada IMF / World Bank ketika negara menghadapi krisis kewangan pada tahun 1997/98.

Dakwaan itu disanggah oleh Ketua Pembangkang dengan tegas dan kononnya berfakta. Menurut Anwar, ketika beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia, agenda utama ialah mendapatkan kelulusan negara-negara anggota termasuk Eropah dan Amerika Syarikat untuk menghapuskan hutang negara-negara miskin. Tindakan ini dapat meringankan beban hutang negara-negara miskin yang turut gawat akibat krisis kewangan. Ekonomi negara yang turut diserang menyebabkan institusi-institusi kewangan lemas dan ringgit semakin lemah. Dalam suasana krisis kewangan pada ketika itu, Article 4 (article law mana nak rujuk ni?) mengkehendaki rundingan diadakan. Anwar Ibrahim menegaskan bahawa di sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Kewangan khususnya ketika mengurus krisis kewangan negara pada tahun 1997, beliau TIDAK PERNAH meminta “rescue package” daripada IMF / World Bank. Anwar mencabar mereka yang membuat tuduhan supaya menyemak rekod dengan Perbendaharaan dan Bank Negara. Anwar turut menjelaskan bahawa beliau mengambil initiatif menubuhkan Dana Harta dan Dana Modal untuk menjamin ketelusan dalam membantu syarikat-syarikat tempatan yang menghadapi krisis kewangan pada ketika itu. Ketua Pembangkang turut mendedahkan bahawa pada tahun 1993, beliau selaku Menteri Kewangan telah menulis surat kepada Bank Dunia untuk memberhentikan pinjaman dari Bank Dunia. Kedudukan ekonomi ketika itu di bawah pengurusan beliau amat kukuh dan tidak memerlukan pinjaman dari Bank Dunia. Malahan, Anwar turut memulakan pendekatan “pre-payment” untuk pinjaman yang dibuat sebelumnya dari Bank Dunia. Namun, sebaik sahaja Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, Anwar berhujah bahawa Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah mengarahkan Perbendaharaan Malaysia untuk meneruskan pinjaman oleh negara dengan Bank Dunia. Siapa sebenarnya yang melutut dengan IMF/World Bank?

Nota: Awat la hang sakan sangat menegakkan benang basah ni Nuar. Hang jadi pengerusi IMF Asia tu pun..hang ingat mereka lantik untuk tujuan apa? Macamana hang yang hanya lulus Pengajian Melayu dengan Ijazah Am (or Ajijah Am), itupun 5 tahun baru tamat belajar boleh jadi penasihat world bank? Hang ingat rakyat bodoh macam hang ka..tak boleh nak baca agenda asing tu semua? Hang kata agenda hang di IMF adalah untuk mendapatkan kelulusan negara Eropah dan Amerika bagi menghapuskan hutang negara miskin? Awat..la ni masih banyak negara yang termasuk dalam kategori miskin. Negara Islam yang masih miskin pun ada 27..hang tau ka? Betui ka IMF nak bantu hapuskan hutang negara miskin ni? Kalo bangsa Amerika dan Eropah ni pun hang masih nak percaya janji mereka..nampak sangat hang ni budus. Argentina yang dulu negara ke-4 dalam senarai ekonomi dunia pun belum habis lagi bayar hutang IMF sampai sekarang. Belum lagi masuk cerita Indon dan Thai. Hang rujuk balik artikel IMF Conquer Plan dan artikel agenda asing dalam blog ni.

Hang juga kata hang tak pernah mintak 'rescue package' dari IMF atau world bank. Tapi awatnya hang suruh orang semak dgn Perbendaharaan dan Bank Negara. Awat hang tak suruh orang semak di IMF atau world bank sama ada betui atau dak hang mintak 'rescue package' tu. Hang kata hang tubuh Dana Harta dan Dana Modal...biaq betul statement hang. Tujuannya hang kata untuk telus membantu syarikat tempatan. Tapi kenapa plak masa tu hang arahkan bank naikkan kadar faedah dan ketatkan polisi pinjaman? Itu nak membantu ka..nak membunuh? Hang kata pengurusan ekonomi di bawah hang adalah kukuh. Memang kukuh betul ekonomi di bawah hang masa tu, sampaikan rizab negara hanya ada lebih kurang USD60 billion saja pada 1998. Negara lain ada beratus billion, hang jadi menteri kewangan tak sampai seratus billion. Pandai hang manage duit.

Hang juga kata lepas hang dipecat, Che Det terus buat pinjaman dengan IMF? Hang biaq betul buat fitnah.. Hang tak baca ka pujian2 dunia luar termasuk IMF dan world bank kerana Malaysia berjaya mengharungi krisis ekonomi 1997/98 tanpa meminjam daripada IMF dan world bank. Hang nak auta dengan budak2 muda yang pada tahun 1998 dulu masih main anak patung dengan pistol mainan boleh la. Cukup2 la Nuar oii. Pemimpin pun malas nak jawab isu yang hang bangkitkan ni. Tau dah hang ni kaki putaq ghopla jingga.

3 comments:

  1. dah kepala otak asyik ingat sondol bontot ja memang la jingga....

    ReplyDelete
  2. Tak usah lah layan anwar seorg ni.Anwar sekarang ni sedang mabuk kuasa.Kaki putar alam.Kalau jumpa ular dan anwar katoq anwar dahulu.Perosak satu malaya.Buat yang taksub ngan agenda anwar jaga punggung kamu.

    ReplyDelete
  3. Nuar Hero Pelakon Melayu
    Tajuk : Aku Yg Sembang Bikin Bimbang

    ReplyDelete