"BANGKITLAH BANGSAKU"
Wahai Bangsaku
 Wahai Bangsaku
 Wahai Bangsaku
 Bangsaku sudah ternoda
 Bangsaku sudah tergoda
 Bangsaku sudah teruja
 Bangsaku sudah alpa
 Bangsaku sudah terlupa
 Bukan lupa apa
 Tapi lupa pesan orang tua-tua
 Lupa kepada perjuangan
 Lupa kepada kesengsaraan
 Lupa kepada penderitaan
 Lupa kepada kehinaan
 Dek cita-cita seorang petualang
 Bangsaku menjadi huru-hara
 Bangsaku menempah sengketa
 Bangsaku berpecah menambah derita
 Akibat seorang petualang
 Imam keris tidak diterima
 Kononnya iman tidak sama
 Mencaci membabi buta
 Memfitnah di sini sana
 Hal itu tidak mengapa
 Ini kata mereka
 Islam wajib dipertahankan
 Islam wajib dimuliakan
 Tetapi
 Ada yang bersorak bertepuk selepas ayat Quran dibacakan
 Walaupun bacaan salah
 Tiada yang naik membetulkan
 Inikah adabnya wahai saudaraku
 Perkataan Allah sanggup dikongsi
 Semata-mata untuk menarik undi
 Sedangkan kita tahu
 Aqidah yang dibawa itu bukan yang satu
 Wahai bangsaku
 Hinggakan Kontrak Sosial sanggup dilupa
 Hingga  yang berani mohon derhaka
 Hingga ada yang sanggup menjual agama
 Buat yang berada di atas
 Berjuanglah dengan ikhlas
 Kita tidak mahu derita
 Kita tidak mahu sengketa
 Kita tidak mahu politik wang di sini sana
Sebenarnya bangsaku sudah berjaya
 Doktor, Peguam, Jurutera, semuanya ada
 Tetapi sayang
 Sejarah salasilah yang ada tidak berharga
 Bagi diri mereka
 Mengapa jadi begini
 Mengapa jadi begini
 Bangsaku 
 Bangsaku
 Bangsaku
 Saudara di Singapura menjadi pedoman
 Agar kita tidak menjadi mainan
 Usah dibuai keseronokan sementara
 Kelak merana di lain muka
 Bangkitlah bangsaku
 Bangkitlah bangsaku..
(Di karang oleh saudara Danial Izzat)
No comments:
Post a Comment