Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Tuesday, November 18, 2008

Gambar Insiden Pergaduhan Mesyuarat Umno Bahagian Seremban

Sebelum ni ada yang mengatakan aku buat fitnah bila aku menulis artikel berkenaan insiden yang berlaku dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban baru-baru ni. Sekarang aku sertakan bukti gambar daripada China Press dan Nan Yang Siang Pow. Lu tengok dan lu pikir la sendiri...

Gambar 1: Sham Lombong (bulatan merah) yang kononnya bertindak selaku pengawal keselamatan dikelilingi oleh para perwakilan yang meminta Mohd Fadhil Kamaruddin (bulatan biru) untuk meneruskan pertanyaan beliau kepada wakil pemerhati Majlis Tertinggi, Rahim Tamby Chik.

Gambar 2: Perwakilan melindungi Mohd Fadhil Kamaruddin dari Sham Lombong (tidak kelihatan) bagi memberikan peluang untuk Mohd Fadhil bercakap.

Gambar 3: Anak Sham Lombong, Nizar bin Samsuddin (bulatan merah) dan abangnya Nazri bin Samsuddin (bulatan biru) menyerang salah seorang perwakilan.

Gambar 4: Kelihatan perwakilan Samsor Zainal (bulatan merah) yang diserang oleh Nizar bin Samsuddin.

Gambar 5: Salah seorang perwakilan (bulatan merah) telah ditumbuk curi oleh Nizar iaitu anak kepada Sham Lombong semasa beliau cuba untuk meleraikan pergelutan yang berlaku dan kemudiannya menyaksikan perwakilan tersebut di tarik oleh pengawal keselamatan.

Gambar 6: Anggota polis dan para perwakilan lain menenangkan perwakilan iaitu Abdul Halim Lokman yang telah ditumbuk curi oleh Nizar.

GAMBAR 7: Insiden pergaduhan kedua tercetus selepas hampir 10 minit dari insiden pertama berpunca dari anak Sham Lombong (bulatan hitam) bernama Nazri (bulatan merah) yang mengeluarkan kata-kata kesat seperti "Babi" dan "Pukimak" kepada perwakilan dan seterusnya telah menimbulkan kemarahan kepada para perwakilan.

GAMBAR 8: Yusop Hermainshah, Ketua UMNO Cawangan Sikamat memberikan usul terima kasih kepada Pengerusi Tetap kerana menangguhkan Persidangan UMNO Bahagian Seremban.

GAMBAR 9: Kedudukan 3 orang ahli jawatankuasa (bulatan kuning) yang mendakwa Sdr Mohd Nor bin Awang dan Sdr Shahrul Ehsan bin Othman (dalam kotak biru) telah memberi isyarat kepada perwakilan untuk memulakan kekecohan dan pergaduhan. Ahli jawatankuasa itu adalah Yaakop bin Derja Sujut, Kamaruddin bin Kassim dan Abd Ghani bin Daud. Dakwaan mereka jelas meragukan dan berunsur fitnah kerana berdasarkan kedudukan di pentas, mereka pasti tidak boleh nampak apa-apa sebagaimana dakwaan mereka isyarat telah dibuat oleh Sdr Mohd Nor bin Awang dan Sdr Shahrul Ehsan berdasarkan pandangan mereka yang terhalang oleh ahli jawatankuasa yang duduk di antara mereka.

13 comments:

  1. Caya la geng, ko boleh masuk Edisi Siasat, nanti aku rekomen...heheh

    ReplyDelete
  2. rimas dgn samseng! Mcm ni ke nak ajak golongan muda nak join umno?!! Golongan proffesnl muda takkan berminat nak bersama2 berjuang dlm umno kalau budaya samseng bodoh masih ada!

