Friday, October 10, 2008

TAN SRI MOHD ISA SAH TANDING NAIB PRESIDEN

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga bekas Naib Presiden UMNO Malaysia mengumumkan hasratnya bertanding jawatan naib Presiden UMNO dalam pemilihan Mac akan datang.

Dalam suasana penuh ceria seolah-olah melupakan episod penggantungannya, Tan Sri Isa menjawab semua soalan yang ditanya wartawan kecuali mengenai politik wang.

Katanya isu itu tidak sesuai untuk dia jawab kerana beliau adalah mangsa tindakan tersebut dan sebarang komen darinya akan dilihat seperti menegakkan benang basah.

Berikut adalah jawapannya atas beberapa soalan wartawan dalam sidang akhbar yang dijalankan di Nilai Golf Club, Nilai.

Ketika ditanya samada hukuman penggantungannya merupakan halangan untuk berkempen, ini jawabnya;

“Saya serah kepada perwakilan utk menilailah. Bagi saya, memang daripada track record, saya tidak pernah menimbulkan masalah kepada parti..saya tidak pernah menghina parti..saya tidak pernah sebab saya sayang kepada parti..saya sayang kepada Umno kerana bukan milik saya..tapi dari datuk saya memang merupakan orang Umno..itu sebab saya sayang kepada Umno. Kerana itu bila saya digantung saya tidak ada niat untuk menimbulkan masalah kerana saya percaya bahagian saya..kena terima dengan hati yang terbuka.”

Ini pula visinya jika menang;

“Kalau saya dipilih oleh perwakilan, tanggungjawab yang pertama bagi saya ialah bagaimana untuk memulihkan keyakinan ahli Umno kepada Umno itu sendiri. Ahli Umno merupakan hardcore kita..itu selalu saya sebut..ahli Umno hardcore kita. Kita tidak mahu dalam pilihanraya umum..pilihanraya kecil..hadcore kita lari. Kita kecundang sedikit sebanyak ini kerana hardcore kita lari..kerana mungkin meraka tidak puas hati dan sebagainya dan ini bagi saya takdirnya saya dipilih..saya akan main peranan itulah untuk mengembalikan keyakinan ahli parti kepada parti. Kita ada berjuta ahli..tak ada sebab kita tak kuat.”

Ini komen beliau jika seorang lagi calon dari Negeri Sembilan iaitu menteri luar Dato' Seri Dr Rais Yatim turut bertanding Naib Presiden;

“Saya tidak kira dia bertanding. Saya kira saya bertanding. Samada dia nak bertanding dia punya hal lah. Bila kita nak bertanding kita tak kira orang lain sapa nak bertanding. Bertandinglah kerana ini parti tidak menghalang sesiapa nak bertanding. Kalau dari satu negeri dua orang, 3 orang, 4 orang dan ia bukan satu perkara yang luarbiasa satu negeri bertanding dua, tiga orang, 4 / 5 orang bukan satu yang luar biasa.”

Namun beliau yakin perwakilan Negeri Sembilan akan mengundinya;

“Saya percaya dari segi perwakilan menyokong saya. Saya percaya sebahagian akan mengundi sayalah. Walau apapun caranya saya yakin mereka akan mengundi saya..yakin dan percaya sebab saya lama di Negeri Sembilan.”

Beliau turut mengulas calon-calon naib yang lain yang merupakan darah muda;

“Masa saya bertanding dulupun saya pun muda juga..masa dululah dan sekarang ni pun saya bukan tua sangat. Saya tidak tua sangat tetapi saya tidak nampak kalau ada yang muda nak menawarkan diri itu. Mereka kalau memikirkan mereka dah layak dan cuba berkhidmat kepada parti dan satu perkara yang kita alu-alukan jugalah.”

Beliau juga ditanya mengapa tidak bertanding jawatan timbalan presiden memandangkan beliau merupakan calon naib dengan undi tertinggi;

“Kita kena fikir..tidak fikir kehendak kita. Kalau ikut kehendak saya macam-macam saya hendak. Kena beragak-agaklah. Jadi beragak-agak saya fikir..naib presiden tu sesuailah untuk saya sebab saya katakan tadi..saya pun tak cukup term sebagai naib presiden. Tak habis tempoh tiga tahun..setahun setengah sahaja. Jadi biarlah saya bertanding naib sekurang-kurangnya untuk sepenggal ini. Kok diberi peluang untuk saya memenuhkan tanggungjawab saya dan cita-cita saya untuk membantu parti..itu sahaja. Kalau ikut kehendak saya, macam-macam saya hendak.”

