Wednesday, May 27, 2009

NSDK: Perhimpunan Tabligh Terbesar









Satu perhimpunan Tabligh terbesar bakal diadakan di kawasan lapang berhampiran Kuarters KLIA, Nilai Negeri Sembilan. Dijangkakan seramai 150,000 orang Tabligh dari seluruh dunia akan berkumpul di sana pada pertengahan Julai 2009 nanti. Ketika ini, aktiviti pembinaan dan penyelenggaraan penempatan untuk bakal jemaah sedang giat dijalankan.

Perhimpunan Tabligh Sedunia ini juga telah diberi kelulusan berhimpun oleh Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional (sebut Barisan Nasional tu menggunakan nada Brader Anwar Bin Ibrahim...suara kasi sengau skit); yang mana BN sering dituduh oleh parti pembangkang sebagai sebuah kerajaan yang 'tidak Islamik' dan 'kejam' kononnya.

Adalah menjadi harapan kami agar para jemaah Tabligh tidaklah mengabaikan tanggungjawab hakiki mereka ketika menghadiri perhimpunan ini; dan warga Paneh Miang turut mengalukan kehadiran para Tabligh dari seluruh dunia ke Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus. Takbir!

Update

Lihat di sini, sana dan sinun.

20 comments:

  1. Assalamualaikum Paneh,


    Selamat Berhimpun pada semua anggota Tabligh dari Seluruh Dunia..

    Mak Cik harap disediakan juga kemudahan bilik mandi dan tandas canggih untuk kemudahan mereka.

    ReplyDelete
  2. salam paneh miang

    gap menyokong usaha dakwah tabligh ini.. teruskan usaha wahai karkun semua !

    ReplyDelete
  3. Alah nak bagi permit bagi jer lah....sebok gak nak kempen lg tu...pulak...org nak berhimpun kerana agama, silakan....tp jgnlah engko ambil peluang nak buruk sana, buruk sini, sikit2 kaitkan dgn pembangkang!!! apa lah otak ko semua ni....kerja tak ikhlas...semua nak nama......pirahhh!!!!

    ReplyDelete
  4. apo masalah kau ni ano? kau mare sbb krjan pas kelantan terlupa nak anjurkan prhmpunan tabligh ni ke? atau ko marah bn dah anjurkan dulu. hehehe. syok la kumpul ramai2 camni. nak joinlah.

    ReplyDelete
  5. Aku tak kisah pun...ko nak bagi permit satu malaya pun tak apa pd diorang tu...sampai kiamat pun gasaklah..salkan baik....tp sikit2 heboh, sikit heboh kununnya bg permit, pas tu kaitkan dgn pembgkang...ko apa citer bro...kalau PAS kelantan nak bg pun, dia punya pasallah, bukan hal aku...yg aku persoalkan adalah UMNO ni kerja dia memang tak iklas...sikit2 ungkit2...org iklas tak der mananya nak ungkit2 lah ...lepas bg, diam jer lah...ni nak gak kona sini, kona sana lg tu....teruk betul lah pmikiran org UMNO...dia bg asyik2 nak kena puji jer...apa lah ko....ko nak bg seribu tahun pun lantak ko lah..aku peduli apa??? tp diam jer lah...tambhan pulak buat kerja agama...tak..dia nak kempen gak....!!! itu lah sedara-sedara perangai UMNO yg ONE MALAYA dah tahu....hik...hik...hik...hik...beruk pun gelak...ko...ko...ko...

    ReplyDelete
  6. hompuk ni jeles. biarkan jelah dia membebel. kekeke. tarak modal.

    -tom tem bak-

    ReplyDelete
  7. Upin:
    tabligh,,150,000 org?? Banyak tu..

    Ipin: betul..betul..betul..

    Ipin:
    aler apa nak heran, tabligh mana main politik2 ni...tak kacau saper2buat himpunan tiap2 hari pun orang tak heran. abis2 kena pi masjid.

    Upin: betul..betul,..betul

    ipin;
    Amerika pun tak kata apa,,habis apahal kita tak mahu kasi permit.

    ReplyDelete
  8. Ahlan wasahlan wa marhaban bikum...

    lagi perkara yg jgn disalah tafsirkan, jgnlah pulak nak dipolitikkan. penghebahan sbg salah satu cara dakwah juga. apa yg disempitkan pemikiran tu?

