Thursday, May 7, 2009

Happy Belated Birthday Tuya

Semalam kononnya hari lahir Altantuya, perempuan Mongol suku sakat Genghis Khan. Jika perempuan sesat tu masih hidup, kononnya dia akan berumur 31 tahun pada ketika ini.

Bersungguh-sungguh pula penyokong pembangkang bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menghantar kek hari lahir Tuya ke pejabat PM di Putrajaya.

Kononnya ingin mendesak Najib untuk menyaman 19 media asing yang menuduhnya membunuh Tuya serta memohon perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong untuk siasatan kes Tuya.

Kagum sungguh den bilo penyokong pembangkang boleh ingat tarikh lahir Tuya kafirun ni. Walaupun tarikh lahir datuk dan nenek yang lahirkan mak bapak depa pun confirm depa tak boleh ingat, tapi depa mampu pulak hafal tarikh lahir perempuan yang depa tak pernah jumpa pun seumur hidup. Siap buatkan kek lagi tu! Agak eh, mak bapak depa pun tak dapat kek macam yang SAMM buat untuk si Tuya kafirun. Silap haribulan, geng SAMM pun ramai yang tak ingat tarikh lahir mak bapak sendiri.

Bertambah menarik apabila pembangkang dok sibuk dengan 19 laporan media asing yang kononnya bertaraf antarabangsa TETAPI hakikatnya, standard media itu di negara asal hanyalah menyamai Bacaria atau Siasah di Malaysia.

Dah siasat siapa dalang di sebalik semua media asing tu?

RPK yang telah mendedahkan sumbernya pun masih dalam kebengongan.

Azilah dan Sirul sampai sekarang pun masih tak tau SIAPA sebenarnya yang beri arahan untuk bunuh Tuya. Nyawa mereka ibarat telur di hujung tanduk, tapi RPK dan Brader Anwar Bin Ibrahim yang kononnya mendakwa mempunyai bukti, masih tak dapat menolong Azilah mahupun Sirul.

Adakah Najib yang mengarahkan ATAU Brader Anwar Bin Ibrahim melalui 'sahabat'nya CIA, Mossad serta KGB yang punya rencana?

Penglibatan agen asing dalam pembunuhan Tuya tidak mustahil berlaku kerana pihak berkuasa Malaysia pernah menangkap agen KGB berbangsa Melayu yang bekerja sebagai pegawai kerajaan di sebuah kementerian sekitar tahun 80an dahulu.

Apakah jaminan tiadanya agen asing yang 'bersembunyi' di Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, mahupun Jabatan Perdana Menteri ketika ini?

Kalimullah yang terang-terangan agen Singapore juga pernah diberi kuasa mengawal media Malaysia.

Malahan orang 'belaan' Amerika serta Yahudi pun pernah menjadi TPM Malaysia. Apalah yang nak dihairankan sangat...kan Israel memerintah melalui proksi.

Bagaimana jika kes Tuya ini merupakan perangkap atau 'mainan' agen negara asing yang sememangnya jaki dengan Malaysia sejak pentadbiran Che Det lagi. Dan kini protege Che Det iaitu Najib telah mengambil alih pentadbiran Malaysia dan pastinya BUKAN anak emas Israel yang tersenarai antara 100 orang terpenting dunia di sebuah majalah; maka sudah tentu sekutu barat kini ibarat 'cacing kepanasan'.

Ontahlah. Lebih baik tanya Dubus sama ada duburnya pernah ditembusi oleh si brader atau belum.

Ataupun bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi, apa kata Najib ikut saranan Che Det dan Ku Li. Habis cerita.

p/s: Apa cer MAINS ni Tok Mad?

4 comments:

  1. Salam Paneh Miang

    Boleh mintak birthdate Saiful,Sukma dan Azizan tak(yang orang tua pakistan tu tak payahlah)?Saya pun nak hantar kek mereka kat Anwar.

    Saya setuju 110% bahawa Najib mesti bersihkan diri dari THE MURDER OF ALTANTUYA.

    Malah ramai rakyat Malaysia yang bingung dan hairan kenapa Najib tak buat apa2 pun.

    ReplyDelete
  2. melayu...melayu....melayu...
    cubalah cerita bgmana di pdg masyhar nanti nak jawab dengan allah...tentang perangai kita .. setahu aku secara detail akan di tayangkan depan semua org. masa tu konfirm betul semua... tulisan kat cni banyak toktk tambah

    ReplyDelete
  3. Solidariti Anak Muda NegoriMay 8, 2009 at 1:19 AM

    ghaous adalah ejen kgb yg menyamar utk keja dgn mahathir dulu. kalo ejen kgb pun boleh nyusup masuk keja dgn pm, sgt kacang jelah kalo cia dan mossad nak reka pembunuhan altantuya. kena perbodoh la bard dan kengkawan mangkuk dia tu. ko buang jela gelaran chegu kat pangkal nama ko tu bard. memalukan profesyen guru je ko tuh.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete