Thursday, April 9, 2009

CINO NI TAK TAHU MALU - Part 2

Terima kasih kepada sahabat dan rakan pembaca yang sudi memberi maklumbalas kepada artikel saya sebelum ini. Ucapan terima kasih terutamanya tentulah kepada sahabat baru kami iaitu Ti Lian Ker yang khabarnya mempunyai jawatan penting sebagai ahli MT MCA.

Untuk itu kami sarankan kepada Ti Lian Ker untuk menjemput Datuk Loke Yuen Yow dan kalangan MT MCA termasuk Presiden Datuk Ong Tee Kiat supaya sering-seringlah menjenguk blog kami ini, sementelah pula ia merupakan medan yang baik untuk melihat reaksi orang-orang Melayu khususnya. InsyaAllah, setakat ini warga dan sahabat Paneh Miang akan sentiasa menjaga adat dan adab ketika berbicara selaras dengan perjuangan kami untuk memartabatkan Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia tanpa sebarang kompromi.

Sebelum ini dalam ruangan komen, saudara Ti ada meminta kami untuk tidak menggunakan fakta sejarah dan statistik ketika berhujah untuk kepentingan bangsa Melayu. Soalnya, jika kami mengabaikan statistik dan sejarah, maka rujukan apa yang harus dijadikan panduan? Apakah selama ini MCA tidak menggunakan strategi yang sama dalam membuat sebarang tuntutan kepada orang Melayu? Tetapi apabila kami menggunakan padang dan gelanggang yang sama, ia telah dianggap pula sebagai punca Melayu terus mundur? Wajarkah alasan dan hujah saudara Ti yang menyangkal data yang dikemukakan oleh kami? Harus diingat bahawa "history and statistic never lies". Sejarah dan statistik merupakan pedoman dan panduan yang cukup ampuh. Jikalau kami memilih untuk menggunakan hujah Al-Quran misalnya, sudah tentu ia akan menjadi kontroversi kerana tidak semua Cina itu beragama Islam dan beriman kepadanya. Justeru, kami berpendirian untuk terus menggunakan sumber seperti perlembagaan persekutuan, perundangan antarabangsa, statistik dan sebagainya serta tidak sekali-kali menganggap ia sebagai punca kepada kelemahan Melayu itu sendiri.

Menurut saudara Ti, cadangan untuk jawatan TPM Cina adalah perlu untuk menghakupayakan (empowerment) MCA bagi menarik sokongan masyarakat Cina di negara ini dan sekaligus dikatakan untuk memenangi hati rakyat. Kami beranggapan itu adalah hujah yang sangat dangkal. Jika alasan itu dijadikan sandaran, maka mengapa pula masyarakat Cina di Pulau Pinang menolak pemimpin Cina dari parti Gerakan? Kita sedia maklum bahawa sokongan terhadap Gerakan di Pulau Pinang semakin hari semakin merosot. Namun yang menjadi kemusykilan kami ialah, mengapa kemerosoton sokongan terhadap parti Cina perlu dibebankan kepada UMNO? Alasan kononnya peningkatan kuasa UMNO dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang adalah punca mengapa orang Cina menolak Gerakan kerana dikatakan tidak mampu mengawal UMNO. Dan kononnya undi diberi kepada DAP dalam PRU-12 disebabkan DAP mampu mengawal PAS dan PKR. Saya tidak akan menginterpretasikan kenyataan ini secara meluas, namun persoalannya mengapa pula Melayu dan UMNO dijadikan mangsa di atas kelemahan dan kekurangan parti komponen BN samada MCA, MIC dan GERAKAN?

Saudara Ti turut berhujah bahawa jawatan TPM Cina itu bertujuan untuk menjamin sokongan masyarakat Cina terhadap MCA. Namun dapatkah pula MCA menjamin sokongan kaum Cina tidak akan beralih sepenuhnya kepada DAP? Malah siapa pula yang akan memastikan serta menjamin bahawa sokongan itu akan terus kekal kepada MCA dan tidak akan bertukar buat selama-lamanya? Tidakkah cadangan TPM Cina itu dilihat sebagai satu lagi strategi "lulus kepala, maka luluslah kelindan"? Maknanya, jika jawatan TPM Cina itu dipenuhi, maka di masa hadapan akan ada pula tuntutan untuk jawatan TPM 1; dan selepas itu tidak mustahil pula akan wujud tuntutan MCA untuk jawatan PM? Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan bahawa Perdana Menteri mestilah seorang Melayu beragama Islam. Apakah jaminan masyarakat Cina bahawa tiada lagi tuntutan baru selepas ini? Jangan bermain dengan api jika tidak pasti akan bahangnya.

