Saturday, March 21, 2009

NIK AZIZ SINGKIRKAN HADI DARI KEPIMPINAN ULAMA'...MASYA-ALLAH!!!


Nampaknya kemelut politik tempatan tidak ada penghujungnya. Ini termasuklah kemelut politik dalam Parti Islam Semalaysia. Hmmm...sesama ulama' pun boleh gaduh ke? Ini mesti ulama' celup.

Apapun, yang ingin saya bicarakan di sini ialah tentang kenyataan terbaru To'Guru Nik Aziz. Dengan penuh keyakinan tok guru kita ni menegaskan bahawa beliau ialah satu-satunya nakhoda dalam PAS. Dan Hadi Awang telah bertindak diluar batasan kerana cuba menjatuhkan kedudukannya sebagai nakhoda. Hai tok, kata PAS guna kaedah musyawarah. Buat apa nak kecoh2 berebut kuasa pulak? Lagikan Kapten Jack Sparrow pun boleh kongsi kuasa nakhoda dengan Kapten Barbossa...Pemimpin yang mencontohi kepimpinan ulama' takkan nak berebut kuasa pulak? Kalau macam tu lebih teruk daripada lanun la...Mungkinkah nanti Hadi Awang terpaksa berundur kerana usaha murninya untuk menyatukan bangsa segama?

Sebenarnya Tok, dah lama pun orang PAS tak menganggap tok sebagai nakhoda. Di Kelantan tu atas kertas jer Tok jadi MB, tapi yang kemudi kapal Husam Musa. (Khabarnya Tok, Husam Musa ni pun kencang jugak ambil duit bawah meja). Kenapa tak kecoh pun? Sebab dia tak buat kenyataan nak bergabung dengan UMNO ke? Apa salahnya kalau PAS dan UMNO bergabung? Apa bezanya PAS dan UMNO? Ideologi? Rasanya UMNO dan PAS sama ideologi, menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Kenapa Tok yang disanjung hebat kononnya ulama' agung masa kini lebih sanggup bersekongkol dengan Kafir Harbi berbanding kelompok seagama dan sebangsa?

Sewajarnya pengikut2 PAS menyambut baik cadangan Hadi Awang. Kerana masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat kian kabur. Untuk berdiri sendiri, PAS tidak mungkin akan dapat menerajui tampuk pemerintahan negara...itu hakikat yang perlu Tok terima. Sesungguhnya kebenaran itu pahit. Dan sudah masanya orang2 PAS menolak ego ke tepi. Lagipun anda semua begitu bangga mendakwa anda pengikut sejati Islam, dan orang Islam tidak meletakkan ego lebih atas daripada kepentingan agama dan bangsa.

p/s:Mungkinkah ini tanda2 awal PAS akan mengulangi sejarah hitam kepimpinan Ulama' terdahulu dan akhirnya menyebabkan perpecahan semakin teruk di kalangan umat Islam di Malaysia?

22 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Saya ingat lagi dulu Pemimpin PAS mengata Tun Dr. M dah tua pun tak resign resign jugak..pada satu ceremah pun ada Ustaz dari parti PAS mengatakan pada jemaah "Bilalah situa tu nak berhenti.."

    Mungkin kita fikir orang lain saja tua, kita tidak. Sekarang Tidak pulak mereka bising bila agaknya Tok Guru mereka nak resign..?

    ReplyDelete
  2. Pantet Miang mula lah nak reka cipta tajuk sensasi kunun itu kunun ini. Jangan Pantet Miang walau pun kau cari makan. kerja penulis upahan untuk tujuan memfitnah, maaf lah aku cakap, makan duit haram. Tapi motif yg aku tau , kau cuma nak lari dari cerita parti UMNO rasuah.

    ReplyDelete
  3. sebenarnya kena kaji dari awal. TG Haji Hadi tidak berbincang dengan TG Nik Aziz untuk bersama UMNO.

    kalau bincang dan kemudian umum ... tak menjadi masalah. mungkin ada nasihat yang diberi. tapi selalunya TG haji haji tak discuss pun dengan TG Nik Aziz. tu masalahnya.

    ini bukan pertama kali berlaku, tapi dah banyak kali.

    TG nik Aziz kali ini memberitahu ... datang jumpa dia.

    ReplyDelete
  4. tajuk tu tak betul tu.
    TGNA tak buat kenyataan pun.
    sekurang kurangnya, buat lah tanda '?' ..
    kalau tak ada dah kira fitnah tu.

