Friday, March 6, 2009

Anwar Kembali menyertai UMNO

1. Itulah harapan dan impian Brader Anwar Bin Ibrahim sebenarnya.

2. Den yakin bahawa Anwar tetap beranggapan bahawa Umno masih relevan sebagai wadah perjuangan orang-orang Melayu serta parti yang selayaknya menerajui Malaysia.

3. Namun disebabkan cita-citanya untuk berkuasa terhalang, maka dia cuba untuk memporak perandakan negara semata-mata untuk melampiaskan rasa tidak puas hatinya itu.

4. Anwar kini berusaha menyerang Najib, sebagaimana dia yang pernah diserang semasa menduduki jawatan No. 2 dalam kerajaan dahulu.

5. Brader Anwar Bin Ibrahim cuba menggunakan strategi yang sama untuk mempamerkan keburukan Najib kepada rakyat agar rakyat menolak Najib untuk menjadi Perdana Menteri.

6. Tidakkah kita terfikir sekiranya Najib benar-benar bersalah di atas semua tuduhan pembangkang, sudah tentu ahli Umno yang bermusuh serta tidak menyukai Najib akan turut berusaha menghalang Najib menjadi Perdana Menteri? Umno mempunyai hampir 4 juta orang ahli. Adalah mustahil jika dikatakan semuanya di bawah pengaruh Najib atau semuanya menyokong Najib?

7. Kenapakah Ku Li dan Che Det tidak pernah menyentuh berkenaan Altantuya? Sekiranya tuduhan pembangkang itu benar belaka, maka sudah tentu Ku Li atau Che Det TIDAK AKAN MEMBIARKAN negara ini jatuh ke tangan insan bernama Najib? Jika dikatakan Che Det sukakan Najib sekalipun, sekurang-kurangnya Ku Li pasti bertindak kerana beliau masih menyimpan hasrat untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa mereka tidak melakukan apa-apa untuk menghalang Najib?

8. Sudah tentu akan ada saksi yang sanggup bersemuka dengan Paklah untuk mengadu mengenai jenayah yang dilakukan timbalannya itu, sebagaimana saksi-saksi yang pernah berjumpa Che Det untuk mengadu berkenaan salah laku Anwar pada tahun 1998. Lagipun umum mengetahui bahawa Paklah lebih mudah dipengaruhi dan sering flip flop berbanding Che Det yang terkenal tegas dan sukar menerima pendapat orang lain. Maka pastilah musuh-musuh Najib di dalam Umno akan mengambil kesempatan untuk mempengaruhi Paklah supaya memecat Najib andai benar beliau bersalah di atas semua tuduhan pembangkang.

9. Sekiranya Anwar dahulu yang terkenal hebat dan ramai pengikut pun tetap berjaya dijatuhkan oleh musuhnya, maka sudah tentu Najib yang dikatakan lemah ini lebih mudah lagi untuk disingkirkan daripada parti dan kerajaan.

10. Jika dahulu polis, BPR, imigresen, hospital, mahkamah dan segala macam jentera kerajaan masih TIDAK MENGIKUT TELUNJUK Anwar walaupun ketika itu beliau berjawatan TPM, jadi bagaimana pula dikatakan Najib selaku orang No. 2 kerajaan kini mampu menguasai ke semua jentera kerajaan?

11. Sama ada Najib kini benar-benar tidak bersalah atas semua tuduhan pembangkang, atau teori konspirasi yang dicanangkan Anwar selama ini hanyalah REKAAN beliau semata-mata. Konspirasi itu dikatakan wujud hanyalah disebabkan Anwar yang tersangat mencemburui Najib.

12. Hakikatnya, Anwar sememangnya bersalah pada ketika itu dan rentetan itulah maka tindakan diambil ke atasnya sehingga beliau tersingkir daripada parti dan kerajaan.

13. Keadaan tidak aman dan kekecohan dalam negara yang berlaku kini adalah sebahagian daripada strategi yang telah dirancang oleh Brader Anwar Bin Ibrahim. Prinsip Anwar mudah saja iaitu jika tidak berjaya menyakinkan rakyat, maka KELIRUkan saja RAKYAT agar mereka berterusan terperangkap dalam permainan politik beliau. Tabur sebanyak mungkin maklumat agar rakyat terus keliru dan tidak lagi tahu pihak mana yang wajar dipercayai.

14. Anwar beranggapan, apabila keadaan negara berterusan dalam situasi yang tidak stabil, maka pemimpin Umno akan berputus asa dan cuba mencari jalan penyelesaian dengan kembali menjalinkan hubungan dengan beliau.

15. Sebagaimana yang pernah berlaku pada 1982 dahulu apabila Umno menawarkan Anwar menyertai parti dan kerajaan.

16. Anwar turut mengharapkan agar Paklah akur dengan tuntutan semasa dan seterusnya menawarkan beliau kembali menyertai Umno sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut politik yang melanda negara.