Saudara Ti juga membuat anggapan bahawa sikap Melayu yang tidak mahu berubah merupakan punca kepada kelalahan UMNO.
Ti menulis: "UMNO kalah adalah disebabkan keengganan ahli-ahli seperti mu yang enggan membuat adjustment dan perubahan. Kalau cadangan dari rakan pun menerima penghinaan, maka tak salah lah ramai pengundi termasuk Melayu enggan menyokong UMNO. UMNO perlu berubah dan perubahan haruslah bermula dengan akar-umbi".

Persoalannya, perubahan yang bagaimana?

Adakah maksud perubahan itu ialah Melayu perlu lebih toleran kepada permintaan dan kehendak kaum lain sehingga menggadaikan haknya?

Adakah maksud perubahan itu ialah UMNO harus berkompromi mengurangkan hak orang Melayu supaya kaum Cina dan India boleh dapat lebih?

Jika itu yang dimaksudkan dengan perubahan, maka kami akan menentangnya habis-habisan.

Kami akui bahawa UMNO sememangnya perlu berubah kerana UMNO ialah satu-satunya parti orang Melayu. Namun perubahan yang kami maksudkan ialah UMNO harus memastikan perjuangannya kembali berpaksi kepada kepentingan orang Melayu dan bumiputera agar lebih terjamin. Dan kaum lain termasuk Cina dan India harus faham bahawa hanya jika orang Melayu merasa selamat dan aman, maka barulah lain-lain bangsa juga akan turut merasa selamat dan aman. Ia sangat bersesuaian dengan fakta sejarah dan hegemoni rakyat negara ini. Kerana itu amat penting untuk orang Cina dan India di negara ini memahami akan hakikat bahawa orang Melayu tanpa mengira parti akan bertindak balas jika mereka merasakan hak mereka dirampas. Ini selaras dengan kenyataan beramaran Naib Presiden UMNO yang baru iaitu Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, "JANGAN asak orang Melayu ke dinding".

Akhir sekali buat Ti, kami berpendapat sepatutnya saudara berhujah berdasarkan dasar-dasar hujah dan bukannya mempertikaikan kaedah hujah yang kami kemukakan. Kami juga mempunyai ramai rakan berbangsa Cina dan India yang beranggapan bahawa apa yang berlaku hari ini terutamanya berkenaan tuntutan melampau kaum Cina dan India, merupakan permainan orang politik semata-mata dan bukannya mewakili kehendak sebenar akar umbi. Realitinya, rakyat lebih mementingkan keharmonian dan kestabilan politik yang sekaligus mampu menjamin kestabilan ekonomi. Secara mudahnya, supaya mereka bebas 'cari makan' serta membesarkan anak-anak.

Entahlah. Mungkin juga ahli politik Cina dan India di negara ini mempunyai agenda lain yang lebih besar kerana terpengaruh dengan kejayaan sahabat mereka di Singapura. Manalah tau...

Teringat akan kata Tunku Abdul Rahman, "Akui ini negara Melayu...barulah kita boleh berbincang".

14 comments:

  1. Selamat datang Tan Li Ker ke blog Melayu2 subsidi.

    ReplyDelete
  2. Memang bato,warith.dalam tidak tulisan "malu".
    Ado Cino tinga sobolah rumah den di a kata "kito Cina adalah kaum "pratikal dan pragmatik".TErjemahan nya "tado prinsip" apo pun bolih ,apo lalu tangkap, ta kiro sapo punye.Matlamat halalkan caro.
    batu kikir jambatan bosi.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  3. Memang bato,warith.dalam kamus tidak ado tulisan "malu".
    Ado Cino tinga sobolah rumah den, dia kata "kito Cina adalah kaum "praktikal dan pragmatik".
    TErjemahan nya :"ta do prinsip" apo pun bolih ,apo lalu tangkap, ta kiro sapo punye.Matlamat halalkan caro.
    malu itu untuk yang ade addeen.
    batu kikir jambatan bosi.
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  4. hangpa yg kalut sgt umno oi...kalut nak diasak ke dinding.

    ReplyDelete
  5. koyol 2.37 pm ni la jenis manusia yg menjahanamkan melayu. mungkin dia bukan melayu.

    ReplyDelete
  6. memang org cina cukup pandai main wayang....bila PRU/PRK...sekolah cina, dewan cina senang2 aja dapat RM1-2juta. yg melayu pulak....dok jaja sana-sini melayu gila kuasa....
    yang over pulak.....masa dengar ceramah...takbir sakan....tapi...sapa yg rugi last sekali??
    depa kata....pas/pkr/dap mampu beri kesamarataan....hampa semua tunggu la....
    4-5 tahun lagi.....nak mintak biasiswa....loan study....kena mengadap LKS/KS dulu la....
    TGNA?? x relevan dah...