    ReplyDelete
  3. betul2..kat mesyuarat pemuda pjs dulu pun ada insiden yang hampir bergaduh..yela mana taknya rata-rata perwakilan pemuda yang mesyuarat tu dimonopoli pemuda-pemuda yang gengster kampung 80an-90an dan masa time sekolah dulu jadi jaguh gaduh di sekolah. ini lah nasib umno bila pihak yang berhak tak dapat haknya dan yang tidak layak menjawat apa yang tak layak. tu pasal tak berkembang kalau orang tak berilmu tak diberi peluang memberi ilmu. yang diorang tahu gaduh je..bincang taknak.

    ReplyDelete
  4. ahli kat bawah begaduh

    yang kat atas kenyang

    orang kat bawah makan penumbuk

    orang kat atas yang senang..

    ReplyDelete
  5. Lihatlah kebenaran. untuk penyokong2kuat Dato' Ishak lihatlah betapa rakusnya Dato Ishak nak pertahankan jawatan. Hingga sanggup upah orang jaga lombong yang baru dia rekomenkan pinjaman Tekun untuk pukul perwakilan akar umbi. Sudahlah tak dapek nak bawak jawatan sampai mati do. Beri laluan kepada orang muda. Buatlah peralihan. Dato' Ishak akan dipandang mulia kalau itu berlaku

    ReplyDelete
  6. Apa le UMNO Bahagian Seremban nih! Mana lombong punye orang dia lantik jadi sekuriti. Bila tak tau macamana nak jadi sekuriti tu yang tumbuk perwakilan tu. Yang jadi sekuriti badigol,yg melantik sekuriti pun badigol. kasi malu satu malaya aje. Di bahagian Seremban ni Dato Ishak dan Sham sekuriti ni patut dah terjun lombong!Kasi orang baru naik le.

    ReplyDelete
  7. Aku dah 25 tahun bersama UMNO Bahagian Seremban. Dulu masa mula Sahak memimpin dulu aku ingat dia ni memang berbakat dan berani. kalau berucap dan bercakap orang mesti terpegun dan akur. lama-lama kelamaan tahu jugak aku Sahak ni pakai Puaka.5 ekor semuanya Dia amik Puaka2 ni kat Indonesia.Dia guna Puaka2 ni nak tundukkan orang dan buat orang rasa gerun. Kalau sapa yang selalu dengar dia berucap rasmikan mesyuarat dia selalu guna lafaz " Laqad Jaa akum" maksudnya " Maka datanglah mereka kepada kamu.." Sebenarnya bila dia kata Laqad Jaa akum tu masa tu dia seru Puaka2 dia datang kepada perwakilan untuk mendatangkan gerun dan rasa akur kepada perwakilan. Haritu masa TTJ dia ada cakap lafaz Laqad Jaa Akum tu tapi seolah2 tak menjadi.aku tanya kawan lama yang dulu ikut Sahak sebab apa seru dia kali ni tak jadi? Dia kata Puaka2 Indonesia tak dapat datang sbb Sahak lupa bayar pengeras. Yang datang hanya satu, katanya.Aku tanya, "Puaka dari mana pulak.?" Jawab dia selamba, " PUAKA LOMBONG"!

    Aku tergelak dalam diam.

    ReplyDelete
  8. GAMBAR 9 :- joker yg memberi laporan tentang gambar psl konon nyer gomok (tauke lembu) ngan kambing duduk sopan santun spt x bersalah nih banggang ker hape??? joker nih carik makan la kottt.. Ehem2, 2 gambar la bodoh!!!! Opz! Joker mmg ar bodoh... buat lawak bleh laaa hihi. TENGOK VISUAL KESELURUHAN INSIDEN TERSEBUT MENERUSI VIDEO ARKIB NEGARA, BERNAMA, TV3 & ASFON NS sape sbnr nyer gomok ngan kambing nih la mastermind siottt.. slh sorg G2 kobau namo eh, elok ah 2.. patut ar persidangan umno bahagian seremban da jdk mini serkes Ahakz3 Hmmmmmm pandai Joker buat lawak antarabangsa (lawak-lawak mmg lawak..)hihi

