Tuesday, December 23, 2008

Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban Kecoh Lagi..

Update 24 Disember 2008

Kepada perwakilan ke Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban yang bakal berlangsung pada 27 Disember 2008, sila lihat dulu video ni sebelum pergi mesyuarat. Moga dapat dijadikan panduan.

Original Posting

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen semalam mengumumkan beberapa hukuman yang dijatuhkan ke atas ahli UMNO yang melanggar tata etika parti. Antara yang disabitkan kesalahan ialah Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin yang digantung keahlian selama 2 tahun kerana didapati bersalah melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu. Apa yang menarik perhatian saya mengenai kes ini ialah berkenaan DISKRIMINASI yang telah dilakukan oleh Lembaga Disiplin dan Pengurusan UMNO.

Sebelum ini Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail juga turut didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin serta Pengurusan UMNO kerana melakukan sabotaj dalam pilihanraya umum ke-12. Namun beliau amatlah 'bertuah' kerana hanya sekadar diberi amaran tanpa menerima sebarang hukuman. Harus diingat bahawa sabotaj yang dilakukan beliau serta kuncu-kuncunya telah menyebabkan BN kehilangan 5 daripada 6 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Seremban. Hanya satu kerusi sahaja iaitu kawasan DUN Lenggeng yang pernah diwakili oleh Datuk Ishak selama tiga penggal sebelum itu dapat dipertahankan oleh calon BN yang baru dalam PRU-12.

Semua orang Seremban sedia maklum bahawa Ishak Ismail melakukan sabotaj parti disebabkan kekecewaan beliau akibat tidak dicalonkan semula sebagai wakil rakyat di DUN Lenggeng dalam PRU-12. Semua orang Seremban juga maklum bahawa Ishak Ismail sedang berhadapan dengan masalah kewangan sehingga rumah agamnya di Melaka telah dilelong (klik sini). Namun mahkamah hanya akan memutuskan pada bulan Jun 2009 sama ada Ishak Ismail akan diisytiharkan muflis atau sebaliknya. Ahli UMNO Seremban juga sedia maklum berkenaan sabitan kes rasuah yang 'meragukan' berlaku kepada Md Noor Awang apabila beliau berhasrat mencabar Ishak Ismail dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban.

Rayuan Md Noor Awang untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban telah ditolak oleh Najib atas dasar prinsip parti kerana Md Noor Awang telah dituduh rasuah, sedangkan beliau belum dibicarakan atau disabitkan dengan kesalahan tersebut oleh mahkamah. Namun Najib tidak pula menyebut berkenaan prinsip apabila membebaskan Ishak Ismail yang jelas didapati bersalah kerana mensabotaj parti serta masih dalam perbicaraan muflis. Malahan Ishak Ismail turut dibenarkan bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban dan sudah tentu akan memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding.

Pergaduhan dalam mesyuarat UMNO Bahagian Seremban sebelum ini adalah disebabkan rasa tidak puas hati kebanyakan ahli UMNO disebabkan DISKRIMINASI Lembaga Disiplin dan Pengurusan UMNO. Insiden pergaduhan sebelum ini boleh dibaca disini dan disinun. Persoalannya ialah mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah disebabkan Ishak Ismail dahulunya merupakan salah seorang jawatankuasa Pemuda UMNO semasa sayap UMNO itu diketuai oleh Najib? Adakah hubungan persahabatan yang wujud sekian lama antara Ishak dan Najib telah mengaburi pertimbangan Najib dalam membuat keputusan yang adil? Adakah mustahil jika dikatakan Najib turut campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh Tengku Ahmad Rithauddeen dalam kes Ishak Ismail kerana persahabatan mereka? Hubungan Najib dan Ishak bukan lagi rahsia di Seremban kerana Ishak sendiri pernah mengatakan bahawa dia adalah orang Najib.

Jika Najib mengandaikan bahawa sokongan Ketua Bahagian seperti Ishak Ismail dapat membantunya dalam melaksanakan tugas sebagai Presiden UMNO kelak, maka saya menyarankan agar Datuk Najib fikirkan semula. Sebagai individu bebas yang tiada kepentingan dalam mana-mana parti, saya ingin memaklumkan bahawa inilah antara punca mengapa UMNO tidak disukai oleh golongan muda di Seremban. Pemimpin yang jelas bersalah tetapi tetap diagungkan oleh segelintir ahli UMNO yang jumud pasti akan menimbulkan kebencian ramai. Malah rakyat bertambah meluat apabila pemimpin sebegini turut mendapat sokongan pemimpin tertinggi negara.

Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban akan kembali bersidang pada hari Sabtu bersamaan 27 Disember 2008, bertempat di Wisma Theatreatte, Bangunan SUK Seremban. Mungkin ramai yang akan memberi tumpuan kepada mesyuarat kali ini kerana ingin mengetahui sama ada insiden 'baling kerusi' akan berlaku lagi atau tidak. Kemungkinan jumlah bodyguard dikalangan Pekida akan bertambah berbanding dulu serta dewan akan dikunci dengan rantai yang lebih besar bagi mengelakkan insiden lama berulang kembali. Ingatlah bahawa Parlimen Seremban tidak lagi dikuasai oleh BN dan 5 DUN dalam bahagian Seremban kini dikuasai pembangkang. Jangan nanti hanya menang sorak tetapi kampung tergadai. Jika susah sangat nak jalankan mesyuarat bahagian, saya menyarankan agar MT UMNO membuat keputusan menggantung sahaja UMNO Bahagian Seremban serta melantik jawatankuasa penaja sementara menunggu musim pemilihan akan datang. Semua orang puas hati agaknya. Selamat bersidang.

19 comments:

  1. kALAU DIBIARKAN BERTERUSAN, MEMBUNUHPUN MEREKA SANGGUP. BUKAN SAHAJA UMNO, MALAH APA PARTI SEKALIPUN, TERMASUK PAS DAN PKR DAN GERAKAN DAN MIC DAN DAP. SEBABNYA KUASA DAN HARTA TELAH MENJADI BAHAN TERPENTING YANG MENJADI UKURAN. BUKAN LAGI PERJUANGAN MEMERTABATKAN AGAMA DAN BANGSA. MEREKA NI SEHARUSNYA DI TAMPAR DENGAN BUKU LIMA, BUKAN DENGAN TAPAK TANGAN. BIAR ENAM GIGI TUMBANG SERENTAK. TELOPONG BARU TAHU. TAK RETI, RETI.

    ReplyDelete
  2. Kenapa sesama melayu masih nak menunjukkan siapa yang lebih berkuasa, mana peginya adat lama yang muda mesti mesti menghormati yang tua. Siapa yang rugi? Siapa yang akan ketawa? Siapa yang bodoh? Kan lebih baik berdamai,cuba memperbetulkan kesalahan sesama sendiri..
    Dunia hanya sementara...
    Hanya amalan yang baik akan membantu kita kelak..
    Fitnah itu pula besar dosanya..
    kalau betul pun ada yang bersalah biarlah Allah yang menghukumnya..
    kita sbg insan biasa juga ada silap dan salah...
    Mari kita cermin diri kita..sebelum mengata orang..
    Kalau yang muda beralah & bersabar, tak rugi apapun.. Kerana yang tua pasti akan menemui Ilahi.
    Sedarlah wahai kawan....
    Jangan ikutkan perasaan...

    ReplyDelete
  3. "...saya menyarankan agar MT UMNO membuat keputusan menggantung sahaja UMNO Bahagian Seremban serta melantik jawatankuasa Penaja sementara menunggu musim pemilihan akan datang." Akhirnya, PANEH menyatakan juga matlamat propanya selama ini. Sangat telus, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Minta maaf airmata jika anda merasa sedih dengan penulisan ini.

    Kepada TQ itu hanya saranan kerana orang UMNO berpecah belah disebabkan sorg ingin menongkat langit dan sorang lagi akur arahan pemimpin negeri. Lebih baik gantung saja dan carilah org yg lebih baik. Banyak lagi calon, bukan hanya 2 org itu saja ada di Seremban.

    Jika anda terasa dengan saranan saya yang tidak cocok dengan hati dan jiwa serta tidak disenangi oleh pemimpin yang anda sokong, itu terpulang kepada anda. Bukannya saya untung apa2 pun.

    ReplyDelete
  5. entahnya TQ...apa yang cuba hang nak buktikan? Usah la dok nak menegakkan benang yang basah...setidak2 nya si PANEH tu ade gak pendirian dan matlamat yang jelas...Hang apa ada? mengharap kepada pemimpin yang jelas sifat munafiknya...hampeh...belaja la sikit...kalau nak berhujah biarlah pakai fakta...

    ReplyDelete
  6. alahai.. apa lak salah eh mesyuarat. dah MT arah buat balik, buat yolah, tak buat kang.. kut kena pecat plak. lagipun kita bukan eh tak sekolah, tak berakal, terpilih plak lagi tu. kalau masuk majlis, dah tentu la kita tau adap eh.. cuma kekadang ada yang terover tu.. bukan apa, excited lebih, dapat join majlis sampai tak tercontrol diri. harap2 kali ni boleh kawal diri laa, malu la orang kata Melayu tak tau adap. selamat bersidang. tak sabarnya nak mengundi hehehe

    ReplyDelete
  7. takdo sapo eh yang halang ekau poi mengundi ha...cumonyo, den raso orang yang nak di undi tu sangat la bingkai...layak jadi bingkai gantung kat colah2 dinding mano2...kot kalu digantung dikodai2 mamak pun dah kiro baguih la tu...suko bona ekau ni kalau si sahak bankrap tu jadi pemimpin...sudah nyo nanti, habih duit kito di sapu nyo ha...maso tu baru la ko raso tak sabar nak mengundi lai skali pilih orang lain...

