Tuesday, March 3, 2009

SIDANG MEDIA: Najib Cuba Dinafikan Jawatan Presiden

Update 3.28 p.m.

Politik wang: Umno digesa tunda perhimpunan 24 Mac

Umno digesa menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan hujung bulan ini sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai.

Bekas exco Pemuda, Datuk Mazlan Haron dan perwakilan Umno Muar, Datuk Kadar Sulaiman berkata mereka sedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti.

"Saya serta Datuk Mazlan Harun akan mengkaji untuk mengambil injuksi mahkamah sekiranya Umno belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan, dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang disebutkan di atas tidak diambil tindakan," kata Kadar.

Dalam sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini, mereka bagaimanapun tidak menyatakan bila tindakan undang-undang itu akan diambil bagi "melihat reaksi" balas daripada parti itu terlebih dahulu. Berita selanjutnya di malaysiakini.


Original Posting


Dikhabarkan sidang media yang bakal diadakan petang ini di One World Hotel, Bandar Utama akan diadakan oleh Dato' Mazlan Harun dan Dato' Kadar Shah. Umum mengetahui bahawa keduanya adalah mantan Semangat 46 yang sealiran dengan Paklah dan Ku Li.

Perkara yang akan disentuh dalam sidang media tersebut adalah berkenaan tuntutan untuk menangguhkan Perhimpunan Agong UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 24 Mac ini. Dikhabarkan mereka akan membuat pengumuman untuk memohon perintah mahkamah bagi menangguhkan perhimpunan tersebut.

Antara alasan penangguhan yang akan diberikan, kerana siasatan kes-kes tertunggak yang dilaporkan kepada Lembaga Disiplin UMNO sebelumnya masih belum diselesaikan dan dikatakan kes-kes tersebut bakal mengganggu kelancaran Perhimpunan Agong UMNO yang akan diadakan.

Mengikut perkhabaran daripada kem Najib, sidang media itu tidak akan menjejaskan tarikh Perhimpunan Agong UMNO yang tetap akan diadakan Mac ini. Hujah yang diberikan adalah berdasarkan Perkara 20.7 Perlembagaan UMNO - "Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti, maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya".

Kem Najib juga dilaporkan berkata bahawa sidang media yang akan diadakan itu turut bertentangan dengan peraturan yang terkandung dalam Perkara 20.8 Perlembagaan UMNO. Menurut sumber itu lagi, bulan Mac 2009 adalah bulan terakhir dalam tempoh penangguhan yang dibenarkan Perlembagaan UMNO iaitu 18 bulan daripada tarikh Perhimpunan Agong yang lalu. Sumber itu juga menegaskan bahawa mahkamah tidak boleh melakukan apa-apa berdasarkan peraturan yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO kerana ianya tidak bertentangan dengan Akta Pertubuhan.

Desas desus mengisahkan bahawa sidang media yang akan diadakan petang ini tidak lain hanyalah untuk memberi lebih masa kepada Paklah untuk menerajui kerajaan dan UMNO. KJ dikhabarkan turut terlibat dalam rancangan penangguhan Perhimpunan Agong ini kerana sedar akan hakikat bakal mengalami kekalahan teruk dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Lembaga Disiplin juga dilaporkan sengaja melambat-lambatkan siasatan ke atas kes-kes yang dilaporkan sebelumnya kerana ingin menjadikannya sebagai alasan untuk menangguhkan Perhimpunan Agong UMNO Mac ini.

Sehingga kini Paklah masih belum menetapkan tarikh sebenar peralihan kuasa berbanding Che Det dahulu yang telah diketahui umum tarikh persaraannya 4 bulan lebih awal. Sidang media ini tidak lain bertujuan untuk menghalang Najib daripada disahkan secara rasmi sebagai Presiden UMNO dan bakal Perdana Menteri oleh para perwakilan.

Benar atau tidak kisah ini, sama-samalah kita tunggu sidang media petang nanti. Walaupun kem Najib dikhabarkan tidak gundah dengan perkembangan mutakhir ini, namun den teruja untuk melihat perkembangan seterusnya. Kalau Paklah susah sangat nak bersara, den sarankan mulai minggu ini, eloklah semua jabatan kerajaan mengadakan jamuan perpisahan dan persaraan untuk Paklah sebagaimana Che Det dahulu. Kalau dah buek majlis perpisahan tapi tak yor paham orang tua tu, nasib kau lah labu...

17 comments:

  1. KALAU SEMUO PLAN YANG ADO TU TAK YO JALAN,
    BIAR EDEN POI JUMPO PAK LAH, TAU LAH MACAMANO DEN NAK BUEK.
    TUUUUUNNNGUUUU...!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah telah datang pertolongan Allah dari pejuang asal UMNO. Tolong lah jauhi dari Najis dari duduki tempat yang selayaknya utk orang Pemimpin pejuang Melayu yg benor2 Iklas. Ini Najib orang Bangsawan, tak tau erti susah, bagaimana tahu ia memahami erti susah rakyat kampung. Satu ketika pengundi Pekan pun tolak dia ni. Hidup dia ni penuh kontroversi termasuk bini dia yg rambut palsu tak bertudung. Allah! ini benih Kolonial. Allah! habis2!!! Jatuh org melayu.

