Saturday, October 18, 2008

Dulu Lawan..Kini Kipas

Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin adalah calon terbaik menjadi Timbalan Presiden UMNO berbanding dua lagi calon yang menawarkan diri iaitu Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, faktor utama yang menjadikan Muhyiddin individu terbaik memegang jawatan berkenaan adalah kerana beliau merupakan satu-satunya calon yang merupakan seorang Ahli Parlimen.

p/s: Dulu Nazri antara individu yang sering mempertikai Muhyiddin atas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mendesak Paklah melaksanakan peralihan kuasa lebih awal. Sekarang nada Nazri dah berubah. Seolah seperti ada angin yang datang daripada kipas daun nipah. Betul gak la cakap Che Det, dalam politik tiada kawan yang kekal dan tiada musuh yang kekal. Ontah...

2 comments:

  1. Dia ni tak patut di terima sebagai pemimpin atau sebagai Menteri lagi kerana fikir periuk nasi sendiri semasa Badawi dia hemtan Mahathir macam2 dia lah yang bagus sekarang ni dah pindah kem,orang yang tak ada penderian.

    ReplyDelete
  2. saya pun hauran....entah ilmu apa si nazri tonggang ni pakai sampai masih kekal dalam barisan kabinet...bodoh gak la pak lah dok lantik dia untuk kekal dlm tu...lalang selalangnya manusia nama nazri ni...tapi tak heran sangat kot na...kepala pun asyik pening2 pusing2 ja...pendirian pun berubah2 ler...

    ReplyDelete