    ReplyDelete
  7. bravo sontoloyo...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. salam...
    Lebih banyak yg diberikan lebih teruk UMNO dipinggirkan... Kita sedia maklum MCA dan MIC mempunyai suarawakil rakyat yg kurang ketika ini kerana pemimpin mereka ditolak oleh rakyat... jd mengapa harus kita turutkan permintaan dr mereka?? Pernahkah kita terfikir hanya melalui kesusahan dan keperitan baru manusia itu akan sedar dan insaf dari melakukan kesalahan... jd nasihat sy kpd kerajaan jgn lah dimanjakan MCA terutamanya kerana semakin senang mereka mengambil hak kita mereka tidak akan sedar pengorbanan dan keistimewaan yg mereka dapat dr UMNO selama ini... hanya dgn kesusahan seseorg itu akan belajar mengenal nikmat yg mereka dapat selama ini...

    ReplyDelete
  10. Betul...
    MCA tidak seharusnya dimanjakan kerana itu akan membuatkan mereka tidak sedar akan kelemahan mereka... mereka rasa terlalu mudah untuk meminta tanpa perlu berusaha dan semakin berani menuntut hak UMNO untuk diberikan pd mereka... UMNO harus berani mengambil risiko dgn bertindak tegas tanpa menghiraukan tuntutan yg tidak masuk akal... Biarla diugut untuk berpecah kerana sy begitu yakin sekiranya keistimewaan melayu digugat pasti semua org melayu akan bersatu seperti 13 Mei dan ini akan menyaksikan semula kekuatan melayu yg semakin hari kini semakin kurang dapat bersatu kembali...
    jgn dimanjakan mereka2 yg menolak kerajaan... sekiranya kerajaan terus membelanjakan wang yg banyak untuk pembangunan dgn niat menarik sokongan dikawasan yg terang2 menolak BN maka percayalah perbuatan itu umpama mencurah air di daun keladi... biarla mereka mengharapkan wakil rakyat mereka menyelesaikan masalah mereka dan kerajaan tumpukan pembangunan di kawasan penduduk yg benar2 mempercayai kerajaan... apabila mereka terasa susah barulah mereka akan sedar selama ini mereka merupakan golongan2 yg tidak bersyukur selama ini.. semoga mereka akan kembali kepangkuan kerajaan apabila mereka telah pun sedar...

    ReplyDelete
  11. Tan Li Ker, sy alukan kawan memberi pendapat dalam blok Paneh Miang ini tp barang di ingat meke ini semuo nyo Ultra Malays. Apo yg dickp oleh pemimpin meke semua akan ikuti hatta jika disuruh mandi ayor konciang Lombu pun, meke ni turut. Tp jangan gentar sbb meke ni amat lemah hujahnya ala maklumlah Mentaliti Melayu subsidi. ibarat Lombu diberi makan garam. Jika ado yg bijak spt Mantan PM Mahashit, ditaburnya air garam kerumput, sampai ketanah di ragutnya meke ini. Dlm 3 lombu jago namanyo tom tem bak ada sedikit baca tp jgn takut ibarat pistol air prit3x. tharieq dhiyauddin sikit molo (Tgk komennya Bravo ada akai ka) last Koyol ni paling bengap terkoyol.

    ReplyDelete
  12. Orang2 bukan Melayu kini mengambil kesempatan kerana melihat perpaduan Melayu yang lemah. Mungkin ramai yang terlupa bahawa selepas PRU 10 pada 1999, org2 cina mendapat pelbagai manfaat yg diminta kerana kerusi Umno pada masa itu kurang berbanding kerusi keseluruhan parti komponen. Maka mereka menekan pemimpin Melayu dalam Umno yg berpecah disebabkan kes mat buntut. Kini sejarah berulang dlm tempoh kurang dari 10thn. Agaknya ramai Melayu yang mahukan hak mereka tergadai dan sanggup bersengketa asalkan matlamat mereka tercapai. PKR boleh dijadikan rujukan terburuk kerana orang Melayu dlm parti itu sanggup tunduk kepada bangsa lain sehingga mengenepikan kepentingan bangsa sendiri semata2 ingin menjadikan Ketua Umum nya yg bukan pun ahli PKR utk menjadi PM. Kita akan didera oleh sejarah berulang kali jika kita tdk mengambil pengajaran daripadanya.

    ReplyDelete
  13. Sekarang org Melayu dah kuek sbb ado Mantan PM Khinzir dan Mat Pantat Port Dickson.

    ReplyDelete
  14. silap tu, sepatutnya MCA perlu mintak jawatan PM, baru Malaysia boleh maju. Orang pakatan rakyat fikir macam ni la agaknya.

    ReplyDelete