Wednesday, February 18, 2009

Demokrasi merupakan darah daging kita

Negeri Sembilan merupakan antara simbol tertua tradisi demokratik di dunia. Rekod rasmi menyatakan bahawa Raja Melewar mula mentadbir pada tahun 1773, tapi ada yang mengatakan 1730. Sekiranya tahun 1773 sekalipun, itu masih lagi tiga tahun sebelum Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat. Tarikh yang tepat tidak penting dalam hal ini kerana kerajaan di Negeri Sembilan merupakan kesinambungan daripada kerajaan Minangkabau yang bermula pada abad ke-14 apabila Adityawarman memulakan dinasti tersebut.

Menjelang abad ke-17, satu sistem pentadbiran yang khusus berjaya dibangunkan. Melalui sistem ini, kuasa dikongsi oleh tiga pemerintah – Raja Alam yang menguruskan pentadbiran semasa, Raja Adat dan Raja Ibadat. “Rajo Tigo Selo” ini memiliki bidang kuasa masing-masing dan boleh bertindak sebagai kuasa memeriksa dan mengimbang antara satu sama lain. Pada waktu tokoh falsafah Perancis Montesquieu baru sahaja mula memperkenalkan Teori Pengasingan Kuasa, masyarakat Minangkabau telahpun mengamalkannya lebih daripada satu kurun. Bersama-sama itu ialah proses desentralisasi kuasa. Pagar Ruyong tidak mengamalkan pemusatan kuasa tetapi ia berfungsi sebagai sebuah persekutuan. Wilayah-wilayahnya menikmati autonomi yang tinggi, sambil mengekalkan amalan-amalan yang dikongsi, dan merujuk ke pentadbiran pusat dalam hal-hal yang besar sahaja.

Pemeliharaan sistem tradisi tersebut memerlukan lebih daripada satu struktur birokrasi perlaksanaan semata-mata. Ia juga menuntut kapasiti intelektual yang tinggi. Nilai-nilai ini telah dipindahkan ke Semenanjung Tanah Melayu ketika suku Minangkabau mula bermastautin di kawasan yang kini dikenali sebagai Negri Sembilan. Di sinilah sistem ini terus dibangunkan walaupun Pagar Ruyong dimusnahkan oleh Perang Padri. Menjelang abad ke-18, kedatangan suku Minangkabau ke selatan Semenanjung menjadi cukup besar sehingga Kesultanan Johor memutuskan untuk menyerahkan kawasan tersebut untuk ditadbir sendiri oleh mereka. Masyarakat Minangkabau sendiri telah meminta pemimpin mereka menjemput seorang Raja daripada Pagar Ruyong. Maka keunikan Negri Sembilan mula terserlah kerana rakyat sendiri yang memilih wakil-wakil yang diamanahkan untuk menjemput seorang Raja untuk mengepalai pentadbiran.

Adat perpatih mengandungi lebih daripada prinsip sosio-politik semata-mata. Salah satu daripada elemen yang paling diketahui ialah pemerkasaan golongan wanita. Tanah dan harta benda diwarisi melalui wanita, dan biasanya suami yang berpindah masuk ke rumah isteri, bukan sebaliknya. Pada 1869, bonda Yam Tuan Antah, Tunku Intan, telah dipilih sebagai Pemangku Raja sementara menunggu anakanda baginda menjadi cukup dewasa. Sistem ini juga melahirkan satu lagi tradisi besar masyarakat Minangkabau, iaitu amalan merantau di kalangan lelaki untuk meneroka peluang dan ilmu pengetahuan. Ada budaya yang menganggap meninggalkan kampung halaman sebagai pengkhianatan atau perbuatan tidak mengenang budi. Tetapi budaya Minangkabau menggalakkannya.

Tentunya bukan Negri Sembilan sahaja yang menyumbang kepada pembentukan falsafah politik Malaysia. Tiga kurun sebelum Raja Melewar, Kesultanan Melaka berada pada puncak kegemilangan, dengan dasar perdagangan bebas yang dijana oleh penerimaan Islam. Tetapi Kesultanan Kedah telah menerima Islam sebelum itu. Trengganu pula mungkin kerajaan pertama yang mewujudkan sistem kodifikasi melalui Batu Bersurat. Malahan, Batu Bersurat Trengganu merupakan bukti terawal konsep kedaulatan undang-undang dalam Bahasa Melayu, dalam mana pemerintah turut tertakluk kepada satu sistem perundangan yang lebih tinggi. Ini merupakan Magna Carta kita yang tersendiri.

