Monday, November 3, 2008

Pelik tapi benar

Baru-baru ini Jawatankuasa Lembaga Disiplin Umno yang diketuai oleh Tengku Ahmad Rithaudeen telah membuat keputusan untuk sekadar memberikan amaran kepada Ketua Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail yang didapati bersalah melakukan sabotaj sewaktu pilihanraya umum Mac lalu.

Apa yang aku pelik dalam kes ni ialah berbagai bukti telahpun dikemukakan kepada Lembaga Disiplin Umno mengenai kelakuan kohok yang dilakukan oleh Datuk Ishak Ismail untuk mensabotaj calon bagi memastikan Umno kalah, tetapi hukuman yang diterimanya masih lagi melayakkan dia mempertahankan jawatan Ketua Bahagian Seremban.

Buta dan tuli ke Lembaga Disiplin ni sehinggakan kesalahan yang begini serius hanya dikenakan hukuman yang ringan. Bodoh sangat ke hinggakan tak tahu menilai mana kesalahan yang besar. Sabotaj tu boleh la dikirakan sebagai satu tindakan khianat. Pengkhianat ni kalau zaman dulu-dulu hukumannya pancung, tembak dan lain-lain lagi hukuman yang setara dengannya.

Mungkin sebab dah nyanyuk, maka ahli-ahli jawatankuasa disiplin ni membuat keputusan sehinggakan tidak dapat membezakan mana kes yang serius dan ringan. Lu fikirlaa sendiri.

2 comments:

  1. UMNO bawah Pak Lah...apa yang ko expect bro????

    lagikan anak menantu dia dok bersepah tabur duit depan mata dia pun tak der lak suruh suruhanjaya ke ape ke p siasat menantu bodoh kesayangan dia tu...

    apatah lagi dato sahak yang takde jawatan dalam exco negeri ataupun ADUN...

    Aku punya conclusion senang je bro.
    Kalau orang2 macam sahak dan KJ ni masih kekal sebagai pemimpin, maknanya Allah memang nak laknat orang2 Melayu...sebab apabila pemimpin yang rosak akhlak dan tiada maruah diangkat untuk memimpin sesuatu kelompok, itu tandanya memang kita semua di timpakan bala oleh Allah....Na'uzubillah....

    ReplyDelete
  2. Pasukan pemantau yang diwujudkan oleh Lembaga Displin Umno sudah mengenal pasti calon yang menawarkan diri bagi merebut jawatan dalam pemilihan parti Mac depan yang mengamalkan politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

    Pengerusi lembaga itu, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, berkata pihaknya sedang dalam proses menganalisis dan penyiasat secara serius dan terperinci, untuk mengumpulkan segala bahan bukti dan saksi bagi tujuan mengambil tindakan tegas terhadap mereka tanpa mengira sesiapapun.

    “Jika sekiranya mereka yang terlibat ini akhirnya didapati bersalah, mereka akan hilang hak untuk bertanding atau sekiranya menang, kemenangan mereka boleh dibatalkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    ReplyDelete