    ReplyDelete
  8. MEMANG DISKRIMINASI! KETUA UMNO BHG RANTAU PANJANG SABOTAJ PARTI KENA GANTUNG 3 TAHUN. KETUA UMNO BAHAGIAN POKOK SENA SABOTAJ PARTI KENA GANTUNG 2 TAHUN. kETUA UMNO BAHAGIAN SEREMBAN SABOTAJ PARTI KENA AMARAN SAHAJA!LEMBAGA DISIPLIN UMNO MAIN WAYANG. TAK DE INTEGRITI SEBAGAI BADAN DISIPLIN!PROSES & TINDAKAN DISIPLIN PUN ADA SELEKTIF DAN PILIH KASIH.BESOKDALAM PRU 13 SOK AHLI UMNO BOLEH SABOTAJ PARTI DENGAN SESUKA HATINYA. KENA AMARAN JE! TAPI UNTUK AHLI UMNO BHG SEREMBAN JELAH!UNTUK BHG POKOK SENA DAN RANTAU PANJANG HATI2. TAK KELUAR KEMPEN SEBAB CHIKUGUNYA PUN KENA GANTUNG KEAHLIAN!

    ReplyDelete
  9. wah...ini sangat melampau...apa bagus sangat ke si sahak tu samapai MT UMNO ni bertindak di luar kebiasaan? Apa akan hancur ke UMNO tu kalau digantung si SAHAK tuh? HAHAHAHA....tu lah, korang kat paneh ni suka sangat nak menyokong kerajaan UMNO yang nyata korup tuh...hentikanlah sokongan korang ni...lepas ni kalau si najib tu jadi PM, entah siapa lagi la agaknya yang akan lepas daripada hukuman2...makin berleluasa la korupsi orang Melayu...dan yang lebih penting lagi bak kata anda semua Melayu tu kan ISLAM!!!

    ReplyDelete
  10. wahai padanmuka UMNO

    sekurang2nya owner blog ni brani la jugak tegur pemimpin dia yg buat silap drpd pembangkang yg agungkan sgt pemimpin mrk mcm la pemimpin mrk maksum takde silap langsung. lepas tu penyokong tak tegur lak tu kalo pemimpin dia buat silap. sokong membabi buta. dari situ nampak penyokong pembangkang bukannya tergolong drpd org yg adil. kalo jenis pembangkang mcm tu memerintah negara lagi la hancur negara ni.

    ReplyDelete
  11. bravo usop! sahak dah nak tersungkur, md nor & mustafa dah terperangkap (confirm punya), yang untung sapa? datuk yusof hermainshah @ usop misai "hero of the year" jugak hahaha. pi lantak kuncu md nor kuncu sahak kuncu tapa tu berporang, bodoh bangang!!! selangkah yo lagi tu... usop misai pasti bergelar ketua bahagian. kalah pilihanraya tak bermakna kalah pemilihan bahagian. hayun sop... hayun!!! final touch kasi pedihhh punya kah kah kah

    ReplyDelete
  12. anjang jangan ko lupo dengan pakya. dalam diam main politik tu. pakya samo cam paklah naik sonyap2.

    ReplyDelete
  13. apa hukum eh minum susu dari tetek awek? Haram ko susu tu?

    ReplyDelete
  14. apo ke jadahnya ekao ni cipet???

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum anakku Paneh,

    Kalau mesyuarat kecoh kecoh susah jugak jadinya.

    Ialya nama pun Mesyuarat, sepatutnya dapat sama sama duduk berbincang apa yang patut demi kebaikan semua.

    Kalaulah Ahli Politik dari Parti mana pun tidak dibenarkan dekat dengan business agaknya mesyuarat semua aman damai!!

    Betul kata Bungaraya, kuasa dan harta telah menjadi bahan terpenting dan ukuran mereka, UMNO atau parti apa pun.!!

    ReplyDelete
  16. apa la agaknya strategi org2 sahak sabtu ni. sahak sorg je menang tapi yg bwh bkn org dia mcm mana tu?

    ReplyDelete
  17. dah ko tu pakya...suko sangat mengikut telunjuk si sahak tu ha...padan muko...jadi badut la sampai ke tuo!!!

    ReplyDelete
  18. Paneh Miang

    Biarkan Luncai terjun ngan labu2 nya..aku happy ngan www.tagged/datokzeq senang2 datanglah tengok..

    DatOK ZeQ

    ReplyDelete