Thursday, January 29, 2009

Pemimpin MIC yang bebal

Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh Samy Vellu bahawa MIC bukan sahaja sanggup membela kedua-dua menteri yang bertindak di luar batasan undang-undang dalam hal pencerobohan bilik mayat, jelas menunjukkan bahawa si Samy ni tidak langsung menghormati undang-undang malahan cuba bertindak sebagai hero bagi kepentingan politiknya.

Bagi aku terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan orang-orang Melayu sendiri di sini.

1-UMNO selaku tonggak Barisan Nasional seolah-olah tidak mampu menangani kerenah parti-parti komponen yang lain dan keadaan ini sungguh jauh berbeza di bawah kepimpinan Tun Mahathir.

2-Kenyataan Samy Vellu seolah-olah mencabar kepimpinan UMNO yang menunjangi kerajaan secara tidak langsung mencabar orang Melayu tidak kira dari parti mana sekalipun.

3-Tidak ada keikhlasan lagi daripada pemimpin di kalangan parti-parti komponen terutamanya MIC, PPP dan Gerakan.

4-Sepatutnya sebagai parti komponen BN,MIC harus menunjukkan contoh bagi mempertahankan kedaulatan undang-undang bukannya melanggar undang-undang.

Perlukah wujud satu parti yang betul-betul memperjuangkan hak Melayu berdasarkan perlembagaan seandainya Umno tidak mampu untuk mengambil tanggungjawab tersebut? Lu fikirlah sendiri...

11 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Tak perlulah lagi satu Parti Orang Melayu. Cukuplah kekecohan yang berlaku sekarang.

    Apa yang patut ialah ada seorang Menteri Melayu yang pandai dan boleh bidas balik Samy Velu.

    Mengapa mereka memuja seorang penjenayah? Memang benar cara dia mati mungkin mencurigakan dan ada polih yang patut diambil tindakan TETAPI si mati tetapi Penjenayah!!

    Samy Velu pun terikut ikut Tamil Movie!!

    ReplyDelete
  2. Orang melayu sekarang X yakin dah pada UMNO kerana sikap pemimpin sendiri yang nampaknya kurang membela Melayu. Orang Melayu Tak boleh mengharapkan PKR kerana sejarah telah membuktikan bahawa sudah banyak parti berbilang kaum yang akhirnya pemimpin melayu tersingkir spt parti Gerakan & PPP. Orang melayu tak yakin pada PAS sebab parti itu kluk klik, dulu cakap lain sekarang cakap lain.... So what?... Kita akan terus berkelahi dan bertelingkah sehingga terjadi seperti Pelestin baru tersedar..Oh.. bangsaku..

    ReplyDelete
  3. Saya sangat setuju seperti yang di katakan oleh sdr Sam tu... Kalau tubuh parti baru pun siapa nak terajui.. ia kena seorang heavyweight yang berkarisma tinggi dan mampu untuk menarik rakyat kepada partinya..... Teringat saya pada parti Semangat 46.. oh.... sekiranya ia masih ada lagi... sayang, seribu kali sayang..

    ReplyDelete
  4. MIC tak menang piliharanraya pun dapat jawatan menteri. MCA pun hanya menang dikawasan Melayu.Tapi lagak mereka macam merekalah jaguh.Melayu hanya tersengeh sahaja.

    Tabik pada polis yang bersikap tegas. Jangan bagi muka kat malaon2 ni. Depa dok ingat depa saja yang betui.Apa yang depa buat dok inaya orang lain, tak apa. Bila kena kat batang hidung sendiri, mengamuk sakan.

    ReplyDelete
  5. Betul kata semua,

    Kita kena ada pemimpin Melayu yg selamba je bidas call ling dan apek ni suma bila2 masa. Jgn bagi muka. Pemimpin Melayu yang tegas dan digeruni dah pupus selepas Che Det bersara.

    ReplyDelete
  6. Camno nak bidas orang, kito sendiri lemah.. bergantong ehsan dengan orang lain, so pendam ajer le sampai pecah perut... Itu lah akibah berkelahi sesama sendiri, tiada konfromi asyik dok menyalahkan orang lain.. ya.. tunggulah.... Boleh dak kita lupa sengketa tumpukan pada persamaan dan kepentingan bersama...

    ReplyDelete
  7. Samy Vellu naik tocang? sbb org Umno kan sibuk skg ni, makin hampir bulan 3 makin la sibuk...utk apa?

    ReplyDelete
  8. Haloooooooo ...

    Si anak gajah Mat Nor dah start nangis lum ??? Budak ketuo pemudo apa jadi agak eh ..duduk rumah menyorok tak ..lopeh ni dio lak ni ...Mat Hassan pun takpek nolong dio ..budak bangang jadi ketuo ...tulah pasal eh ....

    ReplyDelete
  9. Jangan dilayan sangat si Samy tu..gila ke dia. penyamun pun dia sokong.
    Syabas pada polis kita..walaupun penjenayah tu mati agak mencurigakan biarlah siasatan menentukannya.

    ReplyDelete
  10. perwakilan dah start aktiviti melobi di n9 skrg ni. tu yg takdo sapo nak sound sami belu. cubo riki di lobi hotel, restoran exclusive dan di kodai2 tersorok akan jumpa la perwakilan umno dok lepak.

    ReplyDelete
  11. Bukan jer pemimpin MIC yang bebal.. Kita melayu juga bebal sebab asyhik bercakap bergegar-gegar tapi kosong.. ashik berkelahi sesama sendiri jer.. hahaha... sampai bila??... Tengok spt kata sb tu.. orang dok bising hal demo pemansuhan pengajaran math & sains dlm bhs English, perarakan mayat Kugen, dan lain2 isu lagi,, mereka yang nak bertanding tu dok kempen dah tak ingat dunia lain...entah lah labuu.. dunia..dunia

    ReplyDelete