    ReplyDelete
  5. sALAM,
    Apa yang Hj Hadi umumkan adalah pendapat peribadi. Sudah tentu dia akan bawa bincang dalam muktamar tertentu, soalnya kenapa Nik Aziz cepat sangat melatah? Mungkin dia dah tua dan tak releven lagi untuk politik masa depan. Bilalah orang tua ni nak berhenti? tak kemana kelantan dibawah dia. Husam mungkin calon sesuai!

    ReplyDelete
  6. mata melihat kemelut persengketaan antara TGNA dan TGHH adalah kerana persepsi masing masing di dalam politik tanah air.

    tindakan TGHH untuk bersama dengan umno adalah satu tindakan terdesak untuk bersekongkol dengan Abdullah Badawi mencengkam penggantian beliau dengan Najib. Kaedah ini di lakukan oleh Anwar juga. Makanya, boleh di buat kesimpulan bahawa peristiwa lama tidak di gunakan oleh TGHH sebagai pengajaran malah dia berdepan dengan risiko tentangan dari umno pada waktu keadaan yang selesa kelak.

    PAS pernah di gunakan untuk tujuan itu dan TGHH akan berhadapan dengan situasi yang sama pada masa akan datang.

    Manakala TGNA, tidak bimbang dengan kemungkinan Najib menjadi PM kerana dia tidak mempunyai sebarang cita cita untuk menjadi orang penting negara. Tu sebab dia larang. manakala dia sudah cukup berpengalaman ketika bekerjasama dengan UMNO dulu.

    Dengan umno ni, sekali tipu, sampai bila pun tipu. Tak der istilah UMNO berubah kerana umno tidak mempunyai ciri ciri mahukan perubahan. USAHA TGHH memberikan satu harapan kepada penyokong PRO PAK LAH. Tapi bukan kepada PRO najib. Kepada PAS yang satu pihak lagi mungkin akan kecewa kerna sekali lagi PAS terpaksa tunduk dengan permainan politik kem Pak Lah.

    Usaha melepaskan batuk di tangga ini akan berakhir dengan kekecewaan untuk PAS. Sudah cukup. Tapi masalah yang boleh di lihat dari semua keadaan ini adalah tiadanya persepakatan antara TGHH dan TGNA. Kekerapan berlaku adalah TGHH cuba membuat keputusan sendiri. Beliau tidak sedar bahawa TGNA penyokongnya seantero malaya, tapi TGHH mungkin cuma di Terengganu.

    Jadi TGHH kalau terus dengan kaedah ganas tanpa memikir kan orang lain, padah kepada PAS.

    Walau bagaimana pun, isu ini akan berakhir selepas Najib jadi PM. Selepas itu, kita tengok kan perkembangan itu nanti.

    - selampit -

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Nik Azizlah mengetuai perpecahan sesama islam. Pengikut Pas semakin krg ajar, bila balik dri mendengar ceramah politik/bagi mereka ceramah agama trhdp Umno/BN.

    Umno yg dikatakan oleh Nik Aziz sebuah parti yg zalim dan tdk berlandaskan islam TDK PN memecahkan islam dinegarai ini sebaliknya kerana Umnolah Islam di negara ini dijaga dgn baik,prinsip2 islam diamalkan dlm jabatan kerajaan,perutukkan2 keugamaan,menggalakn mubaligh2 bagi memepastikan islam berada ditahap yg terbaik. Sebaliknya parti pas menentang dasar2 islam Umno kerana politik. Apakah sebenarnya islam yg dibawa oleh Pas? hanya pd slogan semata2...

    Dgn kuasa Allah SWT Umno juga ada masalah tersendiri spt juga parti2 lain yg ada di negara ini, Umno tetap utuh dan kuat. Melalaui Umno Islam diperkembangkan, kalau kita mengharapkan. Pas sebenarnya tdk memainkan peranan memperkuatkan islam dinegara ini sebaliknya memecahbelahkan sesama islam.

    Dulu Nik Aziz mcm2 kata kpd Tun...skrg apa sdh jadi? dh nyayok pn masih gila kuasa, Allah Maha kuasa....kini sampai masanya Allah beri pembalasan kpd org suka mengata org seperti NIk AZiz.Apa yg beliau kata dulu kpd pemimpin Umno kini sdh Allah tunjukkan satu persatu kerpincangannya sdri tanpa ia sdri. Berckp berbelit2....mempertahankan suatu perkara yg sdh jelas salah/eli, ari ni ckp lain esok lain, melatah entah apa2....suka buruksangka seolah golongan mereka yg terbaik dijadikan oleh Allah SWT, pemimpin yg beremosi bila berckp dgn wartawan ego dan sombong dan mcm2 mmg pn Nik Aziz tak cukup ilmu tetapi diangkat menjadi MB sb itulah terjadinya sikap sedemilkian.

