Tuesday, November 4, 2008

PEMBANGKANG DI PARLIMEN MALAYSIA:PENGECUT?

04/11/2008 7:23pm

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Semua ahli Parlimen pembangkang hari ini bertindak keluar daripada Dewan Rakyat selepas tidak berpuas hati kerana mereka tidak diberikan ruang untuk penjelasan dan berbahas ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Bajet 2009 bagi Kementerian Kewangan.

Wakil pembangkang mula membuat bantahan apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan menyatakan beliau mahu menghabiskan pembentangan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009 sebelum memberi ruang untuk penjelasan.

Ekoran tindakan ahli Parlimen pembangkang yang seringkali bangun untuk membantah, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan ahli Parlimen agar mematuhi peraturan mesyuarat jika tidak beliau akan meminta mereka meninggalkan Dewan.

Beliau juga menjelaskan, Menteri Kewangan akan memberi ruang kepada ahli Dewan untuk mendapatkan penjelasan selepas membentangkan langkah-langkah tambahan itu dan ahli Parlimen perlu bersabar seketika.

Chua Tian Chang (PKR-Batu) menjadi ahli Parlimen pertama yang diarah berbuat demikian selepas enggan mematuhi arahan Yang Dipertua untuk duduk dan tidak meneruskan bantahan.

Bagaimanapun keadaan itu berterusan sehingga mengganggu penggulungan Menteri Kewangan dan ketika Mohd. Azmin Ali (PKR-Gombak) mengemukakan bantahan, Yang Dipertua sekali lagi mengingatkan ahli Parlimen agar mematuhi peraturan.

Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati dengan teguran itu kemudiannya terus bangun beramai-ramai dan meninggalkan Dewan.- Utusan

Jika inilah sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin2 yang dikatakan ingin mengambil alih tampuk pemerintahan negara, mampukah mereka bertahan dengan tekanan yang lebih hebat? Atau nanti mereka akan lari bertempiaran meninggalkan rakyat terkapai2?

Bacul? Dayus? Kebudak-budakan? Atau apa mereka ni? Inikah yang dikatakan berjuang? Kalau ini gayanya samalah dengan golongan2 munafik pada zaman Rasulullah dahulu yang meninggalkan medan perang hatta sebelum memulakan perjuangan...Dan bukankah mereka ini yang melaungkan kata2 keramat, janji2 manis buat rakyat, kononnya akan menjadi suara rakyat, mempertahankan hak rakyat, dan segalanya untuk rakyat...sehinggakan nama pakatan pun Pakatan Rakyat walaupun yang berpakat hanya pemimpin2 dan kroni2 sahaja???

Wajarkah kita untuk masih percaya bahawa mereka mampu berjuang untuk rakyat sekiranya baru ditegur oleh Yang Dipertua Dewan, sudah muncung tarik muka empat belas keluar dewan...Jawapannya anda sendirilah yang tentukan...samada untuk terus membontoti si bacul itu semua atau kita tegar berdiri bersama pejuang sejati walau dalam keadaan yang begitu menekan...yakin dan terus berusaha...

7 comments:

  1. entahla, saya pun tak berapa nak faham cara pembangkang dan pengikut mereka ni berfikir...memangla kerajaan sekarang tak perfect, tapi mana ada pun kerajaan yang perfect...tapi setidaknya banyak sumbangan dan nikmat yg dah dapat kita kecapi jasa kebijaksanaan pemimpin2 kerajaan...

    pembangkang kalau hebat sangaat mentadbir negara, kenapa tak boleh nak majukan Kelantan tu?

    Penang Selangor dan Perak walaupun sekarang di bawah pembangkang, rakyat mereka mesti ingat yang kemajuan yg ada sekarang hasil titik peluh pemimpin2 barisan nasional.

    Kalau nak ukur samada mereka berjaya atau tidak mentadbir, mesti buktikan sesuatu yang baru dan perubahan yg tak pernah dibuat oleh kerajaan barisan nasional selama ni...

    kalau tak, cakap lebih je lah...cakap tak serupa bikin ni sifat munafik...takkan la orang2 PAS yang islam semelaysia ni nak jadi org munafik tak?

    -UMNO selamanya-

    ReplyDelete
  2. Wakakakak .. pembangkang tak bertanggung jawab atau nko tak mau jawab?

    Nko tak nak bagi ruang .. orang pun Blah laaaa !!!

    Masa Anwar bahas pembentangan bajet 2009 Pak Lah tempoh hari .. .nko pegi mana?

    Dan Anwar benarkah BN mencelah dalam perbahasan ...walaupun BN cuma ada 2 orang wakil je yang datang.

    Wakakakakaka .... Ingat rakyat bodoh ke?

    Semua dah tonton video kat internet ...

    Jangan nak menggelembong, nanti dapat bini kembong.
    ----------------------------

    Ahli Parlimen pakatan keluar dewan, Najib tutup ruang bahas

    KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) - Seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan ketika Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2009 petang tadi.

