Saturday, October 11, 2008

Layak?

Aku sangat terkejut apabila Shah Rukh Khan dinamakan sebagai salah seorang penerima Darjah Mulia Seri Melaka(DMSM) sempena hari jadi Yang DiPertua Negeri Tun Khalil Yaakob. Takde lagi ke orang Melayu khususnya mahupun rakyat Malaysia amnya yang jauh lebih layak untuk menerima anugerah tersebut? Besar sangat ke jasa dan pengorbanan mamat hindustan ni kepada agama, bangsa dan negara bertuah ini? Bengap sangat ke pemikiran pemimpin yang bernama Mohd Ali Rustam yang secara tidak langsung mencerminkan pemikiran sesetengah pemimpin Umno pada hari ini? Inikah orangnya yang layak untuk dipilih sebagai salah seorang pemimpin Umno di peringkat tertinggi? Bak kata pepatah kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Sepatutnya anugerah tersebut boleh diberikan kepada individu khususnya kepada orang Melayu dan negara amnya yang telah membuat pengorbanan dan menabur jasanya kepada agama, dan bangsanya. Contoh terdekat ialah Allahyarham Mokhtar Dahari mahupun veteran-veteran Umno yang pernah memegang jawatan-jawatan penting di peringkat bahagian seperti AJK, Bendahari, Setiausaha, Naib Ketua, Timbalan ketua malahan Ketua Bahagian yang kadang kala tidak bernasib baik untuk menjadi Yang Berhormat. Mereka ini sesetengahnya pernah menyandang jawatan di dalam GLC atau agensi kerajaan seperti Risda, Bank dan lain-lain.

Bagi aku, bukan mereka yang bergelar Yang Berhormat sahaja perlu diberikan pengiktirafan malahan mereka yang pernah menabur jasa dan bakti terutamanya kepada mereka-mereka yang telah berjaya melahirkan pemimpin pelapis di dalam Umno misalnya. Seseorang pemimpin seharusnya lebih peka kepada keadaan atau suasana semasa. Jadi..perlukah kita menyokong pemimpin yang tidak mengambil kira sensitiviti dan perasaan orang Melayu dan masyarakat Malaysia amnya? Lu fikir laa sendiri......!

p/s: Aku memberikan sokongan kepada saudara Abd.Halim Bin Lokman untuk menjadi Naib Ketua Pemuda Bahagian Seremban kerana sekurang-kurangnya arwah ayahnya dulu pernah menabur jasa dan bakti sebagai seorang guru untuk anak-anak bangsanya dan bangsa lain di MALAYSIA ini.

14 comments:

  1. salam muhibbah
    saya agak bersetuju dengan posting ini.Orang giler pun akan naik hairan tengok keputusan kerajaan negeri menganugerahkan DMSM kepada shah rukh khan. Si keling ni tak pernah membantu pembangunan negeri melaka pun.Sedekah kat anak yatim pun tak jugak.Tapi apa nak buat, ali rustam pun keturunan keling jugak.Apapun, sebagai anak negeri hangtuah, saya berasa amat malu apabila anugerah sebegitu besar dianugerahkan kepada orang luar yang langsung tak teribat daam apa2 sektor pembangunan mahupun kebajikan.Kadang2 saya kesian jugak bila orang politik yang membantu si ali ni langsung tak dapat apa2.contohnya exco wanita umno yang juga salah seorang naib wanita umno bahagian di melaka.Beliau sanggup berhabis wang ringgit untuk memperjuangkan politik si ali nie.Malah saya tengok beliau juga tak kira masa memastikan kebajikan orang negeri melaka ini terbela khususnya pesakit strok yang mana merupakan hasrat si ali nie.tapi bak kata dalam posting nie, kera dihutan disusu kn anak di rumah mati kelaparan.Saya rasa si ali ni kena 'naikkan power' spek matanya lah.Sebagai anak negeri hang tuah, saya juga tidak menyokong ali rustam naik sebagai timb presiden umno.Justeru para perwakilan, jangan terperdaya dengan pembangunan yang beraku dinegeri melaka hari ini.Agenda pembangunan dinegeri meaka hari ini adalah idea tan sri rahim thamby chik.Beliau yang merupakan orang yang mengilhamkan bandar ayer keroh supaya menjadi bandar cyber yang dipelopori oleh orang melayu.tapi saya sekali si ai ni mengadaikan sebahagian besar tanah ayer keroh dengan dipelopori cina.Jangaah calonkan ali rustam sebagai apa2 jawatan dalam MKT kerana antara sebab kekalahan umno adalah ali rustam yang gagal mengunakan biro keahlian sepenuhnya untuk mengukuhkan umno.