Pada 1895, Sultan Abu Bakar dari Johor telah mengisytiharkan sistem perlembagaan moden yang kemudiannya diikuti oleh negeri-negeri lain. Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Besar Negri Sembilan ke-lapan dan Yang di-Pertuan Agong Malaya yang pertama, meneruskan kecenderungan Minangkabau untuk desentralisasi dan juga pemisahan kuasa. Baginda meminta bantuan daripada seorang wakil parti Conservative British dalam House of Lords untuk menghalang Malayan Union yang cuba dipaksa oleh pemerintahan parti Labour di Britain ke atas negara kita kerana Malayan Union terlalu banyak memberi kuasa kepada pemerintah pusat. Selepas Merdeka pula Baginda bersetuju bahawa Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan Perdana Menteri yang dipilih oleh rakyat.

Akhir-akhir ini, terdapat segelintir pihak yang cuba mendakwa bahawa golongan imperialis telah memaksa kita menerima nilai-nilai kemerdekaan dan demokrasi. Mereka menuduh bahawa kuasa luar telah campur tangan untuk mengawal kita, terutama semasa Perang Dingin. Mereka cuba menjustifikasi autoritarianisme yang berselindung disebalik agama atau konsep “nilai-nilai Asia”. Malangnya ada yang terpengaruh dengan idea-idea ini. Sebenarnya, rantau Nusantara telah lama menikmati kekayaan tradisi sosio-politik yang boleh menyaingi era Pencerahan Eropah.

Pengalaman Pagar Ruyong dan Kesultanan Melayu lain harus diwarwarkan kembali kepada rakyat Malaysia hari ini. Pengasingan kuasa, desentralisasi dan rekonsiliasi demokrasi, agama dan budaya boleh dicapai melalui inovasi dan pemerdekaan individu. Kita boleh menyediakan landasan yang baik untuk kebebasan dan kesejahteraan melalui piramid demokrasi, adat dan ibadat. Kesedaran ini perlu dikembalikan terutama di saat kita berhadapan dengan cabaran ekonomi yang meruncing,

--

Oleh Tunku ’Abidin Tuanku Muhriz, Ketua Project to Advance Democratic Institutions (PADI) di Malaysia Think Tank. Versi Bahasa Inggeris tulisan ini telah disiarkan oleh theSun pada 9 January 2009.

10 comments:

  1. Mungkin sdr menulis sistem feudal dimana kata-kata raja adalah hukum negara. Raja adalah pemerintah dan tidak sekali melalui pilihanraya.
    Kini, kita sebenarnya kurang matang dalam sistem demokrasi. Ditambah lagi jika sistem demokrasi tersebut boleh mengikis kekukuhan kuasa bangsa diatas tanah air sendiri.
    Ciri demokrasi mungkin terdapat dalam sistem pemerintahan melayu dulu, namun secara keseluruhannya
    sistem melayu dulu lebih terkenal dengan sistem feudalisma.
    Lagi satu...yang menghancurkan bangsa bukan sistem tersebut, tetapi sifat dan perangai kita yang satu itu yaknia perasaan hasad dengki dan khianat dan longgar norma murni yang ditanam sekian lama dan jiwa bangsa.

    ReplyDelete
  2. Boss,,,,,,sekadar ingin tahu,,,, mana dulu ujud Ghombau atau nogori sombilan????

    ReplyDelete
  3. Auuum !

    Demokrasi tiada dalam islam, yang ada hanya Dinul islam, walaubagaimanapun ia boleh di guna pakai selagi tidak bercanggah dengan Deen islam, apa yang di bimbangkan ialah DEMOKASI

    ReplyDelete
  4. Yang paling penting sekali ialah rakyat dpt hidup dgn aman damai, makmur, bersatupadu, mempunyai perdaban yg tinggi serta sentiasa mengingati ALLAH.

    ReplyDelete
  5. Saudara itu kata orang bangsawan, demokrasi sebenarnya bukan cara kita bangsa melayu dialam nusantara ini. Kalau mengikut catatan sejarah,misa melayu lama, Agama Islam yang dibawa Mohamad SAW jauh lebih awal keberadaannya dari kesultanan melayu. Tiada siapa boleh pertikai kenyataan ini.
    Demokrasi yang dimomokan ini, adalah disebabkan oleh lemahnya bangsa ini bila dijajah hampir beratus-ratus tahun. Menjadilah hukum darurah lah akan sistem pemerintahan itu. Kerana tiada apa pilihan dalan terpaksa.Maka demokrasi dipakai. Yang haq tetap haq, Islam memerintah secara syura - masywarah- bukan kuasa undian. Tetapi kerana keadaan serta iklim suasana politik demokrasi diguna pakai - hanya darurah sahaja. Yang wajibnya tetap sistem syura yang di ajar nabi.
    Jika kita katakan demokrasi darah daging - saudara keliru. Ingatlah wajib kita berniat menwujudkan daulah islamiah berlandaskan hukum Allah SWT terpikul disetiap bahu kaum muslimin.
    Tetapi orang islam ini terus hanyut, kerana hudud pun terus dipertikaikan.
    Turun nya Nabi Isa kerana apa? Tegakkan demokrasi?
    Masih teraba-raba kah kita.