    Asalamualaiukm dan salam perjuangan...
    Pakmie.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Nik Azizlah mengetuai perpecahan sesama islam. Pengikut Pas semakin krg ajar, bila balik dri mendengar ceramah politik/bagi mereka ceramah agama trhdp Umno/BN.

    Umno yg dikatakan oleh Nik Aziz sebuah parti yg zalim dan tdk berlandaskan islam TDK PN memecahkan islam dinegarai ini sebaliknya kerana Umnolah Islam di negara ini dijaga dgn baik,prinsip2 islam diamalkan dlm jabatan kerajaan,perutukkan2 keugamaan,menggalakn mubaligh2 bagi memepastikan islam berada ditahap yg terbaik. Sebaliknya parti pas menentang dasar2 islam Umno kerana politik. Apakah sebenarnya islam yg dibawa oleh Pas? hanya pd slogan semata2...

    Dgn kuasa Allah SWT Umno juga ada masalah tersendiri spt juga parti2 lain yg ada di negara ini, Umno tetap utuh dan kuat. Melalaui Umno Islam diperkembangkan, kalau kita mengharapkan. Pas sebenarnya tdk memainkan peranan memperkuatkan islam dinegara ini sebaliknya memecahbelahkan sesama islam.

    Dulu Nik Aziz mcm2 kata kpd Tun...skrg apa sdh jadi? dh nyayok pn masih gila kuasa, Allah Maha kuasa....kini sampai masanya Allah beri pembalasan kpd org suka mengata org seperti NIk AZiz.Apa yg beliau kata dulu kpd pemimpin Umno kini sdh Allah tunjukkan satu persatu kerpincangannya sdri tanpa ia sdri. Berckp berbelit2....mempertahankan suatu perkara yg sdh jelas salah/eli, ari ni ckp lain esok lain, melatah entah apa2....suka buruksangka seolah golongan mereka yg terbaik dijadikan oleh Allah SWT, pemimpin yg beremosi bila berckp dgn wartawan ego dan sombong dan mcm2 mmg pn Nik Aziz tak cukup ilmu tetapi diangkat menjadi MB sb itulah terjadinya sikap sedemilkian.

    Asalamualaiukm dan salam perjuangan...
    Pakmie.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. i'm vote for pas, always nik aziz and haji hadi to remove out BN from Malaysia

    ReplyDelete
  10. Kesian tgk muka PakMie poyo habis

    ReplyDelete
  11. ano 9:22, ko pehal lak...kalau tak baca surat khabar pun tak payah la citer ngan orang...nampak sangat sengal nya otak ko ni

    ano 9:27, pada aku tajuk ni bukan fitnah...tak tahu la plak kalau penulis memang nak fitnah PAS...sebabnya org PAS kan kata hadi tu ulama', so kalau nik aziz dah menolak hadi secara terangan, itu namanya dia menolak kepimpinan hadi sebagai ulama;...tak gitu panh miang?

    ReplyDelete
  12. anon 3.35,
    nko ni paneh miang ke?
    kah kah kah !

    ReplyDelete
  13. Eh bohong le nik aziz perlekehkan hj. hadi. Mana ada ? saya tengok tv malam tu nik aziz tak cakap apa-apapun pasal hj. hadi. dia cakap dia ikut aje cakap hj. hadi sebab hj. hadi presiden, menang tanpa bertanding dia sapa. bukan bertanding pun, hanya dilantik saja bubuh jawatan nak bagi pada nik aziz.

    Samalah macam kes najib. Hari tu keluar tv, nampak najib berdua-duaan dengan altuntunya. bukan fitnah. real, satu dunia tengok.

    ReplyDelete
  14. pendirian pas simple saja iaitu kalau berpihak pada dia, semua betul. kalau dulu tak betul, sekarang dah betul.

    banyak apa yang pas kata pada umno, kena balik pada hidung sendiri. tu yang puak pas melenting.

    kepada anon (March 21, 2009 10:30 am), hang ni anti ppsmi juga ka? basic english pun tak tau ka? haprak betul. cakap biarlah realistik, jangan berfantasi.