    Tindakan itu dibuat selepas Najib menutup ruang ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mencelah dalam perbahasan yang telah berlangsung selama sejam.

    Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang beberapa kali bangun bagi meminta ruang berbahas dengan beberapa hujah Najib yang dianggap Anwar sebagai tidak benar tidak diendahkan Najib.

    Anwar mendakwa apa yang dibahaskan Najib adalah 'belanjawan tambahan' dan bukannya penggulungan bagi perbahasan Belanjawan 2009.

    Namun Najib memberitahu dewan bahawa beliau akan menjawab soalan-soalan dari ahli Parlimen selepas selesai menyampaikan ucapannya.

    Sehubungan itu, beliau tidak membenarkan beberapa percubaan oleh ahli Parlimen pembangkang untuk mendapatkan penjelasan.

    Ahli-ahli Parlimen pembangkang juga kecewa kerana perangkaan dalam ucapan Najib itu, berbeza dengan perangkaan dalam bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga menteri kewangan September lalu.

    Malah sampai satu ketika, apabila Anwar meminta Najib membuat keputusan sama ada ruang akan diberikan ketika itu atau selepas menjawab yang akhirnya menyaksikan Najib sekali lagi menutup ruang menyebabkan Anwar bertindak keluar dewan.

    Tindakan itu diikuti seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat termasuk Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa (PAS-Bachok); Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) dan pimpinan pakatan yang lain.

    Sebelum itu, insiden tersebut pada asalnya bermula apabila di awal membentangkan penggulungan, Najib menyatakan beliau tidak akan membuka ruang perbahasan sehingga beliau selesai membacakan cadangan dalam rang undang-undang tersebut.

    Berang dengan tindakan Najib itu, Dato' Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) bangun mempertikai dan meminta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat 'ruling' bagi peraturan mesyuarat 37 (b) bagi membolehkan Najib membuka ruang perbahasan.

    Beberapa orang ahli parlimen termasuk, Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena); Salahuddin Ayob (PAS-Kubang Kerian) ; Azmin Ali (KeADILan-Gombak); Lim Kit Siang; Karpal Singh (DAP-Bukit Jelutong): Gobindh Singh (DAP-Puchong) dan beberapa yang lain yang bangun mempertikai.

    Sebelum bertindak keluar dewan, seorang ahli Dewan, Tian Chua (KeADILan-Batu) diarahkan Speaker untuk keluar dewan berikutan dikatakan tidak mengendahkan arahan Speaker di bawah 42 (1).

    Di luar dewan, Anwar dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat mengadakan sidang media bagi mengecam tindakan Najib yang tidak membuka ruang kepada Pakatan Rakyat untuk berbahas. - mks. _

    ReplyDelete
  3. Apa masalahnye kalau perbahasan semasa atau selepas penggulungan oleh Najib? Peluang tetap diberi oleh Speaker, dan Najib kena jawab semua persoalan yg hendak diutarakan oleh mana2 ahli Parlimen.

    Kalau 'wakil kpd rakyat' ni bertindak keluar dewan, adakah persoalan mereka akan terjawab? Ruang yg diberi selepas penggulungan ditolak dgn keluar dewan beramai2... tindakan berani atau bodoh? Bacul? Pengecut?

    -M6

    ReplyDelete
  4. nak minta penjelasan najib tapi keluar beramai2. budus punya olang. mcmana masalah mau selesai kalo ini macam.

    ReplyDelete
  5. korang pembodek dan pengampu samo yo macam paneh miang nih..dari dulu...duluu asal pembangkang yo akan dicari jalan oleh si pemerintah untuk menokan lawann ee..alah..sejarah dulu dulu..dah terbukti..pembangkang sentiasa ditekan..baik sesiapo yolah..umno yolah ..yang jahat pun dipandang baik yang memang baik baiklah..haghi tu anwar ulas semuo mp bn kelua..bilo najib bentang..lopeh tuh nak jadi diktator lak dalam dewan..apo lai..semuo keluarlah..jgnlak maghah..umno yg bacul berlindung disebalik mahkamah, kuasa, polis untuk survival nereka..dasar melayu umno pengcut dan penakut....!!!!kok x do polis, x do mahkamah..x do bpr nak backup korang..habihlah...

    ReplyDelete
  6. ek eleh..sojuk..selamo nih kau duduk mano? Gua niah..ko?peghasan ko najib baik? Peghasan ko KJ baik bonar akhlak ee? peghasan ko selamo nih institusi negara kebanyakannya telus? aduh..sojuk bonar badan kau nih..cam nilah..kau berkughung yolah dgn paneh..tido sebanta..haghi2 zikir umno baik..umno baik..umno..baik..pakat buek satu patung sebosar tugu negharo yg kurafat tuh..ghoman eee bueklah cam muko kj ko muko bik mama ko..pkat ajak oghang pilah sombah...gamai-ghamai..itulah tando kecintaanku pado Umno yg paling dalam...hak hak hak..kui kui kui..kah kah kah...

    ReplyDelete