    Perhimpunan ini perlu dihebahkan bhw kerajaan memberi permit bukan utk riak tp agar nanti tidak la pulak ada yg fitnah mengatakan kerajaan berat sebelah. tak ambil tindakan kpd saudara yg melakukan perhimpunan tu al-maklumlah dah berhimpun ramai2.

    maklumlah rakyat malaysia ni sgt byk berpolitik setiap segi hanya dilihat dr sudut politik walaupun lisannya tidak mengatakan politik tp tulisannya lg terang dan jelas berpolitik dan politik itu berat sebelah pula. berat melihat keburukan. ia rasanya gambaran bhw hati penulisnya juga mmg buruk bukan sekadar buruk malahan mungkin busuk sebusuk gaya bahasa dan penulisannya.

    entahlah.....

    ReplyDelete
  9. Wah .. klu macam tu bolehlah aku berniaga kayu sugi dan celak mata ..

    ReplyDelete
  10. Thursday, May 28, 2009

    ADUN BEBAS DI PERAK TERIMA RM 3 JUTA DARIPADA NAJIB???? -malaysiakini
    tv antara


    Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional. Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.

    Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong Umno dan BN.

    "Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak.

    Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.

    Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.

    "Saya yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan," jelas beliau.

    Februari lalu dua exco Pakatan Rakyat, Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang pro-BN bersama-sama ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Fong. Tindakan mereka bertiga telah mencetuskan kemelut politik terburuk dalam sejarah moden negeri Perak yang masih berterusan sehingga kini.

    Jamaluddin, Mohd Osman dan tiga orang lagi di dakwa secara perseorangan atau bersama berhubung 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek perumahan seluas 36 hektar berharga RM180 juta di bandar Sri Iskandar.

    Tiga tertuduh yang lain ialah Ketua PKR Bahagian Parit dan bekas ADUN Bota Usaili Alias, Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan juruteknik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Ruslan Sahat.

    Kelima-lima tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin. Lima daripada tuduhan tersebut membabitkan rasuah antara RM400 dan RM10,000, dan tuntutan saguhati seks melalui seorang bernama Mohamad Imran Abdullah, sebagai habuan meluluskan sebuah projek bangunan di Sri Iskandar.

    Dua tuduhan lagi bersabit dakwaan menerima rasuah RM2,000 dan tuntutan saguhati seks melalui Mohamad Imran sementara Ruslan dituduh bersabit tujuh kes rasuah melibatkan wang dan seks.

    Kesemua kesalahan itu di dakwa berlaku pada 14 Ogos tahun lalu di Apartmen Sri Sayang Apartment dui Batu Ferringhi, Pulau Pinang.

    Pada kempen pilihan raya kecil Penanti di Kubang Ulu semalam Speaker V. Sivakumar menimbulkan kemusykilan berhubung kelewatan mendengar kes kelima-lima tertuduh sejak kes disebut pada September 2008.

    Beliau juga secara sinis menyentuh kes sivil yang difailkan oleh beliau dan juga Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin yang cepat didengar oleh mahkamah. "Mengapa berhubung kes kami amat cepat macam keretapi ekspres tetapi kes rasuah membabitkan dua exco tersebut masih belum lagi didengar sehingga sekarang?

    "Kes mereka disebut tahun lepas, lama sebelum kami memfailkan kes kami. Ini sungguh aneh," tanya Sivakumar dihadapan lebih 1,000 penduduk.

    ReplyDelete
  11. Entahlah.....

    Teringat lagu Alahyarham Sudirman dan Anita Sarawak yg liriknya lebih kurang:
    Dibuat salah, tak buat salah, semua jd serba salah!

    Cepat buat penghakiman salah. lambat buat penghakiman salah. x perlulah nak bodohkan rakyat dgn teori konspirasi ni. x perlulah nak pertikaikan cepat atau lambat yg ptg keputusan penghakiman dpt dibuat. agar ada kerajaan yg nak urus tadbir negeri demi kepentingan rakyat.

    lihatlah bgmn ulasan akhbar yg dibuat semua berdasarkan teori konspirasi. laporan2 yg dibuat semuanya menggalakkan rakyat kpd buruk sangka. rakyat dimomokkan dgn keraguan atau konspirasi. sehingga kebenaran tidak kelihatan. rakyat ditanam dgn ideologi najib memberi rasuah sehingga lupa kpd masalah dlmn PR itu sendiri dan ahlinya tidak berpuashati seterusnya bertindak lompat parti (alasan ini kedengaran spt lucu tetapi betapa teruknya PR sehingga perkara yg kecil ini membawa kpd keluar parti). Konspirasi najib merasuah ahli PR x lojik krn bukankah PR mewar-warkan ahli mrk sempurna tidak mudah dibeli. adakah B.A.B.I tidak mengkaji latarbelakang calon2 yg mewakili parti? agak2nya betullah desas desus mengatakan calon PR ni merupakan calon tangkap muat? calon yg x blh nak berkhidmat utk rakyat maklumlah calon mee segera. Jika ini betul maka rakyat jgn pertaruhkan masa depan anak2 kita ditangan pemimpin mee segera ini. sekali lg rakyat diperbodoh2kan.

    al-maklumlah.....