    ReplyDelete
  15. Mursyidul am PAS menyifatkan dirinya sebagai nakhoda kapal parti itu dan mengingatkan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar berbincang dengannya sebelum membuat keputusan isu penubuhan kerajaan campuran.

    Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak mahu terdapat ramai nakhoda dalam satu kapal yang mengeluarkan arahan berbeza sehingga boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli parti dan menjejaskan kredibiliti PAS, lapor Bernama..

    Kah..kah..kah..woi dulu kata mamak nak merintah sampai mati atas kerusi...kah..kah...woi ingat la badan pon dah bau kain kapan...kubur dah kata mari..masih tak sedar lagi kerr...kah..kah..tamak..fikir diri saja yang pandai org lain semua bodoh...kah..kah..kah..jual agama untuk poket sendiri....

    ReplyDelete
  16. Aik, Mursyid AmPas nakhoda PAS ke? Cmtu kalau ditakdirkan PAS memerintah Malaysia satu hari nanti sape yang jadi Perdana Menteri? Mursyi AmPas ke atau Presiden Pas?
    Belum berkuasa pun dah kelirukan orang.....

    ReplyDelete
  17. Oooo... mgkn Presiden dapat gelaran Perdana Menteri Tuan Guru bla..bla.. dan Mursyid AmPas dapat gelaran Presiden Mahaguru bla.. bla...
    Kelakar lak rasanye...

    ReplyDelete
  18. Najib for President and PM of Malaysia..biarlah PAS bergasak sama sendiri..UMNO bertambah kuat, Insya Allah

    ReplyDelete
  19. Buat penyokong UMNO, kamu bersihkan dulu parti kamu..dah buat salah tapi tak salah..apani bro?..orang kat bawah-bawahni dah meluat sangat-sangat!!

    ReplyDelete
  20. Umpuno dasar parti haram pengikut pula haram jadah

    ReplyDelete
  21. PAS dah mula ketakutan dengan tindakan sendiri.

    BUKIT GANTANG : Satu laporan polis mengenai risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di sekitar Parlimen Bukit Gantang telah dibuat oleh ADUN Titi Serong telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering sekitar jam 5.15 petang tadi.

    http://alhusseyn51.blogspot.com/2009/03/umno-mula-main-kotor-di-bukit-gantang.html

    Pandailah PAS nak tuding jari pada UMNO. Perkara ni memang dah dijangka. Ada eloknya kalau PAS buat laporan polis juga pada blogger2 berikut:

    http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html

    (Blogger PAS Fitnah Sultan Perak murtad)

    Pemimpin PKR arahkan pengikut masuk ke blog Sultan Perak untuk bagi komen pada Sultan, akhirnya semua penyokong PR menghina dan memaki Sultan

    http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2009/02/06/sampaikan-mesej-anda-kepada-sultan-perak/
    (Fuziah Salleh arahkan penyokong serang blog Sultan Perak)

    Blogger Hindraf yang dipuja PAS ni duduk hina Sultan Perak cakap Sultan anjing tak nak ke PAS buat laporan polis?

    http://arifomar.blogspot.com/2009/02/blogger-hindraf-dakwa-sultan-perak.html
    (dah delete sebab kecut telur)

    Samalah macam PAS yang bila dah terperangkap cakap UMNO yang buat. Padahal kat dalam blog & TKO bersepah yang kutuk & maki Sultan & Mufti. Pergi je dalam TKO dan blog PAS..bersepah yang maki hamun...

    PAS dah mula ketakutan...

    Ini bukti Pakatan Rakyat mmg kurang ajar terhadap Sultan & Mufti.

    http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2723
    (baca artikel & komen keji penyokong PR)

    http://tranungkite.net/v8/modules.php?name=News&file=article&sid=2176
    (baca sekali semua komen makian penyokong PR)

    Dah terlalu banyak PR ni membuat kacau bilau..tapi tak mengaku dia yang buat. Semua nak dituduh pada UMNO.

    Bukti dah jelas yg PAS mmg celaka! Hebahkan kepada semua agar kita tak lagi tertipu dgn manusia yang menggunakan agama Islam demi kepentingan politik. Bukti dah menunjukkan siapa yang benar.

    ReplyDelete
  22. nik aziz n haji awang dah x layak pimpin pas...membuat org islam jadi ganaz and jumud....baik saharuddin mat isa tu yg nakhoda pas...duniawi n akhrat same2 seimbang....

    ReplyDelete