Friday, October 10, 2008

NS Sokong Najib

Tujuh bahagian UMNO di Negeri Sembilan sebulat suara akan mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac tahun depan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bahagian berkenaan ialah Tampin, Rembau, Telok Kemang, Rasah, Kuala Pilah, Jempol dan Jelebu. Beliau berkata, bagaimanapun wakil UMNO Bahagian Seremban tidak hadir pada mesyuarat khas yang berlangsung petang ini.

p/s: Awalnya MBNS buat pengumuman walaupun mesyuarat bahagian belum pun bermula. Harapnya tiada perwakilan Pemuda Bahagian di NSDK yang akan calonkan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Bosan la mamat tu. Ke hulu..ke hilir dengan Pekida..macam samseng.

11 comments:

  1. aku confident bhgn2 umno n9 calonkan kj. Jemput baca posting aku psl ni.

    ReplyDelete
  2. Salam Paneh!

    Saya yang menawarkan diri sebagai calon presiden UMNO.
    mohon kerjasama tuan untuk paut dan sebarluaskan address blog saya untuk saya mendapatkan komen umum tentang penawaran diri saya.
    THANKS!
    http://sekilogaram.blogspot.com/
    ikhlas,
    Ismail Bangsawan

    ReplyDelete
  3. TOLAK KJ ....TOLONGLAH SEMUA ..TAK SERIK-SERIK lagi ke !!!!!!

    ReplyDelete
  4. Kalau Benarlah Ini... Parah
    Rosmah Ada Pejabat Di MOF?

    PAGI tadi saya minum dan pekena capati dengan seorang kawan lama di retoran Pakistan berdekatan rumah. Bertemu, makan sambil untuk beraya. Beliau seorang penulis veteran, pengulas politik yang rapat dengan kebanyakan pemimpin politik. Bersifat provokatif. Mengakui banyak mengetahui hal-hal dalam kain pemimpin. Lebih jauh dari itu beliau juga turut menerima maklumat dalaman Kerajaan termasuk soal-soal keselamatan.

    Kawan ini juga baik dengan penulis dan sasterawan negara. Pernah berkhidmat dengan akhbar di Indonesia dengan menjadi wakil akhbar itu untuk negara ini tahuan 60-an. Pernah dibayar sebanyak USD1,000 oleh akhbar berkenaan, satu bayaran lumayan! Begitulah ceritanya.

    Gaya hidup kawan ini bertaraf tinggi, ada kelas dan standard. Berpakaian kemas, bertali leher senantiasa dan terpangaruh dengan disiplin Barat. Akhir-akhir ini banyak menulis mengenai biografi tokoh-tokoh politik, diplomatik dan korporat. Mengaku tidak pernah menjadi ahli parti mana-mana pertubuhan siasah negara ini. Pernah menjawab jawatan pegawai agama di sebuah negeri selama sehari.

    Saya ingat beliau memanggil saya untuk berjumpa dan minum kerana ingin mengulas mengenai pengunduran secara terpaksa Abdullah Ahmad Badawi. Biasanya beliau yang mengakui mengetahui cerita dalaman akan tahu sebab musabab sebenarnya atau yang berlaku antara Abdullah dengan Mohd Najib Razak.

    Nampaknya bukan itu beliau nak ceritakan, cuma menyebut apa yang Abdullah lakukan itu bukan atas keikhlasannya tetapi kerana begitu takut kepada Abdullah. "Pak Lah takut kepada tekanan Najib, jadi apa boleh buat lagi, berundurlah..." katanya.

    Dalam tak nak cerita beliau tercerita juga, katanya Najib main kasar dengan Abdullah. Ada unsur ugutan terhadap Abdullah digunakan Najib. Katanya Najib menggunakan tentera untuk mengugut Abdullah sehingga berhenti. "Apa dia... bentuk ugutan itu," saya ingin tahu lebih lanjut... namun tidak mahu disebut. Bahaya, katanya dan menambah sebab itulah Abdullah ambil semula tentera, Kementerian Pertahanan.

    "Kenapa beliau tidak berpakat dengan Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah), sekurangnya beliau tidak berundur secara bersendirian dan tragis begitu, Ku Li boleh belanya," kata saya mengalih haluan percakapan bila beliau enggan memberi tahu.

    "Ku Li juga banyak kolikongnya, tak nak berunding dengan Abdullah, asyik bantai Dollah saja" balasnya.

    Tidak banyak kami bincang hal Abdullah yang sudah pun sudah 'mati' itu. Kawan itu juga nampaknya tidak berminat lagi untuk mengenang Abdulah. Namun saya tahu apa yang berladum dalam hatinya, dia sedih, kesal kerana baginya Abdullahlah pemimpin terbaik dari Umno yang mampu menyatupadukan Melayu dan menguatkan Islam. Bahkan beliaulah yang menghantar surat kepada Dr Mahathir Mohamad memberi tahu pengganti paling bagus ialah Abdullah.

    Selepas kami melencung kepada soal Pas dan Anwar Ibrahim (PKR) tiba-tiba dia kembali semula kepada soal Najib. Ini benar-benar mengejutkan saya dan agak sukar untuk dipercayai.
    "You tahu belum apa-apa Najib dah arahkan supaya buat ofis Rosmah (foto) di MOF - Kementerian Kewangan?" katanya serius.

    "Untuk apa, apa kapasiti Rosmah nak duduk di MOF, apa dia nak jaga ekonomi negara?" saya membalas memancing beliau. Timbul rasa tidak percaya kerana berita itu bersifat tuduhan liar dan agak melampau.

    "Tak tahulah tapi itu yang diceritakan kepada saya oleh pegawai MOF semalam..." balasnya ringkas tetapi serius.

