Monday, December 15, 2008

MIC si Chicken Little

MIC mahu kerajaan melakukan lebih lagi untuk kaum India, bukan hanya sekadar menarik mereka untuk menyokong Barisan Nasional (BN), tetapi dengan memberikan mereka kedudukan yang sama dari segi ekonomi dengan kaum lain, kata Presidennya Datuk Seri S. Samy Vellu. Walaupun, kerajaan telah mengadakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum itu, beliau berkata masih terdapat tanggapan di kalangan komuniti itu bahawa masih banyak lagi yang perlu dilakukan. - Bernama

Betul ke banyak lagi yang perlu dilakukan untuk komuniti India brader Samey? Tak cukup lagi ke bantuan yang kerajaan berikan selama ni? Bukan ke hampir 18% orang India jadi doktor dan lagi 20% jadi peguam? Individu ke-2 terkaya di Malaysia ni pun orang India. Mereka semua tu tak bantu ke kaum sendiri yang hanya 1.8 juta orang saja di Malaysia ni? Atau mereka masih lagi mementingkan kasta Brahmin dan Paria?

Ke mana perginya saham yang kerajaan luluskan kepada Maika untuk bantu orang India yang miskin sebelum ni? Bukan ke brader Samey telah berpakat dengan Brader Anwar Bin Ibrahim semasa dia jadi Menteri Kewangan dulu untuk menjual sebahagian besar saham Telekom kepada syarikat kroni. Dan semua orang tahu yang brader Samey ni kaki ugut orang. Bila ada perjumpaan dengan penduduk India dan keluar soalan berkenaan Maika, pasti yang bertanya akan diugut oleh kuncu-kuncu brader Samey.

Apa lagi yang kau mahu Samey? Kau pun nak ugut kerajaan macam Kayveas jugak ke? Tapi janganlah kau risau sangat Samey, pasal orang India dalam MIC tersangatlah BACUL. Mereka tak berani nak turunkan kau dari persada kuasa. Kau pasti akan kekal lama sebagai Presiden MIC yang paling korup dalam sejarah. Janganlah risau dengan Indian 'chicken little' dalam MIC tu semua. Kepada anda yang ingin tahu lebih lanjut, boleh rujuk http://pekembar.blogspot.com berkenaan skandal Maika Holdings.

2 comments:

  1. Terlalu sedikit manusia yang boleh BerTerima Kasih dalam dunia ini.

    Belit atas Belit.

    Memutarkan fakta yang semua orang sudah tahu.

    Inilah rentak hidup semua.

    Salam.

    ReplyDelete
  2. Typical, typical. Kalau kerajaan BN layan juga permintaan dia orang ni, memanglah kerajaan BN dah buta mata dan buta hati...

    ReplyDelete