Thursday, January 29, 2009

Huh..berprinsip konon!

1. Sesiapa yang berniat menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat, iaitu melibatkan diri sepenuh masa sebagai seorang ahli politik, maka segala keperluan diri dan keluarganya yang pelbagai itu secara tidak langsung akan dibiayai oleh hasil cukai daripada titik peluh rakyat yang bekerja saban hari.

2. Maka sewajarnya seseorang yang bercita-cita ingin menjadi ahli politik atau pemimpin, wajib memiliki prinsip bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang digalasnya.

3. Seseorang yang berprinsip bermakna segala urusan hidupnya akan berpandukan kepada prinsipnya itu.

4. Apa saja yang tidak selari dengan prinsip hidupnya akan ditolak, tidak kiralah perkara itu nasihat daripada keluarganya sendiri, norma-norma hidup masyarakat, mahupun trend popular yang berada disekelilingnya.

5. Jika seseorang pemimpin itu tidak berprinsip, maka pihak yang akan menanggung kesannya adalah rakyat jelata.

6. Sekiranya pemimpin itu hanya melaungkan prinsip dibibir saja, tetapi segala tindakan terhadap tanggungjawab yang dipikulnya tersasar daripada prinsip yang dikatakan, maka rakyat jelata tetap akan menanggung akibatnya.

7. Rakyat yang tidak sedar akan diperbodohkan manakala rakyat yang sedar akan dapat menangkap tembelang seseorang pemimpin itu.

8. Dikalangan rakyat yang sedar, saban masa mereka akan dapat menangkap sama ada apa yang diutarakan oleh seseorang pemimpin itu adalah benar atau hanyalah momokan semata-mata. Mereka yang mempunyai tahap pengamatan yang tinggi akan mampu untuk membezakan sama ada sesuatu perkara itu bersifat kepentingan peribadi atau memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.

9. Di mana sahaja negara di dunia ini, wujud pemimpin yang hanya mempunyai kepentingan peribadi dan politik semata-mata.

10. Masyarakat yang menganut fahaman feudal secara tidak langsung akan memenuhi kepentingan peribadi seseorang pemimpin. Budaya feudal kebiasaannya akan melahirkan sifat kesetiaan secara membabi buta. Jika putih..maka putihlah. Jika hitam..maka hitamlah.

11. Jika diperhatikan, masyarakat di Malaysia masih lagi tergolong dalam kategori masyarakat berfahaman feudal. Rentetan itu, sukar untuk masyarakat kita hari ini untuk menilai keutamaan serta prinsip seseorang pemimpin tersebut.

12, Budaya feudal tidak menggalakkan pemikiran yang bebas dan kritikal, tetapi sebaliknya ia hanya menerima apa sahaja yang dimomokkan oleh pemimpin tanpa banyak soal.

13. Inilah budaya yang berlaku dalam Umno dan budaya yang diagongkan oleh penyokong setia Brader Anwar Bin Ibrahim serta pengkagum ulama' Pas.

14. Sekurang-kurangnya kini para penyokong Umno dilihat semakin kritikal terhadap pemimpinnya; berbanding pencinta setia Brader Anwar Bin Ibrahim dan Pas yang dilihat masih dalam budaya feudal dengan sifat kesetiaan membabi buta.

15. Kebanyakan perkara yang diucapkan oleh pemimpin PKR dan Pas dipercayai bulat-bulat oleh sebahagian besar penyokong mereka tanpa banyak soal.

16. Lompat parti pula adalah satu contoh jelas untuk mengetahui sama ada seseorang itu mempunyai prinsip dalam perjuangan politik atau sebaliknya.

17. Seseorang yang berprinsip sebelum membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti, akan menilai terlebih dahulu sama ada perjuangan parti yang akan disertainya itu bertentangan atau selari dengan prinsip hidupnya.

18. Sekiranya ideologi parti itu bertentangan dengan prinsipnya, maka tidak ada sebab baginya untuk melibatkan diri berjuang bersama parti tersebut.

19. Jika sedari awal seseorang itu tidak berprinsip, maka penyertaannya sebagai ahli parti mungkin lebih kepada manfaat peribadi yang terselindung dan tidak ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.

20. Hal prinsip bukanlah sesuatu yang boleh dijual beli serta tidak ternilai harganya. Maknanya prinsip bukanlah sesuatu yang mudah untuk dikompromi.

21. Sekiranya nilai prinsip itu boleh diletakkan harga, maka parti yang boleh memberi keuntungan besar kepada kehidupan peribadi pasti akan menjadi pilihan.

22. Maka wajarlah jika dikatakan bahawa seseorang yang meletakkan prinsip pada sesuatu nilai harga adalah mereka yang bersifat munafik.

