Thursday, February 19, 2009

MUSYAWARAH - SYURA - DEMOKRASI

Pak Sedaro nak nolong kefahaman, ramai bonar anak Melayu baik zaman sekolah atap nipah, ke atap rumbia, atap zink ke atas super canggih, dulu sekolah berangin sepoi-sepoi, kini sekolah berhawa dingin, dulu pakai papan batu sekarang pakai laptop.

Pak Sedaro baco komentar yang namanya macam bunyi arablah, jargon Melayu purba dan memacam lagi. Yang bori pandangan kepada tulisan YM TZATM pasal Demokrasi Darah Daging Kita.

Pak Sedaro nak posan, sobonar apo yang nyusah caro orang Melayu fikir. Sobab, yang komen kepado kisah TZATM ado bentuk mata fikir berlandas Kayu dan Plastik, maksudnya buat pisahan fikrah sekularisme dan non-sekularisme. Pak Sedaro nak peringat semua anak Bangso Melayu dan orang Islam, bahawa YAHUDI yang berikan noktah fikiran sekular dan tidak sekular @ religious kononnya.

Bacalah dalam banyak penulisan kuno dan purba, yang dinukil oleh Pendakwah Ahli Kitab dan Bukan Ahli Kitab, Apalagi Ilmuan Islam Purba dan Masakini, bahawa terma musyawarah-syura ialah gantinama perkataan ARAB. Demo-Krasi ialah terma yang diperkenal dalam penulisan "The Republic" oleh Plato, kesan daripada proses penjajahan ilmu dan minda selama ribuan tahun.

Cubo lah umat yang baco, tulisan TZATM melihat dalam istilah ilmu kesufian soal demokrasi. Perjanjian Hudaibiyah, Perjanjian Madinah dan Perjanjian Pasca Perang Salib Ke-3 setelah Cardova dimiliki semula oleh Islam, hasil kerja tangan As-Syahid Salehuddin Al-Ayubi dan Panglima-panglima Islam lainnya. In-sight perihal demokrasi disunting secara tersirat.

Orang yang dalam ilmu sahaja, tak komen merepet macam komentar-komentar lain. Ingat, bahawa Ilmu Islam ini MAHA LUAS dan MAHA DALAM nak diteroka yang tercapai dek tangan, tak terjojak dek kaki, nak mengadah tak terdongak dek kopalo, nak potik tak tertungkek dek kaki.

Pak Sedaro, fikir orang yang baru konal Semenanjung Tanah Melayu ajo, yang suko bising tak nentu arah dalam soal, Musyarawah-Syura-Demokrasi-Institusi Raja/Sultan dan Hak-Peribumi/Bangsa Melayu. Nak konal bangso Melayu, kaji tontang Semenanjung Emas, kaji tontang usul Kerajaan Melayu Purba, kaji tontang usul Kerajaan Raja Firaun, kaji tontang usul Kerajaan Melayu Champa, Kerajaan Melayu Majapahit dan Kerajaan Melayu Acheh. Baru naik setakuk, kaji tontang Kerajaan Melayu Kesultanan Melaka, Empayar Islam Melayu Timur, Empayar Nusantara yang dijarah oleh Penjajahan Portugis dan Belanda serta Espanyol. Kaji bagaimana tanah Negara Magandang Umaga yang pada mulanya diperintah dan diurus oleh Kerajaan Islam hampir ratusan tahun, terus terkubur dan hari ini cuma 3%-5% sahaja Islam. Dulunya 100 bertutur dalam dialek Melayu, kini negara ketiga di dunia yang bertutur secara 100% dalam bahasa Inggeris.

Nilai semula kedudukan Melayu dalam gelanggang sebenar di peringkat Nasional, rantau Asia dan Antarabangsa.

Umat Melayu dan Islam di Tanah Melayu, hari ini jangan sibuk

1. Kera di Hutan disusukan, Anak di rumah Mati Kelaparan
2. Mengharap hujan di langit, air di tempayan dicurahkan
3. Dikejar tak dapat, di kendong berciciran
4. Mengejar kelibat di sebalik gunung, Mencari rebung di sebalik rabung
5. Menang Sorak, Kampung Tergadai

Pak Sedaro harap TZATM jiko mulo menulih dalam paneh ini atau dah mulo nengok paneh, teruskan korjo dakwah dan perjuangan ini.

Orang Melayu dah kurang nak berjuang untuk Agama, Bangsa dan Tanahair.

Orang Melayu zaman ini, lobih berjuang untuk PERUT, TOKAK DAN TALAK.

Pak Sedaro BERDOA, moga ALLAH cucuri rahmat kepado semuo Pejuang Bangsa Melayu dan Pejuang Islam yang bersatu membina Malaysia ini, moga ado PEWARIS dan PENERUS pejuang-pejuang mulio ini, zaman ini. Amin. Mohon ALLAH berkati Umat Islam semuanya.

3 comments:

  1. KALAU MACAM INI PUNYA PENERANGAN YANG PANJANG LEBAR, TAK YO PAHAM2 LAEE..
    TAK DAPEK DEN NAK TOLONG EEE DO.

    MEMANG LAH KAU ORANG DARI SPESIS BANGANG.

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah kepada semua Pejuang Bangsa yang telah lama ke Rahmahtullah. Semoga ruh ruh mereka sentiasa dicucuri Rahmat Allah swt yang berkekalan.

    Salam.

    ReplyDelete
  3. Artikel ini banyak yang tersurat dan yang tersirat...Tahniah!

    ReplyDelete