Wednesday, February 25, 2009

"Kami akan pastikan Najib TIDAK menjadi PM selepas Paklah"

1. Ayat di atas adalah kata-kata yang keluar dari mulut Mustafa Kamil Ayub iaitu Naib Presiden PKR semasa berceramah di Dataran Jemapoh, Kuala Pilah malam tadi.

2. Ape ke hay nye yop? Hang nak jadi Tuhan pulak ka boleh tentukan takdir orang lain?

3. Masih lagi dengan dendam yang tak berkesudahan?

4. Awat takut sangat Najib naik jadi Perdana Menteri ni?

5. Takut Anwar tak dak can lagi ka?

6. Musykil dah den ni. Pembangkang buat kalut tak sudah-sudah.

7. Dah la cara berceramah Mustafa Kamil ni saling tak tumpah macam Brader Anwar Bin Ibrahim.

8. Hebat sungguh Brader Anwar Bin Ibrahim. Ramai pengikutnya sudah terikut gaya dan intonasinya berhujah. Nampak sangat pelapis PKR ni tiada kualiti dan identiti tersendiri.

9. Namun yang jelas ialah kaedah pengkaderan Anwar dalam UMNO dahulu sudah dibawa pula ke dalam PKR.

10. Malang sungguh kalau dapat pemimpin pelapis macam dalam PKR ni. Seolah mereka semua mendewakan Anwar umpama tuhan. Macam Pas yang mendewakan Pok Nik.

11. Wajib tahu membezakan antara pewaris nabi dan pewaris politik.

12. Ezam pun sama juga terpengaruh dengan gaya berpidato Brader Anwar Bin Ibrahim. Jadi, apa uniknya Ezam?

13. Kenapa den rajin pergi ceramah pembangkang?

14. Sebab seronok tengok mereka mengapikan orang; dan yang paling best - boleh ketawa berdekah-dekah. Cuma malam tadi takde gerai sup. Kempunan den.

15. Lagipun den nak nengok dengan mato sendiri untuk pastikan - betui ka macam pembangkang selalu dok kata yang semua rakyat sokong depa atau depa cuma SS (syok sendiri).

16. Tapi yang den dok perati, kehadiran sama macam sebelum ni dalam lingkungan 300 ke 400 orang. Bila pengerusi majlis laungkan Allahuakhbar...hanya 2/3 kerat saja yang menyahut.

17. Bila penceramah tanya "Betul tak?"..masih dalam situasi yang sama iaitu hanya penyokong tegar pembangkang saja yang menyahut.

18. Sekarang den dah jadi 2 kali musykil.

19. Betui ka semua rakyat sokong depa?

20. Ada yang boleh jawab?

8 comments:

  1. Auuum!
    Kalau tidak Najib siapa lagi yang ada Pak

    ReplyDelete
  2. EDEN PUN ADO KEK PESTA CERAMAH MAKI HAMUN TU...
    EDEN INGAT NAK JUMPO TUKARTIUB,TAPI TAK DAPEK2.
    APASAL ORANG PR NI JADI MACAM TUH??
    MACAM TAK INGAT DUNIO YO...

    EDEN PUN BORING,SOBAB SUP OTAI TU TAK DATANG LAK..MELOPEH SEMANGKUK.HEHEHE...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Ini semua gara-gara politik ANWAR yg teringin sgt nak jadi PM. Posting saya esok mengenai politik anwar dan mimpi menterinya.

    ReplyDelete
  4. Salam, tak takut ka kena gam nanti bro...anyway caya la bro!

    ReplyDelete
  5. Kalau Nuar Jadi PM ,,, yg berkokok di nogori sombilan ada lah Apandi Johan,,, tentu paneh miang kawan baik pada Apandi Johan kan ???

    ReplyDelete
  6. bang.xde yg len kat BN layak kut selain Datuk Najib ituh. ngeh.

    ReplyDelete
  7. Apo yang pakcik sokong, Pakcik sokong kapal layor. Apa pakcik dapek juang UMNO. Pakcik dapek bendero BN warno biuu tu buek basahan mandi dan lap peloh bajak kobau sawah. Pakcik tak taulai, PM nak mari dah dapek kapal selam, PM nak poe dapek Kapal layor 30 juto. Mantan PM kenyang Perwaja, kalau tak caya tanya Eric Chia. Pakcik tak cayo Utusan yg cakap dan TV3 1/4, terus berlalu poe nyanyi, bersatu kita bersatu....Kisian pakcik kapal layor tu.

    ReplyDelete
  8. takda orang lain ka dari najib yg banyak skandel tu. Malu aku nak ngaku ahli UMNO. cari la haprak lain ka, ali rustam ka yg ngaji tingkatan 5 aja masuk u pun umuq 38. atau ambik KJ lulusan oxford, boleh terus dia report kemajuan malaysia kat Temasek Holding. Hidup Yumno Tradisi membela rakyat.

    ReplyDelete