23. Adakah kerana prinsip maka Anwar masih belum menjadi ahli PKR dan Edie pula menyertai Umno?

24. Maka bolehlah dipersoalkan apakah matlamat sebenar perjuangan mereka? Demi memenuhi kepentingan peribadi atau apa?

12 comments:

  1. ayo ayo...apa prinsip-pinsip ni paneh..namo den pulak yg terbabit..ayo paneh ni..kok umno x nak berubah biarlah deh..dah memang pemimpin umno tolak tuah..nak buek camno..lagi ditogor lagi tinggi ego ee..biarlah..umno karam..den dah ponek sindir, kutuk, pemimpin ee doge!biarlah umno karam..pemimpin ee..pun samo bebal..

    ReplyDelete
  2. lain org crita, lain pulak yg dikomennya. tak payah susah2 paneh. dak edie ni bebal skit susah nak faham apo yg hang cuba sampaikan. lantak pi la labu.

    ReplyDelete
  3. hoi paneh miang
    knapa kau samakan anwar dgn edie bongok ni. jgn samakan pemimpin idola kami dgn org marhain umno yg bodoh mcm edie ni lagi. kalau nak kritik pun kritik jelah. pr tak perlukan sokongan picisan umno mcm korg dan lahanat edie ni utk sokong kami. rakyat bersama kami. hahahaha. tunggulah korang.

    ReplyDelete
  4. Ko baco apo ano 10.20pm ni tulih edie. Samo tak dongan ayat den kek bawah ni..

    14. Sekurang-kurangnya kini para penyokong Umno dilihat semakin kritikal terhadap pemimpinnya; berbanding pencinta setia Brader Anwar Bin Ibrahim dan Pas yang dilihat masih dalam budaya feudal dengan sifat kesetiaan membabi buta.

    15. Kebanyakan perkara yang diucapkan oleh pemimpin PKR dan Pas dipercayai bulat-bulat oleh sebahagian besar penyokong mereka tanpa banyak soal.

    Masih tak paham yor laie?

    ReplyDelete
  5. Pas adalah parti yg akan bertahan lebih lamo.PKR halo tuju ee masih alkalam walkalibut..umno..bakal terlipat didalam sejarah. kedogilan ahli umno mempotahankan perasuah,penzina dan banyak lagi adalah faktor kerapuhan umno. Tiado ruang menogur dan mengkritik secara lobih terbuko menyobabkan umno macam org porut sonak.kediktatoran dalam umno mmg jelas walau dilihat macam sayup.alah buang karan yo umno..la ni..ghamai yg dah kelua barisan dah..biarlah den dilihat bodoh ko..bongok ko..yg ponting den dah maleh nak bersekongkol dgn 'parti keramat orang melayu' ni..penipu..cakap yo lobih..ingat masuk umno yolah bojuang utk org melayu..hampeh..diajar ee kito jadi perasuah lak..sian anak2 den paneh..mano pemimpin yg boto baik2 x boleh poi jauh..sobab x do duit..nak boli orang..sian jugak den nengok ee..duit paneh..duit..ponting dalam umno..ko citer pasal feudal,ketamadunan lah apo lah..jadah ee..buang karan yo paneh..ko sorang apo ko buleh buek? sapo nak dongar..biarlah umno karam..biarlah umno bungkuih..dah itu yg diorg nak..

    ReplyDelete
  6. lain mcm yor nada tu edie? bukan sobolum ni ekau beria2 pertahankan nuar aljuburi ka?

    begitulah lumrah manusia. akan menyalahkan org lain atas kekurangan diri sendiri.

    kalo miskin-salah pemimpin. anak isap dadah-salah pemimpin. tak dapek jadi ketua-salah pemimpin. takdak duit sebab malas usaha-salah pemimpin. maleh belajar pastu tak dapek hidup senang-pun pemimpin gak yg salah.

    jarang melihat faktor diri sendiri sbg punca dan amat mudah menunjukkan jarum kompas pada org lain.

    jika seorang dua dlm Islam itu berbuat salah, adakah bermakna Islam itu buruk semuanya?

    ada beza dengan orang bercakap menggunakan emosi dan ada beza bila bercakap menggunakan ilmu. Iqra!

