Feel free to email us at panehmiang@gmail.com.

Thursday, February 5, 2009

Anwar vs Najib: Ape ke hay nye yop?

Anwar dan Najib mempunyai pertalian sejarah politik yang panjang. Pada 9 September 1982 iaitu semasa Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, Anwar telah menewaskan Dato’ Haji Suhaimi Kamaruddin dengan kelebihan 10 undi bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO. Najib pula pada masa itu memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan tersebut. Walaupun selepas itu Najib sering didesak untuk mencabar Anwar bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, namun beliau tidak melakukannya. Prinsip beliau sangat mudah iaitu beliau tidak pernah dan tidak akan mencabar sesiapa.

Cuma pada 1987, Najib telah diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar yang berhasrat untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Najib hanya menjadi Ketua Pemuda UMNO pada 25 Mei 1988 iaitu selepas pendaftaran semula UMNO baru yang pernah diharamkan mahkamah sebelumnya. Pada 1993, Najib telah membuat keputusan untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO, itupun hanya selepas Anwar menyatakan hasrat untuk mencabar Tun Ghaffar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Orang-orang lama dalam UMNO tentu masih ingat bagaimana Tun Ghaffar dimalukan Anwar yang kononnya sebelum itu mengatakan tidak akan mencabar Tun Ghaffar untuk jawatan Timbalan Presiden kerana menganggap Tun Ghaffar sebagai bapa.

Pada masa itulah wujudnya Team Wawasan yang diasaskan Anwar yang mana selepas itu menyaksikan seorang demi seorang ahlinya gugur akibat politik licik Anwar bagi mengekalkan kuasa. Namun, akhirnya Anwar turut sama mengalami 'keguguran' dan Najib selaku salah seorang ahli Team Wawasan kelihatan masih berupaya mengekalkan kredibiliti dan reputasinya sehingga kini.

Anwar dan Najib dalam tempoh yang agak lama pernah bersama menerajui pergerakan Pemuda UMNO serta menjadi rakan seperjuangan dalam Team Wawasan. Mereka juga berpengalaman menerajui kementerian yang sama iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta berada dalam kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Maka sudah tentulah mereka berdua begitu memahami kelebihan dan kekurangan diri masing-masing. Dalam artikel sebelum ini, ada saya mengatakan bahawa mereka yang mengikuti perkembangan politik negara hanya selepas 2 September 1998 pasti tidak akan memahami situasi yang berlaku kini.

Mengapa Anwar begitu bersungguh mengecam Najib tetapi sebaliknya hanya membiarkan Paklah tanpa dikritik? Mengapa Anwar kelihatan takut sekiranya Najib menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup menyatakan sokongan kepada Paklah untuk mengekalkan jawatan? Adakah Najib berupaya menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri berbanding Paklah yang lebih mudah ditewaskan?

Melihat kepada senario yang berlaku di Perak kini, anda pasti memperolehi jawapannya.

2 comments:

  1. Kedua2nya mungkin memegang rahsia besar lawan masing2. Anwar memandang AAB sebagai seorang yang lemah dan tidak akan mendatangkan mudarat kepada cita2 dan strategi politik nya. Dia mahu memastikan momentum yang diperolehi sekarang akan berterusan dan ia hanya akan berlaku jika AAB masih di atas.

    Najib didalam kedudukan yang lebih baik sekarang dan jika beliau naik menggantikan AAB, tugas Anwar akan menjadi lebih sukar kerana senario politik sudah tentu akan berubah dan masa tidak akan menyebelahi nya.

    Didalam konteks ini, politik bukan lagi satu perjuangan untuk bangsa dan negara, tetapi hanya sebagai permainan peribadi, panjat memanjat antara satu sama lain.

    ReplyDelete

Blog Archive