    ReplyDelete
  6. Saudara itu kata orang bangsawan, demokrasi sebenarnya bukan cara kita bangsa melayu dialam nusantara ini. Kalau mengikut catatan sejarah,misa melayu lama, Agama Islam yang dibawa Mohamad SAW jauh lebih awal keberadaannya dari kesultanan melayu. Tiada siapa boleh pertikai kenyataan ini.
    Demokrasi yang dimomokan ini, adalah disebabkan oleh lemahnya bangsa ini bila dijajah hampir beratus-ratus tahun. Menjadilah hukum darurah lah akan sistem pemerintahan itu. Kerana tiada apa pilihan dalan terpaksa.Maka demokrasi dipakai. Yang haq tetap haq, Islam memerintah secara syura - masywarah- bukan kuasa undian. Tetapi kerana keadaan serta iklim suasana politik demokrasi diguna pakai - hanya darurah sahaja. Yang wajibnya tetap sistem syura yang di ajar nabi.
    Jika kita katakan demokrasi darah daging - saudara keliru. Ingatlah wajib kita berniat menwujudkan daulah islamiah berlandaskan hukum Allah SWT terpikul disetiap bahu kaum muslimin.
    Tetapi orang islam ini terus hanyut, kerana hudud pun terus dipertikaikan.
    Turun nya Nabi Isa kerana apa? Tegakkan demokrasi?
    Masih teraba-raba kah kita.

    ReplyDelete
  7. Saudara itu kata orang bangsawan, demokrasi sebenarnya bukan cara kita bangsa melayu dialam nusantara ini. Kalau mengikut catatan sejarah,misa melayu lama, Agama Islam yang dibawa Mohamad SAW jauh lebih awal keberadaannya dari kesultanan melayu. Tiada siapa boleh pertikai kenyataan ini.
    Demokrasi yang dimomokan ini, adalah disebabkan oleh lemahnya bangsa ini bila dijajah hampir beratus-ratus tahun. Menjadilah hukum darurah lah akan sistem pemerintahan itu. Kerana tiada apa pilihan dalan terpaksa.Maka demokrasi dipakai. Yang haq tetap haq, Islam memerintah secara syura - masywarah- bukan kuasa undian. Tetapi kerana keadaan serta iklim suasana politik demokrasi diguna pakai - hanya darurah sahaja. Yang wajibnya tetap sistem syura yang di ajar nabi.
    Jika kita katakan demokrasi darah daging - saudara keliru. Ingatlah wajib kita berniat menwujudkan daulah islamiah berlandaskan hukum Allah SWT terpikul disetiap bahu kaum muslimin.
    Tetapi orang islam ini terus hanyut, kerana hudud pun terus dipertikaikan.
    Turun nya Nabi Isa kerana apa? Tegakkan demokrasi?
    Masih teraba-raba kah kita.

    ReplyDelete
  8. Albakr Alatifi

    Walaupun namamu berbau arab, tapi tak pastilah hang tu arab juga... Begitu juga dengan Syura, ia memang diamalkan di zaman Rasullulah.. Di Malysia sekarang ni amalan demokrasi, tengok parti umno, pkr & pas pun nak naik kena bertanding, sape nak bagi jawatan free... Nak jadi YB pun kena bertanding gak, jadi camno nak pileh pemimpin zaman ni...

    Saidina Ali pernah ditanya, kenapa zaman pemerentahan abu bakar & omar tidak ada huruhara, zaman engkau ada. Jawab Ali zaman mereka aku jadi pengikut tapi zaman aku orang macam kau jadi pengikut, tentu bermasalah besar....

    Demokrasi tidak salah, tapi yang salah demo kasi (wang) itu yang salah dalam pemilehan parti atau YB.. Masih adakah lagi yang berjaya jadi pemimpin dan YB tanpa demo kasi... fikir-fikirkan, bersama

    ReplyDelete
  9. keputusan speaker yang bukan berbangsa melayu pada zambri adalah dlm ertikata lain "pergi mampus la titah sultan"!!!. Babi!! sial!!!!

    ReplyDelete
  10. keling balik ke negeri keling laaa woik

    ReplyDelete