    Tiba-tiba telefonya berdering. Saya hanya mendengar sambil makan perbualannya. Dari perbualan itu saya dapat menangkap orang dalam telefon itu ada menyebut soal arahan Najib itu berpandukan kepada jawabannya... "iyalah saya pun tahu semalam, untuk apa ofis Rosmah..." kata kawan itu kepada orang dalam telefon.

    "Pelik... saya tak percaya kalau Najib berbuat begitu. Masakan belum jadi PM sudah buat begitu. Apa Pak Lah tak tahu...." tanya saya lagi selepas dia habis bercakap.

    "Abdullah dah tahu, orang dah bagi tahu. Abdullah hanya kata, biar pi... lah dia (Najib) nak buat apa pun?' ceritanya. Dari cerita ini seakan benar apa yang diketahuinya itu. Nampak ada kebenarannya ataupun ada asasnya.

    Tetapi saya masih tidak mahu percaya. Mungkin cerita itu ditimbulkan untuk memburukkan Najib dan Rosmah sahaja. Kalau pun Rosmah itu mata duitan dan queen control tetapi takkan dia tidak tahu masa dan ketika mana nak tarik dan lembukan Najib. Setidak-tidaknya kalau Rosmah nak menguasi Kementerian Kewangan kawal kontrek dan tander, biarlah Najib angkat sumpah sebagai perdana menteri dulu. Langkah Rosmah itu kalau benar agak tergsa-gesa dan melampau.

    "You boleh siasatan cerita ini. Cuma saya bagi tahu apa yang saya tahu saja," kata kawan itu seakan pertemuan pagi ini hanya nak sampaikan mesej itu saja. Gaya ceritanya nampak bersungguh benar. Dia kemudian menambah dengan cerita-cerita lain mengenai Rosmah bagaimana Rosmah menguasai dan lembukan Najib. Cerita itu termasuklah cerita klise mengenai Rosmah menengking Najib di hapadan orang ramai di Kuantan.

    Saya hanya mendengar cerita lama itu dan menganggap ia ditimbulkan sebagai menyakinkan saya dengan cerita terbaru mengenai Rosmah itu.

    Lepas habis cepati Pakistan sekeping seorang bersama kari ayam tidak bersantan kawan itu menghantar saya balik dengan memesan, ada apa-apa call lah saya. [d'kota kl. 8:30 am 11/10/08]

    ReplyDelete
  5. budus la sapo sukong kj.

    ReplyDelete
  6. x payah la percaya pasal isu pejabat ni..

    benda ni buang masa je..ingat Malaysia ni macam cerita Hindustan ke?

    aku yang selalu g buat kerja kat MOF ni pun tak pernah dengat apa pun..

    kita kadang kala terlalu percaya pada cerita cerita kartun seperti ni..

    banyak benda lain nak di fikir la..

    ReplyDelete
  7. Hmmm, betul tu. Terlampau byk perkara yg tak tentu kesahihannya, jika tak benar dan bila disebarkan maka jadilah fitnah dan kita sebahagian dr penyebar.

    Bila ditanya, semua kata dengar dari orang ini, maklumat dr orang sana. Walaupun majoriti tak brp suka dgn Rosmah, tp ramai yakin Najib boleh bawa perubahan kpd arena politik UMNO mahupun BN, serta kestabilan ekonomi negara. Tambahan pula jika Muhyiddin jadi TPM, dan jika Tun M jadi salah seorang Penasihat.

    Hati2 laa dgn khabar angin yg tk tentu betul salahnya lg. Ramai yg nak buat kacau kt negara kita ni, udah laa bukan Melayu bertambah kurang ajar, kita plak nk bergaduh sama sendiri...

    ReplyDelete
  8. sy kesal najib tak berani masuk parlimen berhujah dgn nuar? awat?
    Nak jadi PM kena berani cam chdet!
    Aku x nampak ketokohan njib selain menyorok bawah kain rosmah..

    ReplyDelete
  9. En Nuar tu sembang bikin bimbang je..

    Nak suruh En najib bentang belanjawan baru..?

    Awak sape..? Tu soalnya

    kalau buat belanjawan semula pun..
    semua tak kena..

    yang confirm En Lah akan nampak macam buat kesilapan..

    kita dah terlalu banyak buang masa..tipu, tertipu dan menipu..

    Sepanjang krisis yang baru ni..pernah dengar ke kat Malaysia org kena buang kerja? ade ke kes kerajaan kena cover bank tempatan..?

    Bos kawe pun dah keluar kenyataan..
    nak pakai atau tidak terpulang..

    nak dengar cakap orang politik atau orang yang terlibat secara langsung dalam menarik pelaburan asing..?

    Mohon semoga Allah merahmati negara [rakyat/ekomoni] Malaysia..

    HzA

    ReplyDelete
  10. Harap Rosmah ubah gaya idup dan sikap dia yg suka cium artis bollywood,,,kalau Najib dapat jadi PM ..
    ntahla terlalu banyak aku denga cita buruk pasal rosmah ni...
    najib pon sama...memang banyak cabaran yg akan menimpa beliau kalau jadi PM hehehe semuga beliau berjaya mengubah sikap dan perangai masa jadi PM, kalau dia tak belajar dari keputusan PRU maka alamatnya memang dia gali lubang kubur sendiri. Good luck Najib! Aku pon x berapa prefer dia ni sebenarnya, tapi kalau dia dapat buang perangai buruk aku sokong:p

    ReplyDelete
  11. wahai HzA,

    ramai org keja kilang kena buang dan banyak kilang asing dah tutup kat mesia ni la.

    ReplyDelete