Tuesday, November 4, 2008

Jejak Andalusia - Sejarah Kini Berulang

Setelah membaca dari awal artikel Jejak Andalusia, mungkin anda boleh membayangkan apa yang terdapat di Andalusia semasa pemerintahan Islam, seakan sama dengan apa yang terdapat di Malaysia pada hari ini yang tidak sampai pun seratus tahun usia kemerdekaannya. Namun, terlalu ramai rakyat Malaysia hari ini yang sering mempertikaikan usaha yang telah dilakukan oleh para pemimpin negara dalam percubaan untuk mengembalikan semula maruah Islam yang telah hilang selepas kejatuhan kerajaan Andalusia, Turki dan juga Melaka.

Kejayaan bangsa Eropah memusnahkan kehebatan empayar Islam di Andalusia telah meningkatkan keyakinan diri serta semangat juang mereka. Pada 1492 iaitu bersamaan tahun kejatuhan Andalusia, Melaka masih lagi terkenal sebagai sebuah empayar Islam yang memiliki sistem pentadbiran dan aktiviti perdagangan yang hebat. Kejayaan mengembangkan agama Kristian di Eropah selepas penaklukan Andalusia, telah membangkitkan hasrat bangsa Eropah untuk turut menjajah Melaka. Tidak ramai mengetahui bahawa serangan Portugis ke atas Melaka bukanlah disebabkan oleh keinginan mereka menguasai aktiviti perdagangan seperti yang banyak tertulis dalam buku-buku teks sejarah.

Tujuan sebenar penjajahan Portugis di Melaka adalah disebabkan keinginan untuk memusnahkan empayar Islam dan mengembangkan agama Kristian semata-mata. Menguasai aktiviti perdagangan Melaka hanyalah sebagai bonus bagi mereka semata-mata. Seperti yang pernah dibincangkan dalam artikel sebelum ini, bahawa negara Portugis turut ditawan oleh tentera Islam dalam kempen menakluk Andalusia. Penjajahan Melaka sebenarnya adalah rentetan daripada sifat benci, cemburu serta dendam Portugis terhadap kehebatan empayar Islam Melaka disebabkan pernah dijajah oleh kerajaan Islam Andalusia sebelumnya. Buktinya, sebaik Portugis berjaya menjajah Melaka, mereka telah memusnahkan semua masjid dan khazanah orang-orang Islam di Melaka. Mungkin tidak ramai mengetahui bahawa masjid tertua di Melaka kini hanya dibina pada tahun 1720 dan itupun dibina oleh seorang mualaf. Sedangkan kehebatan empayar Islam di Melaka sudahpun bermula sejak kurun ke-15 dan sudah tentu pada masa itu banyak masjid-masjid yang telah dibina semasa zaman kegemilangan kesultanan Melaka.

Fakta bahawa kota A Famosa yang dibina sepanjang 10 km hanya dalam masa 6 bulan itu adalah dengan menggunakan semua batu-batu masjid, istana, nesan serta rumah orang-orang Islam yang dimusnahkan oleh Portugis. Malahan orang-orang Islam turut dipaksa dan dikerah untuk membina kota tersebut. Jika anda melawat kota A Farmosa hari ini, kami menyarankan agar anda sentuh batu yang terdapat di situ. Mungkin batu yang anda sentuh itu merupakan tempat sujudnya orang-orang Islam dahulu. Mungkin juga tempat yang anda sentuh itu merupakan tempat berdirinya umat Islam Melaka ketika mengerjakan solat. Kota itu menjadi simbol ketidakupayaan umat Islam untuk mempertahankan rumah Allah apabila sudah kehilangan kuasa dan tiada maknanya lagi jika kita bicara tentang perjuangan sekiranya maruah agama pun sukar untuk kita pertahankan. Inilah tujuan sebenar penjajahan Eropah ke atas Melaka, semata-mata kerana hasrat untuk memusnahkan empayar Islam dan penyebaran agama Kristian. Rentetan itu maka banyaklah gereja yang dibina di sekitar kota Melaka yang boleh kita lihat kesannya sehingga ke hari ini.

Perebutan kuasa, sifat tamak, saling berpuak-puak, satu pihak mengaku bahawa mereka lebih Islam berbanding pihak lain, rasuah, penyalahgunaan kuasa, leka dengan kemakmuran dan sebagainya adalah antara punca kejatuhan empayar Islam. Namun saya berani mengatakan punca utama kejatuhan Andalusia dan Melaka adalah disebabkan oleh perpecahan yang wujud dikalangan umat Islam pada zaman itu. Kemusnahan adalah disebabkan terpengaruh dengan hasutan pihak luar yang sememangnya mahu melihat kejatuhan umat Islam. Kerajaan Islam di Andalusia musnah kerana terpengaruh dengan hasutan bangsa Eropah untuk saling menjatuhkan sesama pemimpin; manakala kemusnahan empayar Melaka pula disebabkan sifat dengki khianat sesama sendiri yang juga disebabkan hasutan oleh mereka yang mahu melihat umat Islam terus bersengketa. Akhirnya umat Islam menjadi semakin lemah akibat pertelingkahan sesama sendiri yang menyebabkan pihak luar mengambil kesempatan untuk menawan mereka. Mereka lupa bahawa orang Islam itu bersaudara tanpa mengira siapapun mereka dan menyebabkan semangat yang sepatutnya ada untuk mempertahankan Islam telah lupus dengan sendirinya.

