Thursday, October 16, 2008

Krisis: Apa Rancangan Malaysia?

Amerika Syarikat telah membentang pakej pemulihan ekonomi dan bailout plan sebanyak USD 700 billion yang bertujuan merangsang sektor perbankan. Sebelum ini Amerika telah menyuntik dana yang banyak untuk menyelamatkan AIG iaitu sebuah syarikat insurans terbesar milik mereka. Kini kerajaan Amerika Syarikat berhasrat untuk mengambil alih saham bank-bank swasta yang menghadapi masalah hutang yang tinggi. Krisis ekonomi dunia yang melanda ketika ini juga turut memberi impak kepada negara-negara kaya (G8) sehingga turut memaksa mereka membentangkan rancangan pemulihan ekonomi masing-masing. German telah meluluskan dana untuk merangsang ekonomi berjumlah 500 billion euro, Perancis sebanyak 360 billion euro serta diikuti negara-negara lain seperti Albania, Holland, Rusia, Jepun dan China. Kesemua negara-negara ini melancarkan bailout plan masing-masing yang kebanyakannya untuk menyelamatkan bank dan syarikat swasta milik tempatan.

Rakyat di sesetengah negara sudah mula memulakan kempen dan demonstrasi bagi mempertikaikan keputusan bank yang melabur duit dan saham mereka tanpa merujuk kepada mereka terlebih dahulu. Di Sepanyol, beberapa bank telah disaman. Kejatuhan Lehman Brothers telah menyebabkan kebanyakan rakyat di Eropah seperti hilang keyakinan dengan industri perbankan.

Situasi dalam negara, Menteri Kewangan menyatakan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan stabil kerana pasaran domestik menunjukkan ‘angka’ yang memberansangkan. Dengan harga barang yang masih tinggi, kilang asing menutup operasi, kadar inflasi yang tinggi, unjuran kewangan serta aliran tunai yang tidak menentu, kadar faedah yang tinggi serta nilai properties yang semakin meningkat; membuktikan keyakinan yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan agak meragukan aku sebenarnya. Jika negara-negara yang mempunyai hubungan dagangan dengan Malaysia sendiri menghadapi masalah, bagaimana boleh dikatakan ekonomi kita masih stabil?

Sebagai individu yang terlibat secara langsung dalam kajian dan pembelajaran krisis ekonomi 1997 dahulu, aku ingin menyatakan bahawa kita pernah menghadapi keadaan ini; dan telahpun terbukti bahawa kita juga berjaya mengatasinya. Dulu kita dikutuk kerana memperkenalkan bailout plan untuk menyelamatkan syarikat dan bank tempatan; tapi kini negara-negara yang mengutuk kita dulu turut mengambil tindakan yang sama. Bak kata pepatah, ‘jilat ludah sendiri’. Kalau kita tak buat dollar tagging, kawalan modal, panggil balik ringgit ke dalam negara, galakkan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah dan kawal harga barang semasa krisis ekonomi 1997 dahulu, kemungkinan besar negara kita akan muflis. Jika tidak pun syarikat dan bank tempatan seperti MAS, Telekom, TNB dan sebagainya pasti menjadi milik asing jika kita masih mahu membuat pinjaman IMF seperti yang pernah disaran Brader Anwar Bin Ibrahim. Penyudahnya kita akan jadi macam Argentina, Indonesia dan negara-negara lain yang sampai sekarang dok menyembah IMF nak bayar hutang.

Namun kini aku agak musykil dengan keadaan ekonomi Malaysia serta penjelasan mengenai rancangan kerajaan untuk menghadapi krisis ekonomi dunia. Mungkin aku tiada data terperinci mengenai keadaan semasa ekonomi yang dikatakan stabil tu. Aku harap ada orang yang boleh jelaskan kepada aku bagaimana ekonomi kita boleh berada dalam landasan yang kukuh sedangkan negara lain sedang berhadapan dengan masalah. Mungkin commentator boleh membantu?

1 comment:

  1. Salam Mr Paneh,
    Aku sudh msukkn blog ko dlm blog list, blogku klu dpt msukkn juga heheh

    ReplyDelete