Thursday, April 2, 2009

Corat-coret Ketua Pemuda UMNO 2008-2011

Banyak soalan CEPUMAS yang dilontar kepada KJ? 90% soalan ini akan berbau sindiran yang menjengkelkan.

Usia setahun jagung 33 tahun, tahun 2009, sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Tahun 2005-2008 sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO? Waktu itu, PEMUDA UMNO tidur dan kenyang dengan taik mata. Kenapa tidak berlaga sahaja tahun tersebut? Tengok sama ada dapat mandat sebagai Naib Ketua Pemuda atas merit atau tidak?

Kini, tahun 2008-2011. Nak berlaga dan ditakdir ALLAH, menang pula? Macam-macam la langkah silat nak menang!

10 tahun dulu 1999, KJ baru berusia kurang lebih 23 tahun. Apakah ini merupakan game dalaman daripada papan catur tertentu yang meloloskan KJ terlibat dalam UMNO? Bagaimana namanya naik begitu drastik? CIA dalam Malaysia sama hebat dengan CIA Amerika!

Kebetulan bernikah dengan anak PAKLAH. Jadi la menantu PM pada penghujung tahun 2003! Siapa yang atur pada akliah manusia?

Apakah perancangan ini berkesan untuk KJ sebagai KP UMNO 2008-2011?

Dalam zaman ini, apakah usia 33 tahun sesuai diangkat sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Berjuang untuk Pemuda Melayu? Berjuang untuk Pemuda Malaysia? Semak Ketua Pemuda MIC, MCA, PPP dan sebagainya? Berapa umur mereka? Berapa lama mereka dengan politik rakyat? Bergelumang dengan drama sepak-terajang politik Malaysia dan parti siasah masing-masing?

Jika PEMUDA UMNO sayangkan KJ…KJ pasti mampu bertapak selama 4 penggal sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kesalahan etika 10.1, KJ bersalah tapi diberi AMARAN dan dibenar BERTANDING? Adakah ini satu lagi kanser berdarah untuk baki PEMUDA UMNO berdaftar yang 80% tidak faham Perlembagaan, Peraturan dan Tataetika Ahli UMNO?

Peti undi 3, 4 & 5 akan KORBAN kan BN di PRU13 jika PEMUDA UMNO secara keseluruhan tidak BERTAUBAT! Barisan pimpinan Pemuda UMNO Malaysia 2008-2011 perlu WASPADA, BANGUN DARI TIDUR, BIAR LAPAR DIPERUT, TAPI KENYANG DIHATI!

Apakah KJ bercita-cita menjadi Perdana Menteri Termuda Malaysia? Kerusi Naib Presiden? Kerusi Timbalan Presiden UMNO? Kerusi Presiden UMNO? Perwakilan 791 orang yang turun mengundi KEPALA! Semuanya boleh dilipat bersegi-segi…

Jika 20% keahlian PEMUDA UMNO diberi hak MENGUNDI pemimpin mereka sendiri, maka headline barisan Pemuda 2008-2011 tidak akan sama seperti sekarang.

Ingatlah bahawa Muhammad bin Abdullah, Rasullullah s.a.w. diangkat menjadi Rasul & Nabi sewaktu umur baginda 40 tahun. Sebenarnya umur 40 tahun ialah umur ideal diangkat sebagai pemimpin.

Setakat Ketua Cawangan UMNO memadai, Ketua Pemuda UMNO Bahagian sesuai, barisan EXCO kanan sesuai, tapi PEMIMPIN UTAMA…Fikir la sendiri?

Kita bukan baru MERDEKA semalam sampai tiada lagi manusia Melayu yang "clear" untuk diangkat!

Terlalu banyak usaha yang KJ kena buat untuk selesaikan HUTANG kepada Agama, Bangsa dan Tanahairnya!

Ikrar KJ dalam Ucapan Terima Kasih selepas diumumkan MENANG, perlu diambil ingatan oleh semua PEMUDA UMNO! Pegang kata-katanya!

2 comments:

  1. KJ adalah darah pejuang Melayu Jati tapi seluruh wakil pemuda yg lapar dahaga duit haram dari KJ. Bersatu kita bersatu demi maruah Ketuanan Melayu.

    ReplyDelete
  2. pewakilan bangang.Tak jadi nak masuk UMNO

    ReplyDelete