    ReplyDelete
  2. Aku rasa Shah Rukh Khan jadik duta melawat negeri Melaka di India kot... Tak pun ALi Rustam akan berlakon cerita terbaru Hindustan dgn Shah Rukh Khan kot. Wakaka!

    ReplyDelete
  3. Saya bertemu dengan seorang datuk di satu majlis hari raya petang tadi. Dia bergurau dengan saya, "Ishk, jangan panggil aku datuk kuat2.. nanti depa ingat aku datuk shah rukh khan!" Saya ketawa besar!

    ReplyDelete
  4. Entahlah! Susah nak cakap sekarang, perkara dah berlaku. Agaknya Shah Rukh Khan dah janji nak promosi Melaka kat mata dunia kot, nak kembalikan zaman kegemilangan Melaka.

    Kalaulah Hang Tuah masih hidup, Parameswara masih hidup, boleh pengsan mereka.

    Kasihan orang-orang yang berjasa kat Melaka khasnya. Tiba-tiba jadi macam ni.

    Teringat saya kepada kawan-kawan saya kat FAM dulu yang datang dari Melaka. Siapa tak kenal dengan Osman Omar, pengadil bolasepak yang terkenal di Melaka, duduk dalam Jawatankuasa FAM pula tu. Hamzah Mohd Sebot seorang lagi. Cikgu Yusof Uda pun apa kurangnya jasa kepada Melaka dalam bidang sukan bolasepak.

    Rosya Nor yang begitu komitted dengan drama dan filem Melayu banyak juga jasanya memartabatkan filem-filem tempatan. Jadi hos program Fenmena Seni pula tu.

    Agaknya akhir-akhir ini Datuk Seri Ali Rustam ni selalu mimpikan bintang Hindi itu.

    ReplyDelete
  5. apa salahnya shah rukh dpt darjah kebesaran. dulu masa zaman kesultanan melaka, sultan2 melaka selalu beri hadiah dan anugerah kpd pedagang2 asing dan guru2 agama yg dtg ke melaka dari india, china, arab dan eropah. biasalah tu. masa tu org asing pun takde la banyak jasa sgt tp tetap gak dapat anugerah. nak kata mereka promote melaka masa tu tak jugak sbb melaka mmg dah terkenal seantero dunia. sokong bagi anugerah kat shah rukh!

    ReplyDelete
  6. Berkesempatan ada di majlis tesebut tapi hampa tidak bertemu datuk shah rukh khan smlm! Keke. Sila jemput baca posting terbaru.

    Arwah bapa Halim tu cikgu mak aku masa sekolah dan cikgu memandu aku masa ambik lesen kereta lepas SPM.

    Cita2 aku nak jadi cikgu sejarah berkubur sbb masa mengajar driving arwah cerita anak dia baru graduate law di uia (halim ler tu..)dan galakkan aku ambik law di uia..

    Kalau tak dah lama aku jd cikgu mengajar sejarah kat sek men kimanis sabah..

    ReplyDelete
  7. Saya juga tidak bersetuju si Khan itu diberi apa-apa pingat. Jika kerana filem lakunannyya konon menaikkan nama Melaka penghargaan patut diberi kepada Pengarah atau Penerbit filem. Bukan pelakonnya. Keputusan ini (beri Datuk pada si Khan ni) telah menjatuhkan lagi darjat penerima anugerah TYT Melaka yang sudah pun sering dipersoalkan.

    ReplyDelete
  8. Anugerah "datuk" untuk bodek Najib??


    Oleh rusly_islam

    "Hari ini orang seperti Shah Rukh Khan sudah boleh mendapat gelaran "datuk". menunjukkan "murahnya" gelaran datuk yang selalu diidam-idamkan oleh semua orang.

