Tuesday, February 24, 2009

"Kalau nak projek, kau jolok la sikit"

1. "Awat kau tak ulas isu heli, submarine dan Sukhoi", kata salah seorang commentator blog ini.

2. Jujurnya kami tidak pasti berkenaan fakta atau setakat mana kebenaran tuduhan pemimpin dan penyokong pembangkang terhadap isu ini.

3. Lagipun kami tidak berniat untuk bersubahat menyebarkan perkara yang berada di luar pengetahuan kami.

4. Namun kami ingin berkongsi kisah dengan pembaca blog ini berkenaan perkara yang berlaku di TLDM Lumut, Silver.

5. Jika anda berkunjung ke Lumut, mungkin anda pernah menyaksikan banyaknya rumah agam serba mewah yang terdapat di situ. Setakat kereta Ferarri dan Porsche di atas jalanraya, sudah menjadi pemandangan biasa sebagaimana yang boleh kita lihat di Kuala Lumpur. Kami difahamkan kebanyakan rumah mewah ini dimiliki oleh perunding dan kontraktor Melayu.

6. Sejuk hati melihat kejayaan bangsa sendiri.

7. Para perunding serta kontraktor ini kebanyakannya terdiri daripada mereka yang berpengalaman berpuluh tahun bekerja dengan syarikat kapal dagang dan kini menjalankan perniagaan atau urusniaga yang melibatkan TLDM.

8. Ada dikalangan mereka yang menawarkan khidmat membaiki dan ada juga yang memberikan perkhidmatan supply spare part untuk kegunaan kapal-kapal TLDM.

9. Kami turut difahamkan bahawa TLDM juga sering menggunakan khidmat perunding dan kontraktor ini untuk menggantikan barang/spare part yang rosak terutamanya yang berkaitan dengan enjin kapal.

10. Kos asal barang/spare part kapal kebanyakannya tidaklah terlalu mahal.

11. Namun ada di kalangan kontraktor ini yang terpaksa merantau hingga ke Singapura untuk mencari spare part yang dikehendaki atau mendapatkan barangan melalui pesanan di internet daripada pembekal luar negara.

12. Apabila TLDM mengumumkan pembukaan sesuatu tender atau kontrak, maka bermulalah aktiviti melobi antara perunding atau kontraktor dengan pegawai-pegawai TLDM.

13. Di peringkat inilah sebenarnya harga spare part yang dibekal serta ditawarkan menjadi berlipat kali ganda.

14. Jika kos spare part itu asalnya bernilai RM2 ribu, harganya boleh meningkat sehingga 10 ke 20 kali ganda semasa aktiviti melobi dan tawar menawar.

15. Kami dimaklumkan kononnya aktiviti melobi dan tawar menawar ini terpaksa dilakukan kerana ramai orang yang perlu 'disuap' untuk mendapatkan sesebuah kontrak@tender tersebut.

16. Sungguhpun begitu, seseorang kontraktor itu masih mampu untuk memperolehi keuntungan sehingga 3-4 kali ganda daripada harga kos barangan.

17. Pegawai yang dipertanggung jawabkan untuk mengeluar dan meluluskan tender pula kebiasaannya diganti atau ditukarkan ke jabatan lain oleh Pegawai Pemerintah TLDM dalam tempoh setiap 2 tahun. Mungkin tindakan itu dilakukan untuk mengelakkan mereka daripada kantoi atau di"kantoi"kan.

18. Kami juga dimaklumkan bahawa hakikatnya kebanyakan engineer TLDM tidaklah begitu memahami bidang tugas mereka sendiri. Majoriti mereka terdiri daripada pegawai-pegawai muda lulusan kejuruteraan yang diserap masuk ke TLDM tanpa sebarang pengalaman. Jadi, bukan sekadar harga spare part sahaja yang mereka tidak tahu; malahan untuk proses pemasangan dan membaiki kerosakan enjin juga adakalanya TLDM terpaksa menggunakan khidmat perunding luar yang terdiri daripada para kontraktor.

19. Maka tidak hairanlah jika Bajet untuk keperluan pertahanan negara yang dibentangkan di Dewan Rakyat sentiasa meningkat setiap tahun.

20. Bagi kami, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.

21. Kos sebenar alat ganti kapal tidak seharusnya terlalu tinggi kerana ia melibatkan pengaliran wang yang banyak.

22. Tambahan pula wang lebihan tersebut sepatutnya BOLEH digunakan untuk menambah dan memperhebatkan lagi sistem pertahanan dan keselamatan negara. Mungkin kita akan lebih BERKEMAMPUAN untuk memiliki lebih banyak helikopter, submarin dan Sukhoi sekiranya para pegawai TLDM lebih bertangungjawab dan memahami secara mendalam bidang tugas masing-masing.

