Di mana Anak Melayu selepas 52 tahun merdeka?
Anak Melayu yang lahir tahun 1957, kini berusia 52 tahun. Jika lahir tahun 1947, kini usianya 62 tahun. Andai lahir tahun 1937, kini berumur 73 tahun. Kiranya terzahir tahun 1927, maka 83 tahunlah dia tahun ini. Andai kata tahun 1917, maka 93 tahun insan ini masa kini. Jika ada awal daripada tu dan masih bernafas, maka, panjatkan SETINGGI-TINGGI KASIH kepada ALLAH s.w.t.
Anak Melayu selepas DEB, kini semakin membesar jurang pembangunan sosial, ekonomi dan politik negara. Anak Melayu dilihat ramai yang cerdik pandai. Anak Melayu di lihat ramai yang bijak dan cerdas.
Sejak tahun 1987 hingga 2007, selama 20 tahun. Anak Melayu berperang dengan fenomena ALAM MELAYU yang dicetak oleh pelakon politik. Yang soleh maka solehlah perbuatan, yang MUNGKAR maka JAHANAM perilakunya.
DUIT HARAM masih sebuah rumah yang makin membesar dan diagung oleh pelaku-pelakunya. Muka yang mentekedarah DUIT HARAM baik yang namanya RASUAH POLITIK, RASUAH MELULUSKAN PROJEK, RASUAH MELULUSKAN PINJAMAN KEWANGAN, RASUAH MELULUSKAN ANUGERAH PINGAT DAN GELARAN, RASUAH TEPI JALAN, RASUAH SEKS, RASUAH JAWATAN, masih ramai di kalangan Anak Melayu. Mereka ini Melayu, yang belum pasti ISLAMnya! Boleh ke kita andaikan demikian?
Mesti ada gurunya? Siapa? Al-kisah, yang suka AJAR umat Melayu ialah golongan rakyat yang dikelas bukan Melayu? Soalnya salah siapa? Umat Melayu masih BERSALAH dan WAJIB DIHUKUM, kerana:-
Tidak menjelaskan sebetul dan sebenarnya Hukum Rasuah dalam Syariah kepada umat bukan Melayu dan bukan Islam!
Tahun ini 2009, ada lagi 11 tahun untuk akses kepada 2020. Apakah rupa dan identiti Anak Melayu tahun 2020?
Anak Melayu yang tidak tahu asal-usul makin menokok?
Anak Melayu yang kenal hanya "Masjid" makin tinggi?
Anak Melayu yang cuma bercakap Melayu, berpakaian Melayu makin melampau?
Anak Melayu yang cuma tahu sebut ISLAM, sembang ISLAM makin bertambah?
Anak Melayu yang tak tahu Perlembagaan Persekutuan, hanya tahu jawab soalan peperiksaan dan ikut-ikut aja, makin beranak pinak?
Kepada bapa dan ibu kepada sekalian ramai Anak Melayu yang sibuk MENCEKIK dan HADAP DUIT HARAM, yang KENYANG dengan BUAIAN IBLIS LAKNATULLAH, yang SYOK dengan DODOIAN SYAITAN IFRIT, berjanjilah kepada Agama dan Bangsa dan Tanahair kalian. Jangan seret anak-anak Melayu, anak-anak kalian dalam kancah KeZaliman yang tuan-puan bina.
Blog yg paling sikit pengunjung ha ha ha 2-3 kerat org yg sama.
ReplyDeleteOne,
ReplyDeleteak nak tgk blog ko, mai bak datang ramai sgt ker yg bukak???
cakap pandai ar...
pigidahhhh!!!
Jgn melebong jgn bodohkan melayu
ReplyDelete