Wednesday, April 15, 2009

Diari Ideal Aku "Ahli Yang Berhormat"

Untuk seorang YB Melayu, Pak Sedaro posan agar jadual harian hidupnya seperti berikut:-

0430 – Bongkar dan baca Doa Bongkar Tidur, Selawat, Buat Senaman Regangan Ringkas Atas Katil.

0445 – Gosok Gigi, Mandi, Minam Air Zam-Zam/Suam, Makan 3 biji kurma.

0500 – Solat Sunat Tahajud, Sunat Taubat, Sunat Tasbih, Sunat Hajat, Baco Quran.

0545 – Maju ko Surau atau Mosojid tertentu, bersamo Jomaah setompat Solat Subuh, bori sikit tazkirah subuh ringkas.

0645 – Minam pagi dengan beberapa Jomaah, dongar feedback rakyat dan kawasan.

0730 – Bogorak ke kawasan riadah untuk senaman pagi dongan awam, menyamar. Bukan somu orang kona YB kawasan pun. Ramai yang buta momangkah yo.

0800 – Pulang rumah, sarapan sama bini. Bosiap nak ko Pusat Khidmat YB pulak.

0845 – Nyambil dalam kreto yang di pandu Pilot, baco paper. Ado teknologi iPhone, semak seberapo banyak email, sms sebagainya.

0900 – Sampai Pejabat KADUN, masuk pejabat dulu. Sobab orang dah beratur panjang nak berjumpo sobagai.

1030 – Habiskan maso dengan korjo di Pejabat KADUN. Dan buat gerakan turun ke pejabat-pejabat Kerajaan pulak.

1100 – Bincang bersama Pegawai Kerajaan nyambil minam di warung-warung.

1200 – Angkat kaki, bergorak ke lokasi-lokasi kejadian tertentu. Lawat secara ad-hoc tompek-tompek khas. Buat tinjauan spontan kek projek-projek rakyat dan kerajaan.

1300 – Cari destinasi surau atau masjid untuk Jemaah Zohor.

1320 – Nyambil jumpo rakyat, masuk Zohor sekali-sekalo, Imamkan Solat Jemaah tu.

1345 – Habis solat, cari kodai makan, ajak beberapa jemaah makan dan minam. Singgah kat kodai tu, semua yang makan dalam kodai 'On the House YB'.

1430 – Bergorak pulak ko lokasi lain. Lawat orang sakit ko, orang mati ko, mesyuarat dongan awam ko.

1600 – Cari destinasi surau dan masjid, untuk solat Asar.

1645 – Habis, Asar. Bersiap pulak turun ko gelanggang sukan dengan rakyat atau program potang dengan rakyat.

1800 – Habiskan maso dengan aktiviti rakyat dan pengundi. Juga duduk bincang potang dengan awam.

1830 – Pulang rumah nak bersiap ko Mosojid, solat Maghrib.

1900 – Dah ko Mosojid, somantaro nak nunggu solat memacam hal boleh di belek di mosojid tu.

2000 – Makan malam dengan jemaah. Dan bergorak untuk solat Isyak lopeh tu.

2100 – Habis Isyak, terus ke Projek Rakyat sobolah malam. Buat Acara khas untuk Awam.

2300 – Jumpo orang untuk bincang hal ehwal semaso. Dapatkan feedback harian daripada pasukan khas KADUN.

0000 – Panggil "O Group" pasukan kerja KADUN untuk susun program esok pagi.

0100 – Baru sampai rumah.

0115- Dah salin baju. Check email dan baco makalah/buku tertentu. Buat persediaan esok.

0200- Baru tidur, untuk bangun pagi jam 0430 "SETIAP HARI".

7 comments:

  1. Timo kasih sobab mematahkan semangat den nak jadi yb!

    ReplyDelete
  2. abih tu bilo den nak manjo2 dgn oghang ghumah.?

    ReplyDelete
  3. uuuu maggai.. memang putuih semangat nak jadi yb... tapi iyo jugak kan.. takkan dah diangkek jadi yb nak duduk sonang lenang jo, iyo tak? nak manjo-manjo dgn oghang ghumah, kono pandai cari time lah...

    ReplyDelete
  4. aman duania akhirat......
    bagauih sungguh yb niiii...
    adun mana niii...

    YB PAS ka YB UMNO

    ReplyDelete
  5. ni btol² diari seorang yb ke pe?
    gile sian tido 2jam sehari.
    haih.`

    ReplyDelete
  6. tambah sikit: tolak elaun itu elaun ini. ambil elaun yb jo...

    kalu itu yg diwajibkan, ramaikah akan jadi yb..?

    ReplyDelete
  7. Pil Pharmaton ke makjun ke kene telan dan satu lagi selalu minam tongkat ali. Sebab nya dah la tido 2 jam aje!Hari-hari macam ni basau badan! Silap-silap pilihanraya kecik kene buat sebab YB mati exhausted!

    Satu lagi Tongkat ali kene minam! Bila berpeluang sama isteri kene betul2 bagi isteri tu PUAS! Jarang sama tapi PUAS okle! Jarang sama tapi x PUAS maknenya BAHAYA!

    Jangan nanti YB lihat PiLot YB sambil memandu pun boleh Senyum! Senyum sbb dapat tenggek Bini YB!

    Kesimpulannya ...gilo cicit kamat ni. Ini YB kat Planet mano ni?

    ReplyDelete