Sunday, March 22, 2009

Anaconda: Sarawak vs Brazil

"Ular ini dikaitkan dengan Mitos masyarakat Iban mengenai anaconda dari alam halimunan yang dikenali sebagai 'Nabau' yang turut mengisi kisah banjir besar di Sarawak pada 12 Januari lalu. Seorang warga emas dari daerah Song, Kapit memberitahu, mengikut kepercayaan masyarakat Iban, Nabau dianggap sebagai anaconda misteri.

Berdasarkan cerita orang tua-tua, Nabau hadir dengan misteri yang tersendiri. Apabila munculnya Nabau, ia seolah-olah membawa petanda akan berlaku sesuatu kejadian besar. Masyarakat Iban dahulukala mempercayai sekiranya Nabau muncul secara merentangi sungai, maka banjir besar akan berlaku. Mungkin juga banjir besar yang berlaku di Sarawak baru-baru ini berpunca daripada kehadiran Nabau tersebut.

Secara ringkasnya, Nabau digambarkan sebagai anaconda berkepala seperti naga dengan tujuh lubang hidung. Nabau juga dipercayai mempunyai kesaktian tersendiri iaitu mampu menjelma dalam pelbagai bentuk untuk menyembunyikan identitinya yang dikatakan sebesar kayu balak dan panjangnya dipercayai melebihi 30 meter."

p/s: Baru den tau ado anaconda rupo eh kek Sarawak nun. Buek ponek yor kerajaan Negori 9 amik anaconda sampai kek Brazil semato-mato nak bolo kek Ulu Bendul. Baik upah yor orang tangkap anaconda kek Sarawak. Nilah yang dikatokan tak perasan hujan omeh di negori sendiri sobab dok leko skodeng negori orang.

8 comments:

  1. Mak oii, besar dan panjangnya.....maksud saya ular tu!

    ReplyDelete
  2. Kalau maso den sorvis kat cmmando lagi, den jumpo ular bosa macam nie, sodap buat bar be Q, berbaris budak commando nunggu nak dapat bahagia masing, ...yang las tg erhhh mesti dapat kat den.....

    ReplyDelete
  3. Jago kat semenanjung ado ulor yg paling beso dah lotup org laei.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Apa agaknya makanan Ular sebesar ini??

    Kuasa Allah swt mencipta APA APA yang dia kehendaki. Jangan terserempak dengan Ular besar macam ini kalau kita ke sungai sudah, nahas.

    ReplyDelete
  5. Ese dgr ado ular yg t'lopeh kt ulu bondul tu... boto ko???

    ReplyDelete
  6. Ulor kat semenanjung ni laki bini, bahayo.

    ReplyDelete
  7. mana posting baru??!! kami dah tak sabar nak baca posting baru dari warga paneh miang!!!

    ReplyDelete
  8. Agak-agak ular ni pandai belit juga kah?

    ReplyDelete