Tuesday, May 26, 2009

Projek Oh Projek

Dalam kesamaran dunia Projek atau lebih senang diucap oleh ramai orang ialah DUNIA DUIT a.k.a RM, pakej stimulus pertama dan kedua dah dicanang. Namun iklim sebenar tanahair ini daripada segi keusahawanan dan kerancakan peniaga masih suram dan suam-suam. Ramai yang masih demam dan tidak kurang juga yang dah padam.

Berapa sangat nilai sebenar yang dinyatakan dalam bentuk Tunai atau Mudah Tunai? Kalu betul cara mengira, cuma RM 15 bilion aja mudah tunai. Yang lain dalam memacam kaedah yang boleh sedapkan telinga dan mata rakyat, bukan USAHAWAN sebenar.

Kementerian Kewangan ialah Pusat Kawalan aturan stimulus ini, yang akhirnya bukan MoF yang mengurus selia pengeluaran RM sebenar. Institusi, Agensi dan Bank yang dicap sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan juga sebagai agen bertindak atau penggerak.

Cuba teleng kiri dan kanan. Juga imbau 100 hari lalu dengan semalam. Tunggu lagi 100 hari. Apakah prestasi yang boleh diukur? Tanya dengan Peniaga Cina tepi jalan, Peniaga Tamil tepi jalan, Peniaga Melayu tepi jalan...apa maklum balas mereka?

Tanya pula peniaga di gedung beli-belah yang besar, sederhana, kecil, kedai runcit dalam bandar, kedai runcit kawasan rumah pangsa, kedai runcit kampung dan kedai runcit kawasan Pekan Kecil serta membangun...apa pula maklum balas mereka?

Siapa sebenarnya ambil keUNTUNGan daripada semua ini?

Siapa PENYAMUN, PENGGELAP, PERAGUT, PERAMPAS, PEMUSNAH pakej-pakej stimulus atau apa jua bentuk bantuan kewangan kerajaan kepada rakyat? Tanya semua ini kepada Jauhari...kerana hanya Jauhari mengenal Manikam.

Siapa dapat Margin atas Angin? Siapa dapat Makan Free? Siapa dapat Makan Sampah? Siapa dapat Makan Dedak? Siapa dapat Makan Patinya? Tanya pula dengan 2.5 juta pengusaha kecil di Malaysia...bukan buat kajian berasaskan segmen yang diminati atau percayakan mereka yang sudah tentu pro kepada hipotesis atau juga kelompok responden yang sudah diBELI jawapan mereka.

Pak Sedaro dulu laie dah terjah INSKEN - Institut Keusahawanan Negara. Adakah ini sebuah institusi Sandiwara sehingga menjahanamkan MeCD?

Pak Sedaro dulu laie dah terjah MKD di MoF...sebab Pegawai-Pegawai Kanan Bank dan segelintir Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan yang Main Wayang Kamasutra dengan usahawan-usahawan baru, usahawan kecil, usahawan yang sememang susah untuk dapat biaya serta pelbagai lagi kategori. Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tak henti-henti pulun...tapi...Hampeh, sebab ramai sangat Pegawai PARIA dalam skema pentadbiran dan pengurusan kewangan. Makanya, Rakyat dan Usahawan Terbanyak makin PAPA KEDANA.

Usahawan pakai Tun, Tan Sri, Dato' Seri, Dato' Sri, Datuk, Dato' dan sebagainya, asal nampak lebih sikit saja daripada Ah Kim Thong, Muthu A/L Rama, Salim bin Sudin...pasti MUDAH dapat biaya. Walaupun ada diantaranya sekadar PENIPU BESAR...dapat duit CABUT...yang jahanam 25 juta rakyat Malaysia.

Apa pun projek yang dapat sebenarnya memang untuk kepentingan banyak pihak. Tak kisahlah jiko duit projek diguna untuk kepentingan rakyat atau margin diberi sebagai bantuan atau hadiah kepada komuniti teramai.

Namun saban tahun atau setiap kali Rancangan Malaysia, implikasi PELINGKUP ialah rakyat yang bergaji RM2,000 ke bawah. Yang merasa lebih tertekan dan menjadi PARIA di negara sendiri ialah rakyat yang terima upah di bawah RM500 sebulan.