17. Lagipun Brader Anwar Bin Ibrahim kini masih belum menyertai mana-mana parti serta turut menyokong kepimpinan Paklah. Anwar juga pernah mengakui bahawa beliau masih mempunyai ramai sahabat di dalam Umno dan sering pula kelihatan berbaik-baik dengan beberapa pemimpin Umno.

18. Kerana itulah agaknya KJ dahulu sanggup menghantar passport kepada Anwar.

19. Dan Brader Anwar Bin Ibrahim semasa keluar dari penjara dulu juga turut mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah berdendam terhadap kerajaan dan Umno.

20. Nasib baiklah masa tu ahli-ahli Umno "buat bising". Kalau tak dah tentu Anwar sudah pun kembali menyertai Umno.

21. Den juga berpendapat bahawa kemasukan Ezam ke dalam Umno merupakan salah satu strategi bagi memudahkan laluan Anwar kembali ke pangkuan parti.

22. Namun sehingga kini, hasrat dan cita-cita Brader Anwar Bin Ibrahim masih belum kesampaian.

23. Rancangan Anwar untuk mencipta konflik dan pergolakan di Malaysia merupakan modul terakhir strateginya.

24. Kerana itulah Anwar tampak bersungguh memburukkan Najib kerana beliau sedar sekiranya Najib berjaya menerajui kerajaan, maka peluang beliau untuk kembali menyertai Umno dan seterusnya menjadi Perdana Menteri akan terkubur 'di lautan sepi'.

25. Namun apo yang menjadi kemusykilan den sekiranya Brader Anwar Bin Ibrahim kembali menyertai Umno ialah bagaimana dengan nasib para penyokong PKR?

26. Adakah penyokong PKR sanggup menjilat ludah sendiri serta menuruti jejak langkah Anwar? Adakah serangan dan tuduhan terhadap Umno sebelumnya akan didiamkan begitu sahaja?

27. Bagaimana pula dengan penerimaan penyokong PAS dan DAP? Adakah mereka akan kembali menyerang Anwar dan meminta Anwar untuk bermubahalah?

28. Sekiranya Anwar kembali menyertai Umno - adakah PKR akan dibubarkan setelah menyedari bahawa mereka semua hanya diperalatkan demi mencapai cita-cita peribadi Brader Anwar Bin Ibrahim?

29. Dan soalan yang paling penting - adakah serangan hebat yang bertali arus Brader Anwar Bin Ibrahim terhadap Najib kini disebabkan MARAH, CEMBURU dan TAKUT kerana Najib hanya tinggal beberapa hari saja lagi bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6?

30. Hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu jawapannya.

13 comments:

  1. Artikel yang sungguh tepat dan padat. Tahniah PAneh dan kini kita tunggu apa komen penyokong pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Sipotum hanya tukang rejam lembing, yang mengarah Dato Maharaja Lela. Tahniah dato tapi Sirul ada ckp yg dia hanya scape goat. Agak2 siapa yg arah lenyap altantunya. Proses Mahkamah usung bantal dah lalui satu dunia gelak, yang skrg mesyuarat bawah pokok sbb dewan diarah polis kunci, satu dunia gelak. Demokrasi terpimpin kata AR Tompel dan Mahashit. Ha ha. Tahniah msia boleh. Proses keadilan BN nampak bias. Bukan nak hina mahkamah tp mahkamah kita dah digelak dunia. Pencak silat Paneh miang langkah BN sumbang Shiit! Jgn ckp sapa2 tp Msia a place where blind can see.

    ReplyDelete
  3. haha~ tajuk tu memang paneh bro paneh~
    ----
    ronti an yo la Brader Anwar Bin Ibrahim oi~~

    doso da banyak na bona.
    bertobat yo la~

    rakyat meleysa sumo x suko kek kau..sodar2 la~

    ReplyDelete
  4. Eden cukup Paneh anon kat atas. Orang kek msia tak buto macam kao tp buto gak buto hati.

    ReplyDelete
  5. UMNO united melayu makan rasuah. Ada 1000 lapuran rasuah menjelang persidangan agung lombu2, Ahmad said baru nak hantar pegawai pantau persidangan itu. Orang komplen lombu, copek kao siasatnya.
    Seribu lapuran kau dah buto ko. Sedih aku tgk kau letak diri kau ke tempat yg paling jijik. Lombu2 yh nak bersidang tu memang dah lapar dan kau pulak jangan jd lombu dicucuk hidung walaupun muka mu mcm lombu.

    ReplyDelete
  6. ni sapo lak yg bingkai lagi dayus guno aku punyo ID ni?

    ReplyDelete
  7. bro..zaman mahathir pun ramai yg taksub. taksub pada mahathir sampaikan x mampu nak membidas kepincangan mahathir. x nak pulak sape2 citer? mahathir x nak dan x berani masuk mahkamah x de pula nak citer. sebelum tu bukan main kata anwar main pelacur le..apa le..mana pelacur tu? awat x seret masuk mahkamah..awat mahathir baling batu sembunyi tangan? bila anwar naik..fuh ghamai yg paneh bontot..mula2 le macm dikatanya utk memburukkan anwar. tuduhan demi tuduhan. liwat edisi yg pertama gagal, masuk pulak liwat edisi yg kedua. diperingkat awalpun dah nampak dah pincangnya..tunggulah bicara penuh..nanti..apa pulak yg x relevannya..paneh2..kau x sudah nak memomokkan citer btn ko..jgn la..baik kau bercerita akhlak pemimpin umno yg lain..yg ada perempuan simpanan ke..yg raba bontot org ke..dah tentu terang lagi nyata...jgn main wayang kulit..paneh..