    ReplyDelete
  12. Pas ketaq lutut,...depa memang anti Tabligh

    ReplyDelete
  13. salam...
    dari anakcucu...kepada penyokong tabligh, sila baca...
    "Guru (Orang kuat UMNO) nodai murid sekolah
    Berita yang paling mengemparkan penduduk di Sungai Burong, Tanjong Karang apabila seorang guru yang dianggap berwibawa dan dihormati masyarakat telah mencemarkan kesucian dirinya dengan melakukan persetubuhan haram dengan anak muridnya sejak berumur 11 tahun sehingga berumur 18 tahun.
    Guru tersebut bernama Tahi*** mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat kampong, selain guru penolong kanan Sekolah Kebangsaan Sri G*****, beliau juga adalah seorang JKKK Kampong Sungai Tengi Kanan Darat di bawah Tok Sidang Jombry bin Aziz.
    Jawatan yang lain ialah AJK Masjid, AJK Umno Cawangan dan seorang yang baru balik mengerjakan fardhu Haji.
    Apakah motif yang mendorong Cikgu Tahi*** tergamak melakukan perbuatan terkutuk yang amat dimurkai oleh Allah, sedangkan Cikgu Tahi*** telah memiliki Isteri dan anak-anak yang telah dewasa.
    Murid perempuan yang dinodai itu yang sekarang masih bersekolah dalam tingkatan 6 di Sekolah Menengah Dato’ H****, juga sudah dianggap sebagai anak angkatnya, hampir semua keperluan hidup murid perempuan malang itu telah dipenuhi, sudah tentu diri dan keluarganya amat terhutang budi.
    Menurut cerita, Cikgu Tahi*** pernah meminang murid perempuan itu untuk dijadikan sebagai isterinya, tetapi keluarga murid perempuan itu menolak kerana cikgu Tahi*** sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.
    Hajat meminang untuk dijadikan isteri itupun berpunca dari rasa bersalah kerana telah melakukan perbuatan zina muhsan, menurut hukum Islam jika sabit kesalahan mereka yang melakukan perbuatan zina selepas berkahwin akan dikenakan hukuman rejam sampai mati, kepada yang belum berkahwin pula akan dirotan 100 kali sebatan.
    Sedar atau tidak cikgu Tahi*** telah melakukan perbuatan itu?. Jangan menyangka Allah s.w.t tidak mengetahui apa yang telah engkau lakukan, ingatlah Allah melihat apa yang engkau lakukan.
    Ditengah-tengah media massa arus perdana dan pemimpin-pemimpin Umno berterusan memperlekeh dan menghentam PAS untuk melaksanakan hukum hudud, jenayah syariah semakin membiak seperti sumbang mahram, mencabul kehormatan, rogol, pembunuhan dan sebagainya.
    Bila berlaku sesuatu gejala sosial di negeri Kelantan dan Terengganu yang dipimpin oleh Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, media arus perdana dan pemimpin-pemimpin Umno memperbesar-besarkan isu tersebut seolah-olah Kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu gagal mendtabir negeri tersebut. Apakah di negeri Selangor yang dipimpin oleh Khir Toyo ini khasnya dan lain-lain negeri yang ditadbir oleh Bn amnya tidak berlaku perbuatan terkutuk itu?.
    Apa yang lebih dikesali lagi ialah perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh orang-orang yang dianggap sebagai pemimpin, berpendidikan tinggi dan memiliki kedudukan yang baik dalam masyarakat.
    Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno jangan menganggap perbuatan zina sebagai perkara biasa kerana sikap itu adalah tanda besar Umno akan menuju saat kehancuran.
    Pemimpin dan ahli-ahli Umno usahlah mendabik dada atau bercita-cita untuk menawan semula DUN Sungai Burong selagi selagi gejala sosial semakin meningkat, seks bebas antara remaja semakin meningkat, guru menodai anak murid sendiri, pelajar-pelajar menonton filem-filem lucah dan sebagainya lagi.
    Jangan cuba menyalahkan kepimpinan PAS dibawah Dato’ Dr Hasan Mohd Ali selaku ADUN Sungai Burong, yang sering menerima halangan dan sekatan untuk mengadakan kuliah di masjid-masjid dan surau-surau, melarang membuat lawatan ke sekolah-sekolah dan sebagainya.
    Inilah bahana dan bala akibat sikap tamak pemimpin-pemimpin Umno yang dengki dan khianat terhadap usaha PAS untuk melahirkan rakyat yang berjiwa Islam, bertanggungjawab menegakkan syariat Allah.
    Jangan pula Umno Bahagian Tanjong Karang di bawah pimpinan Khir Toyo hendak membela ahli mereka walaupun mereka melakukan perbuatan terkutuk.
    ANTI MAKSIAT
    Sg. Burong "

