Tuesday, October 28, 2008

Ramai Ulama’ Tidak Larut Ilmu

1. Kebiasaannya apabila kita berasa pening atau demam, maka panadol akan menjadi pilihan.

2. Panadol yang dahulunya berbentuk kapsul dan perlu ditelan atau dikunyah, kini telah mengalami proses evolusi dengan terciptanya panadol soluble berbentuk hablur yang mudah larut dalam air untuk diminum.

3. Secara analogi mudahnya, bolehlah kita ibaratkan panadol soluble itu sebagai ilmu dan air itu sebagai manusia.

4. Manusia yang mengabadikan hidupnya kepada ilmu, akan dapat dibezakan dengan jenis manusia yang tidak larut ilmu.

5. Seseorang yang larut ilmu dapat dikenali melalui pemikirannya, tindakannya, pemahaman tentang sesuatu perkara serta isi percakapannya seharian.

6. Manusia yang larut ilmu adalah manusia yang cintakan kebenaran dan berkeupayaan menghuraikan sesuatu ilmu itu agar dapat diterima oleh orang lain.

7. Bagaimana untuk kita mengukur kebenaran? Sudah tentunya melalui proses pembuktian. Contohnya teori graviti membuktikan sesuatu benda yang dibaling ke atas, akan jatuh semula ke bawah. Maka sesuatu ilmu itu akan kekal benar sehinggalah terdapat bukti yang lebih tepat ditemui bagi menyangkal ilmu sebelumnya.

8. Fitrah manusia yang sentiasa mempunyai sifat ingin tahu telah menyebabkan sesuatu ilmu itu berkembang. Ini kerana ilmu itu bersifat relatif dan tidak mutlak.

9. Proses menyoal kembali telah menyebabkan kebenaran baru ditemui dalam sesebuah ilmu. Contohnya persoalan mengenai wujud atau tidak hidupan di planet Marikh adalah berdasarkan bukti mengenai asas kehidupan di bumi yang memerlukan oksigen untuk hidup. Tapi bagaimana pula jika hidupan di planet Marikh tidak memerlukan oksigen untuk hidup? Sudah tentu bukti dalam ilmu asas hidupan sebelum ini akan menjadi tidak relevan dan perlukan kajian semula.

10. Begitulah bagaimana berlakunya perkembangan ilmu kerana sifat manusia yang sentiasa menyoal, mencari dan mengkaji fenomena yang wujud di alam semesta yang luas ini. Mereka yang tanpa jemu berusaha untuk menjawab segala persoalan yang timbul barulah layak digelar ilmuan atau dalam bahasa Arab dipanggil ulama’.

11. Ilmuan atau ulama’ bukanlah mereka yang belajar bahasa Arab atau beberapa cabang ilmu agama, yang kemudiannya memperolehi ijazah sama ada di universiti tempatan atau timur tengah dan kemudiannya pulang sebagai penceramah bebas ataupun berdaftar dengan persatuan ulama’.

12. Ilmuan atau ulama’ ialah mereka yang sentiasa tidak senang duduk jika timbul apa-apa persoalan yang belum terjawab. Maka seseorang ilmuan atau ulama’ itu akan berusaha dan bergelumang dalam lautan ilmunya dengan mentelaah, mengkaji, berbincang serta berdebat sehingga jawapan dan kebenaran kepada persoalan tersebut berjaya ditemui.

13. Untuk mencari kebenaran, seseorang itu harus berfikiran terbuka untuk menerima kebenaran tanpa mengira siapa yang menemui kebenaran tersebut walaupun mereka daripada pihak yang sentiasa menentang idea-idea kita.

14. Maka individu yang mempunyai sifat seperti yang disebutkan tadi barulah layak digelar ilmuan atau ulama’ kerana individu yang larut ilmu akan menjadikan pengertian ilmu sebagai falsafah hidup yang dipandukan kepada keyakinan terhadap ilmu yang dimilikinya.

15. Pemimpin yang boleh aku kategorikan sebagai manusia yang larut ilmu di Malaysia, mungkin Dr. Mahathir dan Nik Aziz. Sekurang-kurangnya pemikiran serta pemahaman 2 insan ini tentang sesuatu perkara, telah diterjemahkan melalui tindakan dan tutur kata mereka kerana percaya dengan kebenaran ilmu yang mereka miliki. Pemimpin lain...hancus!

3 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Beri sokongan pada Deklarasi Janda Baik

    http://deklarasijandabaik.blogspot.com

    Satu usaha memartabatkan para bloggers dengan menjejak dan mengumpulkan para sahabat untuk berjuang.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Patut eee paneh ni pun dilarutkan sekali..dalam sungai kek ulu bondol tuh..ado ilmu..mengipeh..yo kojo ee

    ReplyDelete
  3. yup ramai ulama yang tak larut ilmu. kalo tak takkan ustazah tv, pengendali kursus kahwin, ustaz motivasi, khatib dan ustaz penceramah bebas dlm pas boleh menggunakan hadis palsu dalam ceramah2 mereka. rujuk ustaz asri mufti perlis.

    ReplyDelete