P/s: Tan Sri Isa ini memang dikenali dengan sikapnya yang kelakar dan suka bergurau, malah kadangkala sukar difahami wartawan sendiri. Apa pun yang pasti, apabila beliau menawarkan dirinya, akan menyebabkan bertambah meriahlah pertandingan.

14 comments:

  1. Den pun ado waktu press conference di Nilai Spring pagi td... walaupun beliau satu2nya wakil bekas Naib Presiden dan yg lainnya muka2 baru, den totap raso dio adolah calon terbaik berdasarkan pengalaman r2 tahun menjadi MB N9 dan berbelas tahun Ahli MAjlis Tertinggi. Mmg pure pejuang UMNO, tk pernah memburukkan UMNO walaupun digantung 3 tahun, malahan ttp sokong waktu PRU12 dan P'raya Kecil. Harap dio dicalonkan & monang, dan buek perubahan utk mantapkan parti dan maruah bangso melayu...

    ReplyDelete
  2. Secara peribadi, saya tabik kepada Tan sri Isa Abd Samad kerana kesetiaannya. Sepanjang tempoh penggantungan beliau dari UMNO, tidak terdengar langsung isu-isu yang berkaitan dengan beliau. Sikap bersahaja dan kelakar yang ada dalam diri beliau terbawa-bawa sejak zaman persekolahan beliau lagi. Dulu masa sekolah menengah kat Jalan Cheras beliau sering membuat orang lain tak kering gusi, sama ada dalam kelas atau di asrama.

    Langkah beliau mahu bertanding untuk ‘post’ lamanya adalah langkah yang baik.Alasan beliau untuk satu penggal lagi menghabiskan separuh penggal yang beliau tinggalkan dulu.

    Dan antara sikap beliau yang saya masih ingat, beliau tidak pernah merendah-rendahkan kebolehan orang lain. Hari ini pun nampaknya begitu. Beliau mengalu-alukan calon-calon yang lain turut sama bertanding biarpun dari negeri yang sama. Biarpun masih muda.

    Ish! Jangan kata saya tolong kempen pula. Saya bukan ahli UMNO pun. Cuma Tan Sri Isa tu saya kenal sejak zaman sekolah lagi, itu saja.

    ReplyDelete
  3. Welcome back Tan Sri ...monang sonang dia kali ni sebagai calon popular.

    Tapi bab pencalonan KETUA PEMUDA ..Ya ALLAH !!! Betul2 aku tak faham ..KEPADA SEMUA SAHABAT PEMUDA YANG AKAN BERSIDANG ...TOLONGLAH PANDAI MENILAI CALON DENGAN WARAS ...ORANG YANG PUNAHKAN KEPERCAYAAN ORANG MACAM KHAIRY JAMALUDDIN MESTI KITA TOLAK ....TOLONGLAH SEMUA ...TAK NAMPAK KE APA YANG DIA DAH BUAT SELAMA NI ..SAYA MERAYU !!!!! BERANI BERUBAH WAHAI KAWAN-KAWANKU ...

    TOLAK KJ ...Dia pun bukan warieh kita ...bukan anak Negeri Sembilan

    ReplyDelete
  4. salam muhibbah..
    sebagai anak negeri hang tuah, saya tertarik dengan kesudian tan sri isa untuk bertanding.Isa kenalah berwaspada dengan orang2 ali rustam. Jeratlah si ali nie.sebab dia lagi banyak main duit.Saya harap niat tan sri ini akan memperhebatkan persaingan jawatan naib presiden.Insyaallah niat yang baik pasti akan dibalas dengan baik.Saya menyokong kenyataan sudara ano ni.Kita kenalah tolak si khairy.Bunuhlah di peringkat pencalonan.Kalau boleh bunuhlah diperingkat bahagian.Tak payah takut.Si mamak ni tak bole buat apa.Jangan sayang umno kerana duit.tapi sayanglah umno kerana dasar perjuangan umno dulu,kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  5. isa terikat dgn cino. payah la. kok nak perjuangkan melayu..tp last2 cino gak kayo. bahayo isa nih. sobab tu cino suko dio.