    ReplyDelete
  14. bebal ke apa mamat anakcucu ni? kesalahan individu pun diletakkan atas t/jwb kerajaan. tak paham betul aku. mungkin mamat ni tak baca sejarah asal usul nafsu yg 3000 thn dlm neraka baru insaf. inikan pula manusia yg serba lemah ni. jgn jadi bongok semuanya nak dikaitkan dgn politik. cuba tanya semua sedara mare lu baik sgt ke? lu jaga smua dan lu tau semua yg sedara mare lu buat belakang lu ka?

    ReplyDelete
  15. Kah.Kah.Kah..Kahaik tuih....!

    Sekadar membuat renungan berdasarkan komen anakcucu anti maksiat sg burong!

    Inilah tulisan dan komentar yg merupakan pengkhianat agama. tulisan yg menggunakan agama utk membuat fitnah. Tulisan yg menghalalkan fitnah demi suatu maksud tertentu.

    Lupakah penulis akan kata2 'Dosa sendiri diingati, pahala sendiri dilupai. Dosa org jgn dihebohkan, pahala org diceritakan'. Drpd apa yg ditulis oleh anacucu ini jelas ia mendedahkan aib org. kenapa dikatakan ia mendedahkan aib org? jawapannya adalah berdasarkan soalan ramaikah guru penolong kanan yg menjadi ahli JKKK di Sg. Tengi Kanan Darat, serta menjadi AJK masjid, AJK UMNO Cawangan, dan yg baru balik menunaikan fardhu hj?. sudah pasti hanya ada satu org yg mempunyai pakej yg disebut itu.

    tulisan ini bukan nak menjadikan iktibar sebaliknya nak memburuk2kan org lain. inikah kaedah yg diajar didlm islam dlm berdakwah?

    sbg manusia apabila membaca tulisan ini apa yg terkeluar dr mulut ialah 'celakalah penulis anakcucu ini, moga tuhan memberi balasan yg setimpal dgn kesalahannya' dan andai sbg org yg diaibkan setiap apa yg diaibkan itu tidak dimaafkan akan dosanya selagi ia tidak membersihkan nama org yg diaibkan.

    Jelas juga oleh krn byk berpolitik anakcucu lupa atau buat2 lupa ttg fitnah yg dilakukan. anak cucu mengatakan media arus perdana memfitnah Tn Guru Nik Aziz dan Hj Hadi sbg gagal mentadbir negeri, rasanya jika dibuka media arus perdana cthnya akhbar berita harian dan dibandingkan pula dgn harakah, akhbar mana yg byk mendedahkan keburukan dan kesalahan org? anakcucu kena buat perbandingan kemudian baru mengeluarkan pandangan.

    Selain itu yg tersirat dr komentar anak cucu ini ialah sbg mengalihkan kegagalan membendung segala mcm kemaksiatan oleh hassan ali dgn meletakkan kesalahan tersebut kpd UMNO/BN dan Khir Toyo.

    inilah gaya penerangan meraka....

    ReplyDelete
  16. betul tu ....ketua mereka anwar tu apa kurangnya....si peliwat tapi masih disokong membuta tuli lagi.

    tapi apa2 pun ana gembira perhimpunan ni di tempat ana.

    Nilai.

    ReplyDelete
  17. Usahlah berbangga kerana kerajaan BN benarkan Jamaah tabligh mengadakan perhimpunan besar di nilai NS.

    Utk pengetahuan semua, kerajaan Thailand, Singapura, dan lain-lain kerajaan kafir semuanya membenarkan
    perhimpunan di adakan di negara masing-masing.

    Ini adalah kerana Jamaah Tabligh, hanya menekankan tentang ibadat akhirat semata-mata.

    Oleh itu jika ada Jamaah Tabligh yg ramai pun, tidak akan menakutkan mereka, malah lagi baik sebab, ianya tidak mengganggu sistem pentadbiran mereka.

    Jika dizaman rasulullah, kewujudan kumpulan seperti ini akan di perangi, kerana hanya melalaikan umat islam dari tipu daya orang kafir.

    ReplyDelete
  18. Anon July 7, 2009 5:49 PM;

    Gapo mung ngarut nih? baso ngok mung ning..

    ReplyDelete
  19. Kamu semua kena ingat kerajaan BN hanya luluskan permit jer bukannye anjurkan perhimpunan tu...

    ReplyDelete