    ReplyDelete
  8. Aik wujud pulak si edie ni. Sebelum ni berani komen pakai anonymous je. Dah paneh miang ka edie?

    Bab cerita salah laku pemimpin BN tu elok ko yg cerita la edie. Lgpun ramai yg percaya cakap ko. Sebab tu hit melampau masuk tiap hari. Kami tak nak cerita perkara yg diluar pengetahuan kami. Nanti jadi fitnah dan tak suka nak makan daging saudara sendiri. Kalau yg kami tahu, kami tetap akan bongkar tak kira ahli parti mana.

    Che Det takut masuk mahkamah? Hmmm...maknanya mahkamah lagi power dari Che Det, Paklah dan Najib la kalo begitu. Jadi mereka tak boleh la control mahkamah mcm yg sesetengah org tuduh tu.

    Maka kenapa Anwar harus takut dengan mahkamah dan cuba melengahkan kes liwat kalo yakin tak bersalah. Kenapa la agaknya ya edie?

    Semua orang akan terperanjat dgn fakta2 jika kes ini dibicarakan kelak. Kalo cerita awal nnt ganggu kes mahkamah pulak dan beri peluang utk aljuburi tu putar belit bukti. Kita tunggu je la.

    ReplyDelete
  9. salam,

    kalo tun x botol mano munkin anwar pulak yang botol eh..
    dulu kan anwar penah menyatakan hasrat utk kembali dlm UMNO so brader abi x tulis salah pun..

    k yg penting 2 kebenaran..betapa banyak tuduhan skalipun kalo x benar x gne gak..

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Satu manusia punya pasal, porak peranda Melayu. Itulah A.I.

    Dia punya pasal, Naik Tokchang Hindraf. Bengali berani Celakakan Melayu. DAP berani samakan DEB dengan Aparteid.

    Hebat tak hebat A.I ni?

    ReplyDelete
  11. Salam...

    Allah itu lebih Maha Mengetahui Dan Maha berkuasa...

    andai kata sememangnya Datuk Seri Dr Anuar Ibrahim akan naik memimpin Malaysia... Xde masalahnya... Sekurang2nya dia lebih berpelajaran dan berkenaan kes Tuduhan Liwat tu, beliau dah dibuktikan bersalah... cuma skang ni nak ker PM negara kita ni seorang pembunuh? org yg terlibat secara langsung dan xlangsung dan kes pembunuhan tetap boleh dikategorikan sebagai pembunuh dan hukuman yg sama seperti seorang pembunuh perlu dijatuhkan... menda ni pun dah terang2an dijelaskan dlm Quran pun ada... Cuma sampai sekarang kes bunuh tu sgt susah nak diselesaikan...

    kenapa agaknya?

    Walaupun sy tetap respek bekas pemimpin kita Tun Dr Mahathir Muhammad dengan prinsip yang dipegang utk memajukan malaysia seperti apa yg kita dah dpt sekarang. dan sekurang2nya beliau berpelajaran sama seperti Timbalannya dahulu...

    tapi skang ni... kerja kerani pun leh jadi Menteri ASTAGA.... Layak ker nak MEMIMPIN NEGARA kita?

    KEsimpulannya kita diberi akaldan otak untuk berfikir... jadi gunakanlah dengan sebaik2nya bukan sekadar mulut jer kononnya pedas suka kutuk org tp berckp atas dasar nak tunjuk besar dgn org.. bongkak... xkemana semua tu teman... fikirlah dgn hati nurani... bukan hati yg penuh kebencian dan hasad dengki...

    wasalam...

    ReplyDelete
  12. apa yang pemerhati atas ni membebel ni? nuar berpelajaran? hidup dunia mana dia ni. org yg dapat ijazah am lepas 5 thn pun bole dpt dr ke? hebat nuar ni. kerani jadi menteri? nak gak aku tau sapa tu. org liwat boleh terima tp org yg dituduh membunuh tanpa bukti tak boleh terima plak. elok la tu. tak lama lg lingkup la malaysia ni mcm kaum nabi lut.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  13. Dr?what?dr?Mengucap bebanyak pemerhati oiiii...lomah urat sarap den nih haaaa...nih laaa jonis org yg bodoh takleh nak diajar, bangang takleh nak dibentuk...pemerhati ke atau pengampu?mana leh peliwat jd pemimpin...gilo apo...nak diterbalikkan mesia nih ko?tapi yolah kan...kot ko ckp ngan bang nuar tuh,mesti dibalas eh,'bondo sodap bang.'...miahahahahahaha...

    ReplyDelete