Orang yang terima gaji RM5,000 lebih sebulan dan menetap di luar Kuala Lumpur...akan terus senyum dan lega, kerana dunia harian kurang tekanan. Tetapi yang masih bergaji RM2,000-RM5,000 sebulan di Kuala Lumpur, pasti merasa bahang kemiskinan bandar yang tidak ketara...mungkin lega tapi tidak senyum.

Tu pasal ramai yang menjadi Juak-Juak yang boleh BELASAH DUIT keringat usahawan yang kais pagi makan pagi, tapi TERPAKSA beri makan kepada ramai orang lain...terpaksa tanggung BIAWAK HIDUP dalam sejarah keusahawanan mereka.

Pak Sedaro bermunajat dan bertawassul kepada segelintir manusia seperti PEGAWAI KANAN BANK...PEGAWAI KANAN KERAJAAN...PEGAWAI KANAN GLC yang DURJANA di pelbagai sektor dan jabatan yang sepatutnya bantu Usahawan, tetapi memilih untuk MAKAN DUIT HARAM; Pak Sedaro berdoa mereka ini diTAUBATkan oleh Allah, dengan sekalian bala dan habuan dunia. Atau yang lebih mulia - mereka ini mengira Duit Pisang.

Pak Sedaro sesungguhnya AMAT TIDAK PUASHATI kerana mereka inilah PETUALANG DAN PENJAHANAM sebuah negara Bangsa Melayu yang dinamakan MALAYSIA.

8 comments:

  1. Memang boto tu pak sedaro...pak sedaro bg hujah memang sayo perkonan boto....
    kalau sayo katokan yg menjahamkan bangso kito inilah pegawai2 bosa yang sudah semestinya ado link dgn org politik pak sedaro!!!!yo lah, pogawai bosa dlm kerajaan mano berani buek kojo cam ni terang2 pak sedaro kan.....mano ado sgt pogawai bosa yg ditangkap pasal pocah amanah kan!!! ado tu mmg ado, tp ciput pak sedaro oi!!!
    Masaelah eh, pogawai bosa kerajaan tidak akan berani buek bondo ini, jiko tiada link dgn org politik.org politik ni lah yg melindungi nya dengan kuasao yg dio ado..siapo org politik tu pak sedaro???? jawab eh...ONE MALAYSIA dah tahu bona = UMNO/BN......fullstop..

    ReplyDelete
  2. i'm sori......

    perasan atau tidak sepanjang berdiskusi dlm PM ni dpt dirasai bhw terdapat kurang lebih 10 pemberi komentar yg pro Kerajaan Persekutuan dan hanya 1 pemberi komentar yg pro PR. bukan menunjukkan bhw pro PR itu hebat tetapi betapa ia tidak berani berhadapan kebenaran. rasa mcm xde fight la pulak. rasa mcm x best je. minta cadangan kwn2 jika ada idea yg lebih baik?

    ReplyDelete
  3. JEJAK HANG TUAH KATA :

    i'm sori......

    perasan atau tidak sepanjang berdiskusi dlm PM ni dpt dirasai bhw terdapat kurang lebih 10 pemberi komentar yg pro Kerajaan Persekutuan dan hanya 1 pemberi komentar yg pro PR. bukan menunjukkan bhw pro PR itu hebat tetapi betapa ia tidak berani berhadapan kebenaran. rasa mcm xde fight la pulak. rasa mcm x best je. minta cadangan kwn2 jika ada idea yg lebih baik?

    AKU KATA PLAK :