23. Kami sedia maklum bahawa perkara sebegini bukan sahaja berlaku di TLDM, malah turut terjadi di hampir ke semua agensi serta jabatan kerajaan, terutamanya yang berurusan secara langsung dengan orang awam.

24. Kelemahan dan 'kebengapan' pegawai kerajaan yang mempunyai etika kerja yang buruk secara tidak langsung turut akan menjejaskan nama baik parti yang memerintah.

25. Rakyat pula hanya akan menuding jari kepada parti pemerintah tanpa mengambil kira faktor atau punca berlakunya aktiviti sedemikian.

26. Maka di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada individu atau syarikat yang berurusniaga dengan agensi serta jabatan kerajaan di luar sana - "Berpada-padalah jikalau hendak makan duit rakyat".

27. Dan kepada pekerja-pekerja kerajaan terutamanya yang melibatkan kepentingan awam, ingatlah kembali slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" dan bersamalah menghayati "Penerapan Nilai-Nilai Islam".

16 comments:

  1. ayo bro..kau ni dah makin 'paneh' dek isu2 yg menokan umno.sayang bona kau kek umno yo tak..'kalau nak projek..suruh jolok' budaya umnolah tu..sana jolok sini jolok..kawan aku habis 40 ribu bertanding ketua pemuda bahagian...kalah jugak..hmm..umno kesayangan lu..

    ReplyDelete
  2. Apa yg saudara paneh utarakan itu memang berlaku di mana2 agensi kerajaan atau syarikat2 GLC. Saudara Edie tidak boleh menyalahkan UMNO. Kita jgn jadikan kebencian kpd seseorang atau organisasi mengongkong pemikiran kita kerana hasilnya keputusan itu atau pandangan kita akkirnya akan tersasar dari kebenaran.

    Penyelewangan atau salahguna kuasa adalah sifat tamak haloba individu tidak kira dari parti mana tidak terkecuali juga kepada Pakatan Rakyat.

    Rasuah dlm UMNO (bukan politik wang tapi rasuah sebenarnya) adalah perlakuan ahli (bukan parti) adalah kerana sifat mahukan kuasa tanpa batas sempadan. Ini juga akan berlaku kpd Pakatan Rakyat jika telah lama berkuasa.

    ReplyDelete
  3. rasuah dah jadi perkara biasa. Nanti kita boleh lihat di akhirat berbondong bondong orang terjun neraka sebab rasuah.

    zaman sekarang senjata semuanya kena beli/import. kalau nak elak rasuah kita perang cara tradisional lah.

    Kita pakai keris, lembing. kita tengok berapa banyak kontraktor yang nak tender suply keris hahaha.

    ReplyDelete
  4. Sekitar awal 90an, ketika itu saya memegang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian, saya telah berjumpa seorang pemimpin untuk meminta sokongan bagi mendapatkan satu projek dikawasan saya. Projek Labour Supply kepada satu syarikat perkapalan yang memerlukan tenaga kerja. Kebetulan pemimpin tersebut merupakan Pengarah Eksekutif dalam Syarikat tersebut. Tahu apa jawapnya semasa menurunkan tandatangan sokongan. Jika nak dapat projek, kau joloklah sikit.
    Sememangnya tepat telahan sdr. memang terdapat dikalangan pemimpin yang menasihatkan saya spt itu. Sekarang pemimpin tersebut telah terjun ke PAS dan merupakan salah seorang permimpin utama PAS Pusat. Dulu ia adalah pemimpin dalam UMNO dan kawan semasa di menuntut di UKM. Boleh teka?

    ReplyDelete
  5. dah insaflah tu..bro..kalau jiwa dia jiwa material tentu dia bertunggu bertangga dlm umno..susah nak insaf dalam umno ni..payah..godaan kencang sih..lagi lak kalau kita berjawatan..lagi la..dalam umno ni iman retorik je..mengarut cerita bab takutkan Allah..takutkan pemimpin...sebenarnya.aku gi masjid pakai kopiah putih pun ada kutu kata aku Pas..gila..aku org Islam tu sebab datang masjid..janji tutup aurat..gilalah puak umno minda paras buku lali ni...

    ReplyDelete
  6. edie~

    kalau lu x suke org ckp lu PAS sbb pakai kopiah putih~
    mesti ramai yg x suke dikatakan UMNO sbb mengulas isu rasuah~

    look at the bright side~
    we people should change our own mentality and life style~

    ronti an yo la melago-lago an org~ berdoso~

    moga kita sama2 dirhmatiNya~~

    ReplyDelete
  7. Ramai pengamal dan penerima rasuah tidak menganggotai mana2 parti politik. Bukannya orang UMNO, PAS atau PKR sahaja.

    Jadi kurang tepatlah apabila membincangkan rasuah hanya dari sudut parti politik.

    Jangan taksub sangat brother....be open minded.

    ReplyDelete
  8. kawan ko habis 40ribu bertanding ketua pemuda bahagian ka edie?

    apo bodoh sgt kawan kau tu? kau tak nasihatkan dia ke? apa t/jwb ko sbg seorang Islam masa tu? ke kau senyap bermakna kau juga merestui rasuah dan bersubahat.

    inilah masalah org yg dah buta dan busuk hati. org disekeliling pun tak dapat nak jaga, sibuk nak hantam org lain.

    org yang macam edie dan kawan dia nilah yang membusukkan umno sebenarnya. HAMPAS!

    aku setuju dengan samat. budaya rasuah ini kbykn bukan dilakukan oleh org berparti. dan jika sesiapa menuduh umno bermakna tuduhlah anwar yg bawa budaya kotor ni dlm umno. tak caya tanya allahyarham ghaffar baba. dia faham semasaknya siapa yg bawa budaya wang dlm umno. bodoh la siapa pengikut nuar sodomi ni.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum anakku Paneh,

    Seruan yang ikhlas.

    Projek begini amat besar dan bukan semua syarikat yang boleh mengendalikannya kalau pun mendapat tawaran. Tak cukup resources, jadi selalunya syarikat yang sama dan berpengalaman yang mendapat projek itu.

    Kita berharap yang terbaik buat Negara kita.

    ReplyDelete
  10. Salam tuan,
    Edie, lu punya kawan tanding ketua pemuda bahagian habis RM40 ribu? Muhahahahahaha... banyaknya guna duit nak rasuah perwakilan.. Nape tak nak report ke SPRM? Takut lu pun kantol juga ke????
    Ingat " Allah melaknat orang yang memberi rasuah, menerima rasuah dan menjadi perantaraan antara mereka". Agak2 ko tang mana, Edie...???

    ReplyDelete
  11. Salam tuan rumah,

    Mohon laluan menjawab perihal rasuah kawan Edie. RM40K masih sikit.

    Tersebutlah alkisah seorang hamba Allah kalau tak silap sebelah utara rasanya. Ini dah beberapa tahun berlaku. Dua kali beliau cuba bertanding jawatan Ketua Bahagian UMNO. Bagi meringkaskan cerita, kedua-dua kali itu dia habiskan sejumlah lebih RM10Juta tapi akhirnya kantoi. Modal lesap, jawatan melepas. Kesian.

    Terkini pula, Dr Khir Toyo sehingga kini telah membelanjakan melebihi berpuluh juta RM untuk berusaha sedaya-upaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Mac 2009 nanti. Cuma bukti kukuh saja yang tidak ada, kalau saya mempunyai bukti kukuh sudah semestinya saya akan tampil ke hadapan membuat dakwaan. Oleh yang demikian demi membersihkan imej UMNO maka pemimpin seperti Dr Khir Toyo haruslah kita hinjak dulu jangan beri laluan kepada beliau dalam politik UMNO kerana hanya mencemar imej baik parti sahaja.

    Seruan saya, kepada sesiapa ahli pemuda yang ada menerima habuan daripada Dr Khir Toyo tampillah ke depan membuat laporan jika masih sayangkan parti UMNO. Ini adalah pemimpin kudis di dalam UMNO. Hebat macam mana pun kalau dah ke tahap ini rasuahnya, kita tak mahu. Tampil beramai-ramai membuat laporan dan dakwaan demi masa depan parti dan orang-orang Melayu.

    ReplyDelete
  12. pengalaman aku sendiri, pegawai kerajaan, penyokong kuat PR, nak brader barbie (nuor) jadi PM tp rasuah mcm darah daging. Kwn2 sekolah pun habis kena sakau! Makan kasar pulak tu! Butoh la!

    ReplyDelete
  13. Edie kek ateh ni poyo nak mampus la...blah la lu!!!!

    Da kalau PR tu tak materialistik, tak yah la rakus nak jajah negeri2 yang kaya yang kekayaan tu disebabkan hasil titik peluh orang2 UMNO...pegi la jajah perlis ka...negeri sembilan ka...kecoh nak merasa kekayaan PERAK, PENANG, SELANGOR pehal lak...

    pigi masuk lubang kubor la lu!!!buek malu yo...

    ReplyDelete
  14. rasuah dan umno umpama nyawa dan badan yang tidak boleh dipisahkan....parti mangkuk hayun!

    ReplyDelete
  15. kemana tumpahnya kuah kalau tk ke nasi..bapak borek anak rintiklaa..perbetul yg di atas dulu kalau nk nasihat ikan2 bilis ni..kalu ketam nak ajar anaknya jalan betul bagaimana ya?...

    ReplyDelete
  16. dah lama dah baru nak sedar...tnggu tukar kerajaan yg lbh sensitif dan cekap sbb ilmu masyuk nie dh berzaman belaku tak ada kesudahan..perbualan tajuk yg sama di ats dh pn kerap berlaku samapi muak nk dgr

    ReplyDelete