Jika dilihat situasi Malaysia pada hari ini, sebenarnya orang Islam terutamanya bangsa Melayu telah digunakan secara halus oleh orang bukan Islam untuk memecah belahkan mereka. Sama ada orang Islam di Malaysia sedar atau tidak akan perkara yang berlaku disekeliling mereka, ia tidak dapat dipastikan. Buktinya, akhir-akhir ini banyak suara-suara yang mahukan DEB serta AUKU dihapuskan, menghina Melayu dan Islam, menuduh orang Melayu pendatang, mempertikai kontrak sosial dan memperlekehkan perlembagaan serta fitnah secara berleluasa terhadap pemimpin; sedang berlaku dengan hebatnya di Malaysia. Tidak ramai yang sedar bahawa semua tuntutan dan tuduhan itu sebenarnya hanya akan memberi keuntungan kepada orang bukan Islam. Apa yang lebih menyedihkan, ramai orang Islam hanya dipergunakan sebagai alat dan ‘askar’ oleh bangsa lain untuk mencapai matlamat mereka. Apabila sesama Islam sendiri tidak lagi mempercayai, umat Islam berterusan bersengketa sesama sendiri, maka mudahlah kesempatan diambil oleh bangsa lain. Inilah punca sebenar kejatuhan Andalusia dan Melaka akibat perpecahan yang wujud di kalangan umat Islam dan ianya sedang berlaku dengan pesat di Malaysia sendiri.

Sehingga artikel ini ditulis, masih terdapat 27 buah negara Islam di dunia yang masih lagi dikategorikan sebagai miskin yang seakan sama keadaannya seperti zaman Eropah Gelap. Kita sering menyuarakan rasa tidak puas hati kita, sedangkan 344 juta orang saudara kita di negara-negara Islam lain masih lagi hidup dalam kemiskinan. Kita merungut sukar untuk tidur disebabkan keadaan ekonomi, sedangkan saudara kita di Palestin dan Iraq susah untuk tidur disebabkan risau dengan peluru yang tidak pernah memilih mangsanya.

Selepas kejatuhan Iraq, kini hanya tinggal Iran dan Pakistan saja negara Islam yang membangunkan teknologi senjata secara besar-besaran. Tiada lagi negara Islam yang mampu membuat dan mencipta senjata untuk mempertahankan diri. Barat dan Eropah telah menggunakan sepenuhnya ilmu umat Islam Andalusia untuk meningkatkan teknologi pertahanan mereka. Negara-negara Islam termasuk Malaysia sendiri pun masih mengharapkan Eropah untuk membekalkan senjata. Sudah tentu senjata yang dimiliki tidak lebih canggih dari negara yang menjualnya. Sehingga kini negara Islam sering dipermainkan oleh barat disebabkan kelemahan kita dari segi penguasaan ilmu dan teknologi. Barat akan memastikan kita akan terus kekal lemah dengan memastikan umat Islam berpecah belah dan tidak akan membantu sesama sendiri. Serangan ekonomi melalui spekulasi barat hanyalah untuk memastikan negara Islam sentiasa tunduk dan bergantung kepada mereka semata-mata.

Semua sedia maklum bahawa Arab Saudi, Iraq, Pakistan, Jordan dan banyak lagi negara Islam di dunia telah menjadi boneka kepada barat. Ia amat bertentangan dengan Malaysia kerana kita sering dilihat sebagai negara Islam yang sentiasa menolak idea serta tindakan yang diambil oleh barat. Maka, tiada siapa yang boleh menafikan peranan agenda asing ke atas Malaysia kini bagi memastikan kita terus akur kepada kehendak barat. Sebagai antara negara Islam termaju di dunia serta bakal mengulangi ketamadunan yang dicipta oleh empayar Islam terdahulu, sudah pasti Malaysia akan menjadi sasaran utama pihak barat. Maka, terpulanglah kepada umat Islam di Malaysia untuk memastikan kita tidak akan mengulangi sejarah kemusnahan empayar Islam di Andalusia dan juga Melaka. Hanya kesatuan dan ilmu akan dapat mengekalkan ketamadunan Malaysia yang telah sedia dibina. Atau kita masih mahu terus bersengketa hingga mengabaikan pengorbanan generasi terdahulu? Pilihan adalah hak kita. IQRA’!

Post script: Artikel Jejak Andalusia ditulis berdasarkan pengalaman, rujukan buku-buku yang tersenarai di ruangan Favourite Books dalam blog ini, rujukan manuskrip sejarah di arkib London serta majalah berkaitan seperti Readers Digest 1973, Encyclopedia dan banyak lagi. Pembaca digalakkan membuat rujukan sendiri untuk lebih memahami sejarah yang berlaku. Terima kasih atas sokongan anda. TAMATED.

4 comments:

  1. Paneh,

    Kito akan pastikan artikel kau mengenai andalusia ini di bukukan. Kok yang baco tu tak yo ensap dan joghan kito ghobuih buku tu buek minam air eh tak pun buek mandi buang soghau. Atuk bulih tulong hombuih.........

    ReplyDelete
  2. mano si edie takdr komen ke? sbg org melaka kasi komen la artikel paneh ni. ontok bermaksud akur ko?

    ReplyDelete