    Rakyat Malaysia berhempas pulas membangunkan negara dan bangsa, Shah Rukh Khan yang menjadi faktor kehancuran agama dan bangsa mendapat anugerah dan pengiktirafan. Shah Rukh Khan juga pernah menjadi kontroversi apabila dijumpai bercium-ciuman di tempat awam di negara ini.



    Pemberian gelaran ini ternyata suatu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Orang yang menjadi faktor kepada masalah akhlak dan moral boleh di anugerahkan gelaran datuk. Seperti tidak ada orang lain yang lebih layak menerima anugerah tersebut.

    Mungkin jugak ia suatu usaha kerajaan negeri Melaka hendak membodek bakal PM, Najib. Sebab citarasa bini Najib kepada artis-artis bollywood begitu tinggi. Atau adakah Rustam sudah mempunyai citarasa kepada filem-filem bollywood.

    Ini jugak menunjukkan, boleh jadi jika ditakdirkan Najib jadi PM negara Malaysia tempat artis-artis bollywood membina kekayaan dan filem-filem bollywood memonopoli industri muzik di dalam negara. Kalau terjadi, puncanya ialah si kaki bollywood dan kaki belanja Rosmah.

    http://ruslyislam.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. SRK tu pelakon kegemaran TYT Melaka la mangkok! Semua org melaka tau.

    Apa kena mengena dengan najib, bahlul punya rusli.

    ReplyDelete
  10. dorg ni suma nak kaitkan dgn najib. nampak sgt takut kalo najib naik jadi pm. kita mesti takut dgn Allah, bukannya pm. ni suma ajaran sesat si nuar la ni.

    ReplyDelete
  11. Kembalikan fikrah kita kepada Islam. Hadith SAW ada mengatakan bahawa di antara tanda-tanda kiamat ialah golongan para penghibur/artis akan di agung-agungkan.

    So, inilah realiti sekarang. Bukan hanya Shah Rukh Khan....artis-artis tempatan yg bengap & mengada-ngada tu pun semakin diagungkan.

    Bertaubatlah kita semua.....

    ReplyDelete
  12. Kepada Forumer

    Saya Dato' Shah Rukh Khan dengan ini, menafikan pembabitan diri saya dalam penganugerahan pangkat Dato' Oleh YDP Negeri Melaka.

    Ini semua adalah Dato' Seri Ali Rustam punya kerja, dah orang nak bagi, saya ambil lah, tapi saya tidak berhajat nak datang Malaysia, semata-mata nak pergi ambil Darjah Kebesaran tersebut.

    Saya tahu, ramai yang mempertikaikan pemberian Dato' kepada saya, sehinggakan pihak KARYAWAN juga membantah penganugerahan Darjah Kebesaran ini.

    Untuk makluman forumer semua, Darjah Kebesaran ini memang tidak bernilai di negara saya iaitu India, tapi kalau Darjah Kebesaran "SIR" oleh Queen Elizabert memang dari dulu saya ingin memilikinya.

    Kepada makcik-makcik dan akak-akak yang meminati lakonan saya, saya ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua, sesungguhnya, tanpa kalian semua siapa lah saya di mata dunia.

    Kepada semua forumer, jangan lah memaki hamun saya, saya jelaskan sekali lagi, ini semua salah Dato Seri Ali Rustam, jadi forumer semua maki hamun sahaja dia.

    Saya menulis dalam Bahasa Melayu disini adalah dibantu oleh Makcik Tipah kerja kat A Famosa, Melaka, dia peminat sejati saya, saya kenal makcik nie sewaktu saya berlakon dalam filem ONE TO KHA FOUR, dimana lokasi pengambaran adalah di A Famosa Resort, jadi saya memohon jasa baik Makcik Tipah untuk menterjemahkan penulisan saya, agar semua faham situasi yang sebenar.

    Saya memohon maaf sekali lagi, atas ketidakpuasan hati semua terhadap anugerah Darjah Kebesaran ini.


    Yang Benar

    Dato' Shah Rukh Khan

    INDIA

    P/S: Saya minat betul kat Mr. Anwar Ibrahim, sampaikan salam reformasi saya pada dia ye

    ReplyDelete
  13. kopada orang melako!!!
    kalau kau orang takbantah pekaro ni, kau orang samolah kelabu eh cam dak ali tu

    ReplyDelete
  14. surat shah rukh ni lawak siut.

    ReplyDelete