    ReplyDelete
  7. jgn silap paneh..persepsi ko anwar pemimpin kotor, topulang, den pulak koba anwar layak memimpin m'sia..pandangan memasingkan..cumo pkr tu masih belum digaul sebati yo..harapan totap ado..macam umno lak, bilo dah lamo sngt dah maung,dah basi..alah..umno cumo parti yo..bukan agamo pun..apotahlagi Tuhan..sampai x boleh nak togor salah silap ee..kok pemimpin umno coghodik, jadah ee den nak kelua barisan..sobab pemimpin ee dah kebangangan tulah den maleh..den sapo nak pertahankan umno?den oghang kocik yo samo macam paneh..kito bukaklah kitab usuluddin ko,makrifatullah ko..hampeh yo..islam dlm umno bukan panduan, tapi perlambangan..lantaklah..Tuhan dah turunkan balo kek umno..jawablah..darjat parti dan ketuhanan pemimpin umno tu lobih utamokan? paneh yg buek salah dalam umno tu bukan soghang duo tapi dah bersepah..bukak mato paneh..umno cumo parti kok diorang x nak umno tu baik..lantaklah..baik bungkus yo..

    ReplyDelete
  8. kata-kata mamat edie ni tak lebih dari kata org kecewa. kesian. takde prinsip. nampak si edie ni baru kenal b.a.b.i. amik tau politik mesia lepas b.a.b.i. kena pecat. generasi youtube la ni.

    "umno cumo parti yo..bukan agamo pun"

    alim pas yg anggap undi pas dpt pahala dan masyuk syurga tu solah menyamakan parti dan agama boleh pulak gitu?

    pas juga meletakkan agama sbg perlambangan seperti agama itu hanya janggut, jubah dan sarban. begitu?

    inilah masalahnya intipati agama itu tidak diperdalami.

    -lobai den-

    ReplyDelete
  9. lupo lak nak tulih tadi,

    jadi salesmen tak dapek buek sales - pemimpin jugak salah.

    org tak nak calonkan bertanding jawatan dlm cawangan - pemimpin gak yg salah.

    diri sendiri yg maleh dan bebal - pemimpin gak yg salah.

    sedara mara sendiri tak pakai tudung - pemimpin salah la woi.

    sedara mara tak solat - ahh..tetap pemimpin yg salah.

    begitu ka edie?

    ReplyDelete
  10. memang den kecewo..den ngaku den kecewo dgn umno haghi ni..lobih topat pemimpin umno..kok tuan ghaso tuan lobih kona anwar dr bini ee sdri tak tau le..tuan lobih kona musuh umno dr peribadi pemimpin umno sndri.Yolah..kok bau longkang pun najib dan khir toyo pun totap yo dianggap bau bodak amoi jual top up kek pilah tu..yo tak..kok bau tungkik pun rahim tamby chik totap yo bau minyak atar..yo tak..

    ReplyDelete
  11. osah teraso edie ni paneh. heheh.. bau bodak amoi mano kek pilah tu? leh bgtau kodai kek mano. bleh den poie usha.

    ReplyDelete
  12. kepada incik edie

    boleh tak jika incik berdebat dgn kami dgn debat secara ilmiah. kebanyakan hujah2 yg sering saya lihat saudara utarakan balik2 pemimpin itu salah, pemimpin ini salah. itu rasuah, ini rasuah. saudara harus ingat bahawa hujahan seumpama itu adalah persepsi dan hampir kepada fitnah kerana ia tiada bukti jelas.

    bila kami bicara soal prinsip, maka lebih baik incik edie juga berdebat berkenaan prinsip etc. pro n kons misalnya. bila kami bicara ttg creative destruction, incik edie juga bicaralah dgn hal yg sama. baru boleh jadi perdebatan ilmiah.

    ini kami cerita hal lain, incik edie cerita lain. dan balik2 ulang hujah pemimpin yg sama. jgn tunjukkan incik edie kurang ilmu sgt dan jgn terikut dgn gelagat golongan remaja berhujah. nanti incik pun nampak sama spt mereka. tiada kualiti.

    dan pd pendapat saya, jika beginilah caranya incik edie berhujah iaitu berdasarkan komen2 yg pernah incik edie buat dlm blog ini - maka sy beranggapan kerana itulah org umno kawasan incik edie tdk dpt menerima apa yg incik edie perkatakan. mempengaruhi orang perlukan kebijaksanaan akal, bukannya dgn buat fitnah, kutuk-mengutuk dan sindir menyindir sana sini. itu menunjukkan incik edie bukanlah org yg bijaksana. sebab tu keciwa.

    disebabkan incik edie keciwa, maka saya ada sajak utk incik edie.

    Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
    kerana masa depan belum tentu
    menjanjikan syurga
    bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

    Perjuangan kita belum selesai
    kerana hanya yang cekal dan tabah
    dapat membina mercu tanda
    bangsanya yang berjaya

    kalo rajin bacalah semuanya sajak itu di sidebar blog ini dan hayatilah ia.

    ReplyDelete