    ReplyDelete
  6. Mano kau tau Isa terikat dgn Cino? Kau tau tak berapo sonang Majlis Agamo nak dapek tanah kerajaan satu maso dulu? Sekarang apo dah jadi? Majlis Agamo mano ado sumber kewangan, tp dgn ado tanah kerajaan buleh laa buek aset dan jalankan program2 dakwah di negeri sembilan...

    ReplyDelete
  7. jaso isa bagi tanah kek majlis agamo tu den sukong. tapi tanah yg diberi kek majlis agamo mcm nak samo banyak bagi kek cino baik takyah. samo je mcm mat asan. duo2 boleh pi melingkup.

    ReplyDelete
  8. Botul ko samo byk? Fakta atau andaian? Tau tak brp byk tanah kerajaan sykt cino dh mohon, tp totap dibori kek Majlis Agamo sampai marah sykt cino tu? Termasuk laa tanah sykt Yam Tuan mohon pun dapek kek Majlis Agamo gak. Berapo ribu hektar tanah dh dimajukan zaman Isa, ado yg buek perumahan dan ado buek perlandangan sampai ke Sabah, Sarawak dan Indonesia? Seremban Specialist Hospital satu2nya Majlis Agamo Negeri pogang 45peratus saham... ado tanah yg dipohon oleh cino ditotapkan syarat amek Majlis Agamo sbg shareholder walau takdo kepentingan.

    Semuo ni den tau by fact, kau plak?

    ReplyDelete
  9. masalahnya rekod isa dah buruk pasal rasuah. track record buruk tak layak jadi pemimpin.

    ReplyDelete
  10. So bukan laa psl masalah tanah kek Negri9 ni...

    Psl hal politik wang mmg dh sabit, dio pun cakap taknak ulas sbb umpama menegakkan bonang yg basah. Tp hakikat eh dio mmg pejuang UMNO yg tulen, tak peronah rosakkan parti jauh sekali nk bakar jambatan psl tak pueh hati. Walaupun Parlimen jauh di Jempol rumah di nilai, selalu aktiviti di Jempol tak ditinggalkan.

    Jaso dio kek Melayu & Islam tak dapek dipertikaikan lg. Rapat laa dgn dio,join jemaah dio utk konal peribadi dio.

    p/s: Poie India dok ateh sampan, lopeh subuh dio mengaji... tekojut india muslim 1st time dio dongar ado org Islam mengaji ateh sampan dio. Cerito camni tak ramai yg tau & experience sendiri...

    ReplyDelete
  11. bukan masalah isa tak nak ulas pasal politik wang dan bukannya masalah dia pernah kutuk umno atau tidak. masalah eh rekod dio dah buruk. sudah2 la tu. banyak laie orang lain kek mesia dan dlm umno yg layak jadi pemimpin. tak rapat dgn isa pun dah tau dio hampeh.

    ReplyDelete
  12. Betul, aku sokong yg UMNO tk kurang tokoh pemimpin2 khasnya yg muda.

    Tp ano kt atas lebih baik tk payah buat andaian atau tanggapan buruk kt seseorang kalau tak kenal, dari kes tanah sehingga ke peribadi T'Isa... boleh masuk kategori fitnah tu!

    "Presumption is the mother of all fuck-up...!"

    ReplyDelete
  13. itu bukan andaian tapi kenyataan. kes isa terikat dgn cino bukan cerito baru. ekau baru hidup ko? den yang dah 22 tahun dalam umno ni tau sgt hal politik n9 ni. kok ko baru nak berkocimpung dalam politik, rontikan yolah nak defend isa ni.

    ReplyDelete
  14. Iyo ko? Camni laaa, den pun konal dio hampir seumur hidup den, malah sojak dio mulo2 jadi MB N9 lg... bilo mano awal2 laie dio dh tukarkan dewan di kediaman MB kpd tompek jemaah buek kelas setiap hari Rabu tk pernah miss, tompek sembahyang tarawih & perjumpaan ahli2 jemaah.

    Mungkin ado jugak kes yg lopeh ke cino, tp setau den ado kepentingan bangso melayu dlm setiap kes tu.

    Jaso dio kek Jabatan Agamo? Ekau tanyo yo laa org yg dah kojo dgn dio dulu dan sekarang...

    ReplyDelete