    ReplyDelete
  3. yeah...hindarkan najib dari memimpin malaya.banyak persoalan tidak terjawab.najib cukup meragukan. umno x perlukan najib utk memimpin malaya...najib baik dok rumah tolong sikatkan rambut bik mama..ha ha ha...ayuh..umno..jauhkan najib.ramai lagi yg jauh lebih berkaliber..say no to najib...hipokrit..

    ReplyDelete
  4. Yang tersangatlah tidak berkelibar dan nampak tak layakpun walau membuat komen dalam blog ialah mereka yang memakai sama samaran anon. Pengecut dan tak langsung melambangkan melayu asli. Kot darah benggali.

    ReplyDelete
  5. hantammmmmmmmm bogamok sosamo sendiri,,,,,,,,,!!!!! paneh peneh paneh,,, kono lak miang ghobong... laielah miang ha ha ha ha!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. renti kanlah perangai hasad dengki fitnah memfitnah tu ano oi...buek yo kojo ekau tu elok2...dok menyampok macam kena sampok hantu rayo apo kojo nyo eh???

    sian na aku kek ko ni....tapi tak dapek den nak nolong...sesungguhnya allah tak akan menolong ko kalao ko tak tolong diri sendiri...

    ReplyDelete
  7. sokooooooonnngggggg!!!SAY NO TO NAJIB!!!!!!

    ReplyDelete
  8. H,mmm...dah pukul 2.30 nih...ada berita terbaru ker???

    Aku dgaq paklah dah arah kumpoi semua ketua bahagian UMNO utk jumpa dia....apa dia mau?

    ReplyDelete
  9. Kita pun kalau ada izin Allah swt tidak ingin berPMkan Najib ni.Nampak macam tak berapa kena. Tengok bini dia, kalau dah bini pun tak boleh dibentuk macam mana nak membentuk negara. Takkah boleh Najib nasihatkan bini dia tua supaya menutup aurat (bertudung kepala)mengapa mengamal cara kebaratan.. Kau orang yang mula nak mengutuk Pak Lah dan KJ, mengapa cepat sangat berubah. Bukankah Pak Lah dan LJ tu pemimpin dan idola kau orang..Jangan cepat mjaid macam belinkarong, Pak Laj masih PM, janganlah cepat sangat berubah warna..

    ReplyDelete
  10. isu tak pakai tudung lagi. dari zaman tdm sampai la skrg. isu basi la datu sulaiman. iya ke blog ni sokong kj dgn paklah paneh? hehehe.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  11. Sabor Sojuk, aku tahu kau biru seluar PATI Tongsan BN. Harap2 kau jangan Toghut UMNO udah le. Nanti akan ditanya.(Satu lg zaman lopeh merdeka depe doh tak pakai laei biru kapal layor. Dacing dah lama org tolak, timbang tak berapa balance)Nanti Mizan tunggu.

    ReplyDelete
  12. aku konpem ni kerja dajal khairy jamaluddin nak make sure pak mentua dia kekal memerintah...senang la dia nak kaut lagi keuntungan daripada duit rakyat...

    najib mungkin bukan calon terbaik, tapi dalam banyak hal, najib masih relevan...pasal bini tak pakai tudung pada aku tak ada kena mengena dengan kemampuan dia untuk membuat keputusan untuk negara ini...

    kalau perbandingan nak di buat, wan azizah pakai tudung, pakai sarong tangan, kalau salam tak bersentuh kulit, tapi laki dia, jahanam nak mati perangainya...tali barut yahudi macam tu nak jadi pemimpin negara ke?

    kalau tak suka orang tu biar lah berpada, dan dalam membuat penilaian, biarlah adil, perbandingan biarlah logik, takut nanti neracakeadilan di hari akhirat lebih berat timbangannya ke neraka jer...

    kalau tak kenal orang tu jangan la mudah sanagt nak meletakkan hukum...tak gitu penyokong2 nik aziz yang sungguh islamik????

    ReplyDelete
  13. Kau orang yang sokong Najib,tak payahlah menyibuk. Kami mahu pak lah, kami mahu KJ jadi KP UMNO...

    Hidup KJ, pade doh Najib.

    ReplyDelete
  14. Salam tuan,
    "Democracy is being allowed to vote for the candidate you dislike least."-Robert Byrne

    ReplyDelete
  15. Tak yah le panik 'berita kaki' tu - tak jadi kudis pun..

    ReplyDelete
  16. Pada najib ngan anuar baik lagi la anuar sebab rakyat boleh lihat sendiri proses keadilan mahkamah berjalan meski pun hakim chokolat hack tak relevant. Terlaku terang tak pyh bersuluh tp yg aku tak leh terima cara proses keadilan budak Mongolia tu. (Sharibu Setev)Bapa dia ada anta surat dlm blok RPK tanya "Siapa yg urus Visa anak dia keParis dan apa tujuan kesana""pergi gn siapa""rekod emegresen diMsia, lenyap". Ini soal berat. Jgn jd mcm ni, Jaws lepas,bilis tangkap". Lenyap kaum, ini sabda Nabi.

    ReplyDelete
  17. anwat ibrahim jadi PM..
    huarghh ptuihh..
    baik suruk benjamin netanyahu jadi PM.. kurang dio yahudi.. pandai..

    ReplyDelete