    ReplyDelete
  9. Salam semua,

    Agak sedih melihat kejadian yang berlaku di bahagian Seremban tempoh hari. Sebagai orang luar tapi mengikuti sepenuhnya perkembangan UMNO bahagian Seremban, saya berpendapat, kejadian seperti ini tak seharusnya berlaku. Nampaknya emosi telah menguasai sebilangan perwakilan yang hadir.
    Selama pentadbiran bahagian dibawah Dato Ishak, kita tidak nampak langsung perubahan besar ke arah kebaikan yang berlaku. Politik divide and rule yang diamal oleh Dato Ishak telah memecah belahkan perpaduan ahli di bahagian. Ini ada salah satu penyakit pemimpin UMNO diseluruh negara kerana terlalu ingin mengekalkan jawatan yang disandang. Dari jangkaan saya, dia ingin mengekalkan jawatan untuk menyiapkan dirinya apabila Presiden UMNO yang baru mengambilalih. Malangnya, pemimpin peringkat cawangan sudah kecewa dengan kepimpinan beliau. Ini jelas dan saya berpendapat, usia politiknya sudah sampai di hujung.
    Malangnya, pemimpin yang bakal menganti beliau adalah serupa cara politiknya. Tidak ada langsung rekod perjuangan dalam parti malah lebih teruk lagi, telah tewas di PRU12 dikerusi yang paling selamat di Negeri Sembilan.
    Oleh itu saya ingin memberi pendapat sini, dari kita teruskan pergaduhan kita yangmana ia akan memalukan parti dan bagsa kita sendiri, adalah lebih baik kita mengenalpasti pemimpin baru yang bakal menganti pimpinan di peringkat bahagian. Saya yakin, kita ada ramai pemimpin yang berkaliber dan berwawasan untuk menganti pemimpin yang sedia ada. UMNO perlukan pemimpin yang baik dan bebas dari politik wang dan sebagainya. Tempohnya tidak lama dan saya yakin kepimpinan Dato Ishak sudah retak menanti belah tapi kita harus berhati2 memilih penganti supaya peristiwa lama tidak berulang. Insyaallah, ALLAH swt akan memberikan kita pertunjuk untuk menyelesaikan kemelut ini. Didalam keadaan parti kita yang tidak kuat, haruslah kita mengelakkan pertikaian sebegini.

    Diperhatikan juga Ketua Pemuda yang baru. Jika tidak diawasi, cara politiknya juga tidak ubah seperti Ketua Bahagian yang ada sekarang ini.

    Salam untuk semua.

    'UMNO FOREVER'

    ReplyDelete
  10. apo la yg korang merapek nih? apo? Apo lak motif paneh ni? Kau nak menunjukkan kebangangan dan ketololan oghang umno berebut kuaso ko? Apo pun..tq lah paneh..kau berjaya menyuntik kebencian yg lebih dalam ttg perangai Umno yang cukup bughuk dan hodoh ni..Aku banggo..inilah umno..laparkan kuasa forever..nak berjuang demi melayu konon..Islam dan prinsipnya tergadai..apolah tongong juak2 umno ni..kau ingat umno ni keramat ko? patutlah bangso lain x respek Islam..sobab oghang melayu yang beragama Islam tak patuh pado kehendak agamo..ee sendiri tp lobih pontingkan kuaso, ketuo,perlembagaan..aduh..umno..melayu..masuk kubur bwk kuaso ko doso?

    ReplyDelete
  11. nampak gayanya akan datang sebelum seseorang itu layak menjadi ahli umno, mereka kenalah lulus ujian HIV, dadah dan bebas alkohol

    ReplyDelete
  12. Aku ni bukanlah oghang politik, tapi oghang somban yang kenal sapo pengarah eh.
    Award buat pelakon2 tersebut :
    Pelakon terbaik.. misai toba.. Usop benggali, anak eh yang berjanggut tu, gaphar, halim loyo,
    Pengikut Terbaik... Sham Gongak, nor rabun warna.

    ReplyDelete
  13. den pun tau siapo pengarah yg pakai bomoh ke somban sojak 20tahun lalu sampaikan org yg nyokong dio jadi buto hati dan bebal otak iaitu tok sahack.

    ReplyDelete

Blog Archive