Wednesday, March 4, 2009

Setuju Tak Najib Jadi PM? Taakkk...

Kawasan sekitar ceramah

1. Sayup-sayup je den dongar suara yang menjawab. Ado la 4-5 orang yang nyobut "Tak!".

2. Soalan itu ditanyakan oleh Zulkefly Mohamad Omar, Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan sewaktu berceramah di Rumah Rakyat Pantai malam tadi. Turut hadir ialah Khalid Samad (AP Shah Alam) dan Saifuddin Nasution (MT PKR).

3. Kehadiran malam tadi lebih kurang macam sebelum ni iaitu antara 200 ke 300 orang. Den nengok kebanyakan orang yang hadir membawa kenderaan masing-masing. Pastinya kebanyakan mereka itu bukanlah dikalangan penduduk kawasan perumahan tempat berlangsungnya ceramah tersebut.

4. Tapi den tak pueh hati sobab gerai sup jauh bonar dari tompek ceramah. Payah lak nak dongar ceramah sambil lepak makan sup. Lain kali bukak gerai kek kawasan depan pentas ceramah ya bang.

5. Semaso sodang leko berdiri mendongar Saifuddin Nasution yang berdogar-dogar menghentam kerajaan, tetibo den disapo oleh seorang pakcik yang memakai baju Pas dan berkopiah putih.

6. "Kau percayo ko apo dio cakap?", tanyo pakcik tu kek den sambil memuncungkan bibirnya ke arah Saifuddin. Ketika itu Saifuddin sedang menceritakan kisah Brader Anwar Bin Ibrahim semasa dalam tahanan polis pada 1998.

7. Den jawab, "Ontah la cik. Sey dongar yor".

8. "Huh..den tak percayo langsung kek orang PKR ni. Cam jahanam", kato pakcik tu.

9. Tokojut dan tokujat gak den dongar ayat pakcik tu. "Bukan pakcik orang Pas ke?", tanyo den.

10. "Abih ko ingat semuo orang Pas tu suko bonar ngan PKR ko? Ramai yang meluat. Mengosak an kojo eh. Fedup den", jawab pakcik tu emosi dan terus blah ke arah kawasan gerai yang ada di situ.

11. Tak sompek den nak tanyo apo yang terbuku di hati pakcik tu sampai meluat bonar dio dongan PKR. Den songeh yolah.

12. Yang pasti, program ceramah tu tetap ada kutipan derma. Pengerusi majlis siap suruh orang ramai derma duit not besar lagi tu. Agak eh penganjur ni tak faham yang ekonomi tongah gawat.

13. Inilah yang dikatakan sandiwara dunia.

12 comments:

  1. salam,

    elokla tu.. rakyat kito pun dah pandai berpikir.. dah buleh tontu an yang mano baik yang mano buruk..
    Politician dah tak buleh pandai-pandai cakap yo tanpa ado fakta...
    politician pun dah tak buleh nak buruk-buruk an orang lagi takut tokono batang hidung sendiri..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    politik kita hanya untuk kepuasan. penceramah memaki hamun untu kepuasannya yang ada amarah peribadi kepada kerajaan kerana yak dapat kontrek dan sebagainya.

    Pendengar ceramah pun nak memuaskan hati mendengar caci-makai kerana nak memaki tak ada peluang.

    Bab collection ni pun bagus juga. sejak dulu lagi ntah berapa juta dan PAS dapat collection atas nama perjuangan Islam tetapi untuk poket pemimpin mereka. dalam keadaan gawat pun pemimpin PAS merompak pengikutnya dengan halus. apa yang pengikut dapat? janji demi janji tapi tak pernah kesampaian, bila tak mampu tunaikan janji maka salahkan BN. Orang melayu penyokong PAS disarankan berhentilah jadi lembu korban.

    ReplyDelete
  3. EDEN ADO MALAMTUH.
    LOPEH POKONO SUP EDEN MOLANGOK KEK BAHAGIAN DOPAN KEMAH PONCERAMAH.

    YO LAH PM, CERITO LAMO YO...LANSUNG TAK MEMBANGUN TOPIK EE.

    YANG MENYAHUT CAKAP TAAKKK!,SOBONAR EEE DREBAR PENCERAMAH DONGAN BEBUDAK YANG KUTIP DUIT TU YO..

    ORANG LAIN DEN TENGOK TERSENGEH YO LAH..