    Betul tu TUAH...kalau sekiranya blog ekau ni diwujudkan hanya semata2 untuk PRO UMNO/BN saja, maknanya tujuan dan matlamat ekau GAGAL....Ko kena fikir dan berusaha lg byk....!satu...!
    Kedua, kalau engko hanya harap org UMNO/BN yang melayari blog dan beri komen, sudah tentu engko seronok krn semuanya memuja-muji engko sahaja...engko perasan dan seronok sendiri....tp hakikatnya sebenarnya betapa ramai jutaan ummat di malaya ni membenci UMNO/BN..engko tak tahu, sb komentar semuanay puja-puji shj.
    ketiga, engko tenggelam dlm perasan engko sendiri...byk komentar PRO UMNO/BN bukan ukuran UMNO/BN mendpt majoriti sokongan di alam nyata...mana buleh disamakan atau dijadikan indicator untuk MENGUKUR komen pro UMNO/BN di sini dengan situasi alam realiti.
    keempat, kalu engko berfikiran begitu, matlamat engko TIDAK akan tercapai....2 tahun lg brader...bukan lama...???
    kelima, aku tak kisah aku keseorangan ke, ada teman ke kat sini, tp kalau engko berfikiran jauh dan terbuka engko dpt rasakan bhw perjuangan engko sekarang bukan MUDAH!!!!! sebab, di alam maya inilah engko baru tahu pandangan yg berbeza dgn UMNO/BN cukup-cukup menggerunkan!!!!tidak spt di alam luar yg engko perasan semua org suka pd UMNO/BN sbb hari2 ko hanya mengharap org baca UTUSAN, NST, TV dan media lain, org akan terpengaruh !!!! no, no....hakikatnya org baca, aku baca, lps tu dgn selambanya tolak tepi jer bro!!!!!
    keenam, di alam maya lah engko buleh buat ukran sebenarnya bhw rakyat suka atau tidak kpd kamu!!!! bgm pandangan kritis dan melahirkan rasa mereka pd UMNO/BN....tp benda2 ni ko tak jumpa pd UTUSAN, NST, TV...tak de bro....di sinilah ko akan jumpa real punya......
    pendek katanya apa sj UMNO/BN kata, rakyat akan proses dulu, periksa dulu, tapis dulu, kaji dulu, tak boleh terima bulat-bulat..krn terlalu byk terjadi pemmpin bercakap berbelit2...menjadikan kepercayaan itu smakin hari-semakin kurang dan kini hampir tiada lg...kalau 10-15 th dulu - dulu aku percaya UMNO/BN kata...tp kini kepercayaan aku SUDAH TIADA lagi bro.....sori...

    ReplyDelete
  4. ambo pernah berangan-angan untuk buka kilang iks secara kecil-kecilan dikampung...dengan harapan, bila buka kilang tu..anak2 muda kampung ada kerja dan boleh melihat lebih jauh lagi apa yang boleh mereka lakukan.

    pergi jumpa mara n amik borang..nah..maknya ko..banyaknya syarat..letih baca sampai tak larat nak habiskan semua.

    mau tidak mau..aku terpaksa pendamkan terlebih dahulu hasrat tersebut sehinggalah aku bertemu dengan menteri atau perdana menteri yang boleh memberi aku cara mudah untuk dapatkan pinjaman membuat kilang tersebut.

    pegawai kerajaan yang bijak dan tiada kerja sebenarnya telah membuat satu red tape terhadap organisasinya dalam memayahkan segala prosedure menolong orang melayu. lagi satu, biasa kedengaran..awak kenal saya??kalau x kenal takpayah lah..

    mana-mana dana yang dikeluarkan oleh pihak atasan adalah diagihkan kepada golongan yang berdekatan dengan mereka.

    begitu juga dengan wakil parti yang mewakili parti kerajaan seperti wakil rakyat, penggawa, penghulu, ketua cawangan yang tidak memainkan peranan aktif dalam memberikan kepada rakyat apa yang sepatutnya.

    mereka menghaarapkan rakyat datang mengadu kepada mereka tetapi tiada tindakan susulan dilakukan. permasaalahan rakyat terutamanya mereka yang ingin memulakan perniagaan langsung tidak diambil kira atau dihiraukan.

    sesungguhnya mereka inilah yang tidak menghayati apa itu DASAR EKONOMI BARU dan sekaligus telah menggagalkannya..

    mereka adalah pengkhianat bangsa.

    ReplyDelete
  5. betul lah tu pak cik....boto...kan saya dah kata....diorg mesti ada link punya dgn org politikk...org politik, bukan tak tahu perangai depa.....lbh2 lg dlm kelompok perti pemerintah.....kan dah terbukti.....ada kong ka li kong punya.....akhirnya dana tu rabak thg jln....kita yg hujung ni dapat syiling jer...lps tu melutut plak kat diorg, minta bantuan, pastu diorg pilih bulu plak.....cian kerajaan kan????? kerajaan tolong org yg memerlukan, tp org politik /pegawai bosa LEBIH memerlukan plak duit dana tu!!!!!!!!!!!!!! lu pikir la sendiri.....

    ReplyDelete
  6. Paneh Miang......

    Terima kasih kita ucapkan kpd pemikir2 yg kritis dan kreatif dlm memberi idea dan sumbangsaran yg bernas di PM ni cthnya si 'pakcik', bukan shj mempunyai identiti ttp lontaran idea tidak berat sebelah atau melihat keburukan dan menyalahkan org shj. idea2 sebegini yg blh memajukan lg pemikiran disamping memperbaiki sistem mana yg lompang maklumlah sistem manusia. sistem yg diciptakan tuhan ada manusia yg melanggarnya inikan pula sistem manusia.

    berbalik kpd tajuk 'projek oh projek'. mmg setuju sgtlah dgn pendapat pakcik tu bhw sbg org melayu sepatutnya keutamaan perlu diberikan dan dirasakan itu yg sedang dijalankan oleh kerajaan persekutuan walaubagaimanapun perlu difahami berapa ramai kontraktor atau org melayu yg ada yg perlu diagihkan dgn samarata dan dlm masa yg sama kualiti nak dikekalkan agar rakyat berpuashati dgn apa yg diperolehi. timbul pula persoalan bgmn jika kontrak yg diberi terdapat permasalahan dlm perlaksanaan atau pinjaman yg diberi gagal dilunaskan tidakkah akan akan timbul suatu permasalahan yg lain? makanya sebagai langkah pencegahan sudah tentu perlu ada peraturannya. mmg diakui kaedah kroni merupakan suatu cara utk mengatasi permasalahan tadi atau dlm istilah lain sbg penjamin atau jaminan tak langsung walaubagaimanapun sistem ini jika disalahgunakan mmg terdapat kekurangannya kurang kpd mrk yg tidak mengenali sesiapa atau mrk yg kurang bersilaturahmi.

    Tapi rasa2nyalah pakcik ni tidak memperolehi manfaat dr sistem itu, andai kata mendapat manfaat pasti perkara lain pula yg akan dirungkai (teringat kata2 dato' Seri Tajol Rusli ttg projek yg diberikan kpd Dato' Seri Nizar)

    Atau kita sudah bersedia utk menggunakan sistem yg digunakan kerajaan di pulau pinang? ada sesiapa yg ada maklumat tentang sistem di pulau pinang, selangor, kedah dan kelantan?

    Kongsikanlah.....

    ReplyDelete
  7. Padulikan lah projek projek kerajaan tu kito buek jo projek sendiri kan sonang,tak payah mintak sedokah kek pegawai pegawai tu,kok tak goti nak buek cam no tengok jo blog den ha,nanti den ajar ,selamat dunio akirat....wasalam

    ReplyDelete
  8. berjuang untuk bangsa ku.November 27, 2010 at 3:15 PM

    sbnrnya bukan masalah parti politik sebenarnya. tpi masalah org yg dalam parti politik... lagipun bukan parti politik BN je terlibat, dalam pembangkang jugak ade masalah macam ni tetapi sebab tak ada yang nak sebarkan dan perasaan fanatik yang melampau membuatkan masalah ni tak nampak. tapi sebab parti poltik yang mendukung kerajaan, memang akan jelas masalah ni sebab orang akan sentiasa mencari kesalahan untuk dihentam. kita bukannya salah kan parti poltik, tapi kita salahkan sikap bangsa kita sendiri. orang melayu yang kene sedar, bukan parti politik yang sedar. saya berani jamin, kalau PR yang memerintah, masalah ni mesti ada punya, mungkin lagi teruk. so buat apa nak salahkan parti politik, tapi salah kan sikap bangsa sendiri. bangsa yang suka makan rasuah, bangsa yang pentingkan kroni, dan bangsa yang suka jatuhkan bangsa sendiri ialah bangsa kita sendiri tpi kata macam manapun, tetap bangsa sy jugak.

    ReplyDelete