Sunday, December 14, 2008

Bila Sebut Melayu..Mestilah Islam!

Memetik petikan titah Sultan Selangor, dalam Mingguan Malaysia pada 7 Disember 2008, Sultan Sharafuddin Idris Shah“Ada satu akhbar yang saya baca, saya pelik dengan tajuk rencananya yang menyebut Orang Melayu Islam. Saya tidak faham. Kita tahu ada orang Cina dan India yang beragama Islam tetapi kita kata orang Melayu Islam? Orang Melayu itu sendiri mestilah Islam. Kalau difikirkan, saya naik pening, macam mana ada orang boleh cakap Orang Melayu Islam? Ada ke orang Melayu kafir? Kalau ada yang kafir, itu mungkin satu dua sahaja. Orang Melayu Islam bukan satu definisi untuk orang Melayu kerana semua orang Melayu mesti beragama Islam”.

Maka perlukah lagi disebut Melayu Islam?

3 comments:

  1. Apakah label bangsa yang harus diberikan kepada mereka yang ibu-bapanya Melayu(dan beragama Islam) tetapi mereka pula tidak beragama Islam? Dari salsilah keturunan darah sudah tentu mereka adalah Melayu.Mungkin mereka qualify sebagai Bumiputera, tetapi Bumiputera bukan lah satu bangsa yang diiktiraf dunia.Adakah termaktub didalam mana2 definasi antarabangsa yang menjadikan agama sebagai syarat kepada definasi sesuatu bangsa itu? Mungkin ahli cerdik pandai boleh membantu menjelaskan situasi ini.Maaf jika saya terkasar bahasa.

    ReplyDelete
  2. Itulah bezanya orang Melayu ni saudara Samat. Definisi Melayu kita tidak sama dengan bangsa lain yang mengiktiraf Islam sebagai salah satu kriteria Melayu itu sendiri. Sebab itu ia termaktub dalam perlembagaan. Salah satu cara juga nak kekalkan identiti Melayu itu sendiri Islam. Jika orang Melayu murtad, secara tidak langsung dia tidak mengikut tafsiran Melayu dalam perlembagaan dan hilang hak istimewa Melayu itu sendiri. Bangsa Melayu yang murtad ini masih lagi Melayu, tetapi hak Melayu dia tidak terpakai menurut perlembagaan.

    ReplyDelete
  3. Paneh,
    Pagi-pagi esok putera saya akan dikhatankan. "Masuk jawi," kata mak saya. Kalau tanya orang utara, pasti mereka akan faham maksud masuk jawi. Mualaf pun kena masuk jawi. Malah dulu-dulu orang yang masuk Islam disebut 'masuk Melayu'.

    Ungkapan 'masuk jawi' itu apa maksudnya? Masuk Melayu atau masuk Islam? Rupa-rupanya, sebelum adanya perlembagaan lagi orang Melayu dan orang Islam itu merujuk pada perkara yang sama, dalam konteks negara kita.

    Patutpun baginda rasa hairan dengan istilah Melayu-Islam...

    Sekian.

    "Mamak, kasi teh tarik satu... taruk susu aaa..."

    "Dei... teh tarik memang la taruk susu. Itu pun tarak tau ka?"

    ReplyDelete