    MLM TUH BEBUDAK PAS YANG KUTUIP DUIT TU LALU KEK DEN, KEBOTULAN TANGAN DEN DAH ADO DALAM POKET, ADO LAK 20 SEN, DEN BAGI YO...
    MAK UUUII..! MONJOLING DEH, SIAP PANDANG ATEH BAWAH, KAH KAH KAH...

    KAWAN DEN PUN PANDANG YO KEK DEN, YO LAH TAK PONAH2 BAGI.

    ReplyDelete
  4. Lawakla gotahlantun...
    Kok da biaso xbg, amalkn la yg tu yo... Toksah d bg sesen pn... hahaha...

    ReplyDelete
  5. Salam sumo,

    Agak eh botul apo yang tharieq cakap tu. Pendengar ceramah skrg dah pandai menyaring maklumat. Tau menapis yg mana boleh pakai dan mano yang tak.

    Bab ceramah utk kepuasan tu den setuju. Janji dapek lopehkan amarah memasing.

    Mmg topik lamo yang diceramahkan diulang2 byk kali. Bosan la pulak. Den poie sobab nak dongar cerita terbaru mesyuarat bwh pokok di Perak mengikut perspektif pembangkang yor smlm. Diorang kutip derma pakai plastik yor.

    20sen je ekau bagi gotah? Heheh..yolah..janji ikhlas. Rajin ko jengok blog wana tu gotah? Ado apo2 ko? :)

    Den dah stanby duit gak masa tu, tapi pengutip derma tak dtg kek den. Terus den boli kacang lopeh tu guno duit tu.

    ReplyDelete
  6. tulah.. kito tunggu yo lah.. nanti ada yang makan tuan ni.. PKR ni mmg dari mulo laie sey x bokonan.. pada sey lah, melayu pocah, umat islam rabak kek malaysia ni semuo ey kojo PKR haram jadah ni.. parti yang adil hanyo dimato jo.. ikut serakah B.A.B.I and konco-konco jo.. neway, thanks paneh coz jadi follower blog de..

    ReplyDelete
  7. ontah lah mcm2 sekarang kalau ikut pembangkang semuo eh kerajaan tak boto mcm pembangkang kek selangor dah tak boto lak kerajaan ado yor bondo nak di colek eh...


    www.n9futbol.com

    ReplyDelete
  8. Salam,

    300 aje.Macam cite hollywood aje.Rakyat dah boring.Ekonomi makin teruk.Orang-orang pakatan asyik buat masalah bukan nak selesaikan masalah.Cuba dema bagi derma kat rakyat dan bukannya rakyat derma kat dema.Bukannya dema tak berduit..mewah beb.Tak caya tengok masa p/raya.Poster,banner dema lagi banyak.

    ReplyDelete
  9. hah kau pecayalah cakap si paneh..bongak yo..2 3 ribu yg datang bai..kutip derma sebab x mampu..bukan cam umno..hapus yuran pakai duit rakyat bantu parti..bebudak btn macam paneh..boleh cakap apo yo...blog dio yo tak..udahlah..membongak...

    ReplyDelete
  10. sebagai peddk ksn rumh rakyat pantai saey nak sahkan yag ano 11.01 ni kaki penipu besar. gini la org pr menipu lebih. mmg tak ramai yg dtg masa masa cramah tu. sey pun lepas mkn sup usha tmpt tu kejap trus lepak dgn member dpan umah. baru la tau yg penyokong pr ni kaki penipu rpenya. tuduh org tapi dia sndirik penipu. menyesal sye pagkah pr dulu.

    ReplyDelete
  11. Ada 1000 aduan rasuah melibatkan pemimpin UMNO dlm pemilihan parti. Mmg betui kata2 Tat meng yg UMNO terdiri dari Sampah Salap. SPRM pula kata takda kes rasuah. Ahmad Said hanya kata ada kes rasuah melibatkan MB selangor, Mantan MB Toyol tiada kes rasuah walau ada 20aduan lapuran rasuah. Dasyat betul Kerajaan BN malaysia boleh. Lebih suci tadah plastik kutip derma dari sapu duit rakyat terang2 dan kutip dan minta rasuah kalangan Sampah Sarap. Ada berita rahsia, duit komision kapal selam dah di bayar pd proksi sejumlah 114 uero. Jgn cito rakyat UMNO totok tak cayo! Malaysia a place where blind can see. Ha Ha

    ReplyDelete
  12. meng tat menyamar jadi anon. heheh. bacul.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete